Saturday, 14 October 2017

Hwa Ga Restoran, Empire Damansara

22 Oktober 2017

Mencari Restoran Korea Muslim Friendly. Berikut saya cadangkan silalah ke Restoran Hwa Ga yang terletak di Tingkat 1, Empire Damansara, Petaling Jaya. Restoran ini menawarkan pelbagai jenis makanan Korea asli secara buffet dan juga ala carte. 

Ini lah yang kami pilih semasa saya bersama sama #guj #gengukurjalan bersuka ria menikmati makanan Korea disini. Makan sekenyang dan sepuas hatinya. 




Apa yang menarik tentang restoran ini ialah mereka juga menawarkan 'Ala Carte Buffet, berkonsepkan ' Eat All You Can' dimana anda perlu memesan hidangan ala carte ayam pada menu mereka dalam 3 perisa. Waktu makan tengahari:  11 pagi hingga 3.00 petang, untuk Makan Malam: 5.00 petang - 11.00 malam. Harga adalah berbeza bagi setiap sesi. 


Kami pergi seramai 8 orang. Pada mulanya hanya mahu memesan 'Ala Carte Buffet' untuk 4 orang manakala yang lain memesan secara ala carte. Tetapi tidak boleh ye...hahhaha. Macam tau tau je nanti yang 4 orang ni akan menumpang makanan another 4 orang tu. Kekonon nak buat konsep sharing is caring la tu...hahaha. Bijakkk...bijakk sangatlah...








Tuesday, 5 September 2017

Larian Sukan Sea 2017

12 Ogos 2017

Larian Sukan Sea 2017 sempena Sukan Sea 2017. Berjaya gak berlari walaupun banyak berlari lari anak...hahahaha. 

Masa register, dapat no bip lain. Di hari kejadian, saya tertinggal no bip kat rumah...hahhaa. Mujur abang ipar adalah salah sorang yang involved dengan sukan sea ni. Kelam kabut dia tolong carikan no. Kebetulan ada yang register tak show up. Maka dapat lah saya minum air milo, dapat lah goody bag dan juga medal. Klu idak..sia sia berlari...hahahha. 


Ngan officemate

Jom balik...




August Activities

Bulan Ogos paling banyak aktiviti. Dah tua baru teringin nak buat semua aktiviti aktiviti ni. Tak apalah. Its better late than never. 

5 Ogos 2017 - Putrajaya Komuniti Ride 

Ride ni ada 4 series. Yang ini adalah Community Ride yang ke2. So kena completekan 4 rides, then nanti ada biggggggg lucky draw. Series 1 -3, ada juga lucky draw...tp kecik kecik je. Dalam kecik kecik pun...ada gak yang dapat hp samsung dan basikal. Well...saya adalah orang yang jarang bertuah. But enjoy.....kali ini start dari Precint 18. Untuk siri 1 kayuhan bermula dari Precint 9. 




6 Ogos 2017 - Dpulze Friendship Ride

Kayuhan bermula dari Dpulze Shopping Centre, Cyberjaya. Dan kayuhan adalah sepanjang 30km...hahaha. Fitam mak nak. Dengan jalan yang berbukit bukit. Surrender sungguh and juga mengelat untuk beberapa kilometer...hahahha.

KMC Friends

Sorong beskal dah...x daya kayuh naik bukit





Notakaki:  Most pictures Credit tu Dpulze Friendship Ride 2017




Monday, 24 July 2017

Selamat Pengantin Baru Izzul & Ainul

Pada tanggal 21 Julai 2017, selamatlah sudah anak saudara saya diijabkabulkan bersama pasangannya di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Majlis pihak perempuan di adakan di Dewan Institute Kemajuan Desa (Infra), Bangi pada 22 Julai 2017. Manakala majlis di sebelah pihak lelaki diadakan pada 23 Julai 2017 di Dewan Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya. Tahniah kepada kedua mempelai. 

Hasil keras tangan saya dalam satu malam

The Family walaupun tak semua ada

The boys in the family. Ada gak yg tak dpt hadir sbb bekerja

The girls in the family. Cucu dan cicit Hajjah Maiselamah

Gambar gambar hasil dari hanphone sahaja....hehhehe. Seorang lagi sudah berpunya. And many more to come. Bila melihat kemeriahan begini, terpikir pikir didalam hati. Bagaimanakah majlis anak anak saya nanti. Another 5 more years to come untuk pikirkan. Itupun kalau jodoh mereka singgah lebih awal. If not, tunggulah another 10 years kut and of course will have to wait  another 20 years untuk si bongsu tu...huhuhu. Mohon dipanjangkan umur, sihat tubuh badan dan cerdas akal fikiran. Mudah-mudahan saya mampu melihat kebahagian anak anak saya dan dapat merasai kemeriahan yang sebegini.




Friday, 30 June 2017

Selamat Hari Raya AIdil Fitri 2017

Setelah sekian lama tidak berhariraya di kampung suami sejak perginya bapa mertua saya, tahun ni tiba tiba saya jadi isteri mitali lak..(mitali..bukan mithali)...hahhaha. Saya kata ke suami, since hari raya ke3 nanti akan ada Family Day sebelah family saya, maka jomlah berhari raya di kampung dia pula. Bertahun tahun jadi tetamu sahaja semenjak ketiadaan arwah FIL, maka tahun ni marilah kita jadi tuan rumah pula....

Dalam banyak banyak gambar, ni aje yang semenggah kut. Berkerut muka menahan panas..heehe. Jadilah buat kenangan.

Tema purple hijau yang tak braper nak menjadi hahahaha


Baru perasan, tahun sebelum ini tema hijau dan gold mustard. Last year tema purple peach. Tahun ni, hijau purple. Dulu dulu pun hijau juga...hijau pucuk pisang, hijau pekat.....peminat kaler hijau saya ni rupanya. 

Keluarga besar sebelah suami saya

Tak semua yang ada pun. Suami saya adalah anak ke3 dari 17 adik beradik sebapa dari 3 ibu. Bila berkumpul semua, memang meriah. Bila memasak, bagaikan kenduri. Ini hanya sebahagian sahaja. Anak sahaja sudah 17, belum lagi dicampur menantu dan cucu. Lebih kelakar, bila memanggil emak, akan berpaling lah kedua dua emak mertua. Nak panggil mak no 2, no 3 pun menyahut sama.....hahhahaa. Sekiranya arwah bapa mertua masih ada, sudah pasti dia tersenyum lebar gembira melihat anak menantu dan cucu berkumpul di hari raya. Arwah MIL yang pertama pula tak sempat merasai suasana meriah bersama cucus dan menantus (Meninggal ketika suami saya masih belajar di sekolah menengah). Al Fatihah.....moga arwah bapa mertua dan ibu mertua saya di tempatkan di kalangan orang orang yang soleh dan solehah. 








Thursday, 29 June 2017

Hari Keluarga - Rumpun Keluarga Kulup Abu Bakar + Siti Ngah Halimah

27 Jun 2017

Sebelum ini kami pernah mengadakan Hari Keluarga  Abdul Hamid + Ngah Lipah pada tahun 2013. Kemudian dicadangkan lagi supaya rumpun keluarga ini dibesarkan kepada Rumpun Keluarga Allahyarham Kulup Abu Bakar + Siti Ngah Halimah. (Moyang pada saya).



Ini pertama kali hari keluarga dari rumpun yang besar. Secara jujurnya, saya tak kenal semua. Saya cuma mengenali anak cucu ciciti Ngah Lipah + Abdul Hamid sahaja.




William Corner Petaling Jaya

Berbuka Puasa bersama #gengukurjalan #rtjladies di William Corner, Petaling Jaya


Sesudah makan

Sebelum makan