Tuesday, 17 October 2017

Road Trip to South Island, New Zealand - Day 6

20 September 2017 (Rabu)

Queenstown - Glenorchy - Arrowtown - Cromwell - Wanaka - Lindis Pass - Omarama

Prepare breakfast dan bekalan dulu

Check out. Hari ini cuaca nampak sangat cerah. Saya dan Kak Zue pergi ambil kereta, suruh Lina dan Zu siap siap kat hostel. Kami park agak jauh, sbb nak pree kan. Jenuh gak nak mendaki bukit hahaha. Mencungap cungap dibuatnya. 

Zu dan Lina dan siap tunggu, kami masukkan barang and start our journey go Glenorchy. Stop kejap tepi tasik wakatipu untuk ambil gambar. Sepanjang ke Glenochy ni, kami melalui tepi tasik. Dan mcm biasa, pemandangan adalah gunung ganang, bukit bukau tasik dan biri biri. Sapa drive ye arini..hahhaa. Short term memory lost. Saya kut.



Jernihnya air. Batu dan kerikil pun leh nampak




Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih. Sampai kat Glenorchy ni tercari cari gak kat mana rumah berwarna merah bata tu.  Takde clue langsung. Mujur Zu ternampak kat bahagian sebelah kiri. Kami cari kawasan untuk park kereta....dan start ambil gambar. Tak lama sangat kat sini pun. Sbb perjalanan masih jauh lagi.






Dari Glenorchy kami berpatah semula ke Queenstown dan meneruskan perjalanan ke Arrowtown. Konon konon nak melihat historic town kat Arrowtown. Tapi tak singgah pun. Lalu je sekejap. pusing pusing dan terus ke Cromwell.  On the way ke Cromwell, kami nampak Kawarau Gorge Suspension Bridge. Tak plan pun. Tapi since dah nampak, kami singgah lah kejap. Tengok orang buat bungy jump. Tengok je...hahahaha.

Kawarau River

And di Cromwell, kami cuma singgah di Jone's Fruit Stall. Murah murah...gila menengok macam macam jenis buah yang ada. Masa ni ramai tourist dari China Mainland....huhuhuh Dah beli buah, makan icecream. Takde nak explore apa pun.....





Dan teruskan lagi ke Wanaka. Singgah sekejap kat Wanaka Puzzling World. Tapi tak masuk pun. And kami nampak signboard ke Lavender Farm. Masuk juga...tp lavender belum berbunga...hahaha. And akhirnya sampai juga ke Wanaka. Masa ni dah lapar....and Kak Zu plak nak solat. So kami just stop depan tasik wanaka tu. Terkial kial cari parking, sebab not sure whether le parking ke idak. Nampak sigboard biru dengan no 30, 60, 180. End up kami park je sbb jenuh juga cari parking machine, tak nampak nampak. So kami makan dulu sambil menikmati keindahan tasik. Saya ingat nak cari juga Lone Tree tu...tp hari macam nak mula nak redup. Risau sampai Omarama lambat. So kami decided, takyah lah cari. Kami teruskan ke Omarama.





Ntah merata rata je kami singgah sepanjang laluan. Nak ke Omarama, kena patah balik ke belakang, and singgah kat Tarras. Sebab....banyak biri biri dan lembu je. Excited tengok putih kecik kecik dan hitam hitam multicolor atas ladang.......hahahah. Mengong. Ke New Zealand ni, enjoy je view. Pakkal hakak tak pandai ambil gambar jer. So hasil-hasil tak berapa menarik. Kena gi sendiri, lihat lah betapa cantiknya.





Untuk sampai ke Omarama, kami melalui Lindis Valley. Subhanallah...cantik walaupun gunung ganang sahaja. Memang kita drive dicelah celah gunung. Depan belakang, gunung sesaja. Bila tengok depan, macam nak masuk gunung. Ke depan lagi gunung. Kami singgah juga kat few places...scenic area reserve untuk bergambar. Tak reti nak ucapkan. Tengok lah sendiri. Since kami tak pandai ambil gambar, so nampak tak cantik. Tapi kalau tengok sendiri. lebih cantik dari dalam gambar.



Dah agak petang, kami sampai di Omarama.Top 10 Holiday Park. Masa sampai kat sini, orang tu cakap. kami booked cabin for 4, Dua katil is ready. Dua lagi belum and kena tambah another NZD untuk linen. Sebenarnya masa booked aritu, memang ada mention kena pay extra untuk linen. Tapi masa tu kami macam tak kisah....xpalah. Bila sampai situ, dah mcm penat kan....pastu dia dok promote, ada satu bilik, lengkap semua. Ada dapur, private bathroom, untensil bagi. Tapi kena tambah antoher NZD65.00. Pikir punya pikir, saya kata okay lah. Sbb cabin yang memola saya booked tu, shared facilities. 

Cabin kami

Bila masuk bilik...masya allah..lawa ko....huhuhu. Rasa macam dok hotel 4 bintang. Pergh...memang complete. Actually bilik tu boleh muat 6 orang. Sebab ada dua queen bed dan satu bunkbed.  Seronok sangat, sbb dah penat drive jauh jauh kan.....

Tu tempat nak masak simple simple


Katil bahagian dalam


Malam ni kami masak nasik. Sebelum tu Lina dan Zu kluar pi cari roti kat mart. Roti dengan butter sekali.  Kami tak kemana mana pun. Rehat saja dalam bilik. Masa ni saya tengah pening memikir..duit collection tak cukup. Rasanya semua perbelanjaan dan tulis...mana plak saya selitkan duit...hahaha.  Sampai sudah.....pastu baru tingat...hahaha. Duit accommodation kat Queenstown saya tak tolak lagi...patut lah x cukup. Hadoii...haru sungguh accountant tak bertauliah ni. Dah dapat, baru lega. Leh tido ngan lena...hehehhee....

Dah lupa apa dinner kami. Weder hat ini..hat yang bawah tu...

Ini apa yang kami makan masa kat Omarama




Monday, 16 October 2017

Road Trip to South Island,New Zealand - Day 5

19th September 2017  (Selasa)

Hari ke 5 di South Island, New Zealand. Awal pagi kami breakfast dulu. Pagi pagi ni kat kitchen tak ramai orang. So selesalah cuma kami ber4 sahaja menggunakan dapur.  Walhal semalam dah rasa macam nak banned je dapur tu..hahhaa. Kemudian masuk 4 sekawan tadik nak breakfast. Sembang lagi. Depa plan nak gi Milford Sound, tapi kensel sebab adar orang cakap cuaca tak elok. Kami plak cerita, kami pi Milford sound dengan seronok nya. Memasing garu kepala...hahha. Nyesal tak pegi semalam katanya..hehhee. Mereka ni pensioner yang xde mende nak buat gamaknya. Travel ala ala semi luxury + luxury kut...haha. Ye lah..dok hostel. tapi amik pakej kemain..huhuhu. Kami mampu dengar je lah sbb kami bajet traveller.

View dari kitchen

Dari kitchen tempat kami stay

 Plan kami hari ni cuma jalan jalan sekitar Queenstown.  Dari Absoloot Accommodation, kami berjalan kaki sahaja ke Queenstown Skyline. Tu pun 4 sekawan tu la yang dok bagitau...Queenstown Skyline dekat je, katanya. Siap bagi direction lagi. Memang dekat sangat sangat. Saya rasa pekan Queenstown ni takdelah besar mana. Lake Wakatiupu pun sangat dekat dengan penginapan kami. Hari ini cuma itu sahaja aktiviti kami. Naik gondola dan main luge.

Bandar Queenstown

Bandar Queenstown

Menuju ke Queenstown Skyline

Kena naik tangga kat depan nun ke Queenstown Skyline

Setiba di Queenstown Skyline, kami diskas nak pilih pakej mana. Semua agreed nak amik pakej 1 gondola + 5 luge and 1 free. Ticket sila pegang elok elok ya. Sebab nanti nak scan ticket tu. Dah scan baru boleh masuk.  Kami teru saje naik gondola. Ada orang ambil gambar kat situ. Beli atau tidak belakang kira ya...hehehe. Setiba di atas, terpana pana juga nak cari kat mana nak naik luge. Kami jalan jalan dan terus jalan...nampak orang naik open gondola ke atas. Tapi x nampak orang turun ke bawah. And kami nampak, orang naik luge kat situ. Maka tawakal aje pergi situ...tengok orang berbaris, kami pun berbaris. Ada dua laluan di situ. Satu laluan with stamp. Satu lagi laluan untuk beginner. Maka kami memilih laluan untuk beginner.  Dan bermula lah adventure luge. Saya ngan Zu, laju je kedepan. Manakala Lina dan Kak Zu kat belakang. 

Eh sebelum tu, kami lepak lepak dulu menghayati keindahan bandar Queenstown. Cuaca cerah sangat hari ni. Ambil gambar memang cantik sangat. Walaupun matahari terpacak atas kepala, tapi cuaca sejuk adn nyaman. Dah puas lepas, ambil bagai semua bagai, baru kami gerak untuk naik luge. Masa lepak lepak ni, saya terletak ticket luga bawah kamera. Masa angkat kamera, saya tak teringat pasal ticket luge. Tak lama lepas tu baru teringata...alamat. Ticket luge dan hilang...huhuhu..acaner nak naik ni.  Kami mula operasi pencarian..hehe....gigih kak zu turun ke bawah bukit semata mata nak cari ticke tluge saya. Alhamdulillah...jumpa juga...huhuhu. Mujur jumpa. Klu idak...melopong nak naik luge..







Best naik luge ni. Bila dah sampai bawah, then baru kami perasan laluan untuk turun ke tempat luge ni...hahhahaa. Rupanya kena turun kebawah and naik open gondola ke atas. Baru naik luge. Tapi kami trus naik luge. Tu yang macam heran, kenapa meraka semua dah siap bertopi keledar bagai. Turun ikut mana...hahhaa. Betul orang tu bagi direction, kami jer yang blurr.  

Selepas pusingan pertama, Lina dengan Kak Zu dah surrender. Tak mau dah. Sian kak zu, terjatuh masa nak pusingkan luge tu. Sayang pulak, bayar untuk 5 rides luge, tapi depa naik sekali je. Tp kak zu ngan lina kata takpa....depa nak rehat rehat je. Jadi saya ngan zu, lenjan main luge sampai 5 kali plus  1 free ride. Pergggh...baru puas hati. Pastu siap cakap...kenapa laluan ada dua je...hahahha. Patut ada laluan yang lebih adventure...

Dah abis naik luge, kami siap beli gambar lagi..huhuhu..melayang NZD30.00 untuk 3 keping. Sebab gambar cantik rela aje membayo. Kami beli coffee kat atas ni, sambil menikmati pemandangan. Cantik sangat sangat. Every angle sangat cantik. Cuma kami tak reti nak ambil gambar cantik cantik macam orang lain. Dapat menghayati dan menikmatai pemandangan pun dah cukup baik. Lama juga kami melepak kat atas. 



Since dah dekat nak masuk waktu asar, kami decided untuk turun ke bawah, balik hostel dulu untuk solat. Pastu biasalah...if dah balik hostel. mula melengah lengah. Depa relaks2 duduk atas katil, nikmat sangat ...hahahha. Rasa mcm malas nak jalan keluar balik. 

Memandangkan souvenier lom beli, and memang saya allocate time kat Queenstown ni untuk beli souvenier, kami gagah juga turun.  Kami pusing pusing jalan dalam bandar Queenstown. Abis semu kedai kami masuk. And kendian kami masuk DF souvenier. Borong sakan. Dah lepas membeli, kami jalan jalan menyusuri Lake Wakatipu. Sambil layan layan perasaan.  Sebenarnya dari kitchen di pengiapanan kami tu Lake Wakatipu betul betul dibelakang. Sambil breakfast sambil menghayati keindahan. Memang cantik New Zealand ni....sangattt......










Bila hari dah berancur petang, kami pun balik ke accommodation. Aleerrr...dekat bebeno..sekangkang kera je...hahhaha. Memang takde activiti lain hari ni. Itu jer. Memang takde rush. Rombongan makcik kiah gini ler hhehehee. Klu ikutkan boleh je pergi Glenorchy dulu and patah balik Queenstown. Jimat masa kan...tp sebab suka lepak lama lama....

Dah malam, kami dinner...lupa dah dinner apa...hahahhaha. Kami prepare siap siap apa nak bwak bekal esoknye.  Malam tidor lena. 




Sunday, 15 October 2017

KL Fabulous Food Hunt 2017 - Soalan, Maklumat dan Arahan

Maklumat dan Arahan 

DBKL
Lengkapkan 3 perkataan yang 'tertinggal' dalam masa 10 minit
Hantar jawapan kepada Marshall di KAUNTER PENDAFTARAN dan dapatkan set KLU & PASSPORT anda.
SELEPAS tamat tempoh 10 minit, JIKA pasukan anda masih gagal melengkapkan jawapan, kembali ke KAUNTER PENDAFTARAN untuk dapatkan set KLU & PASSPORT anda

CHECK POINT
Semua ahli pasukan perlu berada di CP sebelum pasukan anda dibenarkan melakukan tugasan
COP TIBA hanya akan diberikan apabila semua ahli pasukan telah tiba di CP
Seterusnya hantar seorang wakil untuk menjalankan tugasan di CP tersebut
COP SELESAI pula akan diberikan setelah pasukan anda selesai menjalankan tugasan

TUGASAN FOTO
Sekurang-kurangnya tiga (3) ahli pasukan anda perlu kelihatan didalam foto we-fie tersebut.
Setiap foto perlu di'upload/post' ke akaun facebook salah seorang ahli pasukan.
Setiap satu tugasan foto perlu ada satu post berasingan
Setiap post perlu disertakan #SayangMalaysia, #VisitKL & #klffh207
'Screenshot' posting itu dan tunjukkan kepada mana mana Marshal di CP untuk dapatkan COP foto.

QUIZ (CP9)
Terdapat 5 soalan yang perlu dijawap
Jawapan boleh didapati dari http://www.motac.gov.my/en/directory/pkpl-kl-putrajaya
Pasukan anda boleh menghantar jawapan dan dapatkan COP CP9 dari Marshal X, samada, selepas acara Flag Off atau setelah anda kembali dari melakukan tugasan-tugasan CP1 hingga CP8.

_________________________________________________________________________________

Projek Sungai Nadi Kehidupan telah memberi (1)_______________ (2)_____________ kepada lebih sepuluh kilometer kawasan (3) ______________________ sungai sekitar pusat bandar.

Jawapan:  (1) nafas   (2) baru  (3) pinggiran

Ini adalah soalan mula mula sebelum untuk mendapatkan Klu Lokasi CP dan Tugasan Foto

_________________________________________________________________________________

Klu Lokasi CP dan Tugasan Foto

Soalan CP1 - Pasta akan menjadi hidangan disini. Tajuk lagu si Christina di dalam filem Moulin Rouge adalah sebahagian nama Cafe yang perlu anda cari. Di sebuah 'village' metropolitan ia boleh ditemui.. Bila 'angsa' diletak antara Ice Cream popular, jumpa lah nanti. 

Jawapan: Marmalade Cafe @ Bangsar Village II

Soalan CP2 - Pelita Nasi Kandar, restoren ini yang perlu anda pergi. Disebuah 'desa' lokasinya tersembunyi. Susun semula perkataan di bawah ini untuk kenalpasti. HSS IR TAMARA

Jawapan:  Pelita Nasi Kandar, SRI HARTAMAS

Soalan CP3 - Di 'kampung' pula restoran ini berada. Kalau buang huruf yang hujung, 'panda' lah yang akan akan jumpa. Pecal Lele hidangan menjamu selsera. Pastikan Om tidak ditinggalkan ya. 

Jawapan:  Om Pecel Lele, Kampung Pandan 

Soalan CP4 - Restoran ini tidak jauh, 'selangkah' sahaja jaraknya. Mandi Rice hidangan yang perlu anda rasa. Cari kedai yang ada 'SULAMAN' pada namanya. 

Jawapan:  Takhe Sulaman, Setapak Central

Soalan CP5 - Seterusnya Roti Canai Special akan dijamu. Tempat 'solat' Aamir dan Salman Khan di jalan inilah kedai ini boleh ditemu. Maaf, hanya ini sahajalah klu. 

Jawapan:  Saya tak ingat nama kedai ni..tp saya tau. Bersebelah restoren ABC. Dekat sungai di Jalan Masjid India. Dekat Selangor Mansion. Landmark: AnNasuha Beverages....

Soalan CP6 - Nama kedainya seperti nama anak pertama si Ismet Ulam Raja. 'The Best Cendol in Town' itulah yang mereka kata. Nampak gaya kenalah ronda ronda untuk jumpa lokasi barunya. 

Jawapan:  Wahab Cendol Sri Rampai, Wangsa Maju

Soalan CP7 - Ingat aksi si Jet Li, itulah antara klu utama. Ramen pula akan melengkapkan namanya. Lawat di dalam bulan Mei, ini pula klu untuk lokasinya. 

Jawapan:  Kung Fu Ramen, Taman Melawati

Soalan CP8 - Felix de Weldon adalah artiket binaan bersejarah ini. Salah satu kedai makan di sana adalah lokasi CP8 ini, sila cari. 

Jawapan;  Kedai Makan berhampiran Tugu Negara (tak ingat juga nama kedai, sbb kami sampai lambat..hahahhah)

Tugasan Foto

Foto #1 - Foto we-fie pasukan anda dengan seorang penumpang awam di dalam MRT
Fota #2 - Foto wefie pasukan anda dengan pemandu teksi 
Fota #3 - Foto we-fie pasukan anda di hadapan TIC (Tourist Information Centre)

Soalan CP9  ada terdapat 5 soalan kuiz. 

Quiz 1 - Name the ceremony above (gambar di lampirkan) 
Jawapan:  Larian Obor KL 2017 

Quiz 2 - Eco-Host is conducted by trained instructor or a fee of 
Jawapan:  RM100.00

Quiz 3 - What is MURFEST
Jawapan:  Malaysia Urban Retreat Festival Wellness

Quiz 4 - Among the _______________ activities that are well received are visits to orchards and animal farms.......
Jawapan;  agro-tourism 

Quiz 5 - Expected monthly income (range) for Spa Manager at 5 Star Spa is? 
Jawapan:  RM4000 - RM6000