Wednesday, 17 January 2018

Bangkok, Thailand - Day 4

28 Disember 2017 (Khamis)

Hari ni janji ngan Lem / Lamb awal sikit. Semalam agak lambat. Sebab hari ni ada beberapa tempat nak pergi. Kul 0700 dah ada rasanya driver ni. Macam biasa, breakfast siap siap, masak telur separuh masak, roti jem coffee....semua bedal. Dan saya tetap dengan bekalan saya, oats dimasukkan siap siap dalam termos. 

Driver sampai, kami angkut semua barang barang. Check out tinggalkan kunci and jalan. Macam hari hari sebelumnya, cuaca mendung. Sedikit renyai renyai. Kami teruskan perjalanan ke Sunflower Farm. Tapi bukan di Saraburi ni. Yang sebenarnya kat Khao Yai ni banyak sunflower farm. So, driver just bawak ke one of the sunflower farm yang ada. Dia singgah sekejap beli breakfast kat satu simpang. Kami tengok dia beli roti bakar...hmmmm...sedappppnya...hahahhaa. Kemudian perjalanan diteruskan ke ladang bunga matahari. Agak jauh juga dari penginapan kami. Maybe dalam 1 jam lebih, saya pun ingat ingat lupa. Sepanjang jalan, nampak juga bunga bunga matahari dikawasan rumah orang yang menunduk ke bumi. Dalam hati...huuhuhu..berkembanglah hai bunga. Janganlah hanya memandang tanah sahaja...hahaha.




Dah akhirnya, sampai juga. Lupa sungguh nama farm ni. Tapi bukan farm yang begitu femes seperti Saraburi or Lodpuri. Tak kisah, janji ladang bunga matahari.  Bayaran masuk ke sini adalah THB80 seorang.  Semasa sampai disini, kami diberikan dua keping bag plastick. Aci heran gak...then dia kata, untuk sarung kasut...kami pun sarung je lah. Pastu baru perasan...ohh patutlah. If tak sarung dengan plastik, mau penuh tanah lumpur melekat kat kasut. Tanah lembab...and tanah subur yang sesuai sangat untuk pertumbuhan bunga matahari.....sreeekk sreeekkk kami berjalan beralaskan kasut beg plastik...hahhaha.






Kasut di sunflower farm...hahaha

Masa nak balik. dah banyak van dan taxi

Cantik sangat ladang ni. Walaupun matahari tak kluar, tp bunga matahari tetap bersinar. Kecoh kami dok kat sini. Since kami sampai awal,  masa ni tak ramai orang. And kami ambil gambar tanpa gangguan. Takdelah photoboom by other people. By the time nak balik...perghhh...berderet deret van. Orang pun dah semakin ramai. Setelah puas bergambar, kami meneruskan perjalanan ke Palio Khao Yai. Agak jauh juga. Timing...udah lupa...hahahhaa.












Palio Khao Yai ni tempat membeli belah. Shopping paradise in Thailand katanya. Tapi kami tak membeli belah pun. Sebab....kat sunflower field pun dah lama bebeno. Sampai sini dah tengahari...hahaha. not really tengahari la. Dalam kul 1100 lebih gitu kut. Kami jalan jalan ambil gambar jer dalam ni. Menarik tempatnya, tapi tak sempat nak explore abis.  Selesai kat Palio Khao Yai, kami gi makan dulu kat tempat yang sama semalam. And order food yang sama, sebab tomyam nya sangat sedap. Begitu juga dengan milk thai tea...yummmy.


Mabelesss

Dah settle makan, kami terus ke Primo Piazza.  Bayaran masuk ke Primo Piazza ni adalah THB200 for adult. Untuk kekanak TBH150 rasanya. Menarik juga tempat ni. Ala ala mini Italy. Boleh bagi makan Illama. Primo Piazza ni pun lebih kurang macam Palio Khao Yai juga. Ada kedai coffee dalamnya. Leh lepak lepak......tapi untuk shopping tak nampak plak ye..heeh. Kat Palio, boleh shopping sesuka hati. Cuma kami je yang takde masa  nak menyopping.









Dari Primo Piazza, kami ke The Bloom by TVPool. Entrance fee masuk kesini adalah THB120 termasuk tram mengelilingi The Bloom. Kami pun amik je lah. Malas nak pikir nak berjalan jalan kat dalam ni. So kami naik tram, cuma kami ber8 je. Jauh gak dia bawak pusing pusing...hahahha. Sepanjang jalan tu nampak le juga beberapa tempat penginapan yang dibina secara berselerakan. Macam ala ala kampung rumah scattered gitu. And kami pun diturunkan di satu stop. From there, kami just jalan jalan je. The Bloom ni adalah sebuah ladang bunga kedua terbesar di Thailand, katanya. Tapi kami tengok, banyak bunga yang semakin hampir layu. Samada bunga belum mengembang atau baru ditanam, or memang tiada penjagaaan yang sempurna. Pusing pusing ambik gambar, then kami keluar. Walaupun begitu, lama juga didalam ni. Ada juga cafe dan sebagainya. Tapi tak singgah pun. Pastu ada plak yang berkata kata...patut xyah datang lah The Bloom ni...hahahha. Saya pun pernah terbaca, The Bloom ni tak best sangat. Tapi ntah...macam tak terkluar dari mulut untuk bagitau...hahahha.






Dah penat berjalan dalam The Bloom, kami pun meneruskan perjalanan ke Bangkok City. Di Bangkok City, kami menempah Mana Hostel sebagai penginapan kami. Mixed dorm, shared facilities. Tak pasti braper jam perjalanan. Tapi yang pasti hari dah malam dan gelap. Lem terus hantarkan ke Mana Hostel. Kami bertolak awal dari Khao Yai sebab Pika akan fly back ke KL malam ini juga. Flight dia jam 11 malam. Sesampai di Mana, kami tanya Lem wether dia leh antarkan Pika ke airport. Dia kata xleh. Okay, tak kisah le. Then Pika amik grab je. Mentara nak tunggu Grab, dia lepak dulu kat Mana Hostel.

Lobby Mana Hostel

Dorm saya ngan Za dapat

Notakaki:  Gambar gambar Mana Hostel, dari hasil gogel

Manakala kami lak, berbincang ngan tuan punya hostel tentang penginapan kami kerana telah berlaku kesilapan yang tak sepatutnya berlaku...hahhahha.  Saya, Dee, Echah, Mak Su dan Rose booked melalui Airasiago untuk hotel dan flight ticket. Za juga booked melalui AirAsiaGo tapi booking berasingan. Saya Ecah Dee satu booking no. Mak Su dan Rose juga satu booking no. Masa booked, memang le letak 3 pax. Tapi masa kat accommodation, pi letak 2 bunkbed je. Rose pulak letak 1 bunkbed. Rupanya if 3, kena letak 3. If 2, kena letak 2. So booking kami sorang takde tempat tido, dan booking Rose juga sorang takde tempat tido. Kami yang tak paham procedure ke apa ke...wallahualam. So, semasa sampai, booking kami cuma dpt 3 katil. Orangnya ada 5. Lagi 2 orang takda tempat tido iaitu saya dan juga maksu Rose. So guest house owner takleh nak buat apa. Sebab dia kata, tiada kekosongan. Za ngan ateng takde masalah. Tapi hostel owner kata, dia allow kami kongsi katil. Tapi kami kena bayar facilities yang digunakan. If kongsi katil....huhuhuhu..mampukah berkongsi katil dengan size badan masing masing. Kami tak puas hati, siap kol AirAsiaGo lagi. Tapi jawapan tetap sama. Kami yang salah letak braper katil yang diperlukan. Diskas punya diskas, Rose dan Mak Su bersedia untuk cari hotel lain yang berdekatan. So, satu katil kosong, bolehlah diberikan kepada saya. So saya  kena bayar pada Rose sahaja. And tak perlu bayar harga facilities. Memang hostel ni fully booked. If ada kosong, hostel owner willing je nak bagi ke kami. Tapi katil tak cukup.

Maka kami minta hostel owner carikan hostel baru. Dia kata ada hostel berdekatan. Dia pun called and bagi direction ke kami camner nak ke sana. So kami pun dpt katil masing masing. Saya se dorm dengan Za di tingkat 1. Manakala ateng, dee dan echah di tingkat dua. Saya kata ke Za, saya nak katil bawah. Almaklum org tua...malas nak memanjat. Mujur Za okay je. Ateng, Dee dan Echah masing masing dapat katil atas....hehehhe. Dah setel bab katil kami, kami pun hantar Rose dan Mak Su untuk cari hostel lain.

On the way nak ke hostel tu, kami nampak je few hotels, kami akan stopped tanya if ada kekosongan. Then sampai satu hotel ni, dia kata ada satu kosong utk malam ni sahaja dengan harga THB2000 plus THB1000 deposit. Untuk malam esok kena check in lain.  Rose ngan Mak Su redho je. Masa ni saya sungguh tak kisah...if depa bayar too much, saya willing je tuk share. Kira burn lah duit kat Mana Hostel. Tapi Rose ngan Mak Su kata takpe...So, okay lah.

Dah setel perihal hotel Rose dan Mak Su, kami kekonon nak cari kedai untuk dinner. Almaklum, kami lunch awal sangat. Perut pun dah lapar. Cari punya cari, tapi tak jumpa yang halal. So kami decided makan je lah apa yang ada. Masing2 ada bekalan pun. Saya memang ada beli instant noodles  masa kat Salasa Hill tu. Ingat nak makan sama sama. Since dah terasing macam ni, tak dapat lah. So sapa yang tinggal kat Mana Hostel tu boleh ler.

Kami bergerak balik ke Mana Hostel, Rose dan Maksu balik ke hotel yang mereka booked tadik. (tak ingat dah nama hotel). Saya sebenarnya tak penah stay kat mixed dorm, shared bathroom. Jadi malam pertama agak janggal sedikit pada saya. Segala perkara kena buat senyap senyap. Sebab takut kang ada yang kata bising. Dah tu pulak, ada yang dah tido lena. Nak bukak zip beg pun hati hati, takut bunyi zip ditarik kuat sangat. Saya sewa juga locker kat sini utk simpan barang barang berharga. Yang lain lain tu, saya tgk mereka letak je backpack masing masing kat tepi katil. Dalam bilik ni ada 3 bunk bed dan satu queen bed. Queen bed, couple mat salih. Saya ngan za sekatil. Za atas, saya kat bawah. Katil berhadapan saya, couple gak. Boipren nyer tido atas, gf kat bawah. Di hujung kaki saya mat saleh lelaki. Dihujung kaki Za minah saleh.

Selesai mandi manda, kami turun ke bawah untuk makan. Masak meggi, makan roti. Ada juga disediakan instant coffee, tp hat tu kena bayar ye. So kami gunakan apa yang kami ada. Kendian naik atas. Satu masalah dok hostel, mixed dorm, bila nak solat. Saya senyap2 solat duduk je atas katil waktu lampu dah tutup semua. Tapi cahaya dari luar ada, so xdelah gelap sangat. Yang saya risau, kut2 dormmate terjaga, tengok ada orang berkelubung atas katil....hahahhaha. Masa nak solat ni, saya memang tawakkal abis. Mohon janganlah mereka terjaga or ada yang balik tiba tiba.

Saya tidor lena walaupun dimalam pertama yang janggal. Semua barang pack elok elok..risau mengganggu laluan orang lain.

End of Day 4




Tuesday, 16 January 2018

Bangkok, Thailand - Day 3

27 Disember 2017

Hari kedua di Khao Yai. Cuaca sejuk banget. Mandi pun dah ala ala cakcibo. Celum sikit, lari, celum sikit pastu lari. Nak tunggu air panas pun satu hal. Kena pasang shower dulu siap siap, biarkan air keluar dulu, baru lah panas. Haru sungguh.


Rak Na memang ada menyediakan breakfast. So kami makan apa yang patut, and juga bawak bekal. Saya dah biasa travel ngan Lina ngan Kak Zu mesti ada bekal air panas dalam termos. So jadi dah terbiasa lak. Thanks to Kak Zu dan Lina. Actually, it is a good thing. So saya bancuh oats siap siap letak dalam termos. Juga bawak air kosong. Driver datang agak lambat sikit hari ni. 

So we started our day ke Hobbit House dulu. Well, cuaca memang tak begitu memberansangkan. Mendung, hujan renyai renyai. Tapi mujur jugalah tak lebat mana. Atleast boleh juga kami redah jalan jalan walaupun rintik rintik hujan membasahi bumi.  Hobbit House dan juga Santorini Park ni berdekatan je. Sebelah menyebelah. Untuk masuk ke sini dikenakan bayaran sebanyak THB50 per person. Kalau nak pakai costume yang disediakan pula bayaran yang dikenakan adalah TBH150.00. Elok je sampai kat sini, ada dah orang tunggu suruh bayar entrance fee. Sebab tempat ni macam takde pintu masuk. Just masuk and park je.






So kami pun pusing pusing je kat dalam ni. Some of the part, macam tengah buat renovation je. Or pertambahan untuk membaik pulih tempat ni. Hobbit House ni ada juga yang dijadikan sebagai penginapan. Some of the houses, ada penghuni menginap, so janganlah simply bukak and nak masuk ye...hahahha. Suasana basah dah lecak memang tak menyenangkan sebenarnya. Pastu ada titik titik air melekat kat baju dan tudung. Air hujan le..hehehe.  And nak ambil gambar pun, cuaca tak berapa nak cerah. But still dapat jugalah gambar2 menarik. Maybe tak sama dengan Hobbit House di New Zealand. But to me, apa apa pun, walaupun belum sampai ke Hobbit House, NZ, but still yang kat NZ tu lebih menarik. Di Thailand sekadar rumah binaan, juga terdapat bahagian2 yang lain.





Selesai di sini, kami meneruskan perjalanan ke Jim Thompson Farm. Sesampai di sini, kami diskas, for how long nak masuk Jim Thompson Farm ni. Masa kami sampai tengahari. So kami decided sampai 0230 - 0330 petang je. Sebab nak ke tempat lain pula.  (Abaikan time yang tertera di gambar ye...lupa nak setting ikut waktu Thailand)

Bayaran masuk ke Jim Thompson Farm adalah THB180 for adult. Untuk kanak kanak saya tak pasti. Jim Thompson Farm ni sangat besar dan terdiri daripada 5 section. Boleh baca SINI ya. Nak taip macam malas plak..hahaha. Untuk explore dalam farm ni, boleh naik tram yang disediakan. So tram tu akan bawak kita pusing pusing dalam farm ni. Boleh stop kat mana mana section yang ada. And boleh naik balik. Nak ulang ulang banyak kali pun takpa. Masa kat sini, Sunflower Farm nya belum bloom lagi. So tak merasa tengok sunflower kat sini. If not, jimat masa, takyah ke tempat lain.


Kebun bunga tahi ayam...hahaha

Mcm ulam raja...tp bukan. Spesis tahi ayam gak kut..kekkeke

Lavender





Tempat tunjuk cara lama tumbuk padi

Buat benang dari ulat sutera

Pusing dalam JTF naik ni

Jam 0230 petang kami berkumpul kat entrance and call driver bagitau yang kami dah selesai. Masuk dalam van, kami kata, nak ke Saraburi. Driver macam....krikk krik...what...lebih kurang ler..hahhaa. Then dia kata, sunflower esok lah. Tak sempat gi hari ni. Jauh...memang jauh lah perjalanan kami. So dia kata, Palio dah Primo Piazza je. Masa ni driver bawak kami ntah ikut jalan mana ntah. Jalan tar yang penuh dengan tanah merah, lecak dan kiri kanan hutan. Cuak weols..hahaha.

Ko rasa...hahhhaha....seraaam mak..

By the time kluar dari jalan tu masuk ke main road, yang lain dah lapar nak makan. Rasanya adalah dalam 2 hours kut perjalanan kitaorang. Saya pun tak pasti. Mereka mereka ni, semalam, masa dalam perjalanan ke Rak Na, ada ternampak kedai makanan halal. Tulisan warna hijau. Tepi jalan je. So kami pun mengajak driver mencari di manakah kedai makanan halal tu. Masing2 bukak mata..besau besau...hahahha. Dan akhirnya kami jumpa juga. So turunkan kami untuk makan dulu. Nak tau pasal lain lain restoran halal kat Khao Yai leh masuk tengok kat SINI


Sebelah resort ni.



By the time selesai makan, jam dah hampir 0600++ petang. Thailand cepat gelap. Cuaca sejuk lagi menambahkan kecepatan kearah kegelapan. Kam pun diskas pikir pikir nakpergi ke idak. Kami decided not to go. Kami bagitau driver, balik terus lah ke guest house. Sebab by the time nak ke Palio pun dah kul braper. Suka driver kami dapat balik awal..hahhaa. 

Sebelum sampai guest house, singgah kat family mart semalam. Rupanya dekat je ngan guest house kami. Semalam tak sempat nak compute semua mende.  Sampai guest house, mandi manda and malam tu yang lain berkumpul kat bilik kami lak...hahhah. Riuh rendah bersembang. Macam macam topik sambil tranfser gambar dari handphone masing masing. Since dah makan, malam tu takde lah kemaruk sangat makan. Memang meriah kami makan tadik. Kenyang.....

Sampai Rak Na sudaaa...

Depan Rak Na

So, malam tidor lena. Menanti hari esok. Esok harus juga ke Sunflower Farm. If not, sia sia je trip ni, kerana itulah motif utama ke Khao Yai kan. Untuk ke ladang bunga matahari.