Sunday, 11 February 2018

Baling Belakang - Restoran Sahabat

Pernah terbaca di satu blog akan kesedapan makanan di restoran ini. Maka saya pun macam biasa, mahu mencuba. Maka kami 7 beranak sekeluarga, makan malam di sini. 

AddressNo, 2, Jalan BK 9/2, Bandar Kinrara 9, 47180 Puchong, Selangor
Hours
Opens 11:30AM

Okay je pada saya. Harga reasonable. Faktor WOW tu...hmm...susah juga nak puaskan perut saya ni ya, walaupun saya bukan lah jenis cerewet makan. Dalam erti kata lain, puas hati jugalah makan. Kami order shell out sahaja. Senang. Lambak je atas meja, makanlah bersama sama. Ada juga menu menu lain. 











Tuesday, 6 February 2018

Rail Trip to Hatyai (Wrapped Up)

Selesai bermusafir ke Bangkok, bersama sama kawan kawan KMC ke Hatyai pulak pada 26hb Januari 2018 hingga 28hb Januari 2018. Misi: Jalan Jalan Cari Makan. Itupun tak sempat nak terjah semua tempat maka. Ke terlupaan tentang dimsum sedap di Hatyai. Ada harapan untuk ripit lagi ni...hahahaa. So boleh lah baca kesinambungan cerita Hatyai kami.


Full Story: Rail Trip To Hatyai - Day 1

Full Story: Rail Trip To Hatyai - Day 2 Part I

Full Story: Rail Trip to Hatyai - Day 2 Part II

Full Story: Rail Trip To Hatyai - Day 3







Thursday, 18 January 2018

Ke Bangkok Kita - Thailand (Wrapped Up)


Tanggal 25 Disember 2017 - 30 Disember 2017, maka kami #guj #gengukurjalan bersama sama bermusafir ke Bangkok , Thailand. Kami seramai 8 orang, berkumpul di KLIA. Ada yang flight terawal, ada yang flight terkemudian. Alhamdulillah, tamat sudah. Semoga #gengukurjalan dapat bersama sama kembali untuk trip trip yang seterusnya. Segala suka duka bersama, moga terus kekal di ingatan kita...


Full Story - Expenses

Full Story - Ke Bangkok, Thailand Kita - Day 1

Full Story - Ke Bangkok, Thailand Kita - Day 2

Full Story - K e Bangkok, Thailand Kita - Day 3

Full Story - Ke Bangkok, Thailand Kita - Day 4

Full Story - Ke Bangkok Thailand Kita - Day 5

Full Story - Ke Bangkok, Thailand Kita - Last Day

Everybody can fly
Khao Yai National Park
Hobbit House / Santorini, Khao Yai
Jim Thompson Farm
Jim Thompson Farm
Geng Ukur Jalan
Sunflower Farm, Khao Yai
Primo Piazza, Khao Yai
Primo Piazza, Khao Yai
Pai Deo Die Cliff, Khao Yai National Park
Train ride to the death valley, Kanchanaburi
The Bridge on the River Kwai
Erawan National Park
LittleSantorini, Khao Yai

Halal Food at Salasa Hill, Khao Yai







Friday, 5 January 2018

Another Year Older


Another year has passed and some things just get better with age. Happy Birthday anyway. Thank you friends for the surprise birthday cake.







Tuesday, 12 December 2017

Sukiya - Paradigm Mall

10 Disember 2017 (Ahad)

And again on the 10th December 2017, we #guj #gengukurjalan bergeder geder lagi. Kekonon buat exchange gift. Kang sebut buat ala ala Secret Santa, kena kecam lak ekk..hahhaa. Kami anggap ini adalah Exchange Gift antara sesama kami yang baru berkenalan ni. Memasing dah bagi list kepada si pemberi hadiah. Tapi tak tau sapa lah pemberi hadiah tu. Nanti kita teka ajalah ye...konon...hahaha. Saya minta sesuatu yang senang je. Memory Card for Handphone...hehehe. Banyak gambar nak di savekan. 

Our venue kali ni adalah Sukiya Paradigm.Tak abis abis...weder Korean Food or Japanese Food. Suka sesangat. 







Tuesday, 17 October 2017

KL Fabolous Food Hunt 2017 - The Hunting

Hari kejadian adalah 7 Oktober 2017. Event ni dah banyak kali dilakukan. Saya jer yang tak tau. Katanya since 2012 lagi dah ada. KLFFH ni ala ala macam amazing race or treasure hunt gitu. Diberikan soalan, kena cari jawapan. Dah dapat jawapan, kena pergi ke tempat itu, and kena makan. Maklumat dan Arahan sila rujuk SINI


KL Fabulous Food Hunt (KLFFH) merupakan salah satu program anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Putrajaya (Ministry of Tourism and Culture, Kuala Lumpur/Putrajaya (MOTAC)


FORMAT

Satu kumpulan mempunyai 4 orang ahli. Bayaran adalah RM50.00 seorang
Semua kumpulan akan bermula dan menamatkan cabaran di tempat yang ditentukan. Macam tahun ini ianya bermula di Dataran DBKL
Setiap kumpulan perlu membuat semua tugasan di 8 Check Point (CP) dan mendapatkan cop 'completed'. 
Pasukan bebas memilih mana mana check point untuk di selesaikan dahulu sebelum menuju ke garisan penamat.
Pasukan yang sampai paling awal dengan 9 cop dikira pemenang.
Pengangkutan yang dibenarkan adalah pengangkutan awam seperti teksi, bas, lrt, mrt dan komuter. Penggunaan Uber, Grab dan Kenderaan Persendirian tidak dibenarkan. 

Secara keseluruhan, acara ini sangat menarik. Tetapi pada pandangan saya, ada beberapa perkara yang perlu di ambil kira atau di perbaiki lagi. Antaranya: 

Pada permulaan untuk mendapatkan soalan. Sebelum mendapatkan soalan, satu lagi kertas diberikan. Peserta perlu menjawap dan serahkan ke kaunter pendaftaran untuk mendapat soalan. Pada saat ini, keadaan amat huru hara. Untuk kertas pertama sebelum mendapat soalan juga sudah huru hara. Bertolak tolakan sesama sendiri. Bimbang ada yang mengambil kesempatan pula. Para peserta tidak mahu berbaris walaupun sudah di laungkan berkali kali untuk berbaris. Lebih menyedihkan, meja kaunter pendaftaran sampai roboh lah. Maka di sini, pada saya, pihak penganjur perlu mencari jalan yang lebih baik untuk membaiki keadaan. 

Yang kedua, pada saya, flag off time. Flag off jam 11.00. Pada masa tu, team captain berbaris untuk mendapatkan soalan. Tak semua team flag off di masa yang sama. Ada yang lewat 5 minit, 10 minit or 15 minit. Disini suka kiranya bila soalan diberikan, dikertas jawapan tertera waktu pengambilan kertas soalan dan jawapan. Pada saya itu lebih adil. Ini adalah kerana, jam 3.30 petang, semua check point telah di tutup. 

Mungkin pihak penganjur perlu mengambil pendekatan dari penganjur yang pernah menganjurkan Treasure Hunt juga penganjur lain. Event ini event berbayar. Semua orang mahu menang dan melakukan apa saja yang boleh untuk menang. Saya sesungguh memang tidak selesa apabila ditolak tolak sedemikian apatah lagi yang menolak di belakang adalah orang yang berlainan gender.

Tugasan yang diberikan tidak mengikut turutan. Kami memulakan our food hunting dengan kedai yang paling terdekat sekali iaitu di Selangor Mansion, Masjid India.

Check point No. 5 - Roti canai banjir bersama dua telur goyang
Kemudian kami menaiki LRT ke arah Setiawangsa. Dari situ, kami mengambil teksi untuk ke Check Point seterusnya iaitu Wahad Cendul Taman Seri Rampai. 

Wefie dengan pakcik teksi - tugasan bergambar

Check point No. 6  - Wahab Cendol
Selesai di Wahab Cendol, kami menahan teksi lagi untuk ke Kungfu Ramen. Disini, kami meminta driver teksi menunggu sehingga tugasan selesai untuk kami pergi ke check point yang seterusnya.

Check Point No. 7 - Kungfu Ramen

Check Point No. 4 - Takhe Sulaman. Tempat paling susah nak cari

Check Point No 3 - Om Pecel Lele
Setelah selesai tugasan diatas, kami meminta pemandu teksi menghantar kami ke stesen MRT paling terdekat untuk kami meneruskan perjalanan ke Bangsar Village untuk check point seterusnya iaitu Restoren Marmalade Cafe. Didalam MRT, kami perlu bergambar dengan seorang penumpang. Tiba di Stesen Muzium Negara, kami transfer ke LRT Kelana Jaya Line. Stop di KL Sental untuk mengambil gambar di TIC. Dan terus mengambil teksi ke Bangsar Village. Sayangnya disini, kami diberi pilihan samada menunggu makanan disediakan atau mahu mengambil cop percuma. Kami putuskan ambil cop dan terus ke Pelita Nasi Kandar, Sri Hartamas.

Check Point No. 2 - Nasi Kandar Sri Hartamas
Sudah kesuntukan masa, dari Sri Hartamas, kami mengambil teksi untuk ke Tugu Negara. Malang juga bagi kami, kesesakan lalu lintas yang tidak dapat dielakkan menyebabkan kami lambat sampai dan check point di sini telah di tutup. Malah, separuh jalan, kami turun dari teksi dan berlari menuju ke Dataran DBKL. Semput mak nak...hahaha.

Secara keseluruhan, kami berjaya menyelesaikan semua tugasan kecuali di Tugu Negara. Maka, tidak berjayalah juga untuk mendapat sebarang hadiah..hahaha..Takpa..next year cuba lagi.

My KMC Friends