Wednesday, 27 June 2018

Spring Trip to South Korea - Preparation

Preparation

Well, apa saja yang nak di preparekan. Sebab macam dah biasa sangat ke South Korea. So semua pun last minit sahaja. 

Tour
Kali ni tujuannya untuk ke Busan - Jeju dan Seoul. Sebenarnya Busan pada mulanya tak masuk senarai, tapi disebabkan travelmates tak pernah sampai Busan, so alang alang touch down kat Busan, maka saya allocate satu hari untuk jalan jalan di Busan. Kali ini memang saya amatlah malas nak buat segalanya sendiri. Untuk memudahkan trip Busan - Jeju, saya ambil private tour dengan #seoulwanderlust. So, semer mereka settlekan termasuk penerbangan domestic, accommodation, meals dan juga transportation. So,bawak badan ajelah ya. Ini cuma untuk Busan - Jeju sahaja. Di Seoul, haruslah meredah sendiri. 

Travelmate
Travelmate yang sama and sorang lagi geng #kmcfriends iaitu Anna, mengikut saya untuk kali kedua. Kali pertama kami travel ke Hatyai, Thailand.. Ini adalah kali kedua Anna ke South Korea, tetapi kali pertama travel bersama saya untuk jangkamasa yang panjang. Jah dan Erra memang dah berulang kali travel bersama sama saya. 

Itinerary
Cuma fokus untuk Seoul sahaja. Since datang bulan Spring, maka haruslah pergi ke tempat tempat cherry blossom. Itu pun tujuannya. Yang ini saya bersama Anna selesaikan. Pengaruh Korea kuat juga Anna ni....hahhaha. Maka banyak idea yang boleh diguna pakai. Otak saya tidak bersendirian lah kali ni. Segala apps untuk subway, exit juga tambang kami save siap siap di handphone. Mudah untuk buat rujukan. Tidak perlu bawak kertas lagi sepanjang jalan....

Barang keperluan 
Baju bajan memang saya pack last minit. Esok nak travel, malam baru pack. Alhamdulillah semua barangan penting tiada yang tinggal. Makanan pun tak bawa banyak. Sebab di Busan dan Jeju semua sudah termasuk dalam pakej. Namun tetap saya ingatkan travelmates untuk membawa jaket tebal juga kerana peralihan musim, cuaca tidak menentu. Tidak dapat di pastikan adakah masih sejuk beku atau cuaca sedap sedap sahaja. 

Flight ticket
Setahun awal dah beli. Tapi last minit, kami bercadang untuk extend lagi 3 hari...huhuhu. Maka haruslah membayar penalti charges untuk penukaran tiket. Alhamdulillah, cuma kena bayar RM370.00 sahaja untuk seorang. Bermakna penalti charges RM300.00 dan RM70.00 adalah perbezaan harga ticket. Dan yang paling best, kami dapat flight malam. So kami ada 8 hari solid di South Korea nanti.

Accommodation
Saya tetap memilih Namsan Guest House untuk penginapan di Seoul. Kali ni memilih Namsan 2. Saya mengambil satu bilik yang boleh memuatkan 4 orang. Memang biliknya agak kecil, tp saya lebih suka ber4 dalam satu bilik daripada ber2 setiap bilik. Sebab....banyaklah sebabnya...hahahha. Untuk Jeju accommodation arranged by #seoulwanderlust. Kami stay di Major Hotel II Jeju City. Saya suka hotel ni. Bilik yang kami dapat adalah triple room. One single bed and one double bed. Senang hati je stay sini. Ada orang kemaskan bilik...hehhehe.

Transportation
Di Jeju Island, sewa kereta. All include in the package kan. Manakala di Busan dan Seoul haruslah subway dan bus yang menjadi pilihan. Maka T Money adalah satu keperluan. Saya pastikan setiap travelmates mempunyai T Money untuk memudahkan perjalanan.

Apps
Pertama kali ke dulu pergi ke Korea, jenuh melihat peta. Sekarang semua maklumat di hujung jari. Maka saya meng install applikasi Seoul Subway by Malang. Mudah pada saya. Banyak lagi applikasi lain, terpulang lah pada anda untuk memilih yang mana satu. 

Apa lagi ya....




Saturday, 23 June 2018

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2018

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2018 seperti biasa berhari raya di kampung halaman yang sudah lama ditinggalkan...cewahh....macam lagu pulak ye...hehhehe. Rushing rasanya bila berhari raya di dua tempat..hmm.xpalah. Next year plan leklok naaaa






Friday, 22 June 2018

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2018

15 June 2018

Terkilan gambar kelabu. Sbb mintak tolong org amikkan...huhuhuh

Spot yang sama di kampung untuk setiap tahun...hehehhe



***hijau lagi....hahahaha




Putu Perak


My favourite setiap kali balik kampung. Putu ni susah nak jumpa kat tempat lain. Dan tak semua orang sukakannya. Sedap di makan ketika masih panas panas. Kalau dah sejuk rasa liat sedikit. Putu ni dah bertahun tahun diusahakan di kampung saya semasa saya di sekolah rendah lagi. Dulu dulu, tepung beras dan tepung pulut di tumbuk menggunakan lesung kaki. Beras dan pulut juga direndam lama untuk pastikan betul betul lembut. Sekarang dah makin moden, tak taulah camner orang buat nyer...hehehee. 

Mak saya kalau tau kami nak balik, mesti siap order sebekas. Masih ada yang meneruskan legasi pembuatan putu perak ni. Alhamdulillah....

Resepi...hmm...saya tak pasti. Yang saya tau bahannya adalah beras dan pulut dikisar. Sedikit garam dan gula kut. Dan isi kelapa parut sebagai inti. Dikukus seperti putu piring. Menggunakan acuan khas. Sama macam pembuatan putu piring cuma bahan bahannya sedikit berbeza. 






Wednesday, 9 May 2018

Piliharanraya 2018

9 May 2018 (Rabu)

5 tahun sudah berlalu. Ini adalah kali ke2 saya menjadi pengundi Lembah Pantai. Tak larat nak beulang balik ke kampung mengundi, maka selepas pilihanraya di tahun 2008, saya menukar tempat mengundi. Kali pertama mengundi di Lembah Pantai pada tahun 2013.

Gelombang pilihanraya kali ni lain macam. Entahlah...hahhaha. Saya dah suami kekonon takmau pergi lambat. Pergi awal, balik awal...hahaha..jenuh beratur. Okaylah...5 tahun lagi, kita datang lambat sikit lah. Sebab masa tahun 2008, urusan pengundian cepat je. Maybe ramai yang datang awal, dan kami datang di sebelah petang. 

Comot jari...


Selepas penat berbaris mengundi, singgah lunch di Lubuk Bangku. Ramai yang mengatakan, restoran ni disukai ramai. Siap masuk rancangan JJCM lagi. Ramai orang datang makan disini..... hmmm..berpuluh tahun tinggal di Bangsar, ini baru kali pertama mahu mencuba...hahhaha. 

Alamat:  25, Jalan Abdullah, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan 






Okay jugalah makanannya. Tapi a bit pricey pada saya. Well...sekarang pun semua serba mahal. Selepas mengundin, kami lepak lepak di rumah, sambil menantikan keputusan piliharanya. Saya tak mampu menunggu lama. Akhirnya mata layu jua. 


Bangun pagi di 10hb Mei 2018, seperti baru berada di negara baru...hahaha...konon. Suami mengatakan bahawa kerajaan telah bertukar....hmmm...antara percaya dengan idak, berulang kali saya bertanya....betul ke....betul ke....Sungguh....memang tidak percaya. 

Apa pun, keputusan telah termaktub. Maka, marilah kita bersama di bawah kerajaan baru..huhuhuhu..






Thursday, 12 April 2018

Spring Trip to South Korea - Day 1 (Busan - Jeju)

30 March 2018

Our flight to Busan jam 0115 pagi waktu Malaysia dan akan touch down di Busan pada jam 0830 pagi waktu Korea (waktu Malaysia jam 0730 pagi). Saya bertolak dari rumah selepas maghrib, Dan berjumpa Anna, Jah dan Erra di KLIA2 dalam jam 0900 malam. Urusan mudah sahaja di kaunter. Luggage masing2 adalah 15kg seorang. Semua cukup....selesai urusan di kaunter, maka kami pun masuk ke boarding area. Urusan kastam juga mudah, tiada yang terlebih luggage. Cuma saya je lah...harus juga membuka beg. Sebab saya punya facial cleanser..huhuhu. Below 100ml ye. Mujur lepas...

Tepat jam 0115 pagi, pesawat berlepas ke Busan. Kami tidak mengambil sebarang inflight meals sbb dah bercadang nak tidur sahaja. Menggunakan perkhidmatan travel guide juga merisaukan kami sebenarnya. Sebab pembayaran penuh telah dilakukan sebulan sebelum tarikh berlepas, risau guide representative tak muncul di airport. Namun kebimbangan itu berlalu bersama dalam kepekatan malam. Kami di buai mimpi hinggalah pengumuman untuk mendarat. 

Sebaik sahaja mendarat, saya cepat cepat whatapps mesej ke tour guide, Ikah,  untuk memberitahu bahawa kami telahpun mendarat. Alhamdulillah, jawapan segera dari Ikah, dia berada di bahagian hadapan. Akan menunggu sehingga urusan imigresen selesai. Usai urusan imigresen, kami pun mencari cari Ikah. Perasan juga seorang gadis sado tersenyum senyum kepada kami. Mulanya agak ragu ragu...betul ke...betul ke. Sekali dia datang....akak akak sekalian...Ikah ni...fuhhh..lega. Sebelum berlepas, Ikah sempat meminta kami whatapps gambar masing masing. Sebab tu agaknya dia tersenyum senyum bila nampak kami....dah kenal rupa...hehheehe.

Di pagi hari di Gimhae Airport

Disambut oleh LMH...hahaha

Ikah membawa kami ke bahagian penyimpanan luggage. Almaklum, trolley bag ada 4, backpack ada 4 juga. Maka kena lah simpan luggage dulu. Mahal u...huhuhuh...untuk semua bag kami tu, kena bayar KRW54,000..perghh....menggigil kluarkan duit. Tapi nak buat mcmaner...takkan nak angkut kut jalan jalan di Busan. 

Kat 1st floor ye

Selesai simpan luggage, Ikah bawa kami ke airport railroad untuk ke Jagalchi Market, BIFF dan Gukje Market.  Memola kena ambil line purple sebelum tukar ke line hijau dan tukar lagi. Untuk pengangkutan disini juga sudah termasuk dalam pakej. Since kami ada TMoney, maka Ikah hanya reload TMoney kami sebanyak KRW5000 seorang. Untuk bercerita tentang Busan Subway map ni, kalau kita google, merata info boleh dapat.

Untuk paham subway map


Kali ni, otak saya lega sangat rasanya. Sebab saya tak perlu memikir apa apa...hahhaha. Ikut sajork. Maka banyaklah perkara yang saya tak pandang. Saya hanya melilau mencari cherry blossom. Kami hanya membontoti Ikah kemana sahaja. Ikah bawa kami ke Jagalchi Market. Melihat segala jenis seafood yang ada. Kemudian ke BIFF Square. Jalan jalan, pusing pusing...tak sedar hari sudah menginjak ke waktu makan tengahari. Ikah kata, kat Busan ni kita tak makan seafood. Kita makan Indian food sajork. Sebab nanti di Jeju, hadaplah seafood selagi mahu. Kami okay je....tapi jangan di tanya arah kedai itu. Kerana saya tidak tahu...hahahha. Nama kedainya New Little India. (Hasil google, maka berjaya jumpa link berkaitan dengan New Little India ni). Apa apa ajelah Ikah. We follow...Urusan untuk order makanan pun kami serah pada Ikah. To me, okay je lah makanan disini. Nasi a bit dry...kuah tak banyak. Order apa pun dah lupa. Ada ciken, ada vege......adalah kuah sikit.


Gambar dari Google

Gambar dari Google

Ready to eat

Pusing pusing Jagalchi Market


Stoberi beso beso


Selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke Gamcheon Cultural Village. Semasa disini ternampak ice cream tinggi. Saya teringin dan ajak kawan kawan share. Tak abis makan kalau beli satu. Makan kami beli 2, share ber5.

Sambil sambil tu kami terus menuju ke stesen subway untuk ke Gamcheon Cultural Village. Saya dah pernah pergi pada tahun 2016. Pergi kali ni hanya sekadar memenuhi permintaan kawan kawan, sbb mereka tak pernah sampai. Untuk ke mari, kami dari Jagalchi Market, menaiki subway ke station Toseong.

Gamcheon Culture Village (Directions)
  1. Take Subway Line 1 (accessible from Busan Station) to Toseong Station.
  2. Come out Exit 6.
  3. You will be facing an intersection. Turn right at the corner and walk straight. You will see a hospital on your right. ...
  4. Take either Bus 2 or 2-2.
  5. This will take you to Gamcheon Culture Village at top of the hill.

Sesampai di sini, kami tak mau beli map. So kami redah sahaja jalan jalan di dalam ni. Ada certain spot untuk bergambar, tp ramai orang berbaris and kami malas nak tunggu. Kami hanya membontoti Ikah...hingga ke hujung jalan. Dan akhirnya sampai kembali ke tempat setesen bas kami berhenti tadik.  Kami sempat membeli buah stoberi. Sebab nampak gumuk gumuk dan wangi. Geram je. Dah beli buah, dari situ, kami ambil bas untuk kembali ke stesen Toseong. Jangan tanya...sebab saya memang tidak mengkaji jalan jalan yang harus di ambil. Dari stesen Toseong, kami mengambil subway untuk ke epot.





Jalan tikus hehehe

Sesampai di epot, kami ambil barang barang dulu. Kemudian ke surau di level 2. Surau tak besar, tapi bersih. Alhamdulillah. Selesai solat dan merehatkan kaki seketika, kami pun menuju ke domestic terminal untuk ke Jeju Island. Untuk ke Jeju, kami menaiki Jeju Air. Kami selamba je sorong trolley dari international terminal ke domestic terminal...hahhaha.

Odeng

Ke Domestic Terminal

Surau. Nampak dak domestik terminal nunnnn di sana...

Dalam flight Jeju Air

Sementara menunggu waktu untuk berlepas, saya dan Ikah sempat berbincang perihal itinerary yang sepatutnya kami follow. Menurut kata Ikah, setelah disemak ramalan cuaca, ada hari yang agak cloudy dan bimbang hujan. Maka kami menukar beberapa tempat yang sepatunya di lawati pada hari cloudy ke hari yang lebih cerah. Hari yang kemungkinnan cloudy, kami letakkan indoor activities. Bimbang juga seperti tahun 2015..apa yang dirancang tidak menjadi kerana hari hujan....huhuhuhuh

Tepat jam 0755 malam, pesawat berlepas ke Jeju Island. And kami tiba  dalam jam 0855 malam. Di Jeju ni, pesawat memang berhenti jauh. So kenalah naik shuttle bus. Itupun jenuh menunggu lama dalam pesawat sebab landasan tak clear rasanya. Berpengap rasa dalam flight..hahahha. Shuttle bas sampai, kami pun turun dari flight. Terus ke terminal ambil barang barang semua. Ikah ambil airport transfer untuk ke Major Hotel 2. Ikah booked 2 bilik yg boleh masuk 3 orang utk satu bilik. Saya, Anna dan Ikah sebilik, manakala Jah dan Erra sebilik.

Selesai perihal bilik, Ikah bawa kami pergi dinner pula. Sepatutnya dinner di Busan, tapi kami mengambil keputusan takmau dinner dulu. Tiba Jeju Island baru dinner. Agak jauh juga berjalan mencari cari kedai. Kebanyakan kedai disini adalah restaurant seafood. Kami ikut sahaja. Malam ni makan ikan bakar dan soup seafood. Walaupun hanya dua jenis, tapi kenyang nya takyah cerita. Sebab banyak makanan sampingan.

Jalan jalan di Jeju City juga meriah. Saya terkenang semasa saya datang di tahun 2015. Tidak semeriah ini. Maybe tempat penginapan yang saya pilih itu.

Jalan jalan di Jeju City

Our dinner

Selesai makan, balik ke hotel, bersihkan diri dan tidur. Bersiap sedia untuk menghadapi jadual esok hari pula.




Saturday, 24 March 2018

Road Trip to South Island, New Zealand - Last Day

25 September 2017 - Isnin

Hari terakhir untuk trip ni. Last day juga kat Sydney, Australia. Since flight pagi, kami memang kena awal la kan. Dah siap, bawak turun segala bagai ke bawah and breakfast dulu. Breakfast kat Big Hostel ni start jam 0700 pagi. Sebelum tu, memang xdelah lagi bahan bahan untuk breakfast. Kami makan je puas puas. Sambil sambil tu, saya mesej ke Mr Ken yang kami dah ready. Ye lah...risau juga kut kut lah terlupa. So, bagi peringat jer siap siap.

Dah setel breakfast, check out and kami tunggu Mr. Ken. Dalam jam 0800++ Mr Ken pun sampai. Actually, kalau tengok pada maps, tak jauh sangat hostel ni ngan airport. Tapi ntah kenapa masa sampai aritu, kami rasa macam jauhhhh nyer....hahhahaha. 

Nak masuk ke Sydney Airport ni, jemmmmm gila babas. Mr Ken kata, this is everyday view. Hari hari jem. If you think jalan ke KLIA airpot teruk....Sydney worst. So dia kata, dia akan masuk kat parking area, drop kitaorang kat situ...and kami kena jalan kaki sikit untuk ke airport. Takde hal le Mr Ken. Kami okay okay je. So dia bagitau, just follow crowd. Crowd tu memang menuju ke airport. Kami pun ikut jer lah....takde jauh mana. Then baru realised...dia dropped kan kami kat bangunan depan Sydney Airport tu.  

Kami cari kaunter AirAsia. Dropped luggage and cari tempat untuk minum coffee. Bila badan dah penat, malas nak pikir pikir yang lain sangat. Kami cari tempat yang ada tempat charging handphone. Masa ni semua dah tak berapa nak bercakap...hahahahaa. Dah dok pikir nak balik Malaysia je. Walaupun hati tertinggal di New Zealand. 

Banyak perkara yang dah tak berapa nak ingat. Gambar pun dah tak berapa nak ambil masa ni. Jenuh juga saya mencari gambar masa last day. And setiap kali travel, ada je suka dan duka. Sama sama simpan ajelah di dalam hati ye. Kita kenang yang indah indah ajelah. Travel juga mengajar kita untuk menjadi lebih sabar. Travel juga mengajar kita untuk lebih mengenali diri sendiri, juga mengenali kawan kawan kita. Saya enjoy travel walaupun with different people. Setiap orang ada buruk dan baik nya. Belajar lah menerima keburukan travel partner...juga appreciate lah kebaikannya. 

Saya memang jenis tak kisah kut travel with different people asalkan orang itu mahu ikut plan saya dan juga boleh bagi idea bila diperlukan. Kalau ada herut sana sini sikit sikit, tolerate aje, walau dalam hati kadang rasa macam nak sumpah sesumpah. Saya jenis tak simpan lama. Janji tahu hormat saya dan appreciate apa saya buat. Istilah sentap sentap takde dalam kamus travel saya. If ada orang sentap, maaflah. Saya ignore je. Dok pikir sentap sendiri, sentap orang caner lak...kan..hahahha. Lagipun travel with different people ni kita pasti learn new things....accept new things. Lepas ni hopefully jumpa new friends pula.

So far yang pernah travel ngan saya, adalah sorang dua yang saya boikot terus dan tidak mahu travel lagi bersama dia...buat masa ni. Yang lain lain, okay okay je. Saya boleh lagi bertoleransi. Dan saya jenis bukan suka cakap apa apa if saya tak berkenan sesuatu tentang travelmates semasa sedang bermusafir. Saya prefer diam and enjoy sahaja. Lain lain, pedulikanlah......