1 April 2018 (Ahad)
Sudah masuk hari ke tiga di bumi Korea Selatan juga merupakan hari kedua di Pulau Jeju. Plan kami ni sudah bertukar. Banyak yang ditukarkan hari sahaja...tapi tempat lawatan sama. Ini kerana kami bimbang hari hujan.
Hari ni kami sepakat memakai warna putih biru. Tak kisah apa yang putih. Baju or seluar or tudung...asalakan ada putih. Saya dan Anna sepakat memakai seluar putih, manakala Jah dan Erra memakai baju putih.
Destinasi pertama kami adalah ladang bunga canola di Noksan Ro Canola Flower Road. Difahamkan disini, lebih kurang sepanajang beberapa kilometer, terdapat bunga canola dan juga cherry blossom. Berbekalkan gps di kereta, (saya tak tau camner Ikah set kan GPS tu), Ikah pun mula memandu ke Noksan Ro. Semasa sampai di sini, tatkala memasuki jalan ni, saya melihat hanya ada beberapa batang pohon cherry blossom. Canola juga tidak begitu menjadi. Hati mula lah dup dap dup dap. Dapatkan kami melihat pemandangan putih kuning sepanjang jalan. Semakin Ikah memandu jauh kedalam, semakin terserlah bunga bunga canola dan juga cherry blossom. Tak pasal pasal saya menjerit...kegembiraan. Walaupun pada mulanya hati sudah mula mahu remuk redam. Masya Allah...tak terkata saya. Sangat cantik sepanjang panjang jalan. Ikah memandu perlahan untuk membolehkan dia mencari tempat meletakkan kereta. Tidak boleh meletak kereta sesuka hati. Agak merbahaya kerana terdapat ramai orang yang berada di pinggir jalan untuk bergambar. Dan akhirnya kami sampai ke satu kawasan lapang dimana banyak kereta diletakkan di sini. Dan ada satu signboard bertulis Gasiri Village. Sebaik mendapat tempat, kami pun apa lagi....bersuka ria mencari port masing masing untuk bergambar. Inilah lokasi rahsia yang disebut sebut oleh ramai orang yang mana bukan rahsia lagi. Kemain berahsia ye...ala....apa nak rahsia rahsia sangat. Kongsi je lah...hehhe. Saya pun pada mulanya tak tau tempat ni. Saya screen shot dari facebook, dan saya berikan Ikah. Masa tu Ikah pun pasti dengan tidak samada boleh mencari tempat ini. Tapi alhamdulillah berjaya juga Ikah membawa kami ke sini.
 |
| Sepanjang panjang jalan |
 |
| Canola flowers dan cherry blossom |
Habis kami redah pokok pokok canola di ditepi jalan. Bukan kami sahaja orang lain juga begitu....tetapi kami memilih bahagian yang sudah dibina seperti laluan. Sayang pula nak meredah pokok canola hingga patah. Tapi memang tiada pilihan. If nak bergambar di dalam celah celah pokok tu,memang kenalah buat laluan. Jadi untuk menyelamatkan keadaan dan juga pokok pokok, kami melalui bahagian yang sudah di lalui oleh orang lain. Setelah puas bergambar, Ikah memandu lagi terus ke hadapan. Sepanjang panjang jalan penuh deretan bunga canola dan juga pokok bunga yang sedang berkembang. Kami dapat melihat kincir kincir angin yang besar hinggalah kami sampai ke Noksan Ro Horse Park.. Masya Allah....sebesar besar ladang bunga canola. . Disini tak payah bayar apa apa pun. FOC sahaja. Memang ramai orang di sini. Tapi tidak perlu bimbang. Kawasan sangat luas. Boleh aje melarikan diri dari photo boom.Cuaca juga sangat baik hari ni.
Setelah berpuas hati bergambar disini, kami meneruskan perjalanan ke Seonsan Illchulbong. Kami melalui Korean Folk Village, tapi kami tidak berhenti. Sebab.....sebab saya dah pernah sampai...hahhaa. Kejam dak. So travel mate kena ikutlah tempat mana yang saya nak pergi. Dulu saya tak sempat ke Seongsan Illchulbong. Dah x larat nak daki masa tu, sebab kami dah daki Darangshi Oreum. Tempat pokok pokok seperti lalang. Macam Sangumburi Crater, tp kena daki.
Sesampai di Seongsan Illchulbong, hanya saya dan Anna sahaja yang bersetuju untuk mendaki sampai ke atas. Ikah memang tak lah ye...nanti dia nak drive. Sian penat. Jah dan Erra takmau, takut sakit kaki...kekkee. Maka mereka hanya menunggu di bawah, maka gigihlah saya dan Anna mendaki. Perghh...memang lah. Dah tua gini, banyak kali kena berhenti. Tercabar tengok bebudak kecik kecik lagi laju je mendaki....hahahaa. Namun akhirnya sampai jua. Menggigil gigil kaki sampai ke puncak. Pemandangan....masya allah. Jeju memang sangat cantik. Bagusnya Seongsan ni, laluan untuk naik dan turun adalah berbeza. Senang kita takdelah berasak asak dengan yang turun dan yang naik. Dan laluan binaan bertangga. Jadi tidak perlu risau.
 |
| Dah turun daaaa |
 |
| Laluan yang disediakan |
 |
| Menuju ke tempat women divers |
 |
| Kat bawah sana lah tempat depa start menyelam |
 |
| Laluan bertangga..menggigil kaki wehh |
 |
| Sayup ke bawah huhuhuh..tengok je pun dah mengah...hahhaha |
 |
| Ni kat puncak atas sekali |
 |
| Dari puncak nak menurun.....gerun.. |
Kami turun, Jah Erra dan Ikah menanti di bawah. Pada mulanya nak tengok Women's Diver. Tapi perut kami dah lapar...huuhhuhu. Kali ini Ikah membawa kami makan seafood rameyon. Perggh....order untuk 3 orang, kami makan ber5. Besar portion nya. Dan kimchinya sangat sedap...huhuhu. Memang bersungguh kami makan terutama saya dan Anna. Kelaparan sangat...penat mendaki ke puncan Seongsan. Dah selesai makan, masih berbaki kuah rameyon di dalam periuk. Begitu juga kimchi. Baik hati tul Ahjuma ni. Dia beri kami semangkuk besar nasi.....sambil tangannya tunjuk2...makan nasi dengan kimchi berkuahkan seafood rameyon. Berbaloi makan di sini. Tapi jangan tanya kedai apa...hahhaa. Kami hanya mengikut Ikah sahaja.


Dari Seongsan Illchulbong, kami ke Seopjikoji. Disini sempat mencuba aiskrim lembut katanya. Sini pun mendaki gakk...huaarggghhhh.....stress mak nak. Kali ni saya gigih hingga ke lighthouse. Tahun 2015, macam tak mampu jer nak meneruskan pendakian...kekkekkke. Macam biasa, Jah Erra dan Ikah memang serender awal awal...hahahaha. Cuma saya dan Anna sahaja. Takda apa pun sangat benarnya.
 |
| Berehat jap...sakit kaki..hahhaha |
 |
| Cari apa ntah...hahaha |
 |
| Aiskrim lembut |
 |
| Rumah All In |
 |
| Pemandangan di Seopjikoji |
 |
| Light house nunnnn diatas sana |
 |
| Gigil kaki nak daki lagi..hehhehe |
 |
| Light house dari sebelah sini |
Kemudian kami berpatah semula mencari Jah, Erra dan Ikah dan meneruskan perjalanan ke (disini saya punya ingatan memang teruk, samada pergi ke
Jeolmul Recreation Forest dahulu or
Woljeongri Beach) Cerita tak ikut turutan. Jadi saya ceritakan perihal di Jeolmul dahulu. Saya rasa Jeolmul Forest dulu. Setiba di sini, hari juga sudah mula beransur gelap. Kami berjalan jalan sambil pusing pusing didalam ni untuk mengambil gambar. Jeolmul Forest ni menarik. Sekiranya punya masa, banyak lagi tempat yang boleh di jelajah. Dek kerana kami mengejar masa, kami cuma melawati sebahagian sahaja.
 |
| Entrance fee |
 |
| Entrance ke Jeolmul Forest |
 |
| Kami |
Masa disini, saya perati Ikah selalu beli aiskrim. Saya tanya, aiskrim apa. Rupanya aistkrim tangerine tu. Saya pun try le beli...walaaawey...sedap. Sangat sedap. Pure tangerine. Memang perah jus kaw kaw terus buat aiskrim kut. Macam aiskrim Malaysia tu....kalau lah balik direct dari Jeju ke Malaysia, memang saya borong. Kalau kat Seoul, memang susah nak jumpa. Only in Jeju Island...
Seterusnya
Woljeongri Beach Disini terdapat kincir angin yang sangat besar. Air laut juga sangat cantik dan terdapat barisan kerusi multicolour untuk kita mengambil gambar. Kerusi ni pun ada yang dah patah pun....hahahha. Semasa disini, kami bertemu dengan sekumpulan orang Malaysia. Mereka ni drive sendiri je. Siap tanya kami naik apa...Ikah lari lari malu. Takmau kami kenalkan dia pd orang tu as tourist guide...hahahha...
 |
| Kat sini ada windmill besar |
Kami meneruskan perjalanan semula ke Jeju City. Kami hantar kereta dulu ke hotel dan berjalan kaki sahaja mencari restoren untuk dinner. Seperti biasa, Ikah yang mencarikannya untuk kami..hahha. Cuma bukan kedai yang sama di hari pertama kami sampai di Jeju City. Mintak maaf ye...x dapek nak membantu bab ni. Nantilah di lain kali, if saya ke Jeju Island secara sendiri, maybe boleh share nama nama tempat kedai makanan yang saya pergi....hehhehe.
 |
| Jom cari kedai makanan |
 |
| Mabeles...hari hari ikan bakar, sup kimci, dan pajeon |
Selesai makan, kami pulang ke hotel semua. Pack barang barang semua bagai, sebab esok nak check out dan kembali ke Seoul. Lega dapat berada di hotel. Hotel kemas, mandi pun puas.
NOTAKAKI: Semua gambar adalah milik saya. Cuma saya malas nak buat watermark. If gambar gambar itu dipinjam dari mana mana, saya akan nyatakan sumbernya. Sekiranya tak di nyatakan, itu adalah saya punya.
