Monday, 14 January 2019

Nha Trang - Dalat - Mui Ne - Ho Chi Minh - Day 3 Part 3

26 Disember 2018 - Rabu

Crazy House


Gayat bila menerokai Crazy House ni. Rumah bertingkat tingkat pelbagai rupa yang agak menyeramkan dan berbelok belok. Silap gaya boleh tersesat. Dan yang lebih mencabar, lalu untuk satu rumah ke satu tumah yang lain or dari satu tingkat ke tingkat yang lain adalah tersangat lah comelnyer...hahha. Dapat orang yang bersize besar, jenuh mengundur untuk memberi laluan. 


Lorong sempit.....tinggi plak...ko rasa...

Jenuh kalau berselisih ni...








Berani depa ke atas lagi. Saya idak ler....

Pemandangan dari 4 tingkat atas. 

Berhati hatilah bila berada di Crazy House. Utamakan keselamatan anda

Ada berani weh...hahhaa. 

Gayat wehh

Bertingket tingket



Depan Crazy House

Stoberi gemuk gemuk. Jual depan Crazy House

Saya dengan Rose separuh jalan je. Dah tak berani nak meneruskan lagi perjalanan menjelajah rumah crazy ni hhehee. Di rumah ni, terdapat juga tempat untuk disewa bermalam dan juga kedai kedai menjual souveniers dan juga barangan lain. Anda boleh juga membeli sekiranya berminat.   Pada masa kami berada disini, terdapa beberapa bahagian masih dalam pembaikan. Entrance fee....VND35,000 (convert le sendiri...kekekk).

Kami ada juga pergi ke Dalat Cable Car Station. Tapi cuaca tidak menyebelahi kami. Cable car tidak beroperasi di hari ni. Maka kami cuma mengopi sahaja di Cable Car Station ni. 




Nha Trang - Dalat - Mui Ne - Ho Chi Minh - Day 3 Part 2

Day 3 Part 2

26 Disember 2018 - Rabu

Lunch

Kami lunch di Restoran Kampung Pandan. Masya allah....seribu satu macam kelegaan dapat makan nasi dan lauk pauk yang sangat enak. Bayangkan 2 hari makan caca marba tak menentu. Restoran ni di miliki oleh warga Malaysia beragama Islam, orang Penang. Mamu kami panggil. Karinya wallaaa.. sedap. Berselera sungguh kami makan. Disini juga ada disediakan surau. Semasa kami sampai, makanan sudah tersedia. Ibrahim sudah buat arrangement awal awal dengan mamu Penang ni. Restoran ni Halal ya.





Kari dia...walaweyy.......sedap.








Tempat lain yang kami pergi adalah Dalat Train Station. Stesen Keretapi Da Lat adalah sebuah stesen keretapi di Vietnam, berkhidmat di bandar Da Lat. Ia direka pada tahun1932 oleh arkitek Perancis, Moncet dan Reveron, dan di buka pada tahun 1938. Sebahagian besar sudah tidak digunakan lagi sejak peninggalan keretapi pada tahun tahun terakhir Perang Vietnam, dan ia beroperasi semula pada tahun 1990 dengan pembukaan yang mengarah ke kampung Trai Mat dan kini beroperasi sebagai tarikan pelancong. Ia terkenal dengan gaya seni bina yang unik yang menggabungkan Art Deco secara keseluruhan.

 






 




Nha Trang - Dalat - Mui Ne - Ho Chi Minh - Day 3 Part 1

26 Disember 2018 (Rabu)

Awal pagi kami dah bersiap. Makan apa yang patut semasa di guest house sebab kami nak teruskan sahaja perjalanan ke Dalat. Kekonon nak singgahlah dimana mana untuk breakfast...hahaha..haram singgah sebabnya Ismail pun tak tau nak singgah kat mana. 

Dari Nha Trang ke Dalat mengambil masa 4 jam...huhuhhuhu...kematu bontot weh. Mujur dalam van kami boleh berkaraoke. Dalat adalah sebuah kawasan tanah tinggi...jadi perjalanan ke sana haruslah van kena mendaki bukit kan....Sempat juga kami singgah di sekitar lereng lereng gunung ambil gambar. Gayat juga bila menaiki kenderaan melalui lereng lereng bukit dan gunung. Sampai satu tempat (tak ingat nama tempat ni), kami nampak banyak kenderaan berhenti. Pelik gak dah kenapa.... ingat kut tempat rehat dan rawat. Rupanya ada lori terbabas menghalang jalan. So semua kenderaan takleh nak lalu...jalan tu memang agak berbukit sedikit...tayar terbabas...if nak betulkan tayar lori straight memang kena hati hati sebab takut lori mengundur kebelakang. Lama juga kami menunggu. Bayangkan dengan van, kenderaan persendirian, sleeper bus....jem sekejap.








Kebetulan disitu ada kedai kopi. Maka kami ajak Ismail mengopi dulu. Tapi orang punyalah ramainya. Nak order pun jenuh menunggu. Dan paling tak suka, banyak anjing. Ye lah..what do you expect kan..negara Vietnam le katakan. Kenalah ngelak ngelak dari anjing ni..huhuhu. 

Elok je order nak sampai, Ismail wasap kata dah boleh gerak...haha. Udah serba salah kami ni. Ismail kata takper...tinggalkan ajer. Sebab sebelum depa serve kopi, depa bagi teh dulu. Dalam teko kecik, cawan kecik kecik. Maka kami minum tea tu je lah...tanpa bayar apa apa. 

Udahlah kedai kopi ni menurun bukit. Nak pergi ke van, kena mendaki bukit....huuhhhuu. Saya dah berusia, bukit yang sekangkang kera tu pun termengah mengah saya nak daki. Risau juga...kut tiba tiba tak terdaya lah....termengah mengah....hahhaa. By the time sampai kat van, rupanya belum alih lagi. Depa tengah berusaha...slowly...akhirnya berjaya gak mengalihkan lori untuk meneruskan perjalanan. Memang berderet deret kenderaan di tepi jalan. Jalan cuma dua lorong jer pulak tu.

Sesampai di Dalat, Ismail membawa kami ke Valley of  Love. Kawasan ni luas, ada taman taman bunga, pelbagai jenis bunga, ada tasik dan juga ada perkhidmatan sewa baju Vietnam. Jika teringin nak bergambar seperti orang Vietnam, boleh lah menyewa baju baju di sini. Kami pusing pusing sahaja dalam Valley of Love. Okaylah....for scenery...sama macam lake garden je.















Selesai di Valley of Love, kami ke Datanla Waterfall. Oppsss....sorry...sebenarnya saya sudah lupa turutan perjalanan. Samada Datanla dulu, or lunch dulu or ke Train Station dulu or Crazy House...hahha. 

By the way, ini adalah antara tempat tempat yang kami pergi untuk hari ini. First memang saya ingat sangat, ke Valley of Love. Yang lain lain kami pergi ke Datanla Waterfall, Train Station, Lunch di Restoran Kampung Pandan dan ke Crazy House

Di Datanla Ismail membelikan tiket untuk kami. Untuk turun ke Datanla Waterfall ni, kena menaiki aspine coaster. Satu aspine coaster dinaiki dua orang. Tidak seperti di Vinepearl Land. Sorang satu boleh naik. Jadi, saya bersama Rose menaiki satu coaster manakala Za dengan Dee. Ismail tak tau ler dia naik dengan siapa...hahaha.







Menarik juga waterfall ni. Kemudian kami nampak satu cable car. Menurut kata Ismail, dibawah sana ada lagi waterfall. Nak turun ke bawah, maka naiklah kami cable car tersebut. Seram seriau naik cable car ni...hahah. Agak usang dan sudah lama. Pintu ditutup pun secara manual. Dengan bunyi berkeriuk menuruni bukit perlahan lahan......huhuhu..sabar je la. Sesampai di bawah ada yang menanti untuk membukakan pintu cable car kami.

Kluar dari cable car, kami nampak sesuatu seperti pondok. Kami tanya Ismail apa tu...Ismail kata..itu adalah elevator. Owwwhh...lift rupanya. Untuk melihat waterfall di bawah lagi, silalah menaiki lift ni. Kagum weh....lift dalam hutan. Sapa kata Vietnam tak canggih...hehehhe.

Elevator in the jungle



Air terjun di bawah lagi menarik dan tak ramai orang. Bersuka ria lah kami. Dan kemudian kami nampak satu station aspine coaster. Ingat nak naik hat tu, kembali ke atas. Ismail kata tak boleh, sebab kami dah beli tiket return. Nak kembali ke asal, silalah melalui laluan yang sama...hahaha. Naiklah lift semula..kemudian naik cable car...kemudian naik aspine coaster.

Tamatlah perjalanan di Datanla Waterfall. Actually banyak activiti lain yang boleh dilakukan di sini. Terdapat juga water abseiling, hiking dan lain lain lagi.