Monday, 14 January 2019

Nha Trang - Dalat - Mui Ne - Ho Chi Minh - Day 3 Part 4

26 Disember 2018 - Rabu

Accommodation

Kemudian kami mencari tempat penginapan kami. Berpusing pusing juga mencari, tak jumpa...haha. Pekan Dalat bukanlah besar mana. Banyak hotel dan juga guest house di Dalat ni. Jadi tidak perlu risau. Setelah berpusing pusing, akhirnya baru ketemu..aduhaii....x paham kenapa Ismail dan juga driver tak jumpa tempat ni....padahal dah lalu berulang kali. 






Cantik Hotel ni. Kami memilih bilik yang boleh menempatkan 4 orang sekali dalam satu bilik. Senang, apa apa hal. And tak payah nak lat talilat tamplong...hahhaa. Itu adalah sesuatu biasa kami lakukan bila memilih teman sebilik. Tiada pilih kasih. Selepas lat talilat, siapapun partner sebilik kita  harus redha sahaja. So, kali ni tak perlu nak memilih milih lagi. Suka tak suka, satu bilik bersama. 




Selesai check in, kami pergi dinner pula. Masih lagi dinner di tempat yang sama. Dan sesampainya kami di sini, makanan sudah tersedia. Memang berselera sungguh kami makan, walaupun tengahari tadik dah membedal tak hengat.

Dalat ni tempat tanah tinggi, jadi cuaca sejuk seperti di Cameron Highland. Sedap dan nyaman sahaja berada di bumi Dalat ni.






Selesai makan, kami ke Pasar Malam Dalat. Meriah sungguh pasar malam disini. Dan gayat juga melihat kenderaan bersimpang siur. Tapi warga Dalat ni tak kisah. Berani betul mereka melintas sesuka hati. Orang orang Vietnam memang begitu kut eh...hehehe

Memandangkan Dalat ini berada di tanah tinggi, cuaca sejuk, makan banyak winter jacket di jual disini dengan harga yang murah. Sungguh....memang baloi berbaloi membeli winter jacket di Dalat. Cantik dan murah. Since saya takda keperluan, saya tidak membeli apa apa pun. 

Pasat Malam Dalat. Meremut manusia.....
Creative diaorang ni..





Buah avocado banyak di jual di pasar malam Dalat
Besar besar buahnya..



Stawberry



Setelah puas menjelajah pasar malam Dalat, kami menaiki tangga ni untuk kembali menuju ke hotel. Hari semakin beransur malam, orang ramai mula meninggalkan tempat ini.  Badan juga sudah kelihatan. Esok masih ada satu lagi perjalanan yang panjang yang harus kami tempuhi. Dalat - Mui Ne - Ho Chi Minh.




Nha Trang - Dalat - Mui Ne - Ho Chi Minh - Day 3 Part 3

26 Disember 2018 - Rabu

Crazy House


Gayat bila menerokai Crazy House ni. Rumah bertingkat tingkat pelbagai rupa yang agak menyeramkan dan berbelok belok. Silap gaya boleh tersesat. Dan yang lebih mencabar, lalu untuk satu rumah ke satu tumah yang lain or dari satu tingkat ke tingkat yang lain adalah tersangat lah comelnyer...hahha. Dapat orang yang bersize besar, jenuh mengundur untuk memberi laluan. 


Lorong sempit.....tinggi plak...ko rasa...

Jenuh kalau berselisih ni...








Berani depa ke atas lagi. Saya idak ler....

Pemandangan dari 4 tingkat atas. 

Berhati hatilah bila berada di Crazy House. Utamakan keselamatan anda

Ada berani weh...hahhaa. 

Gayat wehh

Bertingket tingket



Depan Crazy House

Stoberi gemuk gemuk. Jual depan Crazy House

Saya dengan Rose separuh jalan je. Dah tak berani nak meneruskan lagi perjalanan menjelajah rumah crazy ni hhehee. Di rumah ni, terdapat juga tempat untuk disewa bermalam dan juga kedai kedai menjual souveniers dan juga barangan lain. Anda boleh juga membeli sekiranya berminat.   Pada masa kami berada disini, terdapa beberapa bahagian masih dalam pembaikan. Entrance fee....VND35,000 (convert le sendiri...kekekk).

Kami ada juga pergi ke Dalat Cable Car Station. Tapi cuaca tidak menyebelahi kami. Cable car tidak beroperasi di hari ni. Maka kami cuma mengopi sahaja di Cable Car Station ni. 




Nha Trang - Dalat - Mui Ne - Ho Chi Minh - Day 3 Part 2

Day 3 Part 2

26 Disember 2018 - Rabu

Lunch

Kami lunch di Restoran Kampung Pandan. Masya allah....seribu satu macam kelegaan dapat makan nasi dan lauk pauk yang sangat enak. Bayangkan 2 hari makan caca marba tak menentu. Restoran ni di miliki oleh warga Malaysia beragama Islam, orang Penang. Mamu kami panggil. Karinya wallaaa.. sedap. Berselera sungguh kami makan. Disini juga ada disediakan surau. Semasa kami sampai, makanan sudah tersedia. Ibrahim sudah buat arrangement awal awal dengan mamu Penang ni. Restoran ni Halal ya.





Kari dia...walaweyy.......sedap.








Tempat lain yang kami pergi adalah Dalat Train Station. Stesen Keretapi Da Lat adalah sebuah stesen keretapi di Vietnam, berkhidmat di bandar Da Lat. Ia direka pada tahun1932 oleh arkitek Perancis, Moncet dan Reveron, dan di buka pada tahun 1938. Sebahagian besar sudah tidak digunakan lagi sejak peninggalan keretapi pada tahun tahun terakhir Perang Vietnam, dan ia beroperasi semula pada tahun 1990 dengan pembukaan yang mengarah ke kampung Trai Mat dan kini beroperasi sebagai tarikan pelancong. Ia terkenal dengan gaya seni bina yang unik yang menggabungkan Art Deco secara keseluruhan.