Thursday, 12 September 2019

Hatyai Trip Again - Day 2

7 September 2019 (Sabtu)

Hari kedua, kami sudah bersiap sedia menunggu kehadiran supir. Awal pagi dia dah datang. Kereta MPV, okayla boleh memuatkan kami ber5 termasuk driver jadi 6 kesemuanya. Sangat selesa. Mula mula kami minta dia bawakan ke Chabura Dimsum untuk breakfast. 




Selesai breakfast, kami bergerak menunu menuju ke Songkla. Kami singgah di pekan Songkhla. Dan dia juga bawakan ke satu tempat yang biasa tourist pergi di Pekan Songkhla Old Town. Masa ni, ntah macamana masa nak reversed, kereta this lady terlanggar kereta lain. Cuak kitaorang. Mujur owner kereta yang lagi satu tu tak kisah.  Tak paham apa diaorang ckp, tapi settled lah juga. 





Menarik tempat ini. Disini ada di jual icecream manggis dan pelbagai jenis aiscream lagi. Gambar - tiada. Tak beli sebab kami rasa mahal. Icecream ni berbentuk manggis. Kemudian singgah ke tempat patung budha terbesar di Songkhla. Dari sini kemudian ke Samila Beach. Tempat yang agak popular di Songkhla ni. 


 


Ada few places yang dia bawak juga. Juga kami singgah di masjid popular di Hatyai. Pagoda yang diperbuat daripada besi. Ke Ban Khao Kloi, Songkhla. Menarik tempat ni. Ada few spot yg menarik utk bergambar. Juga ke Tang Kuang Lift Station. Di  kaki Tan Kuan Hill ni sebelum naik ke cable car,  banyak monyet. Jadi berhati hati lah ya. Menarik di Tan Kuan Hill ni, adalah lift seperti eskalator. Dari sini kita boleh melihat sekitar bandar Songkhla dari atas. Kemudian ketempat menjual pelbagai kerepek. Bagus this lady. Memang sesuai jadi tourist guide. Singgah di Kaysom, kononnya untuk shopping souvenir. Tapi harga takdalah murah mana. Singgah di Greenway Market juga. Tapi tak menarik. Lastly sampai pekan Hatyai, singgah dinner di Chalee D'Hatyai. 

Di kaki bukit Tang Kuan Hill



Ban Khao Kloi, Songkhla



Pagoda Besi



Masa sampai di restoran ni, masing masing dah kepenatan, keletihan, kepanasan dan kelaparan.  Dengan cuaca panas takleh bawak bincang. Setiap kali keluar dari kereta, kami sentiasa tak sabar nak masuk semula. Asalkan dapat ekon. Memang keletihan sungguh. Sebelum berakhir, kami ke Greenway Market sekejap. Tak menarik sangat pada saya. Walaupun ada yang cakap, Asean Market is too mainstream, tapi pada saya lebih suka Asean Market kalau mahu membeli souvernier atau pelbagai jenis pakaian. Greenway ni macam lebih kepada fashion ala ala Thailand. 



Masa berada di Greenway Market, our driver pergi ambil anak dia. Agak lama juga kami menunggu dia datang. Sesampai je dia, terus balik ke hotel. Esok last day. Untuk balik ke Malaysia, juga dah tempah siap siap van untuk ke border. Pekerja hotel tu juga yang uruskan. 

End of Day 2




Hatyai Trip Again - Day 1

5 September 2019 (Khamis malam Jumaat)

5hb September, saya dan opismate amik ETS ke Padang Besar jam 10.50 malam. Sampai di Padang Besar jam 0500 pagi. Kali ni kami tak book van untuk ke Hatyai. Kami gamble je, nak share van ngan sapa sapa yang akan ke sana. Tapi sebelum tu, dah tanya juga ngan dengan driver yang biasa saya ambil bila ke Hatyai. Wan namanya. Dia kata boleh je. 





6 September 2019 (Jumaat)

Wan kata, nanti ada orang dia tunggu, tapi kena tunggu van penuh baru depa jalan. So, dari jam 0500 pagi sambil menunggu van penuh, berjinggut juga rasanya. Udahlah surau kat stesen Padang Besar tu panas takleh bawak bincang. Pastu dengan golongan orang orang yang takde disiplin ni..ish...saya pening sket. Surau tu kecik, tempat orang nak solat. Agak agak ler klu nak melepak pun...kan..



Well abaikan kisah tu. Kami tunggu next train, kalau ada orang yang nak berkongsi van. Alhamdulillah, ada satu family ni, seorang wanita bersama 3 anak. Since kami ber5, so cukuplah 8 orang untuk satu van. Satu kepala RM20.00.

Urusan di imigresen smooth sahaja. Kebetulan kami sampai, tak ramai orang. Betul lah kata adik yang incharge pasal van tu. Akak tunggu dulu, kalau pergi sekarang, ramai orang kat imi tu. Tunggu dalam kul 0700 pagi gitu. Kami menurut je...

Lebih kurang 1 jam perjalanan kami pun sampai ke Hatyai. Memola driver van antar akak ber4 beranak tu dulu. Kemudian baru dia hantar kami ke Green Hotel Hatyai. Kami booked 2 bilik. Since ber5, maka saya berkongsi bilik dengan Tikah dan Zana manakala Kak Zu dah Lina sebilik. Kami booked bilik ni melalui booking.com. 


Selesai urusan hotel, kami mencari tempat makan. Tempat pertama yang kami pergi adalah Khai Tod Deca untuk makan tengahari. Kalau ke Hatyai, ini adalah tempat biasa untuk makan makan. Selesai makan di Khai Tod Decca, kami mengambil tuk tuk ke Lee Garden.




Setelah puas berpusing pusing di Lee Garden, kami pun pulang ke hotel. Dari Lee Garden, kami ke Khlong Hae Seafood Restoren. 





Dan seterusnya ke Asean Market. Untuk perancangan esok, kami memilih untuk menyewa kereta sahaja. Atas cadangan salah seorang pekerja hotel itu, kami berjaya mendapatkan driver perempuan. Esok pagi dia akan datang terus ke hotel. Semua urusan di uruskan oleh pekerja hotel tersebut (yg mana saya sudah lupa namanaya...hhahah)




Saturday, 27 July 2019

And so he graduated

27 July 2021

Kembali dari Kuching, Sarawak, kami ke Kemaman, Terengganu pula. Sepatutnya waktu ini, saya berada di Pulau Belitong, Indonesia. Tapi kerana tarikh graduasi anak dan juga tarikh perjalanan ke Belitong jatuh pada hari yang sama, maka terpaksa lah saya mengorbankan satu daripadanya. Alhamdulillah, selesai sudah anak yang kedua ini. Tahniah Angah. 











Thursday, 25 April 2019

To The Jeju We Go - Day 5

Day 5 - Isnin 8 April 2019

Hari ini hari terakhir di Pulau Jeju. Flight ke Malaysia jam 0415 petang. Kami masih ada masa untuk berjalan jalan sekitar Pulau Jeju. Kali ini kami memilih tempat yang paling dekat iaitu Jeju Former Government Office. Betul betul berhadapan dengan Hotel Jeju Robero.

Menarik dalam Jeju Former Government Office ni. Ni cara orang dahulu kala menjalankan pentadbiran. Untuk masuk kesini murah je. Jadi sekiranya sampai ke Jeju jangan lupa untuk singgah di sini. 

Kemudian kami kembali semula ke hotel untuk mengemas barang apa yang patut. Kami juga sudah meminta hotel panggilkan taxi untuk ke airport. 

Tiada banyak perkara yang kami lakukan di hari terakhir ini. Kami check out sambil menanti ketibaan airport taxi. Saya berkongsi taxi dengan Nazirah. 

Sampai di airport, kami mencari tempat untuk wrapping bag. Airport Jeju ini tidak besar mana. Untuk kembali ke Malaysia, kaunter berada dihujung sebelah kiri. Tempat wrapping bag juga ada di situ. 

Selesai urusan, kami check in barang dan menanti waktu pelepasan. Flight jam 0300 petang. Perjalanan lebih kurang 5 jam.  Sampai di KLIA, masing masing membawa diri untuk pulang kerumah. 

Berakhir sudah perjalanan ke Jeju Island di waktu musim bunga. Ikutkan masih banyak tempat untuk dilawati. Mungkin di lain kali. 




Wednesday, 24 April 2019

To The Jeju We Go - Day 4

Day 4 - Ahad 7 April 2019

Perancangan hari ini ke Udo Island - Seongsan Illchulbong 

Awal pagi macam biasa tunggu driver datang. Dan kami terus ke port untuk ke Udo Island. Untuk ke Udo Island, kami menaiki feri dan kereta ditinggalkan di Pulau Jeju. Kata driver, if nak bawak kereta masuk, bayaran lain dikenakan dan agak mahal. Dia pun tak mau bawak kereta, so ikut je. Untuk ke Udo Island, jangan  lupa bawak passport ya. Masih memerlukan passport untuk beberapa detail di isi ke dalam card yang diberikan. Perjalanan tidak lama ke Udo Island. 

Sesampai di Udo Island, kami memilih untuk menaiki bas sahaja. Untuk menjelajah Pulau Udo, ada beberapa cara. Antaranya menaiki hop on hop off bus, local bus, menyewa skuter atau berbasikal. Kami memilih hop on hop off. Bas ini akan berhenti dibeberapa tempat untuk pelancong, dan kita boleh menaiki bas yang sama untuk ke destinasi seterusnya. 

Kami sempat singgah di beberapa tempat sahaja kerana mengejar masa. Kita menggunakan driver dari jam 0900 pagi hingga 0500 petang. Masa agak terhad. 

Antara tempat tempat yang sempat kami singgah ada seperti gambar gambar ini. Untuk pergi dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain, jenuh juga berebut nak naik bas. Sabar je lah kan...

Hari hampir ke tengahari, kami beredar meninggalkan Pulau Udo. Kalau ikutkan, masih tak puas. Masih banyak lagi yang tidak sempat kami jelajah. Mungkin boleh consider di lain kali untuk bermalam di Pulau Udo...mana tahu kan. 

Sesampai sahaja di Pulau Jeju, kami mencari tempat untuk makan tengahari. Kerana port untuk ke Pulau Udo ini berdekatan dengan Seongsan Illchulbong, kami mencari kedai seafood sedap yang diperkatakan iaitu Uribong Sikdang. Disini berjumpa dengan dua orang Malay Singapore. Peramah orangnya. 

Selesai makan, kami ke Seongsan Illchulbong. Memandangkan semua agak kepenatan, masing masing tak mau naik ke puncak. Maka kami cuma pergi menonton persembahan women diver sahaja. Agak lama juga kami disini. Dan akhirnya kami beredar. Apabila sampai di tempat letak kereta, hujan mula turun. Cepat cepat kami masuk kereta. 

Waktu ni sudah hampir jam 0400 petang. Dari Seongsan ke Hotel juga mengambil masa lebih kurang satu jam. Maka kami buat keputusan untuk pulang sahaja ke hotel. 

Sesampai di hotel, kami berehat seketika, dan kemudian kami menyusuri Jungang Underground Shopping Mall semula. Lagipun shopping mall ni tutup jam 0900 malam. Maka haruslah cepat cepat mencari apa apa sahaja yang dikehendaki ya. 

Selesai di Jungang, kami pulang. Sebab dekat sahaja dengan hotel. Esok adalah hari terakhir di Pulau Jeju. 

End of Day 4. 




Tuesday, 23 April 2019

To The Jeju We go - Day 3

6hb April 2019 (Sabtu)

Sudah masuk hari ke 3 berada dia bumi Jeju Island. Perancangan hari ni adalah ke Mount Hallasan - Myterious Road - Hallim Park - O Sulloc Tea Museum - Tangerine Farm - Yongmoeri Coast - Choengjeyeon Waterfalls - Jusangjeoli  Cliff

Ini adalah berdasarkan tempat yang memang kami pergi. Memang dah lari dari itinerary asal. Awal pagi, selepas sarapan, kami menanti kedatangan driver kami. Punctual depa ni. So takde lah tertunggu tunggu. Destinasi pertama adalah Mount Halla. Kami cuma pergi di kaki gunung saja iaitu Mount Halla National Park. Untuk ke atas gunung tidak le buat masa ini...hehehe. Jalan jalan sekitar National Park, ambil gambar dan kami pun berlalu menuju ke Hallim Park. Sebelum sampai ke Hallim Park, kami singgah di Mysterious Road. Kali ke3 saya sampai ke sini. Tahun 2015, 2018 dan  yang terkini 2019.

Kami mencuba juga untuk mengalirkan air diatas jalanraya. Seperti yang kita tahu, jalan ni di sebut mysterious road kerana air yang melalui jalan ini tidak akan turun kebawah walaupun berbukit dan kereta boleh bergerak sendiri tanpa menekan minyak. Dari Mysterious Road, kami singgah di Hyeopjae Beach. Air laut di Jeju Island ni memang cantik. Kami singgah sekejap sahaja dan terus menuju ke Hallim Park. Hyeoabjae Beach dengan Hallim Park tak jauh sangat pun. 

Kami ke Hallim Park sebab nak tengok bunga tulips. Tahun 2015 saya datang di waktu autumn. Banyak juga bunga bunga, tapi tulips takde. Sampai kat sini, masya allah....teruja sungguh tengok bunga bunga tulips yang cantik ni. Takyah jauh jauh nak ke Amsterdam ataupun Melbourne ye...hahaha (tp opkos suasana tak sama). Dah puas kami bergambar dengan tulips kami ke O-Sulloc Tea Museum pula. 

Dan saya terlupa sudah kemanakan gerangannya kami pergi selepas O-Sulloc Tea Museum.  Kami singgah di Tangerine Farm sebelum ke Yongmoeri Coast. Setiba di Yongmoeri Coast, current wave strong, so laluan ke Yongmoeri tidak dibuka. Jadi kami cuma bergambar di bahagian luar sahaja. And surprisingly, bahagian ladang yang penuh canola flower di tahun 2018, tetapi tiada dia tahun 2019. Mostly botak ladang ladang di sini. Kami cuma mengambil gambar di bahagian kaki Sabangsan. 

And kami ke Cheongjeyeon Waterfalls. 1st waterfall, 2nd waterfall but the 3rd one was closed. Last year pun sama....huhuhu. Kempunan lagi saya nak ke 3rd waterfall. 

Lepas tu ke Jusangjeolli Cliff. Orang ramai sungguh masa ni. Bergambar ala kadar. Macam saya dah pernah sampai dulu. And sama juga, actually disini pada tahun 2018, ada sedikit bunga bunga canola berhampiran. Tapi kali ni tiada pula. 

Dan akhirnya back to hotel. Dinner kat mana.....omg....mak is lupa. So rehatkan diri, sambung esok pula.