5 September 2019 (Khamis malam Jumaat)
5hb September, saya dan opismate amik ETS ke Padang Besar jam 10.50 malam. Sampai di Padang Besar jam 0500 pagi. Kali ni kami tak book van untuk ke Hatyai. Kami gamble je, nak share van ngan sapa sapa yang akan ke sana. Tapi sebelum tu, dah tanya juga ngan dengan driver yang biasa saya ambil bila ke Hatyai. Wan namanya. Dia kata boleh je.
6 September 2019 (Jumaat)
Wan kata, nanti ada orang dia tunggu, tapi kena tunggu van penuh baru depa jalan. So, dari jam 0500 pagi sambil menunggu van penuh, berjinggut juga rasanya. Udahlah surau kat stesen Padang Besar tu panas takleh bawak bincang. Pastu dengan golongan orang orang yang takde disiplin ni..ish...saya pening sket. Surau tu kecik, tempat orang nak solat. Agak agak ler klu nak melepak pun...kan..
Well abaikan kisah tu. Kami tunggu next train, kalau ada orang yang nak berkongsi van. Alhamdulillah, ada satu family ni, seorang wanita bersama 3 anak. Since kami ber5, so cukuplah 8 orang untuk satu van. Satu kepala RM20.00.
Urusan di imigresen smooth sahaja. Kebetulan kami sampai, tak ramai orang. Betul lah kata adik yang incharge pasal van tu. Akak tunggu dulu, kalau pergi sekarang, ramai orang kat imi tu. Tunggu dalam kul 0700 pagi gitu. Kami menurut je...
Lebih kurang 1 jam perjalanan kami pun sampai ke Hatyai. Memola driver van antar akak ber4 beranak tu dulu. Kemudian baru dia hantar kami ke Green Hotel Hatyai. Kami booked 2 bilik. Since ber5, maka saya berkongsi bilik dengan Tikah dan Zana manakala Kak Zu dah Lina sebilik. Kami booked bilik ni melalui booking.com.
Selesai urusan hotel, kami mencari tempat makan. Tempat pertama yang kami pergi adalah Khai Tod Deca untuk makan tengahari. Kalau ke Hatyai, ini adalah tempat biasa untuk makan makan. Selesai makan di Khai Tod Decca, kami mengambil tuk tuk ke Lee Garden.
Setelah puas berpusing pusing di Lee Garden, kami pun pulang ke hotel. Dari Lee Garden, kami ke Khlong Hae Seafood Restoren.
Dan seterusnya ke Asean Market. Untuk perancangan esok, kami memilih untuk menyewa kereta sahaja. Atas cadangan salah seorang pekerja hotel itu, kami berjaya mendapatkan driver perempuan. Esok pagi dia akan datang terus ke hotel. Semua urusan di uruskan oleh pekerja hotel tersebut (yg mana saya sudah lupa namanaya...hhahah)
