Sekarang ni musim peperiksaan. Anak akak yang no. 3, Haikal, baru sahaja selesai menduduki Peperiksaan UPKK di sekolah agama. Mudahan mudah anak ibu berjaya dengan cemerlang.
Esok, anak akak yang no. 2, Haziq, bakal menduduki peperiksaan PMR. Aduhai...anak yang nak periksa, ibu pulak yang berdebar debar. Ibu mendoakan kejayaan buat kalian. Buat yang terbaik. Segala usaha penat lelah selama ini, semoga berbaloi.
emmmm..apa nak kata lagi. Anggaplah ini cuma luahan perasaan seorang ibu...hehehe. Semua ibu bapa mengharapkan yang terbaik buat anak anak. Tp akak lebih suka memendam di dalam hati. Jarang sekali akak luahkan apa yang akak rasa. Dalam diam, akak doakan.
Pada anak akak yang no. 1, 3 & 4, Harith, Haikal & Hakim, peperiksaan akhir tahun akan tiba. Juga ibu doakan moga kalian dapat buat yang terbaik. Ini bukan untuk sesiapa, tetapi untuk diri korang jua.
All the best, my dear sons....