Monday, 22 October 2012

Selamat Pengantin Baru

Pejam celik, pejam celik...cepat saja masa berlalu.  Yang patah sudah tumbuh, yang hilang sudah berganti.  Selamat Pengantin Baru buat adik akak, Cu Mat (panggil mesra dari anak2 saudara). Kak cik doakan yang terbaik. Bina hidup baru, dah layari bahtera perkahwinan sebaiknya. Segala pengalaman masa silam, jadikan pedoman. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk, jadikan sempadan.

Begitu juga doa dari yang lain lain. Enche, Yang, Nyah Mi, abang, kak cik, arwah kak cho (kalau dia masih adapun, dia tetap mahukan yang terbaik buatmu). Terutama emak. Kami semua mendoakan yang baik baik sahaja.

Ni antara gambar gambar yang sempat di ambil. Majlis persandingan di adakan di Bora Ombak, Ampang.

Seminggu sebelum majlis, cu mat meminta akak membuat gubahan hantaran.....hahaha..seminggu jer dik oi. Pusing kepala. Ni la hasilnya. Walaupun tak seberapa, tp takpe..akak tetap berbangga..hahahha..

hasil kerja kerastangan....hahahha

Yang selebih ni, gambar gambar di Bora Ombak...gambar di rumah pengantin perempuan, tak snap..hahaa....sibuk tang lain.

Bora Ombak Cafe & Restaurant


Kompleks Sukan Ampang, G1, Persiaran Memanda 1, Taman Dato' Ahmad Razali, Ampang, 68000, Ampang, Selangor


Meja makan beradap....

Pengantin...

Pelamin


Hiasan atas meja makan



Hiasan atas..haaha..tu pun akak nak snap..

kat entrance, menyambut ketibaan tetamu

Wifey and Hubby 21.10.12

Besan

Kakak pengantin....tak nampak baju glemer akak..ishh..kelam...hahhaha







Monday, 15 October 2012

MGS - Part II

Dah setel semua kami pun meneruskan perjalanan ke Ipoh. Sampai di Ipoh, Suraya meminta kami menunggu di Stesen Petronas Tanjung Rambutan sbb kami tak tau mcamaner nak pergi ker Homestay yg kami sewa.

Sekejapan jer, dia sampai. Sesampai saja di homestay, di situ dah ada ana, zirah, faiz, dijah...hahaha...bila berjumpa saja, mcm nak roboh rumah.  Kecoh, riuh rendah.......jadi, biarlah gambar saja yang menceritakan keadaannya...hehehehe














Bergotong royong......siapkan utk makan tengahari..




Punya seronok bersembang..sampai pejam2 mata..

Tetamu yg akhir datang. 

Sukernyerrrrrrrr..



Byk lagi gambar...tp tula..ramai yg dah bukak aurat..wakkaaka. It was a wonderful event. Mmg happening sungguh. Seronok jumpa kengkawan yang dah berpuluh puluh tahun tak jumpa. Segala cerita dan kenangan pahit manis semasa di sekolah, di imbau kembali.

Lebih kurang jam 6 petang, akak berangkat pulang semula ke Kuala Lumpur. Menumpang kawan gakk..hheehe..segan akak naik keter BMW orang...ye lah, sbb dah biasa naik keter cabuk ajer..hahahaa...Mekasih to Norida sbb tumpangkan aku balik ke KL. Kalau tak, tak merasa nak berjumpa jumpaan dengan kalian. Dan terimakasih pada Hajar, sbb tolong bawakan aku ke Ipoh. Klu tak, mmg tak merasa jumpa yg lain.....

Terimakasih pada yang dapat hadir. Roziana, Jaliah, Nurzarina, Zaa Hajar, Noor Asnida, Khadijah, Norol, Surayah, Rosmawati, Norida, Faizah, Fazirah, Nor Hasni, Nor Hashimah & me.



MGS - Part I

Selepas 26 tahun sejak 1986 lagi.............

Assalammualaikum...

Sebenarnya perancangan untuk berjumpa dengan kawan kawan semasa berada di bangku sekolah ini sudah lama. Tapi asik lah tertunda tunda. Infact, akak pun takleh nak memberikan jawapan samada boleh pergi ke idak hingga lah ke saat terakhir. Sebabnya, bermula dari 15 September, boleh dikatakan every weekend, ada aja urusan yang kena buat. Jadi, bila tarikh 14 Oktober 2012 dipilih, mula lah hati berbelah bahagi..adoiyaaa..nak pegi ke idak. Nak pegi ke idak.

Pikir punya pikir, redah ajelah. Akak amat berterimakasih sesangat kepada rakan sebaya, Hajar, atas segala usaha penat lelah cuba menggabungkan rakan rakan seperjuangan untuk berkumpul bersama sama.

Tanggal 14hb Oktober, 2012, setelah berjanji, kami berkumpul di Kepong Sentral. Hanya 5 orang jer dari KL ni. (Akak, Haja, Shima, Ros dan Ida). Yang selebihnya dari Ipoh.

Tempat menunggu...hehehe


Kereta yang bakal membawa kami ke Ipoh...

hahaha...posing tak kira tempat. Dlm keter pun jadikk


Seawal 8.30 pagi, kami memulakan perjalanan. Tiba di R&R Tapah, kami berhenti, kerana anak Ida nak buang air kecil. Setiba saja di R&R Tapah, ada orang tegur. Dik...tayar keter pancit...Hah????...Semua keluar keter..aduhai. Mmg betul pancit. Memasing dah ngelabah. Almaklum, all ladies inside..yg ada pun budak kecik (anak Ida)...hahaha..Mana tau nak tukar tayar keter. And we started calling here and there. Mujur alhamdulillah, Hasni & family kebetulan berada di belakang. Kami memintanya berhenti di R&R Tapah.

ooooh nooo noooo......

Sambil memayungkan asbend Hasni, sempat lagi posing..hahhaa

Gambar ai jugak yg takdak..ishhhh

ehhh..ada..ada...kekekkke




Notakaki:  Akak dulu bersekolah menengah di Sekolah Menengah (K) Perempuan Methodis, Jalan Kampar, Ipoh Perak atau lebih di kenali Methodist Girls School. Kami tinggal di asrama bermula tahun 1982 - 1986. Rakan rakan yang di hadir di perjumpaan ini hanyalah rakan rakan asrama sahaja.



Tuesday, 9 October 2012

Happy Birthday to Hakim

Sedar tak sedar, dah bertambah usia sorang lagi anak akak. Luqman Hakim, anak yg no. 4 dilahirkan pada 8hb Oktober 2002. Manja sket dia ni..almaklum, dpt adik lambat. Ingatkan mmg takde adik lagi dah..dia lah adik. Tp tu lah...rezeki..dpt sorang lagi...hehehe

Bila birthday, akak ikutkan ajer kerenah anak anak. Nak makan mana. Mula mula Hakim nak pergi Burger King. Pastu dia tukar fikiran..McDonald aje lah ibu. Iya lah..mcdonald pun mcdonald la..Tp tak best sgt celebret besday kat McDonald Bangsar ni..hahaa..Ye lah, akak bukan buat party. Just beli kek, makan anak beranak. Tp kat sini ramai orang. Nak pasang api kat lilin pun segan..ahhahaha. Klu di beri pilihan, Nandos, Bangsar  pilihan akak..kekeke. Cosy, tak ramai orang. Pastu staff pun sporting. Tapi takpe....ibu redha jer..kekekke


Birthday boy

Happy birthday, cake with candles without fire..takpe lah ya...

Sedeyny muka ibu..kekkeke

Hafiy pun teringin sekali eh...besday Hafiy dah lepas, tunggu tahun depan..



Selamat Hari Lahir My Dear Hakim....semoga Hakim terus menjadi anak yg soleh dan sentiasa menyenangkan hati ibu dan ayah. Ibu always love you and love all my sons.........