30 April 2014
Kami mendapat driver tuk tuk muslim bernama Sulaiman. Mulanya kami meminta bawa ke Aonang Beach sahaja. Lepas tu, rasa best plak naik tuk tuk, kami minta dia bawak kami jalan jalan. Merata Sulaiman bawa kami sepanjang jalan di Aonang. Pusing ntah kemana mana, abis semua kampung kitaorang masuk. Pergi tempat Elephant Jungle Trekking, tapi tak naik pun.
Pastu Sulaiman bawa kami ke seafood restaurant kat situ. Dia kata, bila sudah selesai makan, call dia. Not bad, sedap dan berbaloi. Total THB800.00, lebih kurang RM20.00 seorang. Ada tomyam, omelet, kerabu betik, sotong goreng tepung, pisang goreng coated with chocolate, white rice and air mengikut kesedapan dan kesukaan masing masing.
Lepas lunch, we all pergi ke Krabi town. Sepanjang perjalanan, singgah few tempat...kami just banyak buang buang masa gitu gitu. Pusing pusing keliling.
 |
| Sipi je dpt amik muka Sulaiman. Dia ni muslim. Bila kami berbahasa Melayu, dia senyum mcm paham. |
Pada saya, takde apa sangat yang menarik untuk di beli di Pekan Krabi. Di pekan Aonang lagi happening dan byk yang boleh di beli.