Tuesday, 16 January 2018

Bangkok, Thailand - Day 3

27 Disember 2017

Hari kedua di Khao Yai. Cuaca sejuk banget. Mandi pun dah ala ala cakcibo. Celum sikit, lari, celum sikit pastu lari. Nak tunggu air panas pun satu hal. Kena pasang shower dulu siap siap, biarkan air keluar dulu, baru lah panas. Haru sungguh.


Rak Na memang ada menyediakan breakfast. So kami makan apa yang patut, and juga bawak bekal. Saya dah biasa travel ngan Lina ngan Kak Zu mesti ada bekal air panas dalam termos. So jadi dah terbiasa lak. Thanks to Kak Zu dan Lina. Actually, it is a good thing. So saya bancuh oats siap siap letak dalam termos. Juga bawak air kosong. Driver datang agak lambat sikit hari ni. 

So we started our day ke Hobbit House dulu. Well, cuaca memang tak begitu memberansangkan. Mendung, hujan renyai renyai. Tapi mujur jugalah tak lebat mana. Atleast boleh juga kami redah jalan jalan walaupun rintik rintik hujan membasahi bumi.  Hobbit House dan juga Santorini Park ni berdekatan je. Sebelah menyebelah. Untuk masuk ke sini dikenakan bayaran sebanyak THB50 per person. Kalau nak pakai costume yang disediakan pula bayaran yang dikenakan adalah TBH150.00. Elok je sampai kat sini, ada dah orang tunggu suruh bayar entrance fee. Sebab tempat ni macam takde pintu masuk. Just masuk and park je.






So kami pun pusing pusing je kat dalam ni. Some of the part, macam tengah buat renovation je. Or pertambahan untuk membaik pulih tempat ni. Hobbit House ni ada juga yang dijadikan sebagai penginapan. Some of the houses, ada penghuni menginap, so janganlah simply bukak and nak masuk ye...hahahha. Suasana basah dah lecak memang tak menyenangkan sebenarnya. Pastu ada titik titik air melekat kat baju dan tudung. Air hujan le..hehehe.  And nak ambil gambar pun, cuaca tak berapa nak cerah. But still dapat jugalah gambar2 menarik. Maybe tak sama dengan Hobbit House di New Zealand. But to me, apa apa pun, walaupun belum sampai ke Hobbit House, NZ, but still yang kat NZ tu lebih menarik. Di Thailand sekadar rumah binaan, juga terdapat bahagian2 yang lain.





Selesai di sini, kami meneruskan perjalanan ke Jim Thompson Farm. Sesampai di sini, kami diskas, for how long nak masuk Jim Thompson Farm ni. Masa kami sampai tengahari. So kami decided sampai 0230 - 0330 petang je. Sebab nak ke tempat lain pula.  (Abaikan time yang tertera di gambar ye...lupa nak setting ikut waktu Thailand)

Bayaran masuk ke Jim Thompson Farm adalah THB180 for adult. Untuk kanak kanak saya tak pasti. Jim Thompson Farm ni sangat besar dan terdiri daripada 5 section. Boleh baca SINI ya. Nak taip macam malas plak..hahaha. Untuk explore dalam farm ni, boleh naik tram yang disediakan. So tram tu akan bawak kita pusing pusing dalam farm ni. Boleh stop kat mana mana section yang ada. And boleh naik balik. Nak ulang ulang banyak kali pun takpa. Masa kat sini, Sunflower Farm nya belum bloom lagi. So tak merasa tengok sunflower kat sini. If not, jimat masa, takyah ke tempat lain.


Kebun bunga tahi ayam...hahaha

Mcm ulam raja...tp bukan. Spesis tahi ayam gak kut..kekkeke

Lavender





Tempat tunjuk cara lama tumbuk padi

Buat benang dari ulat sutera

Pusing dalam JTF naik ni

Jam 0230 petang kami berkumpul kat entrance and call driver bagitau yang kami dah selesai. Masuk dalam van, kami kata, nak ke Saraburi. Driver macam....krikk krik...what...lebih kurang ler..hahhaa. Then dia kata, sunflower esok lah. Tak sempat gi hari ni. Jauh...memang jauh lah perjalanan kami. So dia kata, Palio dah Primo Piazza je. Masa ni driver bawak kami ntah ikut jalan mana ntah. Jalan tar yang penuh dengan tanah merah, lecak dan kiri kanan hutan. Cuak weols..hahaha.

Ko rasa...hahhhaha....seraaam mak..

By the time kluar dari jalan tu masuk ke main road, yang lain dah lapar nak makan. Rasanya adalah dalam 2 hours kut perjalanan kitaorang. Saya pun tak pasti. Mereka mereka ni, semalam, masa dalam perjalanan ke Rak Na, ada ternampak kedai makanan halal. Tulisan warna hijau. Tepi jalan je. So kami pun mengajak driver mencari di manakah kedai makanan halal tu. Masing2 bukak mata..besau besau...hahahha. Dan akhirnya kami jumpa juga. So turunkan kami untuk makan dulu. Nak tau pasal lain lain restoran halal kat Khao Yai leh masuk tengok kat SINI


Sebelah resort ni.



By the time selesai makan, jam dah hampir 0600++ petang. Thailand cepat gelap. Cuaca sejuk lagi menambahkan kecepatan kearah kegelapan. Kam pun diskas pikir pikir nakpergi ke idak. Kami decided not to go. Kami bagitau driver, balik terus lah ke guest house. Sebab by the time nak ke Palio pun dah kul braper. Suka driver kami dapat balik awal..hahhaa. 

Sebelum sampai guest house, singgah kat family mart semalam. Rupanya dekat je ngan guest house kami. Semalam tak sempat nak compute semua mende.  Sampai guest house, mandi manda and malam tu yang lain berkumpul kat bilik kami lak...hahhah. Riuh rendah bersembang. Macam macam topik sambil tranfser gambar dari handphone masing masing. Since dah makan, malam tu takde lah kemaruk sangat makan. Memang meriah kami makan tadik. Kenyang.....

Sampai Rak Na sudaaa...

Depan Rak Na

So, malam tidor lena. Menanti hari esok. Esok harus juga ke Sunflower Farm. If not, sia sia je trip ni, kerana itulah motif utama ke Khao Yai kan. Untuk ke ladang bunga matahari. 





Bangkok, Thailand - Day 2

26 Disember 2017 (Selasa)

Awal pagi kami dah siap siap. Dah siang baru sempat nak ambik gambar lobby kat 48 Ville ni..hehehe. Semalamnya sibuk nak masuk bilik je...hahhaa.

Restoran kat lobby - kehalalan tiada

Ruang makan

Tempat lepak

Van yang booked kat Klook akan datang jam 0700 pagi. Bila turun je, van memang dah tunggu. So angkutlah semua barang barang masuk van. Nama driver van ni Lem / Lamb / Lum ntahlah tatau nak eja. Tapi panggil bunyik macam lamb. Tak pandai sangat bahasa inggeris. Maka banyaklah menggunakan sign language dan body language.


Van kami

So kami tunjukkan tempat tempat yang kami nak pergi. Pilihan pertama Khonyok Sheep Farm, Khao Yai National Park, Pae Deo Die Cliff and check in Rak Na, Khao Yai. Dia geleng geleng kepala... no..no...far....far....hahhaha. Dia nak bagitau Khonyok Sheep Farm ngan National Park tu jauh antara satu sama lain. Takut tak cukup masa. Nanti habis masa dalam perjalanan je. Nak ke Rak Na pun jauh. So dia ejaskan untuk kami. And kami follow je. Sebab tak tau kan. Dia yang lebih tau. Tapi bila saya google maps (bila dah balik la ye, sebelum pergi takmau google maps..hahaha), Khonyok Sheep Farm ni on the way je ke Khao Yai National Park. Tapi betul juga katanya, masa tak cukup. Perjalanan sahaja dan tiga empat jam. So destinasi pertama adalah Khao Yai Natioanl Park.

Dalam van


Dalam perjalanan, driver stop kat satu tempat. Tempat ni banyak jual buah buahan. Macam macam ada. Kami cepat cepat je. Sebab perjalanan jauh lagi.



Untuk masuk ke Khao Yai National Park ni, dikenakan bayaran sebanyak THB400 per pax. Driver tak kena bayar. And kena bayar extra THB100 untuk vehicle fee. Khao Yai National Park ni besar. Terdapat beberapa waterfalls kat dalamnya. Juga ada beberapa few spot untuk tourist attraction. Sepanjangan perjalanan masuk ke dalam, boleh dilihat ada yang jalan jalan kaki sahaja dan hitchhiking juga cycling. Boleh tahan mencanak juga bukit kat dalam ni. Van kami tayar bau hangit lah...hahahhaa. Ada dibeberapa jalan membukit, jenuh gak driver ejas van supaya boleh naik gak. Udahlah boleh tahan gak jentera berat dlm van tu kan..kekekke.




Kami stop kat beberapa tempat je. Semua driver tu bawakkan. Cuma kami kata, kami nak pergi satu waterfall. Dia juga sajeskan waterfall mana nak pergi. So sampailah kami ke Haew Suat Waterfall. Bila saya google, Haew Suat Waterfall ni pernah difilemkan dalam Filem The Beach. Then saya remember, memang ada satu part, semasa Leonardo De Caprio aka Richard in the movie, sedang mencaricari The Beach and dia terjumpa satu waterfall. Masa tu ada sorang mamat negro tegur dia kat situ. Mamat tu tengah mandi manda. So it could be Haew Suat Waterfall le gamaknya. Cuaca juga tak begitu menyebelahi kami harini.. Hujan sekejap sekejap. Semasa sampai kat waterfall ni, hujan agak lebat.




Nak turun ke waterfall..jenuh. Mengah weeh..pastu naik balik...huhuhu

Selesai di waterfall, kami ke Pae Deo Die Cliff. Masih juga rintik rintik hujan. Kami tanya driver how long it will take, if kami turun ikut trail ke Pae Deo Die Cliff ni. Dia kata within 30 minutes. So kami pun okay, terjah je lah. Nak ke Pae Deo Die Cliff ni senang, sebab dah  memang ada trail dibuat as laluan beralaskan lantai papan. So tak perlu lah meredah hutan dan lecak. Cuma kena berhati hati sebab lantai licin. Kami ber7 je meredah masuk hutan. Mak Su takmau ikut so dia tunggu kat van. Kawasan Pae Deo Die Cliff ni kecik je. Memang cliff betul la. Perasan tak garisan kuning tu. Lepas garisan kuning tu, adalah dalam 2 kaki kut sebelah tu curam. So berhati hati lah kat sini. Bila mengenangkan balik, gayat. Memang ruang kecik sangat. Janganlah berasak asak kat sini. Takut tergelincir. 



Track ke Pae Deo Die Cliff




Dari Pae Deo Die Cliff, hari pun dah beransur gelap. Kami kata pada driver, trus ke Rak Na sahajalah. Kami ada singgah lunch dulu. Kami kata, no pork, vegetarian only. Ingatan makin tak berapa bagus. Cannot remember which comes first. Lunch dulu ke or  kendian. Tp memang stop kat one of the kedai. Kedai tu memang tiada tanda halal. We asked for vegetarian food/seafood sahaja seperti yang di bawah.

Tomyam seafood

Mixed vege

Deep fried squid

Omellette

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke tempat tinggal yang sudah di booked awal awal. Sempat juga suruh driver stop kat mana mana family mart or 7 evelen. Masing masing mencari roti halal juga makanan segera brand CP. Diingatkan ya, tak semua brand CP itu halal. Cari yang ada tanda halal sahaja.

Yang ni halal. Brand CP

Kami checked in Rak Na, Khao Yai untuk 4 bilik dengan harga THB4880 untuk 2 malam. Saya sebilik dengan Dee, Za dan Aishah, Rose dan Mak Su, manakala Pika ngan Ateng. Rak Na ni tak besar mana. Bilik tak banyak, tapi menarik. Cantik kawasannya. Ada 2 tingkat je. Kami dapat di tingkat 1.






Malam berkumpul dalam bilik Rose...hahahha. Sembang bagai nak rak, tak ingat orang keliling. Walhal kawasan Rak Na ni sangat sunyi. Belakang hutan je. Bukak tingkat nampak semak samun.... since hujan, memang sejuk sangat. Ekon yang ada tak pasang pun. Tido berkelubung je kami..hahhaa. 

Rak Na, Khao Yai ni best. Suasana sekeliling sunyi dan tenang. Tak banyak bilik, so tak ramai orang. Tido lena sebab tilam best. Yang tak best, takde heater. Nak pasang ekon, makin sejuk lah jawapnya. Air panas slow sangat, air pancuran juga slow. Letih  mak nak...mak jenis mandi cebummm cebummm sepuas hati. Ni rasa macam mandi ciput je...hahhaha. Pastu towel macam tak berapa nak serap. Ai sorang je ke..hehhhe. Sbb tanya yang lain, depa okay je...hahaha. Yang lain lain okay. Hat tu je.


End of Day 2