Wednesday, 21 November 2018

KL Fabulous Food Hunt 2018

Untuk kesekian kalinya KL Fabulous Food Hunt 2018 diadakan sekali lagi untuk tahun 2018. Sudah hampir 6 tahun event ini dijalankan dengan jayanya. Dan kami juga tidak melepaskan peluang untuk beraksi dalam Food Hunt 2018 untuk kali ke2. First time masa tahun 2017...

#VisitKL #KLFFH

Ikutilah rentetan kisah kami di SINI






Thursday, 15 November 2018

Hatyai Trip With GUJ (Wrapped Up)

Perjalanan bermula pada 26hb Oktober 2018, jam 1100 malam menuju ke Hatyai, Thailand. Kami berlapan dari Geng Ukur Jalan, meredah bersama kepekatan malam menuju ke destinasi. Saya sebenarnya agak cuak menaiki bas ni. Sebab sudah lama tidak pernah naik mana mana bas exkpress. Masa belajar dulu je lah. Dah lebih dari 30 tahun....huhuhu. Maka ikutilah catatan perjalanan kami ke Hatyai selama 3 hari 2 malam dengan menaiki bas dan kembali ke Kuala Lumpur dengan menaiki ETS.

26hb Oktober 2018 & 27 Oktober 2018

28 Oktober 2018

Expenses


Dalam bas ke Hatyai, Thailand
Lunch di Kai Tod Decha
Sekitar area Lee Garden
Lalu ke hotel
Dalam tuk tuk pun jadi..




Wednesday, 14 November 2018

Hatyai Trip With GUJ - Day 3

28hb Oktober 2018 (Ahad) - Day 3

Bangun pagi, mandi di bilik sendiri. Susahnya sebab paip rosak. Air pancuran jadi tak kuat. Tapi since mandi pagi, okay lah. Kalau macam semalam, saya memerlukan air yang banyak dan pancuran yang kuat, baru puas mandi...hahahha. 

Dalam tuk tuk ke Dimsum Chabura
Jam 0630 semua dah ready. Kami ambil tuk tuk ke Dimsum Chabura. Alhamdulillah, sampai di sini orang belum ramai. Tu pun jenuh juga nak cari meja yang boleh muatkan 8 orang. Akhirnya dapat juga. Dan kemudian kami pun mula memilih makanan kegemaran masing masing...










Tu dia....bertingket tingket

Tengoklah....betapa banyak makanan disediakan. Ada dimsum, ada yang bukan real dimsum, udang, miangkhem, lop chuk segala bagai. Memang meriah sungguh. And sangat puas hati.  Sebelum beredar, kami tapau nasi goreng pelbagai jenis untuk di makan di dalam tren ets nanti. Ye lah...sebab tak tau kat mana nak singgah untuk lunch. And dlam tren nanti mahal juga...huhuu...

Selesai di Dimsum Chabura, kami kembali ke area Lee Garden. Semalam siapa yang tak dapat pergi berurut, dapat juga pergi hari ni. Ada yang nak membeli passport cover printed with your name. THB10.00 je. Saya beli card holder. Senang isi banyak banyak. Cantik hasil kerja tangan mereka ni. 


Sapa yang nak balik hotel dulu kemas kemas, silakan. Ada yang pi makan roti canai dulu kat area Lee Garden ni. Saya sudah kepanasan mau pulang ke hotel menyejukkan badan. Tepat jam 0100, kami menanti kehadiran van yang dah di booked oleh Nad untuk ke Padang Besar. Miscommunication kat sini. Ada sorang driver tu tanya, SD ke...kami blurrr....sebab kami tau Nad yang booked. Rupanya Nad booked dengan SD...hahahha....hadoii...sabar je la.

Lobby hotel

Laluan ke Hotel





Dalam Van

Akhirnya jumpa juga dengan driver. Maka kami meneruskan perjalanan ke Hatyai. Sampai disini, driver tanya...nak cepat ke nak lambat. Kami nak cepat. Dia kata, kena bagi RM2.00 untuk percepatkan proses cop passport. Kami rela je, sebab malas berbaris. Dia bawa kami ke satu kaunter lain. Kemudian dia kata, nak drop disitu sahaja atau mahu dia hantar terus ke imigresen Malaysia. Opkos kami kata antar terus. And dia kata kena bayar another RM5.00 upah antar. Kami rela juga...hahhaa. And dia hantar trus ke stesen keretapi Padang Besar. Sampai di sini, barulah kami buka hasil tapauan dari Dimsum Chabura tadik. Masing masing kelaparan juga. Kami beli cuma 4 bungkusan. So share lah dengan partner masing masing masing ya.


Makan di tangga stesen keretapi

Tepat jam 0517, ETS sampai. Maka naiklah ETS selamat 5 jam. Terasa sangat lah lamanya. Hampir jam 1100 malam juga sampai di KL  Sentral. Selesai ucap ucap selamat peluk cium bagai, kami membawa diri masing masing ke rumah.  

Tamat sudah bermusafir di bumi Thailand dengan tujuan Jalan Jalan Cari Makan. Memang carik makan betul betul ni...hahhaha. Moga ada trip yang lain pula selepas ini. Alhamdulillah, trip Hatyai juga seperti trip Jogja. Tiada drama...hahaha. 




Hatyai Trip With GUJ - Day 1 & 2

26 Oktober 2018 (Jumaat) - Day 1

Naik bas dari Hentian Duta jam 11.00 sepatutnya. Tapi punyalah lama menunggu bas datang dari TBS. Nad paling awal sampai. Kemudian saya, followed by Za, Dee, Riny, Watie, Eina (depa datang sekali bertempat di rumah Za) dan akhir sekali Rose.

Sementara menunggu bas, kami sempat buat cabutan seat didalam bas juga partner bilik hotel. Kali ni taklah buat lat talilat tamplong sebab Za dan siap print kertas undi. Wah...macam nak pilihanraya lak ye...marilah mengundi...hahhaa. Saya sebilik dengan Rose, Dee dan Eina, Riny dan Nad, Za dan Watie. So pandai pandailah ejas perangai ngan partner masing masing ye...kekekkeke...

Seat dalam bus

27 Oktober 2018 (Sabtu) - Day 2

Hampir jam 1200 malam kut baru bas sampai. Seat bas sangat selesa dan besar. Maka masing masing pun dah mengantuk dan terlelap bersama deruan enjin bas. Saya terjaga jam 0400 pagi bila alarm hp berbunyi. Lena sungguh tidur. Yang lain saya tak pasti. Ternampak Eina membelek hp sebab dia sebelah saya. Sampai di Gurun, bas berhenti. So sapa yang membuang, nak solat, silalah ye.Toilet ada 3, yang berbarisnya...hhuhuhuh..mak aih. Jadi lama sebab ada yang mandi manda plak kat dalam toilet. Bertabah jer lah. Kemudian meneruskan perjalanan dan berhenti di Alor Setar pula. Terasa lama sungguh lah perjalanan. Dan saya tetap membutakan mata. Hari dah cerah, kami sampai di sempadan Bukit Kayu Hitam. Kat sini jalan agak sesak. Lama juga menunggu. Dah sampai, turun, cop passport, naik bas semula.

Kami kami dalam bas

Kat border - imigresen Malaysia

Dah lepas imigresen

Layan..sementara tunggu yang lain naik bas

Kemudian jalan lagi ke hadapan untuk masuk ke Wilayah Songkhla. Turun bas, cop passport. And masa ni kami kehilangan bas...hahaha. Tak tau bas berhenti di mana, maka tercari cari lah kami. Dan rasanya yang lain pun sama. Agak lama juga disini sementara menanti yang lain selesai. Yang mana saya pasti mereka ni pun sesat mencari bas...hahhaha.  Dari sini nak ke Hatyai, lebih kurang 56km lagi...huhuh. And waktu ni sudah jam 1200 tengahari waktu Malaysia, iaitu 1100 pagi waktu Thailand. Matahari terpacak dah atas kepala...panassss...

Imigresen Thailand

No tips please 

Tapi memang tak bayar apa apa tips pun

Ni kat dalam. Meremut orang berbaris

Dah lepas imigresen, jenuh cari bas. Rupanya kat depan nunnnnn dekat board

Akhirnya bas menurunkan kami di Lee Garden berhampiran dengan Regency Hotel. Jalan kaki sikit sahaja. Alhamdulillah, akhirnya sampai. Tapi plan sudah caca marba. Takpalah...since tak boleh nak check in untuk semua bilik, cuma dapat 2 bilik sahaja, maka kami letakkan barang barang dahulu

Hotel room. 2 twin bed

Dari sisi yang lain


Bilik air

Lepas tinggalkan barang barang dalam bilik, kami mengambil tuk tuk ke Khai Tod Decha untuk lunch. Masing masing sudah kelaparan aka kebuluran.  Untuk ke Khai Tod Decha ni, dikenakan bayaran THB20 untuk sekepala.  Ramai pula orang kat sini. Cari cari maka dapat satu meja terus kami order ayam goreng, sotong bakar, tomyam seafood, kerabu mangga, telur dadar, sayur campur dan satu lagi sayur Thailand. dan minuman semua nak order bubble tea kecuali Watie. Memola yang sampai adalah ayam goreng, maka bedal dulu ayam goreng tanpa nasi. Ayam goreng dah abis, baru yang lain sampai...hahaha....


Khai Tod Decha
Tomyam, kerabu mangga dan sayur thai (tak tau nama)

Ayam goreng ni sangat sedap

Bubble ice tea

Sotong bakar...liat sket..jenuh nak kunya..hahah

Sayur goreng yang hanya terdapat di Thailand kata orang tu...heheh

Selesai makan, kami ambil tuk tuk ke Big Market pula. Disini saya sempat membeli seluar pendek tuk anak anak. Pusing pusing dalam market ni, kami ambil tuk tuk kembali ke hotel. Mandi manda, solat dulu, tukar baju GUJ pula dan kami sepakat kluar selepas maghrib ntuk ke Khlong Hae buffet. Mak aihh...tadik dah makan...ni makan lagi...huhhuh. Cari tuk tuk, mahal plak. Maka kami ambil grab sahaja. Terpisah terbahagi kepada 2 group sebab takde grab yang boleh isi 8 orang kan...hehhehee

Sampai kat Khlong Hae Restaurant tu, orang dah ramai. Tercari cari meja juga kitaorang. Disini ada dua jenis buffet. Satu bahagian ada pelbagai seafood, satu bahagian lagi cuma daging, ayam dan udang. Kami memilih yang murah iaitu THB179.00 per pax. So kami cuma mampu makan daging, ayam dan udang je lah ye...hehhee. Yang lagi satu tu, THB289.00 kut (sy tak ingat). So boleh makan di dua dua bahagian. Pilihlah apa saja. Food memang variety. Macam macam ada. Makan dulu, bayar kemudian. Yakin betul tuan punya restaurant ni. Bab makan ni tak baik tipu tipu kan.....

Khlong Hae Seafood Buffet

Entrance

Antara seafood yang ada

Kami kami..

Aiskrim..

Antara yang kami ambil untuk di grill

Waktu malam, suasana disini ada kelam kabut jer pada saya. Makanan banyak, tapi pinggan mangkuk takde. And bila pinggan pinggan diletakkan, berebut rebut semua nak ambil. Berpinggan pinggan pegang di tangan, and orang kemudian tak dapat juga. Pembaziran tetap berlaku. Sayang melihat makanan yang tak abis di makan. 

Selesai makan, kami ambil grab juga ke Asean Market. Saya takda apa nak dibelikan sangat. Jalan jalan, ternampak shawl. Yang lain beli, hakak pun beli...hahaha. Yang lain beli selai, hakak beli ber lai lai...hahhaa...





Selesai di Asean Market, kami mengambil tuk tuk kembali ke area Lee Garden. Jalan jalan saja. Ada yang nak berurut. Ada yang dah tak larat. Saya juga tak larat. Saya decided untuk balik terus ke hotel. Ada yang mengopi dulu kalau tak silap. 



Kami di depan Lee Garden


Saya sempat membeli pulut mangga 2 bekas untuk di kongsi bersama. Badan dah penat, mata dan ngantuk, nak makan pulut pun macam tak lalu...hahhaa. 

Selesai mandi (bilik air di bilik kitaorang buat hal pulak, paip bocor, maka saya menumpang mandi di bilik Riny & Nad), kendian sembang sembang sekejap. Diskas kul braper nak ke Dimsum Chabura. Ada yang cadangkan jam 0800. Saya rasa mcm lambat sangat. Bimbang nanti ramai kat kedai, susah nak dapat tempat. Lagipun esok hari Ahad. Maka saya buat keputusan  kul 0630 pagi...hahaha..veto sungguh. Awal giler. Ala...haripun dah cerah masa ni kan. Kemudian masing masing bawak diri masuk ke bilik, Saya tak boleh lelapkan mata...huhuhu. Mendengar room mate dah berdengkur, jeles plak rasanya...hahah.. Akhirnya terlelap jua entah pukul berapa.