Thursday, 14 February 2013

Jalan Jalan ke Sabah - Day 1


30 January 2013

Awal pagi dah berkampung kat KL Sentral. Walhal bukan jauh nau dari umah..hahaha. Tp tak biasa naik bas nak ke LCCT. Flight ke Kota Kinabalu jam 7.55 pagi. So akak and family just takmo kelam kabut. Kul 5 dah ada kat LCCT. Memang awal amat. Dah check in. Bagasi xde..so tunggu ajer lah kat LCCT tu, sambil jalan jalan. Tp anak anak semua tido..haha..gasak..

Kami naik bas Aerobus ke LCCT. Tambang dewasa RM8.00 sehala. Kanak2 RM4.00 sehala. Bawah 6 tahun FOC. Tapi xde seat lah ya. Klu dua hala RM14.00 untuk dewasa. Kanak2, tak ingat. Tak sangka, ramai yang menggunakan perkhidmatan bas ni. Awal pagi pun, bas penuh. Nak tau pasal tambang dan jadual perkhidmatan bas, boleh masuk SINI




gambar ehsan google
Notakaki:  Perjalanan dari KL Sentral - KLCC mengambil masa lebih kurang 45 minit sahaja dengan aerobus ni. 

Flight pun punctual. 7.55 pagi boarding LCCT  10.30 pagi landing Terminal 2 KKIA.

Boring memasing tunggu nak masuk flight....
dlm flight pun boring gak sorang ni..hahahha


Sampai kat Terminal 2, KKIA, En Don dari Aura Biru Services dah siap sedia menunggu dengan kereta avanza. Ambil kereta, isi minyak, jalan terus ke Kundasang.


Syarikat sewa keter yg kami pilih..


Notakaki;  Keter ni agak baru dan bersih. Terimakasih to En. Don. Senang berurusan dengannyer. 

Kereta avanza 1.5 auto


On the way ke Kundasang, singgah sebentar di Rumah Terbalik. Anak anak akak tak minat sangat nak tengok..hahhaha...sabor jer lah. So kami jalan jalan kat luar sahaja. Lagipun masuk dalam takleh amik gambar...xde apa menarik sangat. Ni link pasai RUMAH TERBALIK. Bayaran masuk RM10.00 for adults, Children RM5.00. 3 years below, free kut..tak ingat..hahhaa..




gambar ehsan google

gambar ehsan google

Notakaki:  Rumah Terbalik ni di pertengahan jalan ke Tamparuli. Lebih kurang 30 minit kut dari Pusat Bandar. Betul betul tepi jalan. Kiranya terlepas, jangan risau, di hadapan ada U Turn. Silalah u turn

Sepanjang jalan ke Kundasang, kami menikmati pemandangan yang indah dan menarik. Melintasi Pekan Nabalu. Singgah sebentar di Kinabalu Park. Sampai disini, cuaca mula suram dan mendung... huhuhu.. Untuk masuk ke Kinabalu Park ni, kena beli tiket. For Adults - RM3.00. Children - RM1.00 Tp org kat kaunter tu baik hati...RM10.00 sahaja utk 4 adults and 3 children..kekekke..







Masa ni dah hujan rintik rintik....laju2 amik gambar...

Pusing pusing dalam Kinabalu Park. Selesai saja disitu, kami meneruskan perjalanan ke Pekan Kundasang. Singgah makan tengahari dulu di Pekan Kundasang. Selesai sudah, kami pun menuju ke Mesilau Dairy Farm. Sampai di sana, cuaca makin sejuk. Langit makin mendung....Nak sampai ke Desa Cattle ni, mak aihh hazabnyer..hahaah. Sampai atas, kabus tebal. Nak amik gambar, kena tunggu kabus ilang. Kalau tidak, tak cantik pemandangan. Entrance fee:  Adult - RM3.00. Below 18 years - RM1.00

Notakaki:  Utk ke Kundasang, mengambil masa lebih kurang 2 jam. Di Pekan Kundasang ada round about. Untuk ke Mesilau Dairy Farm ni, leh nampak satu signboard , kalau terlepas, jgn risau. Ambil sahaja ke kiri...jalan terus mendaki bukit...akan nampak satu lagi signboard 

ehsan google. 






Pemadangan dari pekan kundasang




Pemadangan dari Mesilau Dairy Farm....sebelum kabus tebal.

Selesai di desa cattle, kami terus ke Kiram Village. Hujan mula turun...huhuhu...pemandangan jadi kelabu. Apa pun tak cantikk...hahaha. Kemudian kami jalan jalan ke Pekan Kundasang. Ternampak Kundasang War Memorial...tp di sebabkan hujan, rasa malas untuk keluar berjalan. Setakat pusing pusing di Pekan Kundasang sambil mencari apa yang sedap untuk di makan. Nak tau info pasai Kiram Village, sila lah masuk SINI.

Akak memilih Celery Cabin. Selesa lah untuk kami 7 beranak. Ada dua bilik...tp tak puas mandi, sbb air perlahan..hahhaha...Ni rupa Celery Cabin. Yang sebelah kanan tu ya. Yang sebelah kiri di panggil Tomato Cabin. Tp sama jer....

Gambar ehsan Kiram Village


Notakaki:  Those yg stay kat Kiram Village. Kalau turun dari desa cattle ni, belok ke kiri. Jalan terus sampai jumpa pekan kecil, belok ke kanan. Ada signboard Kiram Village di situ. So, dun wori. Takkan sesat punya..




1 comment: