Monday, 23 March 2015

Amazing Perth & Western Australia - Preparation

Untuk preparation, seperti biasa, banyak blog saya baca dan refer untuk ke Perth ni selain dari merujuk kepada info info yang terdapat di cari.com (Blog yg saya rujuk terlalu banyak. More than 20 blogs kut...jadi x dptlah nak letak semua link blog tu kat sini) Bagaimanapun saya amat berterima kasih kepada forumner cari.com iaitu lavender dan anna.arul kerana sudi berkongsi itinerary. Setelah beberapa kali meng edit ititnerary, maka berikut adalah ITINERARY  terpilih saya. (saya buatkan satu entry lain untuk Itinerary).

Kali ini pergi ke Perth & Western Australia bersama dengan travelmat ke Krabi dulu. Oleh kerana tidak pernah ke negara orang putih, maka gigihlah saya study tentang Western Australia sebaik sahaja tiket di beli. Macam biasa, beli tiket mmglah hampir setahun awal dan harga pada waktu itu adalah RM677.00. Murah ler kut..


1.  FLIGHT


Dear    XXXXXXXX  ARIFFIN ,


Your booking has been confirmed, thank you for choosing AirAsia X.


Please print out the attached itinerary for your own records.
Date
Flight
Depart
Arrive
Fri 08 May 2015
D7232
KUL
08:50
PER
14:20
Fri 15 May 2015
D7233
PER
16:05
KUL
21:45



2.  ACCOMMODATION

Untuk penginapan di Perth CBD saya memilih Perth City YHA untuk 2 hari yang pertama dan  Mountway Apartment untuk 2 yang terakhir.  Pilihan kedua saya adalah Malaysian Hall. Permohonan secara ONLINE dibuat pada 18 March 2015. Pada 23 March 2015, kami mendapat keputusan BERJAYA. Alhamdulillah. Sebenarnya bukan apa..byk tempat penginapan lain yang lebih selesa dan berhampiran bandar. Cuma kami mahu lebih murah....

Manakala untuk penginapan di Albany (setelah beberapa kali booked/cancelled/booked/ cancelled....heehe) saya memilih Ace Motor Inn. Memula saya memilih Sleepwell Motel. Kemudian bertukar kepada 1849 Albany Backpackers dan akhirnyar memilih Ace Motor Inn. Walhal Sleepwell Motel  tu lagi murah. Ntah lah...tak tau kenapa beralih arah.  Di Augusta pula, saya memilih Baywatch Manor Augusta setelah menimbang tara beberapa guest house yang lain. Dengan harapan, pilihan saya adalah pilihan yang tepat. Serik juga rasanya, sbb pernah terjadi semasa travel ke Krabi pilihan hotel tidak menepati. Di Mandurah pula, saya memilih Comfort Inn dengan harapan juga pilihan ini adalah yang terbaik. Selama saya membaca di blog blog yang ada, tidak terjumpa lagi mana mana bloggers yang stay di Mandurah. Kebanyakannyer memilih untuk terus ke Perth CBD. (Itinerary bertukar, maka kami skip untuk overnight di Mandurah) Kami memilih utk terus bermalam di Cervantes. Saya memilih Cervantes Lodge Backpackers seperti yang disaran oleh kebanyakan bloggers. Cuma tidak bernasib baik kerana saya cuma mampu mendapat 4 bed in domitory sahaja. Kalau boleh, ingin mendapatkan sebuah bilik di kongsi bersama sama.


3.  MONEY CHANGER

Untuk tukaran wang asing pula, saya menukar duit sebanyak 3 kali. (**Org bajet ciput, tuko pun berdikit-dikit). Rate pertama yang saya dapat adalah  2.89 (Lifetime Link Sdn Bhd. Ground Floor, Giant Superstore Puchong),  yang kedua 2.845 (Galaxy Pacific Sdn. Bhd., IOI Mall, Old Wing, Ground Floor, Puchong) dan rate yang ketiga 2.878 (Sky Xchange Sdn Bhd. Jalan Masjid India, Kuala Lumpur).
AUD

4.  ETA - Electronic Travel Authority - Visa


Untuk permohonan Visa ETA saya menggunakan perkhidmatan Mayflower American Express Travel Services   . Ini adalah kerana Mayflower Amex Travel Services adalah travel agent berdaftar dengan syarikat tempat saya bekerja. Jadi mudah berurusan terus dengan mereka.

5.  CAR RENTAL 

Setelah jenuh puas menggodek internet dan forum, saya mengambil keputusan memilih BAYSWATER CAR RENTAL. Sebab apa...sebab malas nak pikir dan itu yang paling murah......hahhaa...boleh gitu, Actually rata rata mengatakan bayswater ni bagus. Tp insurance tak komprehensif. Ada juga yang kata ARIES CAR RENTAL ni bagus. Ada juga yang kata ACE RENTAL CARS. Tepuk dada tanya selera. Banyak lagi syarikat sewa kereta ni. Pilihlah mana yang berkenan di hati.

6. GPS

Pada mulanya juga takmo amik GPS. Kekonon nak guna waze saja. Pikir pikir...better safe than sorry. Walaupun rata rata baca kat internet dan forum, tiada apa yang perlu di risaukan tatkala travel di Western Australia, tp saya takmo amik sebarang risiko (perisau banyak saya ni). Hopefully GPS dpt membantu perjalanan kami dengan selesa. Jangan Guna Pun Sosat udah ler..





No comments:

Post a Comment