Kuala Kangsar terkenal dengan laksanya. Laksa dan Kuala Kangsar begitu sinonim dan tak dapat dipisahkan. Begitu juga laksa dan saya, kerana laksa memang kegemaran saya. Kali ini mari kita mencuba Mee Kicap Kuala Kangsar pula. Menurut kata abang saya, susah nak cari mee kicap yang sedap. Di Ipoh ada satu kedai dan satu lagi di Kuala Kangsar. Restoran ini tidak mempunyai nama. Sekiranya anda ingin pergi ke kedai mee kicap ni, ianya berada di Jalan Daeng Selili menuju ke pejabat lhdn, sebelum traffic light ke jambatan baru menuju ke Sayong. Kedai ini bersebelahan dengan Pusat Servis kereta. Seberang jalan berhadapan terdapat sebuah masjid / surau / sekolah agama - ** sy tidak pasti. Ada ambil gambar, tp gambar tidak begitu jelas.
Saya memilih mee wantan kicap
|
Sedap pada saya dan harga amat berpatutan (lupa braper..tp xle mahal beno). Juga disertakan dengan sup yang terdiri dari fish ball dan fish cake. Boleh membuat pilihan samada memilih mee wantan, mee kuning or kueteow. Di kedai ini juga ada makanan lain seperti mee kari, mee sup, wantan sup, kueteow dan juga nasi lemak.
Sekiranya singgah di Kuala Kangsar, boleh lah mencuba mee kicap.. Selain dari mencuba laksa Pokok Limau atau Laksa Pak Ngah.


Thanks inazz, nti balik kuale boleh p cari, x yah p Ipoh dah
ReplyDelete