27 October 2016 (Khamis)
Hari kedua di Busan. Awal pagi kami sarapan dulu siap siap kat Pusan Inn. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Taejondae Park. Untuk ke Taejondae ni, dari Busan Station kami mengambil bus ber No 88. Masa ni, from Busan Station, kami cross jalan dan pergi ke Bus Stop. Tapi boleh x jumpa which bus stop...hahhaha. Ke hulu ke hilir kat sini. Sepanjang jalan tu ada 3 bus stops. Tanya tanya sekeliling, tak juga mendapat jawapan. And then kami start observing bus No. Tiap kali kami nampak bus no 88 or 101, kami try tengok bus tu stop kat which bus top...hahha. Sabar jer lah kan. So, mintak maaf lah tak dapat memberikan direction yang betul disini, kerana sudah terlupa bus tu berhenti di exit mana. Kami managed to get the bus to Taejongdae.
Bus ni akan berhenti terus di Taejongdae Park (the last bus station). Macam kami aritu, bila sampai ke last station, driver tu bagitau. If not sure, tengok sebelah kiri, ada bus station. If nampak bus banyak banyak disebelah kiri jalan, bermakna sudah sampai ke bus stop terakhir. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dalam 40 minit. Dan if nampak mercu tanda kat bawah tu....dah sampai le kat last bus stop.
 |
Signboard beso leh tau dah sampai
|
 |
Tengok mercu tanda ni.
|
 |
| Jenuh mendaki naik ke atas |
Sampai di disini, kami mencari danubi train. Masuk kat entrance tu, nampak train banyak kat sebelah kiri entrance and we thought itulah danubi train. Rupanya bukan..itu Danubi Train tuk bebudak. Kena naik lagi keatas, then you will see danubi train yang sepatutnyer. Kena beli ticket berhampiran dengan kedai2 di situ di sebelah kanan. Kelakar kat sini, sbb dalam kami tercari cari danubi train, ada lah ahjuma ni dok tanya tanya dalam bahasa dia. Kami pun dok tunjuk2 train yang kami nampak tu. Dia dok sebut ande...ande...sambil silang pangkah tangannya. And kendian dia tunjuk tunjuk ke atas. Ajaib dak...kami macam paham je walaupun masa tu kami bantai cakap melayu...hahhaha...
 |
Bukan hat ni ye...kekkkke
|
 |
| Ini yang sebenar... |
Taejongdae Park ni luas....dan banyak mendaki bukit. Saya ngan fida memang tak mampu lah nak jalan kaki. So prefer amik train je. Kena bayar KRW1500.00 kalau x silap. Sampai sini kelaparan, saya beli churros di convenient store berdekatan. Danubi train sampai, kami stop kat Taejongdae Light House je. Fuhh....memang memerlukan daya ketahanan kaki dan stamina yang tinggi. Nak turun tu okay...nak naik balik...fitam mak nak. Menggigil gigil kaki ahkak....Masa kat sini kami terserempak dengan Su
 |
| hahhahha mineral coffee di mana mana |
Saya rasa trip ni more to touch n go je. Janji sampai, tapi tak explore abis..hahhaa. Setel ambik gambar bagai, kami ke Oryukdo Skywalk. Su nak ikut sekali. So kami patah balik ke Busan Station Exit 10 untuk ambil bus no. 27. Ikut research yang Fida buat untuk sampai ke sini kena lalu 27 bus stops. Rajin nau nak kira ekk. Tak perlu ler nak kira sbb bus ni akan berhenti di last bus stop berhampiran dengan Oryukdo SkyWalk.
Tp kami aritu tak tau. Kami stop dulu kat Igidae Park. Siap pesan kat bus driver that we wanted to stop kat Igidae Park. Dah sampai sini, kami turun start cari arah ke Igidae Park juga Oryukdo Skywalk. Jalan and jalan and jalan lagi...tp still tak jumpa. Then kami tanya orang lalu lalang, ada sorang mamat korea ni bagitau, klu nak ke Oryukdo Skywalk you have to walk about 4km from here. Hah...4km...takpalah. Kirim salam. Kami patah balik ke bus stop tadik, and naik balik bus no. 27 untuk terus ke Oryukdo Sky walk. Rupanya Igidae Park ni memang boleh access dari dua tempat. Satu bila dah sampai ke Oryukdo. Satu lagi sebelum sampai Oryukdo. So, moralnyer..takyah ler kata nak stop kat Igidae Park dulu. Trus jer pergi Oryukdo, and dari Oryukdo Skywalk tu boleh le ke Igidae Park disebelah kiri. Bersebelahan je. Kami tak pi pun. Tengok blog orang lain, besar rupaya Igidae Park ni. Siap ada hiking trail lagi.
 |
| Driver bus tu turunkan kami memola kat sini. Rupanya jauh nak jalan ke Oryukdo. |
Lama juga kami menunggu bas no 27 dalam kesejukan. Dapat naik bas, lega. Sebelum sampai ke Oryukdo Skywalk akan nampak pintu gerbang Sk View Apartment. Dan bus tu akan buat uturn kat ujung. So, tunggu sampai nampak Oryukdo Skywalk tu, baru turun kat last bus stop. Takyah lah nak turun awal awal, Nanti jadi cam kami. Jenuh menapak...hehehe.
Sebelah kiri tu Sk View Apartment. Oryukdo Skywalk nunnn jauh lagi di hadapan. Jenuh menapak.
 |
Jauh dak..hahhaa.
|
 |
| Menuju ke Oryukdo Skywalk |
 |
Kena pakai ni masa nak jalan atas jambatan cermin
|
Angin sangatlah kuatnya. Rasa nak melayang ditiup angin. Abuk asik masuk mata. Oryukdo Skywalk ni pendek jer. Tp gayat juga. Nak jalan atas tu, kena pakai sarung. No selfie stick is allowed.
 |
Amik bas kat sini masa nak balik ke city
|
Okay...jom balik. Dah abis jalan jalan kat Oryukdo, kami amik bus yang sama patah balik ke Busan Station and amik train ke Jagalchi Market plak. Makan seafood disini. Hari ni baru rasa berbaloi baloi. KRW30,000 share 3 orang, tp memang kenyang.
 |
Kami makan ni ber3
|
 |
Depan kedai yang kami pergi utk lunch
|
 |
| Bye bye Su...see u again |
Disini kami berpisah dengan Su. Su nak jalan jalan sekitar Jagalchi Market, kami pula meneruskan perjalanan ke Gamcheon Cultural Village. Untuk sampai ke Gamcheon Cultural Village ni, saya follow Fida je...hahhaha.
 |
| Dari exit tu, ada je signboard macam ni |
Nak ke Gamcheon Cultural Village amik Busan Subway Line No. 1. Stop di Toseong Station Exit 6. Jalan terus pusing kanan. Jalan lagi sampai jumpa bus stop kecik betul depan Cancer Centre. Nanti amik bus no. 2-2 warna hijau. Bus tu kecik je. Tambang KRW900.00. Nak ke Gamcheon ni, senak dada mak nak....hahhaa..berliku liku punya jalan menaiki bukit dengan jalan yang sempit nya. Taim corner....paut kuat kuat ya...hehhehe. Bila sampai kat Gamcheon Cultural Village ni, nnt driver bus tu bagi tau. Kut risau terlepas, kabo siap siap ke driver bus. Kebetulan masa dlm bas jumpa 2 ladies yang nak ke arah yang sama. Depa ni ada orang bawakkan. So bila depa turun, kami pun turun...hehhe. Sesampai sini angin sangatlah kuat sama macam kat Oryukdo tadi dan Gamcheon Cultural Village ni sangat lah besar. Kami tak explore abis pun kat sini. Touch N Go. Janji sampai...hahhaa. Kami beli map Gamcheon berharga KRW2,000 kekonon nak cop stamp utk dptkan poskad. Tp map terbang melayang...hahahha. Sabar je lah..
 |
Entrance ke Gamcheon Cultural Village
|
Cerita pasal Gamcheon Cultural Village ni...hmmm..pening saya tengok. Rumah punyalah rapat rapat and terpk camner dengan toxic waste punya laluan or longkang. Semua covered eh.....hasil buangan ni lalu kut mana....sbb rumah terlalu rapat rapat. Kat atas maybe rumah kita, dah bawah bumbung rumah orang. Nak masuk rumah kita, kena lalu celah rumah orang...lebih kurang gituler. Tak reti nak explain. Yang pasti memang berselirat macam wayar.....
 |
| Hahaha...muka sendiri harus ada.... |
Selesai di Gamcheon Cultural Village, kami ke Gwangli Beach pula. Pada saya, berjalan di Busan paling senang berbanding di Seoul. Busan subway taklah se complicated Seoul Subway. Masa ke Gwangli Beach ni, hari memang dah beransur gelap. Dalam kesejukan dan kedinginan, kami redah juga. Tak buat apa, sekadar tengok tengok Gwangan Bridge. Lepas tu balik GH. Sebab tu saya kata, touch n go...hahhaha. Nak tengok apa pun...dah golap....Nak kesini pun, saya ikut je Fida. Dah agreed before, kat Busan dia kena study carikan jalan. Saya focus dekat Seoul nanti.
 |
Ni jer yang mampu
|
 |
Sejuk sejuk layan aiskrim
|
Sampai GH, kami pack semula barang barang sebab esok nak ke Seoul. Klu ikut perancangan awal, kami nak naik bas. Tp saya rasa mcm leceh jer naik bas sampai 4 jam. Buang masa. Ada juga cadangan nak naik Mugunghwa Train. But pada saya if nak naik Mugunghwa, might as well naik malam ni juga and sampai Seoul esok pagi. Kenapa nak bazir masa 5 jam naik mugunghwa siang siang hari...kan. So end up kami setuju naik KTX esok pagi nya. Sian Fida terpaksa agreed ngan saya naik KTX hehehehe.
**time is priceless. If kita banyak masa, banyak tempat boleh explore (pada saya laa).
