Monday, 5 December 2016

Clover Hotel, Ipoh

Baru baru ni balik Ipoh sebab ada kenduri kahwin. Since semua adik badik balik and nak bertanggak di rumah SIL, maka kami bercadang buat tahlil untuk abah, abang, kakak, anak saudara (Afiqah) dan cucu saudara (Ammar). 

But too many people in one house...not so me la ye. Bukan tak suka duduk ramai ramai. Tapi anak anak saya lelaki semua. Nak berebut 3 bilik air....pastu bilik cuma 4 jer. So saya prefer dok hotel je. Actually hotel ni tak jauh pun dari rumah SIL. Masih lagi area Meru. If last time, bila balik Ipoh, saya stay kat Casuarina Hotel, Meru. Ni memikirkan nak tido je pun. Siang hari gi kenduri. Pastu, saya plak, ada mini reunion. Ulang alik ulang alik, hotel je la. So, pilih punya pilih punya pilih...saya booked melalui booking.com. Dapatlah Clover Hotel. 




**Ipoh dah jadi macam kampung ke2 lak....

Clover Hotel ni dekat je ngan Hotel Casuarina, Meru. Budget hotel, yang dibina diatas barisan shoplot 4 tingkat. Masih baru, kata receptionist tu baru 4 bulan dibuka kepada orang ramai. So, takyah ler expect lebih lebih ya. Bilik takde besar mana. Since saya booked triple room, maka dapatlah kami satu katil queen dan satu katil single. Bilik air just nice, tetapi sbb still new, dinding pun masih lagi lepaan simen. Cuma lantai je ada tiles. Toileteries pun tak byk. Cuma satu botol kecil shampoo dan mandian. Jangan expect ada berus gigi dan ubat gigi lak ye seperti sesetengah hotel tu. Towel cuma bath towel sahaja. 





Ada tv, electric kettle dan meja. Satu tempat sangkut baju. No fridge. No lift. Mostly lantai adalah lepaan simen sahaja. Maybe sbb masih baru. Luckily the hotel is still new. So boleh nampak akan ke baruannyer....(apa punya ayat). Tp plug byk Ada 4. Senang nak men charging handphone..hehehe

Rekemend: Boleh if you all just want to sleep. Jangan expect lebey for budget hotel. Dekat dengan kedai kedai. Mydin sangat dekat. Depan ada mcdonald, kfc. Dan juga sangat dekat dengan Dataran Amanjaya if you all nak lepak malam lama. Juga dekat dengan Movie Animation Park Studios (macam belom siap je)

To me, x byk komplen le. Sbb nak tido jer kan. Janji katil selesa, takde bau bau tak sedap. And paling best, free wifi. Laju plak tu...huhuhuh. And the location is very good. 





No comments:

Post a Comment