Monday, 27 June 2016

Porridge & Kimchi

Sejak dua menjak asyik ke Korea jer, kimchi dan saya takleh dipisahkan le pulak...hahhaha. Saya jadi jatuh cinta plak ngan makanan Korea. Dua kali belajar buat kimchi. Tak pandai pandai gak...tatau ler. Dek kerana dah penah belajar, maka saya membuat stok kimchi tuk diri sendiri. Tak payah nak beli lagi kan. Kimchi pun mahal. Sekali beli boleh dua kali makan je. Sekali buat...menimbun dalam bekas. Ni kemaruk kimchi la ni. 




Ini adalah hasil hasil kimchi yang pernah saya buat sebelum sebelum ni. Skrang ni cuba buat kimchi lobak putih. Tak tau ler boleh makan ke idak..hahhaha. Kalau tengok rancangan What Shall We Eat Today, macam macam jenis kimch bleh buat. Daun bawang pun boleh di kimchi kan.

Ni buat untuk pertama kali

Ni buat sebab ada kekawan nak. Buat jer lah. Rasanyer..hhehe..sedap pd saya, lom tentu sedap pd org lain...
Resepi kimchi....gugel je la yer.....kalau ikut style saya, saya gunakan apa yang pernah saya belajar masa ke Korea pada tahun 2013 dan tahun 2015




Friday, 24 June 2016

Krabi - Day 3

10 May 2016

Dalam jam 4.00 pagi macam tu, saya terjaga. Saya mula rasa perut saya tak selesa. Mual, berangin menyucuk nyucuk. Nak tidur pun dah tak lena dah. Saya bangun mengemaskan barang barang . Menurut kata Salam, driver akan datang pickup kami di hotel jam 0900 pagi. Sebelum ke epot, kami akan breakfast di kedai Salma dahulu then Salma akan bawa ke kedai souvenier. Dalam mengemas tak sedar masa berlalu. Selepas subuh, memasing menarik selimut semula. Rupanya bukan saya yang tidak selesa perut. Dahlia, Sue Along juga rasa tak selesa. 

Di pagi hari ni, bermula lah edisi berebut bilik air. Kejap sorang nak muntah, kejap lagi sorang nak buang air. Keluar sorang, masuk lagi seorang. Macam macam bunyi dalam bilik air...hehhe. Kami makan utk alas perut sikit kat hotel sebelum ke kedai Salma. Selepas makan saya cepat cepat makan ubat. Dahlia masa ni memang dah kelihatan tak bermaya langsung. Saya juga dah x larat sebab perut asik meragam. Cuma Airin jer yang masih mampu bertahan. Masih bertenaga..apa rahsia..Mineral Coffee kah...hhehehhe..

Kami turun kebawah, check out dari hotel, dan van kayu sudah menanti. Dan terus membawa kami ke kedai Salma. Disini, memang semua dah tak larat. Shida pula mungkin sbb dah berehat semalamam, jadi nampak bertenaga sedikit hari ni. Kami ber3 memang lepek abis. Bau makanan di kedai Salma juga sudah cukup membuatkan kami semua mual dan meloya. Saya muntah muntah lagi di sini. Jadi hanya Airin dah Shieda sahaja yang pergi ke kedai souvenier yang Salma cadangkan. Kami bertiga tinggal di kedai, dan semuanye zzzzzz..kruhhh kruhh...tido..hahhaha.


Dengan Salma

Menurut kata Airin dan Shieda, cantik tempat shopping tu. Rega boleh tahan, reasonable. Dan juga dekat dengan pantai. Alahai...rugi lakkk tak pergi. Tp perut mak meragam nak....hahhaha. 

Lebih kurang jam 11.00 pagi, van untuk membawa kami ke epot pun sampai. Tukar van pula ya. Bukan van kayu lagi...hehhee. Salam salam ngan Salma, then trus naik van. Sampai di epot...ramai nyer la orang. Dan yang paling ramai, rakyat dari negara China. Memang ada tour group dari sana. Agak kelam kabut juga di epot untuk scan bag. Since masih awal, kami decided untuk mengopi dulu. Tp jam 12.00 lebih, kami bimbang orang ramai, takut queue panjang, kami cepat cepat masuk boarding gate. Kat dalam tu pun, punya la ramai..huhuhu...dan dengan geng dot dot dot..(malas nak sebut laaa...hahahhahha). Kecoh wehh...Dengan depa depa ni membedal mee segera, dengan sampah bertaburan, dengan bau mee segera yang pelbagai bau..huhuhuh.... mual perut. 

Dahlia memang lepek trus. Saya dan Sue Along sudah beransur lega. Maybe dah makan ubat awal awal. Tp suasana dlm boarding area...cukup memeningkan. Kepala saya semasa sedang tidur, braper kali kena langgar. Walhal jarak antara kerusi dengan kerusi belakang punya lah besar. Boleh aje lalu tanpa melanggar sesaper...sabarrr jela. 

Jam 1.45 dah boleh masuk perut kapal terbang. Jam 2.25 kapal terbang berlepas. Memang semua bantai tidur jer. Lebih kurang 0425 petang selamat mendarat di KLIA2. Actually kami kami ni bawak cabin luggage jer...tp still kena scan bag kat KLIA2. Udahler lambat jadiknyer. Sue Along jer bernasib baik, dia bawak backpack, so boleh masuk laluan backpack tanpa scan bag...huhuhuhu. Lambat tul process scan bag kat KLIA2 masa hari ini.

End of Day 3. Esok nyer keja...huhuuhuhu...




Krabi - Day 2




9 May 2016 (Isnin)

Janji dengan Salma, jam 8 driver akan datang ambil di hotel. Saya, Airin dan Shida kluar dulu nak beli breakfast. Dalam perjalanan, tiba tiba ada van honk..hehhe..tak sempat nak beli apa apa. Minta driver singgah kat 7E...dia kata nnt di tempat berhimpun ke Island Hoping ada 7E. Then okay ler....kami pun naik..dekat jer benarnya. Tp sbb dah masuk dlm pakej, kena lah org tu amik gak kann..hehehhe...

Masa kat sini agak kalut. Org tu mintak resit, kami lupa resit mana. Sebelum tu Salma ada bagi TBH1000.00 utk duit masuk National Park. Kami just bagi jer duit tu, tp tak amik resit...hhahaha..Walhal resit itu perlu untuk di tunjukkan bila nak masuk National Park. Boleh gitu...hahahha....


Dah setel urusan pendaftaran, depa bagi satu sticker biru lekat kat baju. Ramai ramai menyeberang jalan naik ke long tail boat. Boat papan jer...tinggi lak tu...basah kuyup hingga ke pinggang.....sbb boat xleh rapat betul betul ke pantai.

Ni la boat kami


Perjalanan pertama ke Pranang Cave Beach yang mengambil masa selama 30 minit dari pantai Aonang. Kami tak pergi masuk Cave tu pun....malas. Sbb maybe byk ntah hapa hapa dalam cave tu kan..kekkkkeke...lepak santai santai tepi pantai jer.

Dari Pranang Cave Beach, kami menuju ke Tup Island. Sebenarnya di sini, if low tide, boleh berjalan kaki dari Tup Island ke Mor Island. Tp masa ni air tak braper nak surut. Paras dada juga. Jadi tak boleh ler nak berjalan jalan dari satu pulau ke satu pulau. Di Tup Island juga ada National  Park. Disini yang sepatutnyer kami bayar untuk entrance fee. Tapi kami dah terbayar di Aonang, dan tak amik resit. So, x merasa lah nak menjelajah pulau tu.

Main main ikan kat Tup Island

**Notakaki: Sebenarnya xleh bagi ikan ikan tu makan. Kami curik curik bagi roti. Berkejaran ikan datang makan...hehhhhehe


Selesai di sini, kami ke Chicken Island. Dekat jer dengan Tup Island dan Mor Island ni. Disni, sesaper yang nak snorkeling, boleh ler berbuat demikian. Saya tak snorkel pun. Kat Chicken Island ni bukan leh kita singgah pun. Cuma tengok dari dalam boat jer. Semasa di dalam boat, kami disajikan dengan buah tembikai. Boleh ler...tp saya lebih suka buah nenas...hehehhe.


Dari Chicken Island, kami meneruskan perjalanan ke Poda Island. Disini juga kami disajikan dengan makan tengahari. Nasi putih, sayur dan ayam (tatau masak apa). Tp x menyelerakan sangat pada saya. Saya cuma makan demi mengisi perut yang kosong. Semasa di sini, Shida sudah mula sakit kepala dan perut meloya. Kesian juga pada dia. Semasa yang lain semua mandi manda, saya temankan Shieda kembali ke boat. Sempat ler melelapkan mata...hahahhaha.



Ayam dan sayur

Poda Island ni cantik benonyer. Tapi bila dah banyak sangat bot bersidai kat tepi pantai...hehhehe ilang mood nak menikmati keindakan pulau. Tapi enjoy jer..


***xde gambar yang sesuai untuk di letakkan. Most of the gambar.....ada je muka2 kami yang x baper sesuai nak letak ler...kekkekeke. Pinjam gambar pak gugel je lah..


Lebih kurang jam 3.00 petang, kami meninggalkan Poda Island. Bagus juga, sbb boat tetap berlabuh di Aonang Beach. Teringat masa pergi dulu, amik pakej Phi Phi Island. Boat berhenti di Nopparat Thara beach. Di sini ada bas membawa kami kembali ke hotel. Agak jauh juga dari Aonang Beach. Sesampai di sini, Shieda dah tak tertahan,...habis apa yang dimakan di muntahkan semula. Sian Shieda. Bahana migrain....dan mabuk laut sekali.

Di sini, syarikat yang menguruskan trip ni, menyediakan kenderaan untuk menghantar para pelancung semula ke hotel.. Malang bagi kami....tiada satu kenderaan pun. Maka terpaksa lah menunggu untuk seketika. Dek kerana masalah bahasa, org tu silap hantar hotel lain..hahaha. Mujur Airin ada simpan alamat hotel.

Naik van ni balik ke Hotel


Syarikat yang menguruskan 4 Island Hoping

Sampai di hotel, mandi manda dan berehat. Shieda makan ubat dan terus tidur. Kami pula bercadang menyusuri kedai kedai di sepanjang Aonang Beach. Sebelum tu kami singgah mencuba Thai Pancake dan udang tempura di gerai gerai di tepi jalan. Kemudian meneruskan perjalanan ke kedai kedai di sepanjang Aonang. Mcm saya, mmg tak byk yg saya beli. Sue Along pun tak kelihatan penat juga. Mak mak budak travel, stamina dan berkurangan...hahaha. Ada ketika semput juga dibuatnya.

Pandai cakap melayu org kedai ni


Hari semakin menginjak ke senja. Kami naik tut tut sahaja untuk pulang ke hotel. Airin dan Dahlia singgah di gerai untuk membeli makanan utk dinner. Saya dan Sue Along, terus pulang ke hotel. Shieda masih lagi tido. Memang sakit kepala betul tu...

Selebihnyer kami berehat sahaja di dalam bilik. Sue Along juga sudah mula mual mual dan pening pening. Masing masing seperti kemabukan....masa ni, saya dahlia dan airin masih lagi steady. Makan tak hengat. Macam macam Airin dah Dahlia belikan tuk kami. Nasi goreng, tomyam, sayur campur, thai pancake, udang tempura, popiah..(tak sempat amik gambar...sbb sudah lapar).  Kami kepenatan dan terus tido, tp Dahlia dan Airin turun ke bawah untuk mencuba Massage Aromatherapy. Pukul braper mereka balik pun saya tak pasti.