Monday, 27 March 2017

Makanan Eksotik Kuala Selangor

11 March 2017

Saya kenal mereka mereka ni semua dari Group Whatapss Road To Japan Ladies (RTJ Ladies). If dekat facebook tu, ada satu group Road To Japan. Tapi bercampur campur lelaki dan perempuan, ibu bapa dan anak, nenek, atok pun ada....hehehe. Selepas mendapat keizinan tok ketua, maka tertubuh ler group whatapps RTJ Ladies (Ladies Only)

We have met several times. Pertemuan pertama bermula di Sushi Jiro, melarat larat ke Secret Receipe, Sushi King, terus ke BBQ Town, Sukiya, Teppayanki semuanya di Mid Valley. Makan makan session diteruskan ke Doli Dimsum di NU Sentral dan juga Restoran Ayam Penyet di Ampang Park, and akhir sekali makanan eksotik di Restoran Lembah Bernam, Sekinchan, Kuala Selangor. 

Setelah berpakat, maka kami sepakat masing masing menumpang kereta saya sahaja kerana cuma 5 orang sahaja yang setuju untuk makan makanan eksotik ni. Saya pun tak berapa gemar juga...tp my prinsip...apa salah mencuba. If ada orang bercerita tentangnya, saya tahu apa dia...hahahahah.

Ai jadi driver arini...
Dee, Aishah dan Juni menunggu saya di stesen LRT Bangsar. Senang gitu. Manakala kami perlu mengambil Watie di RNR Sungai Buluh. Setiba di RNR  Restoran Jejantas Sungai Buluh kami breakfast dulu. Apabila Watie sampai, kami pun meneruskan perjalan ke Kuala Selangor. 

RNR Sungai Buluh. Breakfast Juni belanja
Dari Plus Highway menuju ke Latar Highway dan terus ke Kuala Selangor. Merentasi jalan jalan kampung dengan pemandangan yang menghijau....sawah padi terbentang luas. Ada yang jakun tak pernah tengok padi. Maka berhentilah kami di sini untuk sessi fotografi. 


Jakun tengok padi....


Perjalanan menuju ke restoran eksotik diteruskan. Sebelum sampai ke restoren, sempat lagi tu berposing. Pantang nampak sawah yang menghijau...

Sebelum sampai restoren, berhenti lagi amik gambo...
Dan akhirnya sampai juga ke Restoran Lembah Bernam. Masa sampai ni tak braper ramai sangat orang. Memola nak pilih duduk kat gazebo. Tp macam panas lak...


Ini lah makanan yang kami order. Rendang landak, rusa masak blackpepper, ayam masak gulai, udang masak lemak cili api, nasi putih, sambal belacan dan ulam ulaman. Berselera makan walaupun tekak saya tak braper nak menerima. Sebab apa....sbb saya tahu itu adalah landak dan rusa...hehehhe.


Ayam masak gulai

Rendang landak

Rusa blackpepper

Total makan untuk 5 orang lebih kurang RM100++ bersama air. (Nasi putih, ayam gulai 3 ketul, sambal belacan masing boh dalam pinggan sendiri begitu juga dengan sayur dan ulam ulaman)
Rendang landak - RM24.00 utk 200gm
Rusa blackpepper - RM16.00 untuk 200 gm
Udang masak lemak cili padi Gred C - 3.00 seekor. Ambil 5 ekor - RM15.00

Yang lain lain tatau camner kira. Dah kenyang, jom pulang. Dee plan nak cari Sekinchan Paddy Box tu. Tp rasa macam jauh lagi nak jalan mencarinya...kami kensel jer plan  dan terus menuju ke Bukit Melawati pula (sbb ada orang tu tak pernah sampai...hahahha).  Bayaran masuk ke Bukit Melawati adalah RM3.20 seorang. Dee gak yang bayarkan.



Jom naik tram


Lotong berkeliaran

Tak pasal pasal kan...hahahha

Pusing sekejap jer. Jadilah merasa naik tram. Actually boleh turun dan jalan jalan kat situ. But kami malas bila tengok byk lotong berkeliaran. Jom cari cendol Bakar lak, sbb perut dah mula lapar semula. Dee as navigator memang bagus, tp akak as driver lah yang selalu silap masuk jalan...hahhaha. Pusing je ikut suka suki suka hati. Mujur negara sendiri. Di Cendol Bakar kami makan Cendol Durian, Laksa, Sata dan Keropok lekor. Cendolnya biasa biasa jer pada saya. Mujur keropok lekor sedap. Laksa pun tak sedap sangat pada saya. Sata pula macam ada sesuatu yang tak cukup...ntah tatau apa dia. 

Cendol durian

Laksa Meletop katanya. Tp idak meletop pada saya

Muka orang kenyang dan mengantuk (saya leeee)

Okay..dah jom balik. Tamat trip untuk hari ni. Dalam pada tu sempat lagi berdiskas nak makan Laksa Telur Sarang, Mee Rebus Ghulam dan Nasi Vanggey  di Ipoh. Agenda penuh ngan makan makan jer lah yer...hahha. 

Saya antar Watie semula kat RNR Sungai Buluh. And kendian dropped kan Juni Aisha dan Dee kat LRT Bangsar. Penat juga as driver, tp enjoy. Ada ketika, bila penat, mulut pun dah tak mau berkata kata..hehehhe. Kekawan semua jgn risau ye. Saya memang gitu. Bukan sebab sentap ke apa ye....




No comments:

Post a Comment