Trip ke Bandung again bermula dari 30 November 2019 - 02 Disember 2019 bersama ahli kelab KMC. Hanya orang orang tertentu sahaja tahu, apakah KMC.
Day 1 - 30 November 2019
Our flight ke Bandung adalah jam 0645 pagi dan di jangka sampai di Bandung pada jam 0805 pagi. Kali ni flight booking + hotel, booked melalui AirAsiaGo. Plan asal, sesampai sahaja di Bandung, kami mahu breakfast dulu, kemudian barulah check in hotel. Hotel yang di pilih kali ini adalah Residences by RedDoorz near Rumah Mode. Agak mengecewakan hotel ini. Walaupun bilik besar, dan boleh menempatkan 3orang, tapi facilities agak tidak menarik. Paling mengecewakan kawan saya adalah kerana tiada hot water. Nak mandi guna shower pun tak berapa elok. Gayung pula bocor...hahaha. Bertabahlah untuk 3 hari 2 malam. If lebih dari itu, saya rasa mau kami berpakat tukar hotel.
Sesampai di airport Bandung, supir kami telah menunggu. Supir yang agak muda juga dan kelakar. So, sepanjang perjalanan, tidaklah kami merasa bosan.
Memandangkan trip ni trip santai santai, kami tidak rushing. Just relaks relaks sahaja. And bagitau supir tak perlu terkejar kejar. Hari ini punya catatan perjalanan seperti berikut (biasalah bila lama tak buat entry, turutan perjalanan pun dah lupa).
Kami ke Dago Dream Park. Agak besar juga Dago Dream Park ni. Banyak spot spot menarik untuk bergambar. Tapi oleh kerana kami bertiga, bukan jenis suka bergambar, asik terlupa nak ambil gambar, maka terimalah seadanya.
Kami juga pergi ke Farmhouse Lembang. Selepas membeli ticket, kita boleh mendapatkan sebotol susu secara percuma. Setelah puas menjelajahi di Farmhouse Lembang, kami berangkat mencari tempat untuk makan tengahari pula. Seperti yg saya katakan, trip kami trip santai. So walaupun tempat tu jauh diantara satu sama lain, tak jadi hal. Asalkan sampai. Bersebelah dengan Farmhouse Lembang, ada sebuah lagi tempat tarikan iaitu Afrika Asia. Tapi kami tak singgah pun. Pening tengok keadaan kenderaan di kiri dan kanan.
Kerana sudah lapar, kami terus menuju ke Kampung Daun. Sesampai disini, ingatkan boleh je masuk terus. Rupanya kena daftar dulu, tengok ada kekosongan tempat atau tidak. Apabila dah dapat tempat, kami pun membuat pesanan, dan kemudian datanglah tukang saji menyediakan makanan untuk kami. Supir kami agaknya keletihan. Sampai tertidor dia sambil kami makan. Gazebo di Kampung Daun ni juga agak selesai. Memang boleh berehat santai. Kebetulan hari hujan, kami pun relaks relaks sahaja. Selesai makan, kami check in hotel.
Selesai mandi manda, kami menuju ke Zen Family Spa & Reflexology. Saya suka sangat Spa ni. Masing masing memilih jenis urutan yang kami suka. Saya suka yang relaks relaks sahaja. Dan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Memang lena abis....
Selesai di Spa, kami ke Stone Cafe untuk dinner pula. Tiba agak lewat sedikit, tapi orang taklah ramai mana. Biasalah lepas urut, perut pun lapar. Kami pun memesan apa yang patut.
Selesai dinner, kembali ke hotel. Sayang pula nak mandi manda. Minyak urutan pun macam belum cukup meresap ke dalam badan....hehhe. Tp oleh kerana keadaan bilik air yang tidak mempunya hot water, shower nya pula sekejap air ada takda...kecewa sungguh dibuatnya. Nak mandi pun tak puas.
Jah dengan Kelly, rajin sungguh menggugel review hotel ni. Saya lena tidur di buai mimpi. Memang banned la. Lain kali takkan datang ke sini...hahhaa..
End of Day 1.

No comments:
Post a Comment