Tuesday, 3 December 2019

Bandung Again - Day 2

1 Disember 2019 (Ahad)

Sian Jah dengan Kelly. Masak air dulu, then kendian bawak air panas masuk bilik air. Saya redah je dengan air sejuk. Tapi tu la. Macam mandi cakcibo. Sejuk. 

Awal pagi supir dah datang. Kami pun terus ke Kafeteria 170, Bandung.  Kat sini macam macam ada. Dari Indonesian Food, Western Food or Peranakan. Kedai pun agak besar dah sedikit hipster. Ada buffet style, ada ala carte. Kami memilih ala carte sahaja. 

Pada asalnya, kami nak pergi Floating Market. On the way, jalan jem giler giler. Entah pukul berapa nak sampai. Pastu masing masing decided takmo pergi. So kami ada masa senggang, tak tau nak buat apa. Sekali Kelly cakap, nak pergi potong dan warnakan rambut. Saya dengan Jah pulak, decided nak buat pedi and manisure. Gigih lah  kami menggugel mencari tempat yang reasonable. Maka terjumpa lah kami salon ini yang di panggil Anata Salon. Memang murah giler. And service sangat baik. Sementara Kelly mencuci dan membelai rambut, saya dan Jah membelai kuku kaki dan tangan. Kami selesai dulu, Kelly masih belum selesai. Kami minta supir hantar kami balik hotel sekejap. 

Tak lama kemudian Kelly called, kata dah redi, kami bergerak ambil Kelly dan terus cari tempat untuk lunch. Since dah ada terlewat sikit, kami jumpa satu kedai ini, Iga Bakar Mas Giri. Masa ni orang agak ramai, dan terpaksa lah kami menunggu seketika. Disini ada disediakan daging bakar yang enak.  Ada juga ayam penyet dan sup. Memang kelaparan sungguh hahahha. 

Selesai makan, kami singgah di Pasar Baru, Bandung. Takde plan nak beli apa pun sangat. Tapi terbeli juga. Cuma taklah beria. Jah membeli luggage, saya sekadar membeli sehelai skirt labuh. 

Kemudian kami sekali lagi ke Zen Family Spa...hahhaha. Makan, urut, makan, shopping, makan. Itu je lah aktiviti kami. 

Kali ni Jah mengambil keputusan untuk mandi siap siap di Zen Spa. Selesai berurut di Zen Spa, kami dinner di Uphormal Hypster Cafe. Ramai budak budak remaja dalam ni. And sangat penuh. Masing masing dengan laptop and bertunggu bertangga kat dalam tu, memang takde peluang orang lain nak masuk...

Selesai dinner, balik hotel. Pack barang siap siap, besok dah balik KL dah. Saya tetap lena tidor. Walaupn takde ekon.

End of Day 2. 




No comments:

Post a Comment