Monday, 25 November 2024

Autumn in My Heart - Day 3

3 November 2024

Senang nak ingat hari, sebab hari kedatangan ikut tarikh dalam kalendar. Hari ni hari Ahad. Tujuan kami harini hanya untuk berjalan sekitar bandar sahaja. Dari Hoegi Station, kami menuju ke Namdaemun. Tika dan mashie nak pergi kedai brooch sbb nak ganti kan batu batu yang hilang. Hari ini, kami sengaja menjelejah kawasan belakang Chess Motel. Cantik juga di bahagian belakang. Ada kawasan kejiranan, dan juga sekolah. Actually kawasan ini juga berdekatan dengan Universiti. 

Bermula dari Namdaemun,  kami kemudiannya ke Myeondong. Di Namdaemun, kami singgah di Mega Coffee. Trip kami mmg santai santai je. Takde nak berkejar kejar. Saya ni nak cari luggage sebenarnya. Harga di Namdaemun dah okay dah....tapi tak beli gak. Last last beli di Myeondong. Dari Namdaemun ke Myeondong, kami jalan kaki je. Tapi mcm biasa, sesat barat walaupun dah berulang kali pergi. Macam tahun lepas, senang je dari Myeondong ke Namdaemun. Kali ni meraban berpusing pusing hahhaa. Di Myeondong kami nak pergi makan di Busanjib. Nak cari Busanjib pun sesat sesat..sabor je la. 

Since semalam nak diskas nak cari accommodation lain kan....so masa di Busanjib, kami pun mula la menggugel website. Kebetulan ada seorang pekerja Melayu di Busanjib. Kami pun minta info dengan dia, kalau kalau dia tau. Sambil tengok website, kami terjumpa Namsan Forest. Dia cakap, Namsan Forest okay. Ada lift. And dia bagi direction juga bagaimana hendak ke Namsan Forest. Actually banyak juga GH yang kami google. Tapi kami nekad untuk walk in sahaja. 

Selesai lunch, sambil sambil jalan di Myeondong, kami pergi ke hotel yang kami duduk last year. Ekonomy Hotel. Saja pi redah tanya, tapi takde kosong. Kemudian kami menyeberangi jalan menuju area Hotel Pacific....dan bermulalah episode masuk satu GH ke satu GH yang lain. Mengimbau kenangan betul especially bila lalu sebelah Namsan GH. Sekarang Namsan GH sudah tukar nama ke Oyo. Oyo5, Oyo 6. Kemudian ada satu GH sebelah Namsan. Tp malangnya, cuma ada satu bilik untuk bertiga. Kata staff situ, esok baru boleh tukar bilik. Kami pikir, macam leceh la nak bertukar tukar. Kami jalan lagi. Nampak BeMy GH. And jalan lagi, terjumpa cafe Sechawan. Dan kami terus menuju ke Namsan Forest. Sesampai disitu, ada adik Melayu dari Singapore bernama Erina di kaunter. Dan ada bilik katanya tapi untuk berlima. Kami tak pikir panjang, kami accept sahaja. Terus bayar deposit, dan terus bayar untuk airport transfer. 

Dah dapat tempat baru untuk bermalam, kami pun balik semula ke Chess Motel dengan menggunakan taxi sebab sudah kepenatan. Untuk info:  Di Korea sekarang, untuk mendapatkan taxi kena install Uber Apps. Order online. Tiada lagi macam duu, boleh tahan je taxi tepi jalan...hahha

Sampai di Chess motel, kami bagitau ahjumaa tu nak check out and request if boleh dapat refund. Ketegaq ahjumma ni. Haram nak di baginya...hahaha. Then kami minta dia arrange jumbo taxi dari Chess Motel ke Namsan Forest. Ayam ngan itik bercakap, memang haru. Kami cuba melalui Apps Uber. Malangnya tak dapat jumbo taxi. Dapat taxi biasa dan kena request dua. Kelakarnya, bila taxi pertama sampai untuk Mashie ngan Elise, driver taxi tu taknak letak luggage kat dalam boot. Ada ke suruh letak dekat seat depan. Mana muat weeh....dengan orang lagi, dgn luggage lagi. Kami kensel hat tu. Pastu ahjumma ni gigih juga nak tolong. Dia minta tolong one guy (anak dia kut....tak tau le). Si lelaki ni telepon le merata....akhirnya dapat la satu taxi jumbo. Alhamdulillah.....dah penat. Dapat taxi besar dan selesa. 

Sampai di Namsan Forest, kami sememangnya ada nombor bilik dah passcode. So, terus je menuju kebilik. Lega sangat.....bilik luas. Ada dua katil double, satu single. Atas katil single tu kami letak beg dan barang barang lain. Bilik air agak kecik...tp takpela. Selesa kalau compare to Chess Motel. Sampai kat sini, semua macam tiba tiba bersemangan dah sihat ceria...hahhaha...dekat ngan Myeondong kan. Selesai kemas barang barang, kami ke Myeondong semula. Dinner di Busanjib sekali lagi, tapi kali ni makan ayam goreng sahaja. Dan kemudian kami menjelajah Myeondong Underground Shopping Mall dan Myeondong Night Market. Beli skincare di Etude. Sis juga terpengaruh membeli ampules 24k. Dalam mamai dan letih, melayang juga duit. Sempat juga merembat luggage. Beli dragon beard....tiba tiba hujan renyai renyai. 

Selesai menghabiskan duit, kami pulang ke Namsan Forest. Esok nya kami akan ke Mount Sorak. Untuk ke Mount Sorak ni, kami ambil package di Klook sahaja. Kena tido awal, sebab esok kami kena berkumpul di Yejang Terminal Bus jam 0645 pagi. 




Friday, 22 November 2024

Autumn in My Heart - Day 2

Day 2 (2 November 2024)

Hari kedua di bumi Korea Selatan. Seawal pagi kami dah bersedia. Memang kami breakfast siap siap di Motel untuk memudahkan perjalanan kami. Stesen subway yang terdekat di sini adalah Hoegi Station. Dari motel, kami perlu berjalan kaki lebih kurang 200 meter untuk ke stesen Subway. Dari motel takde apa masalah. Apabila kami sudah hampir ke stesen, kami perasan ada sorang lelaki ni, dok pandang pandang kami. Kemudian nampak dia macam bercakap dalam telepon. Mungkin dia pelik agaknya, sebab ini bukan tourist spot. Orang bertudung mungkin agak ganjil. Mulanya kami tak kisah, then kami realised that dia macam follow kitaorang. Bila naik tangga ke subway, dia pandang pandang sambil follow. Bila masuk dalam station, kami jarakkan dari dia, tapi dia tunggu. Adoiii....mmg cuak. So, kami pusing pusing dalam station tu, pastikan dia hilang dulu, baru tap T-Money. 

Kali ni kami sepakat pakai baju warna sama. Lupa cerita pasal semalam di hari pertama. Hari pertama, stripes theme. Hari kedua, yellow and white theme. 

Dari Hoegi Station kami perlu ke turun di Dongmyo Station --> transfer ke line 5 untuk ke World Cup Stadium. Tapi kami boleh tersalah naik subway ke arah Sinnae. Mak aiih....berapa banyak station tu dah buang masa. Ada 13 station. Last station is Sinnae. Baru realised salah tren. Kena patah balik. Nasib baik tak perlu turun tren. Cuma patah balik je ke World Cup Stadium. Banyak le lagi station yang kena tempuh


Sesampai je di World Cup Station, kami perlu keluar ke Exit 6. Keluar dari Exit 6 tu, ambil ke kanan dan terus ke depan nanti nampak main road. Kena lalu situ, pastikan main road sebelah kiri. Then follow signboard ke Haneul Park. Kena berjalan dalam beberapa ratus meter, saya pun lupa. Nampak satu traffic light. Cross traffic light tu. jalan ke kanan. Ada satu lagi traffic light kena cross dan ambil ke kiri pula. Nanti nampak signboard utk ke shuttle bus. Kalau uols nak hiking, sila kan lah....kami idok le. Naik shuttle bus je lah. Masa nak ke sini, kami terserempak veteran Korea, suami isteri kut. Dia pun nak ke Haneul Park. Dia la tolong tunjukkan arah. Ahjussi ni, katanya pernah kerja di Penang pada zaman 70an. Kalau zaman 70an, mesti umur dia dalam 20an. Skrang dah tahun 2024. Agak agak berapa umur dia....tp dia nampak tegap dan steady je.

Nak naik shuttle bus, kena bayar ya. Harga tak ingat sbb orang tolong bayarkan. Tak lama nak tunggu, sbb shuttle bus ala ala macam buggy ni byk je. Sampai atas, kami pun explore je kawasan atas. Mashie masih sakit perut. Jenuh juga nak melayan perut yang meragam. Kat atas juga terserempak beberapa Malaysians. Alhamdulillah, ramah tamah belaka Malaysians yang kami jumpa. 

Dah penat jalan dalam lalang lalang tu semua, kami duduk diskas, nak gi makan kat mana. Kami decided nak pegi Yang Good BBQ Lamb. Saya ni tak check langsung opening hours Yang Good ni. Saya cuma ingat, dulu opening hours nya pukul 2 petang. Itu masa 2018 kut. Dalam perjalanan ke Station Yeoksam, barulah sibuk nak check. Sekali tengok, pukul 4 baru bukak. Mashie ni dah la tak larat melayan perut. Sekali lagi, kami pusing tawaf Seoul, berpatah balik ke Dongdaemun. Kami decided utk makan Ikan Bakar Dongdaemun saja sbb masa tu baru lebih kurang jam 1 tgahari. Pada tahun lepas, kami sesat mencari Ikan Bakar Dongdaemun ni. Tapi kali ni, senang je pulok. Maybe tahun lepas sebab dah gelap. Tak perasan sangat. 

Maka kami menuju ke kedai yang biasa mereka ni pegi. Ada insiden juga berlaku dalam kedai ni. Tapi takpelah. YTJT. Biarlah kami sahaja yang tau. 

Selesai makan, kami pun jalan jalan di sekitar area situ. Masuk kedai kedai dalam Dongdaemun tu. Then kami balik ke motel. Saya rasa macam masih awal lagi untuk balik. Tapi tetapla juga kami balik sbb mashie dan elise dah rasa tak sihat. Sampai kat motel, saya ajak tika keluar semula pergi ke Dongdaemun Design Plaza. Walaupun dah tak larat benonye, tapi heret juga kaki ke DDP. Lagipun masih awal. Cuma waktu autumn, memang cepat gelap. Jam  6 petang dah gelap. Jam 7 dah macam pukul 8 malam.

Dari Hoegi, kami stop kat Dongdaemun and transfer ke Dongdaemun Culture & History Park. Actually dari Dongdaemun tu boleh je jalan kaki ke DDP. Tapi takut sesat punya pasal. Kita ikutlah apa kata dalam google. Sebab sampai situ, Exit 1 je terus ke DDP. 

Tak lama berkeliaran di sini. Sebab dah tak larat kan. Kebetulan ada mini konsert. So layan je lah. Asalnya nak ajak juga tika ke Gwanghwamun Square. Tapi mmg tak daya heret kaki...hahhaa. Maka balik le ke hotel. 

Sampai hotel, ajak lis dan mashie makan, sambil kami diskas nak kemana esoknya. Nampak sangat adhoc kan. Itinerary pun tak plan. Pastu, kami decide nak tukar tempat tinggal. Sebab tak syok sangat kat Chess Motel ni. Kami, esok kita cari area Myeondong. 

Lepas makan, saya terlena. Depa sambung sembang. Bila saya sedar, sorang pun takdak...cuak weh...hahaha...ingatkan depa berjalan pi mana ntah. Rupanya tika dalam bilik air. Mashie dan lis dah balik bilik. Saya bangun mandi solat, sambung tido. 








Autumn in My Heart - Day 1

Day 1 (1 November 2024)

Ini entah kali yang keberapa saya menjejaki kaki ke Korea Selatan. Memang tiada perancangan utk ke Korea sebenarnya. Ini berlaku, kerana flight ke Taiwan di batalkan. Sepatutnya flight ke Taiwan pad 31 October 2024. Beberapa jam sebelum flight departure, kami dapat sms mengatakan flight ke Taiwan dibatalkan kerana taufan Kong-rey. Bayangkan le, baju semua dah packed, tunggu nak ke epot je. Mood holiday is on. Pada petang 30hb tu, sampai ke malam kami berdiskas, kemana hala arah tujuan. Macam macam tempat kami pilih, akhirya Korea Selatan juga mendapat tempat teratas. Bila dah decide ke Korea Selatan, kena memikirkan tiket dan accommodation. And K-ETA. Takde masalah pada saya, Tika dan Mashie sbb K-ETA kami masih valid. Elise pulak takde K-ETA. Haritu juga apply, alhamdulillah, hari tu juga K-ETA lulus. Segala settle less than 24 hours. Esok boleh rehat dulu sebelum berlepas. Pada mula nya kami nak membeli tiket pad 31hb tengah malam dah tiba di Korea pad 31hb pagi. Tapi ticket mahal pulok..hhhehee. 

Selesai urusan ticket, K-ETA and accommodoation, maka pada pagi 1hb November 2024 saya ke epot untuk menaiki flight D7506 pada jam 10.50 berlepas ke Korea Selatan. Saya lambat sampai epot. Diaorang dah breakfast dulu. Terus wrap beg, check in luggage. Mujur dah print tag siap siap. Terus masuk boarding area. Perut saya lapar. Beli sandwich dan mineral kat Ah Yumm.  Tak tunggu lama, masuk perut kapal terbang. Delay pulak sbb congestion di udara di KLIA. Byk benau kapal terbang nak landing. Dalam flight, berkuap panas....11.15 mcm tu flight take off. Tido je. Kul 1++ airlines served food. Masa beli tix, mmg xleh pilih. So dapat le nasi lemak aje. Dah makan....cuba tido balik. Tak mau lelap. Jam waktu malaysia baru kul 0230 ptg. Rasa cam lambatnya lagi nak sampai South Korea. Jemu pulak dlm flight. Segala rasa ada. Biasa excited...tapi kali ni biasa biasa ...tak tau kenapa. Moga dipermudahkan urusan sepanjang perjalanan bermusafir di Korea. Lebih kurang 6 jam 30 minit, kapal mendarat di bumi Korea Selatan. 

Urusan dengan imigresen berjalan lancar. Sampai saja di ruang ketibaan, perkara pertama kami lakukan adalah topup T-Money dan beli banana uyu. Macam satu kemestian pulak. Kemudian kami mencari tempat Jumbo Taxi. Alhamdulillah, senang je dapat. Janji bersedia untuk keluarkan duit je..hahahahha. Hotel yang kami booking adalah Chess Motel, area Dongdaemun katanya. Itu je pilihan yang ada, yang reasonable. Tawakalillah. 

Sebaik sampai area Motel, kami dah cuak. Area tu sangat sunyi. Ahjussi taxi tu pun cuak kut...hahha. Dia siap suruh kami pegi check dulu betul ke idok. Dia siap boleh tunggu lagi. Dah confirm memang hotel yang betul, baru la kami angkat barang barang semua, dah ahjussi tu pun berlalu pergi. 

Semasa masuk dalam motel ni, allah....rasa tidak seronok sangat. Ahjumma ni langsung tak boleh berbahasa Inggeris. Mmg ayam dan itik jadinya. Kami pulak dapat tingkat atas. Tapi kami insist nak tingkat bawah. Jenuh weii...naik tangga....takdak lift. Mujur ahjumma tu okay je bagi bilik bawah. Saya sebilik dengan Tika, Mashie dan Elise. Redho je lah ya...mmg tak terpikir langsung nak ambil gambar bilik. Bila check barang barang yang ada dlm bilik....kami terpikir....couple hotel ke ni...hahhaha...adoiii la. Sabor je lah. 

Saya dan Elise pergi ke convenient store berdekatan untuk beli air mineral. Mmg sangat sunyi....tapi dekat dengan main road. Takde le risau sangat. Tak kemana pun kami malam ni. Kami makan, sambil diskas kemana nak pergi esok...mandi manda dan terus tido. Letih juga duduk 6 jam dalam kapal terbang. Untuk esok, kami bercadang untuk pergi ke Haneul Park. 

Sebelum berlepas, Mashie memamg sakit perut. Sampai ke Korea pun masih sakit perut. Kesian juga, tapi keinginan untuk berjalan tu melebihi segala galanya. Maka redah le...hehee

Selesai semua, jom tido...