Wednesday, 22 December 2021

Kuak Hill Resort

Family Day sebelah suami di Kuak Hill Resort pada 17hb December - 18hb December 2021. Booking dari bulan September. Bulan Disember baru dapat slot. Penuh memanjang. 

Sampai di sini, kena park kereta di bawah. Kereta tak boleh bawak naik atas. Cuma kenderaan pacuan empat roda je. Kena bayar parking RM20.00. Mahal doooh rasanya. 

Masa sampai, hujan renyai renyai. Kenderaan dari Resort datang ambil kami di bawah. Bergegar gegar juga rasaya duduk dalam kenderaan. Jalan tak rata walaupun ber tar. And mencanak naik ke atas. Kadang kadang rasa nak mengelongsor ke bawah.

View cantik pada saya. Sangat menenangkan. Especially waktu malam, kalau tak hujan, cerah mata melihat bintang bintang. Saya dan anak anak memilih kemah sahaja. Tapi pada masa yang sama, kami booked villa utk keselesaan mandi manda dan bertukar pakaian. 

Untuk yang memilih kemah, bilik air sharing ya. Dan yang lemahnya, kalau kemah di bahagian bawah sekali. Masakk weeeh...nak memanjat tangga naik ke atas untuk ke bilik air. Memandangkan last minit preparation (saya dan family le), maka kami hanya dapat kemah. 

Tak banyak aktitivit dapat  di buat waktu ni, sbb malam nya hari hujan. Saya tak tutup kanvas kemah betul betul, air maka masuk ke dalam. Dan paling tak best, bau kanvas kemah itu sendiri. Bau kepam. Jadi kalau nak selesa, pilih lah bilik atau rumah yang ada attached bathroom. Saya tumpang mandi di bilik adik ipar. Tak kuasa lah nak pergi mandi bilik air sharing. 

Siang nya pun, cuaca mendung. Tapi malam malam hari, cantik. Sebelum hujan, boleh nampak bintang berkelip kelipan. Memang seluas mata memandang ke arah langit. Ni yang yang org namakan tidur berbumbungkan langit...hhehehe. Untuk rehat rehat santai santai, sesuai sangat di sini. Healing healing, feeling feeling...hehhehe

Sekadar 2 hari satu malam, tak banyak yang dapat saya share. Cuma kat sini, bawak la makanan. Sebab makanan yang di sediakan pun tak cukup untuk breakfast. Samada tersalah kira or sebaliknya...wallahualam. Mujur makanan bbq yang kami buat pada malam hari masih ada dah elok lagi. Itulah catatan pengalaman bermalam di Kuak Hill. 




No comments:

Post a Comment