Sunday, 4 September 2022

Kuala Lumpur - Kuala Besut - Kg. Nelayan - Pulau Perhentian Kecil

30 Ogos 2022 (Selasa)

Bertolak ke Kuala Besut dari TBS jam 11.30 malam. First time saya naik bas dari TBS. Terpesona sebab TBS ala ala macam airport juga. Teratur, cantik, terdapat banyak kedai kedai makan. Kami berempat, Jah, Maz, Noey dan saya. Jah direct dari Kampar terus ke TBS. Maz dan saya dari rumah masing masing terus ke TBS. Noey naik bas dari Taiping terus ke Kuala Besut. Kami naik bas Sani Express. Nak turun ke tempat pelepasan, kena scan tiket. Sama macam naik ETS/Flight. Nak naik bas pun, kena scan sekali lagi dekat kaunter disitu.

Lebih kurang jam 12.00 bas bergerak ke Kuala Besut. Kami beli seat lower deck. Saya dapat dekat dengan pintu kecemasan. Jadi pemandangan agak terhad. 

Bas bergerak je, saya pun lelap. Tapi tak berapa nak lena. Bergoyang agaknya. And tempat letak kaki tak boleh nak di laraskan. Jadi kaki sedikit tergantung, agak tidak selesa, sebab tak boleh nak letak kaki. 


Saya cuma sedar, bas berhenti di beberapa tempat. Antara yang saya perasan, Kuala Berang, Setiu, Jerteh, Besut dan akhir sekali Kuala Besut. Di Jerteh singgah untuk solat subuh. Kami tiba di Kuala Besut lebih kurang jam 0.700++ pagi. Noey sudah lama sampai. Cepat juga bas dari Taiping. 

Kali ni, kami ambil agent sahaja. Kalau sebelum ni, kami ke pulau, kami deal direct dengan owner chalet/resort. Package kami ambil dari Pakej Perhentian Murah ZZtour. Sebab malas nak pikir banyak. And lagi, harga agak reasonable. Pada asalnya, nak pergi ber6. Dua orang menarik diri atas sebab sebab tertentu, tinggal berempat. Dan kenalah kami bayar lebih.  Pakej seperti di bawah. Kami ambil triple. 

PAKEJ FULLBOARD
PULAU PERHENTIAN KECIL 🏝️
KG NELAYAN 2022

*3D2N 

TWIN SHARING - MIN 2PAX
👉 STANDARD AIRCOND RM385 /PAX
-CHILD (AGE 4-11) RM313 / PAX


TRIPLE SHARING - MIN 3PAX
👉STANDARD AIRCOND  RM355 /PAX
-CHILD (AGE 4-11) RM283 / PAX

QUAD SHARING - MIN 4PAX
👉STANDARD AIRCOND RM345 /PAX
-CHILD (AGE 4-11) RM273 / PAX

FAMILY SHARING - MIN 5PAX
👉STANDARD AIRCOND RM335 / PAX
-CHILD (AGE 4-11) RM263 / PAX

Package includes :
✅2 ways ferry boat (Via Kuala Besut Jetty)
✅2 nights accommodation  
✅2 Breakfast, 2 lunch, 2 dinner 
✅1 snorkeling trip with equipment
✅1 trip hiking wind mill
✅1 trip view fire show

Package Excludes:
❌Marine Park fee adult rm5/pax (local)
❌ insurance

Schedule for Boat Transfer (duration 40minit):
➡Kuala Besut to Perhentian Island
09:00AM - 01:00PM
➡Perhentian Island to Kuala Besut
08:00 AM & 12:00 PM

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸





No comments:

Post a Comment