Semalam tatkala orang menyambut Merdeka, kami lena di dalam bas. di Terminal Bas Kuala Besut, kami mula mencari tempat yang ditetapkan oleh agent untuk berjumpa. Agent minta kami tunggu di depan Hotel Samudera. Kalau tengok pada map, kalau berjalan kaki dalam 11 minit (900m). Kalau naik kenderaan, dalam 2 minit. Kami ambil teksi sahaja. Mujur ada teksi nak hantar. Kena bayar RM10.00 per taxi.
Sampai di depan Hotel Samudera, Maz berurusan dengan Kak Na (agent kami) untuk naik boat pula. Kata Kak Na, boat jam 0930. Masih awal lagi, jadi kami breakfast dulu di kedai berdekatan. Tak banyak kedai yang di buka. Pilihan pun tak banyak, so kami makan nasi dagang sahaja untuk isi perut.
Hampir jam 0900 kami bergerak ke arah jeti yang di sebut oleh Kak Na. Berhampiran dengan Jabatan Perikanan Daerah Besut, so kena berjalan sikit dari Hotel Samudera. Takdelah jauh sangat. Sampai sini, Kak Na beri dua voucher. Satu untuk pergi dan satu lagi untuk balik. Apa apa hal, dia kata, call dia. Sampai di sini, kami kena tunggu lagi. 0930 kami bergerak naik boat. Lebih kurang jam 1000 sampai di Kg Nelayan.
**Nota tambahan: Masa naik dan turun boat, boatman ni tak tolong sangat. Semua kena buat sendiri. Contoh angkat beg/barang. Maybe sebab kami ni buat perbandingan masa pergi Pulau Redang dulu kut. Masa pegi Pulau Redang, kami just letak je beg/barang, and bawak diri je naik boat. Yang lain semua mereka buatkan.
Disini kami kena cari pulak tempat penginapan kami. Takde agent menanti. Tempat penginapan kami adalah Perhentian Kiara. Dah jumpa, tak jumpa owner pulak. Berpusing pusing lagi mencari dan tanya orang sana sini....hahha. Rupanya rumah owner kat belakang je. Kami pun dapat kunci, bilik di tingkat 2, no. 14 & 15. Bilik boleh memuatkan 3 orang sebilik (sbb asalnya mmg berenam). Kami takleh nak kensel bilik. Agak selesa untuk berdua. Bilik air kecil je, ada ekon, sejadah, penyangkut baju dan juga extension wire untuk charging. Saya sebilik dengan Noey.
![]() |
| Sempat snap gambar katil je... |
Selesai membersihkan diri, waktu masih awal untuk kami lunch. Untuk lunch, agent dah beritahu nama kedai. Dalam pakej ni, urusan dilakukan oleh individu berbeza yang di lantik oleh agent agaknya. Bab penginapan, amik kunci dari orang lain. Bab makan, kena pergi kedai orang lain. Bab boat pun, kena deal dengan orang lain.
![]() |
| View di Pulau Perhentian Kecil ni memang awesome |
![]() |
| Air sangat jernih. Boleh nampak ikan ikan berenang |
Memandangkan masih awal, kami pusing pusing sahaja di Kampung Nelayan ni. Di Kampung Nelayan ni, ada terdapat sekolah, masjid, pusat asuhan tadika islam dan juga Balai Polis. Kami tanya penduduk, bank ada tak....haaha....sayangnya bank takde. Tapi agent bank ada ye. Agent Bank BSN.
Disini meriah dengan kedai kedai makan. Jadi kalau anda stay disini, tidak perlu risau tentanng makanan. Kedai kedai runcit juga banyak. Dan harga juga agak berpatutan. Noey dengan Jah siap menyoping baju untuk cucu cucu. Saya takde cucu lagi...hehehhe
Jam 1230 kami menuju ke kedai ZZ Kitchen untuk lunch. Nasi putih, ayam sambal (macam ayam sambal, tp sedikit gelap), sup sayur, telur dadar, buah oren dan air oren. Kenyang makan. Ayamnya banyak, so memang tak habis. Gambar tak sempat snap. Lapar punya pasal.
Sebelum lunch, kami sempat makan ice cream coconut ni. Tapi takleh di bandingkan dengan icecream coconut di Hatyai. Di Hatyai lagi sedap. Tapi takpe...janji kita cuba....









No comments:
Post a Comment