Sunday, 4 September 2022

Pulau Perhentian Kecil - Long Beach Day 1 Part II

31 Ogos 2022 (Rabu)

Selesai lunch, kami pulang kebilik dan rehat rehat sahaja. Petang nanti, activiti hiking ke Wind Mill di Long Beach. Long Beach dan Kg Nelayan bersebelah sahaja tapi masih tetap kena menaiki boat untuk ke situ. Agent kata, lepas asar baru bertolak ke Long Beach. Agent pun bagi contact number orang yang arrange boat. Orang tu ada je di ZZ Kitchen tu. Apa apa hal senang. 

Takde activiti lain selain tidor dan mengadap internet. Duduk dalam bilik sedap ada ekon....haha. Mulanya bercadang nak pergi berkayak bagai...hmm..... haram.....

Lepas asar, kami terus menuju ke ZZ Kitchen. Yang arrange boat tu namnya Abi is tak silap. Dia kata, nanti naik boat, kena jalan ke hujung sampai masjid. Sementara menanti boat datang, kami bergambar di kawasan masjid dulu. Besar gak masjid ni. 

Masjid Ar Rahman Pulau Perhentian Kecil

Tunggu boat kat belakang masjid ni

Sementara menunggu boat

Semasa kami sampai kat pantai belakang masjid ni, ada dua family dah tunggu nak pergi ke Long Beach juga. Kami ingat, depa lain boat. Sekali rupanya sama boat. Udohle boat kecik. Dapat amik gambar dari belakang je. Naik dalam 12 orang gitu....huhuhuh...gayat weh. Dah tu pulak, ada 4 orang budak kecik. Budak kecik tu terpaksa mak pak nya riba sbb dah takde space. Sabor je le...

Tu dia...penuh...hahhaha

Suasana pantai di Long Beach



Masa nak ke area Windmill, ternampak hotel ni. Dekat je dengan Long Beach Jetty. Not sure berapa star, tp mmg nampak seperti hotel mewah. So, sesapa teringin ber Mimpi Mimpi boleh lah stay di Mimpi.

Signboard ke Windmill




Jenuh nak kibar bendera

Tengok lah besi penghadang kiri kanan sudah hilang semuanya. Memang kena berhati hati, takut tak sedar mengundur, terlepas pula ke bawah. 

Nampak le windmill seketui...

Untuk ke Windmill, memang ada signboard. Berdekatan dengan Camping Area Awatif. Masuk je ikut signboard, dan belok kanan. Masa mula mula naik, jalan penuh akar kayu. Bila dah ke atas sikit, jalan tanah merah. Tak lah susah mana walaupun jalan tak proper. Jalan je terus naik atas, sampai nampak pagar windmill. Jangan pelik lak. Amik lalu ke sebelah kanan melalui tepi tepi windmill tu. Dan nanti akan nampak lorong untuk ke view point.

Sesampai disini, kami agak terkejut juga. Sebab kawasan ni memang tak terjaga langsung. Tangga tanga banyak yang dah mereput. Agak bahaya terutamanya kalau bawak anak anak kecil. Kami mampu setakat ini sahaja. Kalau kebawah lagi, memang tak berani, sebab banyak tangga yang sudah runtuh. 

Kami mampu setakat ni je.

Ber\janji dengan boatman, dia akan datang antara jam 0630-0700. Masa kami diatas pun sudah jam 0630. Itu baru beberapa minit je sampai tu....hahaa....agak ramai juga orang di atas. Kalau tangga tangga tu masih elok, boleh turun ke bawah, dan boleh  minta boatman ambil di bawah. Jadi tidak perlu menapak kebelakang. Memandangkan tangga tak elok, kami kena berpatah semula dan turun ikut jalan dimana kami naik tadik. Fuhh....berkicap juga di buatnya... Pada yang suka ber camping, di Long Beach ni aada camping area. Awatif House Camping Area namanya. 



Apa yang saya perasan, di Long Beach ni ramai foreigner. Tak pasti dengan harga barangan makanan disini. Pada saya di Kg Nelayan lebih meriah lagi untuk makan makan. Tapi terpulang pada individu masing masing. Di mana mana pun, pemandangan tetap indah. Laut tetap cantik membiru dan jernih. Hampir jam 0700 kami sampai di Long Beach Jetty. Kali ni, kami tidak perlu berkongsi dengan dua family tadi. Satu boat, cuma kami 4orang sahaja. Lega sikit 



Maka kami pulang ke Kampung Nelayan. Balik chalet dulu, untuk solat jamak dan 0830 kami turun untuk dinner. Malam ni kami di hidangkan dengan nasi putih, ayam masak kari,  sayur campur, ikan goreng, teh ais dan sambal belacan. Alhamdullillah, bab makan, kami puas hati. Bab lain, ada juga yang tak puas hati. Nanti cerita....hehehe. Selepas dinner, kami jalan jalan lagi sekitar masjid menikmati pemandangan di waktu malam 








No comments:

Post a Comment