Friday, 8 June 2012

Happy Birthday Along Harith

4 June 2012


Ekceli besday anak akak yg sulung ni jatuh on 3rd June. Biasa kami celebrate, pi makan makan jer...Since dah ada ramai ramai kat Desaru, Johor bersama sama ngan adik-adik ipar sekelian, maka sambutler besday Along sambil ber barbeque.....


The only cake that we can get kat Desaru..ni ler paling cantik........hahhahhaha.......

Ber barbeque di tepi kolam renang....

Selamat Hari Jadi.......tp sebelum tiup lilin, Uncle Razi baca doa dulu.....


Adik adik ipar tolong bakar ikan dan ayam....akak makan jer..hahah..



Kecoh ngan bebudak...haaha

Desaru - Johor

4 Jun 2012

Pagi pagi dah siap siap nak berangkat ke Desaru. Dari rumah adik ipar, pelbagai bekal di sediakan...termasuk nasi lemak, kuah rojak buah. Apa lagi ntah.....hahahhaa..nampak nau akak ni ikut jer...semua org sediakan..huhuhuhu..bertuah punya kakak ipar.

Kami pergi Desaru ikut highway Senai Desaru. Ni 2nd time akak pegi. Pestime dulu, masa ikut Treasure hunt organized by company. Masa tu nak pegi, asik merungut dlm keter..bila laaa nak sampai..bila laaa nak sampai.....hehehhe..masa tu stay kat Lotus Desaru. Best Lotus Desaru ni..cantik..


Lebuhraya Senai Desaru

Klu ikut hiway, mmg kena naik jambatan ni...


Budak ingusan dah boring dlm keter..kekkekeke

Sampai sampai jer dah jalan jalan wat spotcheck sekitaran...hahahha..tunggu ek Hafiy..jap lagi..

Ada monyet nak tumpang bersukaria...

Serba complete kat apartment ni. Washing machine dan dryer pun ada. Di dapur ada microwave, rice cooker, segala utensil, periuk belang. Malah thermo port pun ada. Besar juga apartment ni. Ada 3 bilik tidur, semua complete dengan air cond.


Dapur dan dining room

Dalam apartment...abaikan ler org yg tido tu..hahhaaha


Apa lagi..jomm terjun. Hafiy dah pandai wat peace.....


Rendam selagi mauu..


Terjun dan mandi manda ler sampai lebam....


Swimming pool, belakang rumah jer..

Jalan jalan carik monyet......baik baik ye nak..kang kena gigit..kekekke

Sementara nak tunggu malam, dimana episod ber barbeque dan majlis hari jadi akan dijalan, kami sekeluarga pi jenjalan merata tempat tempat yg dekat ngan Desaru. Ni kat Tanjung Balau.

Sepetang di Tanjung Balau











Pasangan veteran...



Muzium Nelayan. Dah tutup masa kami sampai...


Dah abis pusing Tanjung Balau, kami pusing ke Sungai Rengit. Nampak signboard Ostrich Farm. Tp sampai sampai, pun dah tutup.......hahahhaha. Jauh juga nak ke Sungai Rengit. Kata penduduk kampung di sini, kalau nak sampai ke penghujung, yg terakhir sekali ada TLDM. Tp kami tak pergi pun...sbb hari makan malam.....yg kat umah mesti dah bersiap siap  nak membakar malam ni..kekke


Restoran ni dekat Ostrich Farm. Halal atau tidak, wallahualam..sbb kedai dah tutup....tak dpt nak tanya..


Dataran Sg Rengit di waktu malam

Sepanjang laluan ke sini, mmg boleh nampak laut dan pantai. Samada boleh mandi atau tidak, wallahualam....ada lagi satu pekan kecil, akak lupa nama pekan tu..Pengelih kut....

On d way balik dari Sg. Rengit, adik ipar telepon minta belikan sos cili dan sos barbeku. Kami pusing lagi..bandar paling dekat dengan Desaru ialah Bandar Penawar. Pekan kecil, susah gak nak cari sos barbeku. Sos cili byk....





Johor Premium Outlet





3 Jun 2012


Lebih kurang jam 3, kami sampai ke Kulai Jaya. Adik ipar telepon, kata dia takdak kat umah. So, ke mana lah arahnyer pulak ni..........sementera tunggu dia balik dari kenduri kahwin..so apalagi.....  Johor Premium Outlet......hahahha...gugel trus cari alamat. Akak mmg tak tau JPO ni kat mana........sbb takde teringin sangat nak pegi..kan. Alamat seperti berikut..

Johor Premium Outlest
Jalan Premium Outlets
Indahpura 8100 Kulaijaya, Johr Darul Takzim
Malaysia

Nak lagi detail, len masuk SINI



Gambar Ehsan encik gugel...

Since kami masuk ikut tol Kulaijaya dan dah biasa ke Kulai..senang jerk nak cari. Dari tol Kulai,ikut arah ke Bandar Putra Kulai. Akan naik satu flyover interchange IOI Mall/Indahpura, ada signboard ke kanan, Indahpura. Jalan terus, sampai roundabout, amik jam 12. Terus lagi, roundabout, amik ke kiri jam 9. Jalan terus, akan ada signboard ke JPO ke kanan.



Penat berjalan...lepak le kejap.

Bagus gak..ada bench utk duduk bila dah penat shopping

Yang ni akak pandangggggg jee....hehehe






Satu satunya bank yang akak jumpa kat area JPO ni...klu rasa rasa tak cukup duit, leh ler withdraw....mana tau kut nak zassss, tp dah cecah limit..kekkekkeke. Bila dah rasa lapar, marilah mencari makanan kat Food Court. Cantik food court ni. Ada gak restoran Thai dan beberapa kiosk lain yg jual makanan...


Muka asben dah cuak..berbelanja sakan bini aku ni.

Eksen je. Mana beli apa pun...

Suka nau Hakim ngan Hafiy dok depan air pancut. Tengok jer ye nak oiii........jgn korang terjun lak kat dalam tu, udah ler.....ibu ni udah ler fobia ngan air yg bertakung...cuma air dlm bilik air jer ibu tak fobia..kekkekekke..





Pada yg suka barangan berjenama, berbaloi ler kut klu datang sini utk membeli belah. Tp klu semata semata datang sini, nak cari barang berjenama...akak idak ler kut. Klu so happen mmg turun Johor, bleh ler singgah. Ikut memasing ler..tepuk dada, tanya lah poket..kekkekeke..

Itu ler alkisah, sementara menunggu adik ipar balik dari kenduri kahwin. Kami sekeluarga pi jamu mata....hahhaha......tp benonyer mmg ingat nak cari baju + seluar utk dak Hafiy tu...masuk Poney, takdak byk pilihan....masuk Guess pun sama....baju utk budak lelaki, tak byk..utk budak pompuan, takyah ckp ler.........

Kluang Rail Coffee - Johor

3 Jun 2012


Orang dok bercerita pasai Kluang Rail Coffee. Apa yang istimewanya...since mmg on d way ke Johor, akak ajak asbend singgah kat Kluang. Akak mmg pesen gitu..klu dah namanya jalan jalan, meh ler kita singgah memana......jalan jalan.......hahahhaha.........Asbend akak kata, jauh nyer nak pegi minum minum kat Kluang Rail Coffee...kat Bangsar pun ada..kekkeke..akak kata, sajer.....nak menikmati suasana minum coffee di tepi landasan keretapi. Ala...asben akak tu sajer jer. Padahal dia mmg suka pun..almaklum........landasan keretapi  tu kan, nostalgia pada dia.......kekekeke..anything got to do ngan keretapi..dia suka je.......hahhahaa...

Sepanjang nak sampai ke bandar ada beberapa  Agro Resort. Menarik kut utk di lawati. Tp kami tak singgah pun. Sampai jer kat bandar Kluang, terus pegi ke stesen keretapi. Mmg antik sungguh lah kedai ni..kedai lama. Rupenya kat Bandar Kluang tu ada satu lagi Kluang Rail Coffee......besarrrr punya..kekkeke........tp kami tak singgah pun juga. Sbb yg tu, lebih kurang macam yang kat Bangsar jer. Kedai yg dah di komersial kan......bangunan baru, deco baru...

Notakaki:  Kat Bangsar tu bukan Kluang Rail Coffee. Tp Kluang Station. Sama kaa...rasanya tak sama..kekekke..yg sama cuma Kluang jer..hahaha

Kluang Rail Station

Bahagian luar


Masa sampai, betul betul dah nak dekat kul 12.00 tengahari. Masa tu tak tau, kedai ni tutup kul 12.00. Kendian buka semula klul 2.30 ptg. Ada sorang akak tu, bagi tau....mujur..hahhaa..klu idak, harus menunggu lagi.........

Business hours

Kedai ni kat stesen keretapi tu..takdak kena mengena ngan Kluang Rail Coffee..hehehhe
hahahha.......ada cendol bakar..tp kami tak try pun..



Menu yang ada...



Maybe yg special kat sini, rotinya di bakar mengguna arang. Bukan masuk toaster macam kedai kedai yang lain. Tapi tak pasti plak kat kedai kedai Kluang Rail Coffee yang lain. Yang pastinya, klu kat stesen keretapi Kluang ni, mmg bakar guna arang..dan roti ada dua jenis...roti biasa, atau bun

Kami order yg ni jer....



Jenuh nak memujuk budak baru jatuh dari kerusi ni........sian dak Hafiy. Pucat lesi muka dia bila jatuh dari kerusi. Seriau akak........sbbnya dia jatuh kepala dulu...tengkuk terhentak ke lantai. ..adeii........tp mujur takde apa-apa...takde muntah, takde apa. Tak lama tu dia dah okay...lega akak...Lama gak ler dia nak recover dari terkejut jatuh..........



Dah abis minum minum, kami sambung perjalanan ke Kulai Jaya.  Masa nak kuar parking dari stesen keretapi tu, asbend angkat tangan jer, kawan dia katanya. ...takyah bayar parking...........hahhahhaa.......Akak kata kat asbend, seluruh staff keretapi kat semenanjung malaysia ni, kawan abang belaka ke......kekeekkkeke

Love You Thousand Times - Episod 33

akak dah ketinggalan banyak episod ni...28, 29, 30, 31, 32. sbb bercuti cuti ke Johor. Kat tempat penginapan, takdak astro beyond lak...hahhaha....Semalam sempat ler tengok episod 33.


Seon Yong bertekad nak bercerai gak ngan Sae Hoon.  Anak dia, Yoo Bin, dah di ambil semula oleh Hyang Sook (MIL), tanpa pengetahuan dia. Makcik Seon Yong marahkan Sae Hoon kerana membuatkan Seon Yong menangis.Sae Hoon pula, berusaha memenangi semula hati Seon Yong. Tp Seon Yong tetap berdegil nak bercerai gak. Sae Hoon pergi ke hotel tempat Seon Yong menginap. Seon Yong jatuh pengsan. Sae Hoon menjaga Seon Yong dengan baiknya.(kesian lak tengok Sae Hoon..hahahaha................dia mmg nampak sgt rasa bersalah kerana curang ngan Seon Yong)

Cheol tak jadi pergi ke Amerika bila dapat tahu yg Nan Jeong mengandung. Depa cuba nak bagi kedua dua belah pihak tentang rancangan nak berkahwin. Tetapi ianya memberi kejutan kepada Ae Rang dan emak Cheol (lupa lak nama emak dia ni..)

 Eun Nim pulak, asik lah kena marah ngan nenek & Hyang Sook (MIL). Sbbnyer Eun Nim bawa Yoo Bin keluar rumah utk berjumpa dengan Seon Yong. Kang Ho seperti biasa, akan tetap mempertahankan Eun Nim. Sian Eun Nim....nangis dia bila kena marah. Kang Ho pujuk dia baik baik......(nampak sgt yg Kang Ho ni mmg sayang sesangat ler kat Eun Nim...)

Nenek Kang Ho & Baek II, masih tak tau lagi apa yang berlaku antara Sae Hoon dengan Seon Yong. Memasing ingat Seon Yong sakit, sbb tu duduk berlama lama kat rumah emak dia.Sbbnya Hyang Sook dok cover stori jer...hahhaha.

Eun Nim dapat tau dari Seon Yong, yang Yee Hoon ada hubungan sulit ngan Sae Hoon. Eun Nim pergi berjumpa ngan Yee Hoon.  Eun Nim pun kecewa dengan sikap Yee Hoon sampai dia kata, kejinya Yee Hoon. Sbbnya, Yee Hoon mintak tolong Eun Nim supaya perbaiki hubungan dia dengan Sae Hoon.


Geum Ja pergi ke rumah Yee Hoon. Tp Yee Hoon takde. Dia telepon Yee Hoon, pekerjanya yg angkat. Geum Ja pun tanya kat mana tempat kerja Yee Hoon.

Dalam perjalanan, dia terserempak ngan Eun Nim. Dia panggil Eun Nim dua tiga kali. Mula Eun Nim tak perasan. Bila Eun Nim toleh sekali lagi, dia terkejut.............sambung........hahahhaha