akak dah ketinggalan banyak episod ni...28, 29, 30, 31, 32. sbb bercuti cuti ke Johor. Kat tempat penginapan, takdak astro beyond lak...hahhaha....Semalam sempat ler tengok episod 33.
Seon Yong bertekad nak bercerai gak ngan Sae Hoon. Anak dia, Yoo Bin, dah di ambil semula oleh Hyang Sook (MIL), tanpa pengetahuan dia. Makcik Seon Yong marahkan Sae Hoon kerana membuatkan Seon Yong menangis.Sae Hoon pula, berusaha memenangi semula hati Seon Yong. Tp Seon Yong tetap berdegil nak bercerai gak. Sae Hoon pergi ke hotel tempat Seon Yong menginap. Seon Yong jatuh pengsan. Sae Hoon menjaga Seon Yong dengan baiknya.(kesian lak tengok Sae Hoon..hahahaha................dia mmg nampak sgt rasa bersalah kerana curang ngan Seon Yong)
Cheol tak jadi pergi ke Amerika bila dapat tahu yg Nan Jeong mengandung. Depa cuba nak bagi kedua dua belah pihak tentang rancangan nak berkahwin. Tetapi ianya memberi kejutan kepada Ae Rang dan emak Cheol (lupa lak nama emak dia ni..)
Eun Nim pulak, asik lah kena marah ngan nenek & Hyang Sook (MIL). Sbbnyer Eun Nim bawa Yoo Bin keluar rumah utk berjumpa dengan Seon Yong. Kang Ho seperti biasa, akan tetap mempertahankan Eun Nim. Sian Eun Nim....nangis dia bila kena marah. Kang Ho pujuk dia baik baik......(nampak sgt yg Kang Ho ni mmg sayang sesangat ler kat Eun Nim...)
Nenek Kang Ho & Baek II, masih tak tau lagi apa yang berlaku antara Sae Hoon dengan Seon Yong. Memasing ingat Seon Yong sakit, sbb tu duduk berlama lama kat rumah emak dia.Sbbnya Hyang Sook dok cover stori jer...hahhaha.
Eun Nim dapat tau dari Seon Yong, yang Yee Hoon ada hubungan sulit ngan Sae Hoon. Eun Nim pergi berjumpa ngan Yee Hoon. Eun Nim pun kecewa dengan sikap Yee Hoon sampai dia kata, kejinya Yee Hoon. Sbbnya, Yee Hoon mintak tolong Eun Nim supaya perbaiki hubungan dia dengan Sae Hoon.
Geum Ja pergi ke rumah Yee Hoon. Tp Yee Hoon takde. Dia telepon Yee Hoon, pekerjanya yg angkat. Geum Ja pun tanya kat mana tempat kerja Yee Hoon.
Dalam perjalanan, dia terserempak ngan Eun Nim. Dia panggil Eun Nim dua tiga kali. Mula Eun Nim tak perasan. Bila Eun Nim toleh sekali lagi, dia terkejut.............sambung........hahahhaha
No comments:
Post a Comment