dah tak tau dah Episod ke berapa.......asik ter miss memanjang....tp kesinambungannya...Ni ringkasan yg akak ingat.
Eun Nim dah kawin ngan Kang Ho. Tp hidup dia tidaklah segembira. Masih tidak mendapat tempat di hati Hyang Sook (MIL) dan juga nenek Kang Ho. Kang Ho pula sememangnya menjaga Eun Nim dengan baik sekali (tiada rasa syak wasangka, walaupun di hatinya dia sering tertanya tanya)
Nan Jeong akan berkahwin dengan Cheol. Walaupun mendapat tentangan pada mulanya kerana Cheol tidak bekerja. Nan Jeong masih lagi ber citarasa tinggi. Impian dia memang mahu berkahwin dengan orang kaya. Tetapi jodoh dia dengan Cheol. (nak buek camno ekk Nan Jeong..hahaha..)
Sae Hoon gan Seon Yoong berusaha memperbaiki hubungan mereka. Seon Yeong masih tidak dapat memaafkan Sae Hoon. Di hari perkahwinan Cheol, Sae Hoon sepatutnya berada di sebelah emak Seon Yeong, tetapi Sae Hoon tidak berada di situ kerana dia sedang cuba untuk menyelamatkan Yeon Hee yg hampir mati disbbkan pengambilan pil tidur yang berlebihan.
Ini membuatkan Seon Yeong kembali terluka bila melihat Sae Hoon bersama Yeon Hee. Seon Yeong meneruskan niatnya utk bercerai. Keluarga Baek telah mengetahui hal sebenar. Hyang Sook masih cuba merahsiakan perbuatan Sae Hoon.
Ibu Seon Yeong akhirnya mengetahui kecurangan menantunya. Membuatkan dia merasa amat sedih. Dia tidak mahu apa yang berlaku kepada dirinya, berlaku kepada Seon Yeong.
Di saat ini, barulah Eun Nim mendapat tempat di hati Hyang Sook dan nenek Kang Ho. Itupun kerana mereka perlukan Eun Nim untuk menjaga Yoo Bin (anak angkat Sae Hoon & Seon Yeong).
Hyang Sook pula asik di bayangi rasa bersalah sehingga sering terpandang pandang Geum Ja di mana mana. (Geum Ja ini adalah orang yang menguruskan hal untuk mendapatkan anak untuk diberikan kepada Seon Yoong).
Geum Ja dalam keadaan terdesak, terpaksa mencari Eun Nim untuk meminta pertolongan berkaitan wang. Eun Nim terpaksa berbohong kepada Kang Ho dengan mengatakan bahawa dia berhutang dengan Geum Ja. Geum Ja baru sahaja mendapat tahu bahawa Hyang Sook adalah ibu mertua Eun Nim.
Konflik lagi.............
Ada bahagian tertentu yang memang amat sedih. Terutama bila emak Seon Yeong mengetahui tentang kecurangan Sae Hoon. Dia amat sedih melihat Seon Yeong yang begitu terluka dan kecewa.
Bahagian yang membuat geram pun ada. Akak suka bahagian di mana Seon Yeong meminta Sae Hoon memutuskan hubungannya dengan Yeon Hee. Dan ianya mestilah di lakukan di hadapan Seon Yeong. Kedua mereka pergi ke cafe Yeon Hee. Yeon Hee begitu gembira melihat Sae Hoon (tergedik-gedik tauuuu).....Masih cuba berlagak bahawa dialah wanita yang bertakhta di hati Sae Hoon, malah bersikap kurang ajar terhadap Seon Yeong (ni ler sikap org no. 2 kut ekk...hehhehe). Tetapi di marahi oleh Sae Hoon dan dia meminta Yeon Hee menghormati Seon Yeong.
No comments:
Post a Comment