Thursday, 21 June 2012

Love You Thousand Times - 40 - 41

Semalam tengok episod yang entah keberapa, akak pun tidak ingat.

Tetapi, tak suka lah tengok semalam punya episod. Eun Nim tu asik asik menangis. Asik asik menangis. Tak pandai nak cover langsung......hahhahaa...(nama pun drama..kannn..akak lak yg emo..)

Eun Nim asik menghabiskan masa bersama Yoo Bin hingga menyebabkan orang lain semua risau. Kang Ho juga pelik dengan sikap Eun Nim. Eun Nim bertekad untuk meninggalkan rumah keluarga Baek.

Sae Hoon berkeras dengan Seon Yeong, yg Yoo Bin tidak akak jatuh ketangannya sekiranya berlaku perceraian. Seon Yeong mengugut Sae Hoon untuk mendedahkan rahsia kelahiran Yoo Bin sekiranya hak penjagaan tidak berpihak kepadanya.

Yeon Hee menghadapi masalah kewangan dengan cafe yang di milikinya. Sae Hoon cuba membantu dengan memberikannya sedikit wang. Tetapi menimbulkan kemarahan kepada Hyang Sook.

Hyang Sook bertemu Yeon Hee untuk memberikan amaran. Bila mendapat tahu Yeon Hee pergi ke pejabat untuk berjumpa Sae Hoon, Hyang Sook mengupah orang untuk menggeledah rumah Yeon Hee dan merosakan barangan di dalam rumah. Pada waktu itu, Geum Ja pulang dan terperanjat melihat Hyang Sook berada di rumah anaknya.

Cheol tetap melayan keranah Nan Jeong dengan sabarnya (eeeee..menyampah lak ngan Nan Jeong ni...) 

Drama hasil tulisan Gyeong Ja (emak Cheol) telahpun mula di tayangkan di televisyen. Semua orang menyukainya.

Nenek Kang HO juga sudah mula menyukai Eun Nim (tu pun sbb Eun Nim dapat menjaga Yoo Bin dengan baik kut..)


No comments:

Post a Comment