Semalam bersembang dengan seorang
kawan berbagai bagai isu dan terkeluarlah isu Siapa kawan, siapa lawan.
Kenyataan itu di sebut oleh seorang kawan kepada seorang kawan yang lain
rentetan dari peristiwa yang berlaku ketika kami bermusafir. Ada beberapa
kejadian sedikit tidak menyenangkan berlaku di sana. Mungkin kerana itulah
kawan yg seorang ni boleh membuat kenyataan sedemikian rupa.
Bila akak ber fikir fikir semula,
kenapa perlu mengeluarkan kenyataan sedemikian. Pada akak, perlukah kita menilai kawan sebagai lawan. Sebelum
membuat kenyataan begitu, cubalah kita kena bertanya kepada diri sendiri
dahulu, apakah kita sudah benar benar menjadi seorang kawan kepada kawan yang
lain. Jadi, kenapa boleh timbul isu ‘Sekarang
saya tahu siapa yang boleh di jadikan kawan, dan siapa lawan’. Apa yang berlaku adalah sedikit selisih faham,
dimana masing masing mungkin masih tidak begitu mengenali dan memahami
kawan. Adakah dengan sedikit selisih
faham boleh membuatkan kawan menjadi lawan?? Adakah perkara yang berlaku itu
terlalu besar hingga kita mahu melabelkan kawan kita sebagai lawan.
Akak telah melupakan apa yang
berlaku. Pada akak, setiap orang punya keburukan dan kebaikan tersendiri.
Sekiranya kita boleh bertolak ansur dengan keburukan kawan kita, tidak perlulah
kita melangkah setapak kebelakang dan menjauhi kawan. Sebaliknya kita cuba
pupuk semula agar perhubungan menjadi lebih baik. Perselisihan pendapat biasa
belaku……Cuma kita perlu belajar memberi dan menerima untuk mengekalkan hubungan
dengan orang lain. Sedangkan itu juga lah yg kita harus buat dengan pasangan
kita.
Sudah 43 tahun akak hidup,
walaupun bukanlah cukup lama untuk mengatakan bahawa akak tahu segala galanya, berbagai
bagai jenis kawan yang akak kenali. Semasa di bangku sekolah, cara berkawannya
lain. Bila memasuki sekolah menengah, sudah berbeza sedikit. Bila melangkah ke
kolej pula, sudah tentulah cara pergaulan juga berbeza, kerana kita makin
dewasa. Begitu juga seterusnya. Cuma, kita belajar dari pengalaman lalu, untuk
membaiki keadaan supaya menjadi lebih baik dari hari hari sebelumnya. Begitu
juga bila berkawan.
Ada kawan yang suka bercakap
hebat hebat tentang dirinya, keluarganya dan apa juga yang berkaitan membuatkan
orang lain merasa menyampah. Ada juga kawan yang ego, yang sanggup tidak
bertegur sapa berminggu minggu berbulan bulan lamanya hanya kerana sedikit
selisih faham . Ada yang begitu merendah diri, hingga merasakan diri serba
kekurangan dan segan untuk bercampur gaul dengan orang ramai. Ada yang
merasakan dirinya tahu segala hal dan membuatkan orang lain kelihatan seperti
bodoh tidak mengetahui apa apa. Ada juga yang berkawan hanya kerana mahu
mengambil kesempatan terhadap kawan. Memang ada kawan yang makan kawan. Bermacam
macam lah kalau mahu di sebut jenis dan peel kawan
Ada yang sanggup membuat cerita demi untuk
menyelamatkan dirinya. Ini memang berlaku kepada akak. Seorang kawan, sanggup
membuat cerita yang tidak betul, hanya kerana tidak mahu mengaku kesilapannya.
Dan akak lah mangsa. Bila mendapat tahu, akak merasa amat sakit hati. Bila akak
fikir fikirkan semula, akak tidak menyebut apa apa pun tentang perkara yang
dibuatnya (cerita yang dibuatnya). Tetapi kawan akak itu dengan begitu yakin dengan
ceritanya dan sanggup bersumpah ‘Demi
Allah’. Jadi tentunya dia yakin, dia tidak silap. Sedangkan pada akak, tidak
tahu pula di mana silapnya.. Jadi, terpulang…….akak tidak mahu bergaduh gaduh. Kalau
di ikutkan hati, mahu saja akak bersemuka dengannya dan membawa sekali bukti
bukti yang ada…tp biarlah. Lagipun perkara itu tidak memudaratkan. Kiranya akak
di pihak yang benar, kebenaran akan terserlah. Kiranya akak bersalah, akak akan
mendapat padah. Hukumnya begitu. Buat
baik dibalas baik, buat jahat, kita akan mendapat akibat.
Pada akak, mudah sahaja. Kita
sebagai manusia biasa, kita serba kekurangan. Belajar memberi dan menerima
setiap keburukan dan kebaikan kawan. Kalau kita tidak suka orang, orang pun
belum tentu sukakan kita. Kerana kita juga bukanlah manusia sempurna. (akak
juga tidak sempurna). Akak menghargai kawan dan menghargai setiap hubungan. Akak
cuba menjadi kawan yang baik, setakat yang akak termampu (walaupun adakalanya
tak termampu juga). Tidak kisahlah kita
mengenali kawan itu dari apa cara sekalipun. Ada yang kita kenal di pejabat,
atau melalui internet dan forum. Ada juga di kenali di sekitaran rumah kita. Juga
mungkin ada yang kita mula kenali bila
bertegur sapa di kompleks membeli belah.
~ ini cuma pandangan sepuluh sen dari kacamata akak......orang lain mungkin punya pandangan tersendiri. jgn buat apa yg kita takmo org buat kat kita. tak perlu nak berbalas balas. terimalah kawan seadanya. ~