Tuesday, 23 July 2013

Kuih lompang

Satu ketika tu, tekak mengada ngada. Teringi nak makan lompang. Rupanya resepi lompang ni ada pelbagai. Ada yg guna tepung gandum + tepung beras. Ada  yang guna tepung beras + tepung ubi. Dan ada yang buat lompang guna tepung gandum + tepung beras + tepung ubi.

Resepi yang saya gugel baru baru ni, guna tepung beras + tepung ubi atau tepung sagu. Resepi saya tak ingat ambil dari blog mana, tp lebih kurang mcm dari blog INI. Jangan risau bila tengok adunan cair. Jangan cuba cuba nak tambah tepung pulak ya..kang naya jer kuih lompang jadi keras. Dan ini lah hasil.

Bahan Bahan A
2 cawan air
1 cawan gula

Masakkan gula dengan 2 cawan air dan biarkan sejuk.

Bahan Bahan B
2 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi / tepung sagu
2 cawan air
1 sudu teh air kapur
Sirap

Larutkan semua bahan dalam bekas, kacau rata. Kemudian campurkan dengan bahan A. Tapis supaya tidak berketul.

Panaskan acuan lompang didalam kukusan.

Notakaki:  Saya ni suka menderhaka resepi. Tengok adunan cair, saya tambah tepung. Hasilnyer, lompang sedikit keras..hahahha.......

Tuesday, 25 June 2013

Implanon sudah dikeluarkan

Sebelum ini saya ada menceritakan tentang sampingan memakai implanon. Boleh tengok di SINI cerita dulu. Implanon yang saya pakai telahpun cukup tempoh 3 tahun. Tempoh tamat adalah pada 21 Disember 2012. Agak lama juga saya mengambil masa untuk mengeluarkan implanon ini. Maka pada tarikh 22 June, 2013, (setelah 6 bulan dari tarikh tamat tempoh) saya nekad pergi ke hospital. Kalau bertangguh lagi, tak tau bila pula akan di keluarkan implanon ini. Walaupun ada yang kata, tidak mendatangkan mudarat, tp saya risau juga. Benda yang sudah expired, tertanam dlm badan kita.

Proses mengeluarkan implanon tidak lama. Memula doktor akan menyapukan antiseptic ke bahagian lengan dimana implanon tertanam. Kemudian suntikan ubat tahan sakit di berikan Semasa doktor menoreh sedikit di bahagian lengan, saya terasa sakit sedikit. Tetapi masih tak berani memandang kearah lengan..Saya tak terasa langsung bila implanon di keluarkan. Cuma bila doktor memberitahu...sudah selesai dan menunjukkan implanon yang sudah dikeluarkan.. Sekejap sahaja. Alhamdulillah. Tidak seperti setengah orang lain yang bermasalah ketika mengeluarkan implanon. Malah saya penah mendengar pengalaman kawan mengatakan ada lelemak yang melekat pada implanon. Dan susah doktor untuk menarik keluar implanon tersebut.

Kesan masih baru, dah masih berdarah

Perbualan semasa proses membuang implanon diantara doktor dan saya.

Doktor:  Kenapa nak keluarkan implanon. You nak mengandung lagi ker.
Saya:  Eh..takdelah doktor. Implanon saya dah tampat tempoh.
Doktor:  Oh..ingatkan nak mengandung lagi....(adoi..sabar jer lah doc ni..)

Kemudian dia merasa rasa bahagian lengan saya, sambil berkata:

Doktor:  Kenapa implanon you dah lari dari tempat asal
Saya:  Erkk..
Doktor:  You ni dah berisi ya..bertambah gemuk..(hahaa..wallaaaa doc..ayat tak bleh bla...)
Dah keluarkan ni, nak pasang semula tak..
Saya: Blom lagi doktor...saya nak tunggu period saya regular semula..
Doktor:  Ada darah tinggi tak.Period semasa memakai implanon macamana.
Saya: Darah tinggi, borderline. Period, cuma datang beberapa kali sahaja
Doktor:  Ooo..bermakna you sesuai pakai implanon. Dan darah tinggi itu biasa. Kalau memakai implanon, mmg ada kesan..Nnt kalau nak pasang, datang semula ya.
Saya: Erk....okay..

Sebelum ni saya menulis tanpa memberitahu tentang kesan darah tinggi. Antara kesan sampingan lain ketika memakai implanon juga boleh menyebabkan darah tinggi (saya baru tahu yaaa).

Nota kaki:  Selepas implanon expired, selama 6 bulan sebelum di keluarkan, period saya cuma datang dua kali sahaja, hingga ke tarikh cerita ini di tulis...

Dah okay. Tanpa darah.

Selesai sudah. Lepas ni, tak tau lagi apa yang nak di gunakan untuk mencegah kehamilan. Tp menurut kata doktor, keberangkalian untuk saya mengandung lagi agak tipis, sbb umur saya telah mencecah lebih 40an. Walaupun begitu..harus berjaga jaga juga....hehehe.......Sbb ada seorang kawan saya, selepas implanon tamat tempoh, dia mengandung..huwaaa...hahaha...Mencegah lebih baik....pada saya yg sudah meningkat usia...

Friday, 14 June 2013

Nasi Vanggey...

Setiap kali balik Ipoh, akak ngan family memang tak penah miss makan kat kedai ni. Since bujang lagi. Dulu dulu ngan cik abe..hahhaa....bila deting, waktu lunch makan kat sini. Mcm xde tempat lain. Tp akak tak penah tau org sebut ni nasi vanggey(masa tu ler.)....ada gak yg sebut nasi ganja. Mana satu betul..wallahualam......

Asbend akak kata....depa dok sebut nasi vanggey..sbb dulu dulu, bila tuan kedai ajak masuk kedai, depa sebut..Vanggey..vanggey..vanggey. Tu yg terus lekat, nasi vanggey.

Ni ler kedai Nasi Ganja aka Nasi Vanggey
Memang heran....walaupun dah penah makan sekali, tak jemu nak makan lagi...tu sebab agaknyer di sebut juga nasi ganja...jadi ketagih gitu ek..hahhaa..

Ni alamatnya:
Yong Suan Coffee Shop
2, Jalan Yang Kalsom, Ipoh
Business hours: 9.30 am - 7pm (Closed bila cuti cuti perayaan besar)

Masa akak sampai kat situ, dlm jam 1.00 gitu. Ramai orang...sampaikan tempat duduk pun kena tunggu, ataupun share je lah ngan sesaper yang ada kerusi kosong. Tp kalau datang se family, kena gak tunggu meja kosong...hehhe..

besor ni je kedainyer....uish..ada hafiy dlm gambo..hehhe

Dan lagi heran.....kedainya biasa saja. Mamak jual nasi, org cina jual air. Nasi nya biasa saja. Ada satu lauk (kalau nak tambah lauk lain pun boleh), telur asin, sambal kelapa dan timun. Kuah kari pekat....(sambil menaip ni pun dah terbayang...rasa jejes air liur...hahahha).

Sambal kelapanya di tumbuk sekali ngan daun pudina..

Kannn..biasa jer......dan lauknyer pun x banyak. Yg sempat akak tengok, ada ayam goreng, kari, sotong, ikan, hati ayam....Tp kuah karinyer...perggghhh...pekat....

Kaunter...
Tempat buat air, ada dua tempat. Satu dekat ngan kaunter, satu lagi kat belakang. Kat belakang juga ada sinki untuk basuh tangan. Disediakan sekali dengan hand wash. Kalau rasa takmo melekat bau kari kat tangan, amikler handwash banyak sikit..heheh

Kat depan tu ler, tempat lauk pauk di letakkan. Sila pilih..vanggeyy..vanggey....Kalau kampung lagi, akan singgah ke Ipoh makan nasi vanggey aka ganja lagi..kekekke....

Tuesday, 11 June 2013

Dia telah tiada...

Patah tumbuh hilang berganti...yang patah kan tumbuh...yang hilang mungkin berganti..yang pergi tetap pergi. Al fatihah...salam takziah buat Yong sekeluarga. Pada tanggal 11 June 2013, seorang lagi dari generasi RUKAB AKRAB telah pergi menyahut panggilan Illahi. Semoga Arwah Abang Yop Shamsuddin Ramli di tempatkan di kalangan orang orang soleh dan solehah. Semoga rohnya di cucuri rahmat. Semoga generasi Rukab Akrab terus bertambah dan bertambah.....dengan kehadiran cucu cicit piat piun......

Tuesday, 23 April 2013

OPS Tulen Semak 2013

akak tak tau ler ngan kompeni korang pernah dapat ker idak surat yang begini... boleh di katakan, tiap tiap tahun, ini lah mende yg akak kena buat...dan...sungguhlah bosan buat mende ni..keekee..Kena pastikan setiap software yang di install kedalam pc ada genuine dan mempunya license yang masih valid...kemudian tandangan ler surat pengesahan.....bukan akak yg tandatangan..boss ler. Akak bagi data je..kekkeke..

Tuesday, 16 April 2013

Ho Chi Minh, Vietnam - Day 3

8 April 2013

Dah sampai hari ke 3. Hari ni, hari masing masing buat hal masing masing ya. So, memana yang tak dpt beli lagi, sila lah pergi sendiri...tak payah berdedai dedai macam anak itik pulang petang....kekekke. lagipun flight jam 4.20 ptg waktu Vietnam. Check out time jam 12.00 tghari. So, klu ada barang barang yang tertinggal, belum beli, boleh ler pi beli..

Since akak yang dah ketiadaan duit.....(bukan xde langsung..hehhe...) .apa nak beli ekk.. hahaha.. Semalaman dok memikir, rasa macam nak pi draw duit jer..Tp bila pk pk balik, akak dah bajet gitu..cukup cukup ler tu. Ada rezeki, lenkali beli lagi.  Seperti biasa, pi breakfast dulu. 

Plan hari ni, nak pegi Manicure & Pedicure...huhuhu..susah hati gak wehhh...duit tinggai cupui cupui. Tp kengkawan akak semua baik baik belaka. Memasing offer duit..kalau nak beli apa apa, depa masih ada duit extra yang tak di gunapakai. So, boleh ler akak guna, klu akak nak....

Nails & Spa

Best bila kaki di belai....memasing ikut pakej tersendiri.

Manicure & Pedicure VND200,000
Scrub VND120,000
Leg massage VND150,000
Jumlah VND470,000 = RM74.26
(lebih kurang lah ye..we paid in Dong..erkk..betul kaaa Illa, Shida..Lina..lupa..tp ai ingat bayar VND470,000 utk semua treatment tu..kekkekek)

hahhaa...akak mendapat ehsan Shidah kali ni....Mekasih banyak banyak Shidah..Bila berjalan memang tak hengat. Sedo sedo dah jam 10.00 pagi. Akak bergegas balik ke hotel. Kemas apa yang patut. Jam 11.00, akak ngan illa dah siap siap kat hotel. Check out time kul 12.00. Lina ngan Shidah tak balik lagi...hahaha..soping tak hengat. Jam 11.30 baru depa sampai hotel. Reception dah call byk kali..huwaaaa..stressed makkk tawwww..kekkeke...

Airport transfer jam 1.00. Bagus bellboy kat hotel ni. Dia amik barang kitaorang, pastu dia siap timbangkan sekali. Dan siap letak tanda braper kilo setiap beg..hehehe.......

tu dia barang...hahhahaa

at the airport

six of us at hotel lobby

Dah masuk balai berlepas..........

Pemeriksaan kastam dan imigresen berjalan dengan lancar. Mula mula check in luggage dulu. Since kami ber6, kami pakat pakat share luggage. Takut terlebih...tp masa kat hotel dah siap timbang. Cuma yang hand carry jer tak timbang. Total kesemua luggage 125 kilo155 kilo. Luggage yg kami beli adalah 135 165 kilo. So ada baki lagi 10 kilo..huwaaa...rugiiii woo...Since ada baki, some of us, letak gak yang hand carry tu masuk kargo. So, naik atas flight melenggang aje lah.

Melepasi kastam/imigresen Vietnam ni agak ketat jugak. Kena melepasi dua scanner. Kali pertama, scan hand carry. Kendian pemeriksaan kastam/imigresen dan sekali lagi hand carry kena scan. Dah lepas tu baru ler lega..risau juga. Tapi alhamdulillah....segala berjalan lancar.