Wednesday, 20 November 2013

Korea - Autumn Day 2 - Petite France

Khamis 31 October 2013 - DAY 2 Part 1

Hari kedua di Seoul. Seawal pagi dah bangun. Sejuk sungguh di pagi hari. Breakfast dulu sebelum meneruskan perjalanan....nasi goreng cendawan Brahim. Saya juga sempat panaskan nasi goreng untuk anak saudara sebelum pergi ke Namsan 4 untuk membangunkan dia dari tidurnya...huhuhu...

Breakfast pertama di hari ke dua di Seoul
Selesai semua urusan, bermulalah edisi memenatkan kaki, memanjat tangga dan turun naik subway. Bila dah siang, banyak yang dapat saya pandang....dan sekali lagi memori tahun lepas datang bertandang.. heheh...Hari ni mahu menuju ke Petite France & Garden of Morning Calm. 

Namsan 2 Guesthouse 

Laluan utk 3 hari pertama...


Di depan Namsan 4 Guesthouse
Laluan yang kami ambil untuk ke Gapyeong melalui Seoul Subway. Myeondong (Line 4) --> Dongdaemun (Line 1) --> Cheongnyangni. Dari Cheongnyangni Subway Station kami turun menuju ke Cheongnyangni Train Station. Dekat jer...ada signboard ke Train Station ni..dun worry..Tapi menapak naik tangga menuju ke Train Station amat menguji stamina saya..

Pada mulanya bercadang nak ambil ITX...tp dek kerana tidak yakin dan x mahu menunggu lama walhal naik ITX lagi cepat..hehe. (lenkali datang, saya cuba naik ITX hehhee), saya amik keputusan naik train biasa. Bertanya kepada petugas yang berada di Train Station, kami perlu turun di Platform 3 untuk meneruskan pejalanan ke Sanbong --> Sampai di Sanbong transfer ke Chucheon line --> Gapyeong. Tidak perlu risau kerana ada jer signboard utk ke Gapyeong. Perjalanan menggunakan train biasa memerlukan T-Money. Tidak seperti ITX Train dimana kita harus membeli ticket yang lain, dan train schedule adalah 1 jam bagi setiap satu train.

Jadual ITX dari Gapyeong

Myeondong (Line 4) --> Dongdaemun (Line 1) --> Cheongnyangni transfer ke Cheongnyangni train station --> Sanbong --> transfer ke Chuncheon line utk ke Gapyeong

Sepanjang perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1.5 - 2 jam ke Gapyeong...huhuhuhu..lotih makk sbb berdiri...berebut rebut kerusi ngan ahjumma dan ahjussi..kekkee. Walaupun hari ini adalah hari Khamis, tetapi kelihatan ramai warga korea melakukan aktiviti riadah. Dalam hati..(tak keje ke depa ni...hehhehhe)

Tempat letak basikal, depa duduk gakk..





Pada saya tidak susah menggunakan public transport di Seoul. Baca signboard, follow direction...in Sha Allah...selamat. Walaupun ini kali ke 2, dan dgn ilmu yang sedikit, saya berjaya juga sampai ke Gapyeong. Sampai sahaja di Gapyeong, kami menuju ke Tourist Information Counter yang berada di sebelah  kanan. Disitu kami mengambil Gapyeong Tour Bus dengan membayar harga tambang KRW5000.00. Kat Gapyeong di pagi hari ni amat lah sejuknyer.....rasa mcm musim winter lak...gigil gigil jari jemari...dengan kabus lagi...huhuhu..Disini ramai saya jumpa Malaysians yang menunggu Gapyeong Tour Bus untuk ke Nami Island. Tua muda, belia remaja...semua ada...Ada yang ramah bertegur sapa, ada juga yang buat tak tahu sahaja. 

Tempat tunggu Gapyeong Tour Bus

Sempat snap masa lalu dekat Nami Island

Ticket bas, beli dari bus driver je..
Notakaki:  Gapyeong Tour Bus ni, adalah circle tour bus. Kita boleh hop on hop off kat mana kita nak. Nak naik balik, tunggu jer kat mana kita turun....provided with the time table le...kena ikut jadual. So nak senang, baca jadual waktu dan pahamkan...hehhehe

Kerana sampai awal pagi, kami berjaya mendapatkan Gapyeong Tour Bus jam 9.10 pagi menuju ke Petite France. Stop yang pertama adalah Nami Island. Tp kami tak turun di situ. Sepanjang perjalanan adalah ahjumma dok bagi penerangan ntah apa tatau ler...udah dlm bahasa korea, mana mak nak faham..hahaa..dengor je lah...Lebih kurang 20 - 30 minit kami sampai di Petite France. Bayaran masuk ke Petite France adalah KRW8,000 for adults.  Saya dah print discount coupon utk entrance, so dpt lah masuk dengan bayaran KRW6,000

Info pasai PETITE FRANCE . Meh jamu mata ngan gambar gambar je ler ye....Petite France ni terletak di kawasan tanah tinggi...jadi suhu mmg amat sejuk...Semasa nak kesini pun asik lah turun naik bukit...















My nephew..mmg sejuk amat..pakai glove u..haha




Ni citer apa eh..lupa aa...hahahha
Artis yang saya kenal kat sni suma Park Yoochun jer...Rooftop Prince









Menarik juga tempat ni. Seadakan berada di negara Perancis pula ya. Gambar saya banyak giler...so tepek yg mana patut patut jer lah ye..kekkeke....kang muntah ijo org dok nengok gambo ahkak je..kekkee....Petite France ni kawasannya kecil sahaja. Sekejap sahaja boleh abiskan untuk menjelajah. Tidak perlu berlama lamaan di sini kerana kami mempunya agenada lain pula. Melihat kepada jadual bas yang bakal lalu di Petite France menuju ke Garden of Morning Calm adalah jam 11.40. Paling awal. So kami abiskan cepat cepat menjelajah Petite France....


.
Saya suka Korea....Bus punctual..hahhaa..tepat jam 11.40 bas sampai. Kami pun meneruskan perjalanan ke Garden of Morning Calm. 





Korea - Autumn Day 1 - Arrival

Rabu - 30 October 2013 - DAY 1

Perancangan nak ke Korea untuk musim autumn dah lama...setahun awal.....tp kali ni nak ikut tour plak. Disebabkan trip kali ni diaturkan oleh kakak saya yang bekerja di jabatan kerajaan (saya follow trip orang orang gomen), pembayaran ke travel agency dilakukan sedikit demi sedikit setiap bulan. Takdalah sekali gedebuk kena kluarkan duit...tak terasa sangat. Last minute, officemate and anak saudara nak ikut pulak. Jadi  I changed my flight ticket, and we went to korea three days earlier daripada tour group. Sebenarnya saya risau gak..cos tahun lepas saya ke Korea (Winter 2012) saya follow kengkawan. Memang tak buat research langsung langsung...paling paling pun cuma cari tempat tempat menarik yang nak di lawati saja..selebihnya main ikut jer..Kali ni, saya kena buat semua. Dua dua tu first timer lak ke Korea dan bergantung kepada saya pula kali ni..

Awal pagi dah siap siap. Pergi ambil Illa dulu kat Puchong, kemudian terus ke LCCT.  Dari saat check document and terus check in luggage, hati saya berdebar debar. Sbbnya, mata saya merah sebelah gara gara makan ketam masa dinner......huhuhu..teringat kes kat Ho Chi Minh yg mana emak dan anaknyer tak boleh naik flight sbb di sangka kena chicken pox.  Debaran saya mmg tepat..sbb sy di tanya dan di tanya dan di tanya.... kenapa mata merah..braper lama ke korea...boleh tunjuk tiket balik...pergi dengan siapa...adakah ini pertama kali ke korea..adakah saya sakit mata..etc..etc..Kiranya sakit mata, tidak dibenarkan naik flight.Saya katakan saya allergik...mujur alasan saya diterima..heehhe..fuhh.....selesai satu bab....(tp mmg allergik pun..gatalll) - tiba tiba saya rasa pelik lak bila byk soklan, sampaikan Illa pun heran. Dia setel kejap jer..

Nampak dak mataku yg merah sebelah tu....
Selesai urusan luggage dan imigresen, kami masuk ke boarding gate...terjumpa dengan sorang lagi officemate yang nak ke Korea bersama family dia (yg pakai baju merah tu...Penny)


Flight delay one hour...bosannyer menunggu.....akhirnya jam 9.00 pagi, flight berlepas ke Korea. 6 jam berada di dalam pesawat...kerana keletihan (bangun awal pagi sangat...excited tak hengat..), saya mmg tidur sepanjang perjalanan.


Jam 4.00 petang flight AA D7505 selamat mendarat di lapangan terbang Incheon. Sebaik sahaja kuar dari perut kapalterbang, saya dan anak saudara menunggu Illa diluar perut kapalterbang......Dok tunggu...tunggu..tunggu....tak nampak dia kuar...(seat berbeza dan agak jauh). Saya amat pasti masa saya keluar, dia blom kuar lagi..tunggguu lagi...sampaikan opismate yg satu family tu pun dah kuar, tp kami tak nampak dia..aduishh hai...udah gabra..hahaha....

Menyabar dan menenangkan hati..(mujur ada anak sedara bersama..)...akhirnya kami berjumpa Illa di tempat shuttle train..haha..dia pun gabra dok mencari kitaorang..kekek..sabar je lah...tu dugaan hari pertama di Seoul.....Agak lama juga menunggu utk selesai urusan imigresen dan juga bagasi....Sambil sambil tu ingat nak amik gambar....sekali datang one korean lady...No picture please..hehhe..trus simpan kamera. Dah selesai kami terus ke exit 5 dan mencari bus stop no. 6015...Masa ni dah jam 5.30 ptg (waktu korea)


Tak lama menunggu, kami menaiki bas 6015 menuju ke Myeondong dengan bayaran KRW10,000. Bayaran di buat kepada driver bus.  Terasa begitu lamanya duduk dalam bas...dan hari mula beransur gelap...Sepanjang perjalanan tak banyak lagi pokok pokok yang daunnya berubah warna....Dek kerana kerisauan melampau, saya tak sempat nak snap sekeping gambar pun sepanjang perjalanan..hahhaa...Risau sbb hari makin gelap, dan saya pula hanya ada ilmu yang sedikit...berdasarkan trip tahun lalu dan ingatan yang ingat ingat lupa...

Akhirnya sampai juga ke last bus stop, Sejong Hotel. Masa ni pun tak tau lagi dah sampai ke Sejong Hotel. Sbb hari dah gelap...walaupun lampu terang benderang...tak boleh nak agak berada di mana. Mujur driver bus tu tanya...Where you all want to go...pastu ada sorang foreigner tu ckp..I am going back to the airport...then we realised that we have reached our destination..hahhaa....

Tiba kat sini pun, blurrr lagi..wakakkaka..lawakk.....dah tak tau nak ke exit ke mana.Kalau ikut direction dekat website, dah betul sangat. Tp ntahler...when i was the only one who had to do the thinking, semua jadi jadi bercelaru di dalam kepala..Dengan sejuknyer..otak pun freeze sekejap..hahhaa..Saya nampak satu signboard turun ke bawah...(bukan subway, tp just laluan bawah tanah untuk menyeberang jalan). Kami pun turun naik tangga...dengan mengheret beg yang beratnya 20 kilo tu..haha...tawakal ajer lah.....** Bila siang hari baru realised  tak payah ikut laluan bawah tu sebenarnya....ikut atas pun takper...cuma perlu lintas jalan sahaja.

Bila kami kami dah melintas jalan melalui jalan bawah tanah.....berdasarkan peta yang ada di tangan, kami berjalan terus ke arah Pacific Hotel . Ya Allah...I still couldn't do the thinking....awat lah blurrr sesangat ni...jem paler otak..mende kecik pun xleh nak pk....and mujur ada my nephew. Thanks to my nephew again..walaupun dia first timer datang ke Korea.....kami bertanyakan kepada seorang korean girl, and tunjuk map ni pulak..



We were lucky sbb korean girl tu memang sangat baik. Walaupun dia tak boleh cakap omputih (dia boleh faham apa kami ckp) but she managed to understand us dan dia bawakan kami terus ke Namsan 2 Guest. Thank you girl...x sempat nak mintak nama, contact no dan tak sempat nak snap gambar dengan dia pun. Bila dah settled kat Namsan 2, kami menuju ke Residence EO pulak. Memulanya bertanyakan kepaa reception di Namsan 2 tu mcamner nak gi REO ni..dia bagi direction yang salah pulak.....ceshh.. pelik....xde saper yg lain tau bila kami tunjukkan map walaupun kami melalui lorong yang betul. Walhal cuma kat belakang Namsan tu jer...exactly mcm dlm map.







Kalau untuk Namsan Guest HOuse kita perlu ke kanan, manakala ke Residence EO perlu menuju ke kiri. Kami memula agak konpius juga...tp teruskan juga berjalan.dan akhirnya jumpa. Sampai kat situ, udah my nephew taknak dok situ pulak...aduhai..mana nak cari tempat ni....Dia kata, xper..dia cuba cari cari guest house yang adaaaa...kalau xde kosong gak, dia akan balik ke Residence EO. Dia kata, klu weols nak jalan jalan ke Myeondong Night Market, just proceed....alahai anak buah aku...berani tul dia...pes timer tu. Saya tawakal aje, so saya dan Illa jenjalan kat Myeondong. Tak lama lepas tu sedar sedar jer, dia dah ada kat sebelah..hahhaa..pandai dia cari kitaorang...Dia dpt dorm kat Namsan 4 Guest House. Bersebelahan dengan  Namsan 2. Okay ler tu...KRW30,000 per night per person. Dpt satu locker utk isi barang barang. Bilik mandi of course kena share. Budak bujang, bukan kisah sangat..janji ada tempat tido.

*Namsan Gueshouse fullybooked. Sbb my nephew nak ikut last minute...masa tu Residence EO jer yang ada kosong, sbb nak dekat dengan our guesthouse. Masa booking , mmg tak terpk pasai Namsan Guesthouse 4.... 


Main building - Gambar Namsan Guesthouse 4

Dorm kat Namsan 4 - Gambar Namsan Guesthouse 4
Ruang makan makan..hhehee

Notakaki:  Gambar di pinjam dari Namsan Guesthouse 4 punya website ya...

Inilah pula rupa bilik di Namsan 2. Last time saya duduk di Namsan 3. Kalau di tanya, saya lebih suka Namsan 3. Semua kemudahan asas ada disini. Dapur, peti ais, microwave, coffee maker, washing machine (boleh guna selepas jam 7 malam kalau x salah). Room rate pulak utk satu malam adalah KRW65,000. Kami ambil utk dua malam. Kalu x silap saya, tahun lepas room rate KRW55,000.

Ini bahagian dapur...

Microwave dan pc kalau nak mentenet..
Tapi saya terkilan dengan sikap sesetengah guest di sini. Contoh microwave, selepas di gunakan tiada siapa yang nak bersihkan. So boleh kelihatan makanan melekat di dalam microwave - ilang semangat nak gunakan microwave..heheh..Maybe depa expect that N2 staff yang akan bersihkan kut...wallahualam...


Peti ais...sila baca betul betul..hehhe

Hari pertama, jalan jalan di Myeodong Night Market jer....masa disini mula teringat ingat kisah di tahun 2012...hehe... Kisahnya boleh baca di blog suterazen ni....byk tul memori...Tp tak beli apapun sangat. Setakat menghayati suasana malam di Seoul saja.






Dan penat jalan jalan, balik ke guesthouse. Malam hari makan maggi. Berakhir sudah hari pertama..Esok nak ke Petite France & Garden of Morning Calm. Since Nami Island ada dlm itinerary tour group, kami skip Nami Island.








Tuesday, 12 November 2013

12.11.13 Happy Anniversary........



One by one each year flew by, since both of us said ‘Aku terima nikahnya….’ 20 years of memories, shared by the two of us. From big events and holidays, to simply daily pleasures. Some tearful times along life's way, some joys that can’t be measured. One by one each year now gone, but still they’re ours……

No one else would understand our relationship, and no one else in this world would understand me the way you do..


No one has been through all that we have been through with me, and I appreciate your steadfast commitment and perseverance. 








Happy Anniversary.............







Thursday, 17 October 2013

Bakar Lemang Alaf Baru

Sudah menjadi satu kemestian, setiap kali menjelang Hari Raya, tak kira lah Hari Raya Aidil Fitri atau Hari Raya Aidil Adha, kami sekeluarga mesti membakar lemang. Emak cukup gembira tatkala melihat anak anak cucu cicit berkerjasama mengisahkan perihal lemang. 

Dahulu kala, sama sama pergi cari kayu api....menebang buluh, membersihkan buluh, pulut, santan...daun pisang....membuat tempat membakar lemang...dan kemudian ramai ramai menunggu di depan bara api..hahha..

Itu dulu...tp sekarang zaman makin berubah...macam macam cara yang orang fikirkan untuk memudahkan keadaan...

Ini lah cara kami sekarang...Guna tong dan dapur gas untuk membakar lama. Walaupun kata orang, rasanya tak sama dengan lemang yang di bakar menggunakan bara api..tp rasa lemang tetap sedap..

Tak payah bersusah susah duduk mengadap unggun api..hahhaa..


Inilah caranya lemang di bakar menggunakan
dapur gas sahaja

Lemang dah di masukkan ke dalam tong...



Bahagian dalam ada ring untuk kita letakkan lemang lemang yang
nak di bakar. Bahagian bawah  ada lubang untuk api gas 

Dah letak lemang, boleh tutup untuk mengelakkan haba keluar
dari dalam tong

Dua jam...lemang siap di masak....