Friday, 22 November 2013

Korea - Autumn Day 4 - Namsan Tower

2 November 2013 

Sekarang jom kita ke Namsan Tower pula. Didalam bas, kami difahamkan bahawa kami akan menuju ke Namsan Tower hanya dengan menaiki bas sahaja. So, xyah berangan nak naik cable car ya..hehehe.. mujur tahun lepas dan merasa naik cable car..huhuhu..

Disaat ini suhu makin merudum akak rasa. Sejuk makin mencengkam cengkam ke dalam tulang dan daging. Udahler baju tak cukup syarat..hahhaa. Sampai diatas, kami terpaksa turun agak jauh sedikit kerana terlalu banyak tourist bas yang berhenti di situ...dan juga terlalu ramai orang. Dari tempat hentian bas, kami mendaki bukit menuju ke Namsan Tower.

Sepanjang mendaki ke Namsan Tower..akak kagum..kagum kerana ramai yang mengenali Malaysia. Ada yang nampak jer bendera Malaysia, akan tanya...From Malaysia..yeah..Malaysia Boleh..oh yeah..eheh...ada yang berkata Malaysia Boleh berulang ulang kali......hahaha..kagum sekejap..kekekke...Sepanjang perjalanan mendaki ke atas juga, kami tak berhenti henti mengambil gambar....Indahnya ciptaan Tuhan....berwarna warni...sila lah lihat sendiri..hehehe..









  

Ramainyerrr orang...
My sister and her family
  


   

 
klu naik cable car kena daki tangga ni

Kunci kunci cinta..


Sepanjang panjang jalan mendaki ke atas dipenuhi dengan daun berwarna warni....Sy kesejukan ya amat sebenarnya...haaha..nasiblaaa....Ramai tul umat kat sini...kebetulan hari sabtu kut ekk...Kami sekadar jalan jalan di sekitar luar Namsan Tower sahaja. Sekarang Namsan Tower tidak di sebut Namsan Tower...Gina ada bagi tau..tp akak luper..hahhahaa....long term memory lost...kalau kena belajar, harus kena repeat banyak kali..ekkeke...Kami juga tidak pergi ke observatory deck dan juga Teddy Bear Museum. Tp saya takde le terkilan sangat..sbb tahun lepas dah masuk dah....so sekadar jalan jalan menikmati pemandangan di autumn season ni pun dah 1000 rahmat. Alhamdulillah...dapat merasa dua musim....erk...nak 3 musim ler pulak..hahaha..

Selesai di Namsan Tower, kami meneruskan perjalanan menuju ke Gwangjang Market pula. Akak memang dah sejuk gedi gedi dah...dengan kena tiupan angin lagi..huhuhu...Dalam sejuk sejuk ni, mmg tak sabar nak naik bas..hehhee..Kami di beri masa satu jam sahaja untuk membeli belah di Gwanjang Market, dan kemudian akan meneruskan perjalanan ke Itaewon untuk makan malam. 

Ehsan google
Ehsan google
Walaupun gambar gambar ini Ehsan Google, menu dan susunatur makanannya tidak jauh bezanya dengan apa yang ada semasa kami dinner di sini. Almost the same. 
Ehsan google

Dinner..

Foreign Restaurant
Untuk mencari Foreign Restauran di Itaewon ni senang sahaja. Kalau menggunakan subway, kluar exit 3, belok ke kanan (nnt check semula betul ke idak exit 3...hahah  betul exit 3) Jalan terus ke depan sampai jumpa 4 junction (traffic light)  dimana Mr. Kebab di sebelah kanan. just turn right...jalan ke atas...kena mendaki bukit sedikit. Foreign Restaurant di sebelah kiri jalan. Restaurant ni menyediakan indian food. Ada mutton curry, fried chicken, chicken massala..ntah apa lagi la. Ada juga nasi, popiah, pastry..mcm mcm ler..Gambar x snap (asik lupa nak snap). Ramai juga malaysian yang makan sini..Sy andaikan malaysian lah ya...sbb muka ala ala org melayu kita. Foodnya not bad.  Tp bila saya masuk toilet sini, mmg spoil mood nak makan. Takper lah...ilang selera terus...toilet di restoran ni x seperti toilets awam yg ada di Seoul.

Inilah 4 junction yg saya sebutkan diatas


Selepas dinner, kami meneruskan perjalanan ke Hotel. Seperti biasa, Gina memberikan penerangan...di hotel memang tiada halal food certified by mana mana jabatan agama islam..hehhee... Tetapi bolehlah makan roti, cereal, susu, kimchi, nasi....TETAPI jangan ambil ham dan sosej. Kompem tidak halal. Gina juga berpesan, pada sesiapa yang tidak yakin, bolehlah membeli roti di kedai berhadapan dengan Foreign Restaurant ni. 


Di dalam bas, kami diberitahu awal awal, dibilik mana kami sepatutnya berada. Sampai di hotel, diberikan kunci masing masing....sampai dlm bilik, landing time...kaki dah penat berjalan, so rehat saja. Gambor bilik pun x sempat nak snap. Bilik agak besar. Boleh muat 3 orang. Kami juga difahamkan bahawa kami akan stay selama satu malam sahaja di sini..Keesokan hari, akan pergi ke Nami Islan dan juga Mount Sorak bermalam di sana. Untuk memudahkan, Gina menasihatkan semua supaya mengasingkan baju yang perlu di bawa ke Mount Sorak sahaja. Tidak perlu membawa semua beg. Beg boleh di tinggalkan di hotel, kerana kami akan kembali ke sini semula untuk malam malam yang seterusnya.

Nak ke Yoido Hotel ni kalau menggunakan subway -->Yeouinaru Station (Subway Line 5), Exit 1. Lebih kurang 10 minit berjalan dari subway station.

Selanjutnyer tentang Hotel Yoido, boleh baca SINI

*Teringat ingat kata kata Gina. Dia boleh berbahasa melayu sikit sikit..kekadang lucu bunyi nyer bila dia berbahasa melayu...Balik hotel, tido tido..golek golek..jgn gelek gelek...kami satu bas akan ketawa dengar sebutannya..








Thursday, 21 November 2013

Korea - Autumn Day 4 - Gyeongbuk Palace

Sabtu - 2 November 2013

Sudah masuk hari ke 4 saya berada di Seoul Korea. Flight tour group dari Malaysia di jangka tiba di Incheon Airport jam 8.00 pagi. Memandangkan kami sememangnya sudah berada di airport, jadi tidak perlu tergesa gesa. Arrival Hall cuma di tingkat atas sahaja. Walau bagaimanapun, saya tidak tidor lena semalaman. Udahler dengan org sebelah mengigau..lepas tu dengan orang lain yang keluar masuk ke Spa tu..ye lah..ada yang kena naik penerbangan subuh, pagi, penerbangan malam...jadi orng keluar masuk tidak putus putus. Selesai urusan kami breakfast dulu di Paris Baguette di Incheon Airport. Masa tu jam sudah 8.00 pagi (waktu Korea) dan semestinya di Malaysia baru jam 7.00 pagi...

Ehsan google

Ehsan google

Tak penah masuk sini..self service rupernya...Order drinks, kendian gi amik sendiri. Ingatkan orang tu nak hantarkan ke meja...hahhahhaha...jakun. Mcm tak biasa pulak ya.. Saya cuma minum Cafe Americano sambil mentenet. One thing yang best kat Korea ni, wifi merata. Walaupun sesetengah tempat dah ada secured password, tp masih ada juga tempat yg wifi boleh di nikmati oleh semua orang.....sambil menunggu sambil mentenet, idaklah rasa jemu..

Ehsan google

Selesai breakfast kami pergi ke Arrival Hall. Lama juga menunggu mereka mereka diluar. Masa tu saya dah nampak seorang Korean Lady pegang board Ziarah Sutera Travel..haha..sahhh..org ni pun tunggu tour group dari Malaysia gak ni. Saya pun pergi ler tegur korean lady ni...Are you waiting for a tour group from Malaysia saya tanya. She said' Yes sambil tunjuk board Ziarah Sutera. So am I. Agak lama juga kami menunggu. Saya pasti mereka mereka ni semua mesti singgah masuk toilet, cuci muka, cuci gigi..cuci segala menda yang patut di cuci...hahhaa..Lebih kurang jam 10.30 pagi, barulah semuanya ada di arrival hall. Huiyooohhh...dekat 2 jam nunggu wehh...

Sambil tunggu posing dulu..

Ni ler ahli rombongan...

Angkut semer beg masuk bas

Semasa tengah mengisi segala beg beg yg besor gedabak tu ke dalam perut bas...hari pun mula hujan..huhuuhu..terpana seketika...akak udahler pakai baju nipis...jaket tebal simpan dlm beg...guano nak bawak kuar....beg udah masuk dlm perut bas...oppa driver pun xmo tolong keluarkan beg..ahahaa..bertabah ajerlah dengan shawl yg ada..

Kami panggil driver bas ni Oppa....Tourist guide tu tak bagi panggil ahjussi taww..hahaha...Semasa di dalam bas, kami di beri penerangan kemana tempat tempat yang hendak pergi...dan juga penerangan tentang sejarah Korea. Di dalam bas juga kami di bekalkan dengan sebotol air mineral dan juga roti cream as breakfast. Sebelum pergi melawat tempat yg tersedia di dalam itinerary, tourist guide - Gina kami panggil - mengatakan bahawa kita akan lunch dulu di restoran yang mana satu satunya restoran Malaysia di Korea. Restoran ni baru di buka katanya. Semasa Gina memberitahu, dalam hati akak dah terdetik..ni mesti nak ke Mentari ni..haha..betul sungguh tekaan ku..huhuhu... Sampai juga hajat makan di Restoran Mentari..and we proudly said...we were here yesterday, but it was closed (proud sbb managed to go to the restaurant tanpa bantuan orang cuma berdasarkan map dan maklumat dari blog jer...hahhaha..)


Dengan tourist guide - Gina

Chef tengah sibuk memasak

Lunch hari ini

Ayam..tatau masak apa

Telur sambal

Tomyam mussel

My nieces - Twins
Hari hujan, perut pun lapar. So makanan ni semua mmg tempting...berselera kami makan. Ada juga glass noodle (tak amik gambar), mixed vege, ulam ulaman, sambal belacan (perghh..marbelesss)...hot dan cold drinks. Sambil menaip ni pun teringat ingat masakan Restoran Mentari ni...tomyam mussel nya sedap....hirup kuah tak puas ler...

Selesai makan, kami di bawa ke Gyeongbuk Palace. Kerana kali ini menaiki bas, saya dapat merehatkan kaki..dan juga boleh melentukkan kepala...hahah..ingat tido jer...di waktu ni masih lagi hujan. Oppa stop kat gs mart. So sesaper yang nak beli payung...silakan. Aiseyy...ahkak bawak payung, tp dlm beg beso..haishh....well prepared, tp lupa nak kluarkan..Sampai di Gyeongbuk Palace, kami di bawa ke National Folk Museum dahulu. (Last time akak datang, tak masuk sini pun...masa tu under construction). Penatlah mendengar Gina membebel bebel menceritakan sejarah Museum, sejarah korea dan sejarah kehidupan rakyat korea...etc..etc..etc...Saya pun dah tak ingat apa ceritanya..hahhaa..


Dalam muzium

Jenis jenis makanan korea..tp tak tau apa dia..hahah..


My sisters, my nieces, my nephew and brother in law
 

Ikut tour, ada bendera u...hahhaha..masa ni sejuk giler ..

Cari jgn x cari..bila tarikh lahir uols..hahha

Ni x pegi..



haa....buat apa kat blakang tu..hahhaha
Masya Allah..cantik sungguhlah scenery kat Gyeongbuk Palace ni. Kalau boleh, every corner nak amik gambar......cuma byk kuninggg...sekuning baju ku..hahhaa...
hahaa...gediksss

Tu dia..Gina dok bercerita..hahhhaah

bongkok..jgn tak bongkok

Jalan becak..














Gambar ajelah ya....nak cerita pun. dah tak tau apa nak cerita..haahha...Gyeongbuk Palace adalah antara place terbesar. Di fahamkan oleh Gina, di Seoul ada 5 Palace terkenal antaranya adalah . 1. Gyeongbukgung 2. Chandeokgung 3. Deoksugung. 4. Changgyeonggung 5. Gyeonghuigung . Ini lah 5 palace yang sangat dikenali di Seoul dan sentiasa menjadi tarikan kepada pelancung luar. Semasa berada disini, hujan telah mula berhenti. Sesetengah kawasan lecak..dan berjalan pun kenalah berhati hati..kang terjeghombab (kata org perak) jenuh plak nak cuci baju ya. Selepas selesai menjelajah Gyeongbukgung, kami akan ke Namsan Tower. Sebelum ke Namsan Tower, kami melalui Presidential Blue House. Dapat tengok dari dalam bas ajer lah...bukan bas berhenti pun..so, xdak gambar..hahhaa..Beria tulih dlm itinerary....kempunan makk tawww nak amik gambar kat Blue House..hahaha..

Oh ya..kenapa di panggil Blue House. Kalau di US, kediaman PM di panggil White House dan di Korea pula kediaman PM dipanggil  Blue House.  Kenapa Blue HOuse. Bukan kerana rumah itu biru ya......cuma bumbungnya sahaja yang berwarna biru...tapi tu la..depa tak singgah udah tak dpt amik gambar...takleh nak tunjuk..hahhaa...


Notakaki:  Thinking back, rasa macam menyesal lak tak amik note semasa Gina menceritakan tentang sejarah Korea. Banyak info berguna yang boleh diguna pakai. One good thing bila ikut tour group. Ntah bila lagi ada peluang nak ikut tour group ni...dan belum tentu dapat tourist guide seperti Gina...