Friday, 22 November 2013

Korea - Autumn Day 4 - Namsan Tower

2 November 2013 

Sekarang jom kita ke Namsan Tower pula. Didalam bas, kami difahamkan bahawa kami akan menuju ke Namsan Tower hanya dengan menaiki bas sahaja. So, xyah berangan nak naik cable car ya..hehehe.. mujur tahun lepas dan merasa naik cable car..huhuhu..

Disaat ini suhu makin merudum akak rasa. Sejuk makin mencengkam cengkam ke dalam tulang dan daging. Udahler baju tak cukup syarat..hahhaa. Sampai diatas, kami terpaksa turun agak jauh sedikit kerana terlalu banyak tourist bas yang berhenti di situ...dan juga terlalu ramai orang. Dari tempat hentian bas, kami mendaki bukit menuju ke Namsan Tower.

Sepanjang mendaki ke Namsan Tower..akak kagum..kagum kerana ramai yang mengenali Malaysia. Ada yang nampak jer bendera Malaysia, akan tanya...From Malaysia..yeah..Malaysia Boleh..oh yeah..eheh...ada yang berkata Malaysia Boleh berulang ulang kali......hahaha..kagum sekejap..kekekke...Sepanjang perjalanan mendaki ke atas juga, kami tak berhenti henti mengambil gambar....Indahnya ciptaan Tuhan....berwarna warni...sila lah lihat sendiri..hehehe..









  

Ramainyerrr orang...
My sister and her family
  


   

 
klu naik cable car kena daki tangga ni

Kunci kunci cinta..


Sepanjang panjang jalan mendaki ke atas dipenuhi dengan daun berwarna warni....Sy kesejukan ya amat sebenarnya...haaha..nasiblaaa....Ramai tul umat kat sini...kebetulan hari sabtu kut ekk...Kami sekadar jalan jalan di sekitar luar Namsan Tower sahaja. Sekarang Namsan Tower tidak di sebut Namsan Tower...Gina ada bagi tau..tp akak luper..hahhahaa....long term memory lost...kalau kena belajar, harus kena repeat banyak kali..ekkeke...Kami juga tidak pergi ke observatory deck dan juga Teddy Bear Museum. Tp saya takde le terkilan sangat..sbb tahun lepas dah masuk dah....so sekadar jalan jalan menikmati pemandangan di autumn season ni pun dah 1000 rahmat. Alhamdulillah...dapat merasa dua musim....erk...nak 3 musim ler pulak..hahaha..

Selesai di Namsan Tower, kami meneruskan perjalanan menuju ke Gwangjang Market pula. Akak memang dah sejuk gedi gedi dah...dengan kena tiupan angin lagi..huhuhu...Dalam sejuk sejuk ni, mmg tak sabar nak naik bas..hehhee..Kami di beri masa satu jam sahaja untuk membeli belah di Gwanjang Market, dan kemudian akan meneruskan perjalanan ke Itaewon untuk makan malam. 

Ehsan google
Ehsan google
Walaupun gambar gambar ini Ehsan Google, menu dan susunatur makanannya tidak jauh bezanya dengan apa yang ada semasa kami dinner di sini. Almost the same. 
Ehsan google

Dinner..

Foreign Restaurant
Untuk mencari Foreign Restauran di Itaewon ni senang sahaja. Kalau menggunakan subway, kluar exit 3, belok ke kanan (nnt check semula betul ke idak exit 3...hahah  betul exit 3) Jalan terus ke depan sampai jumpa 4 junction (traffic light)  dimana Mr. Kebab di sebelah kanan. just turn right...jalan ke atas...kena mendaki bukit sedikit. Foreign Restaurant di sebelah kiri jalan. Restaurant ni menyediakan indian food. Ada mutton curry, fried chicken, chicken massala..ntah apa lagi la. Ada juga nasi, popiah, pastry..mcm mcm ler..Gambar x snap (asik lupa nak snap). Ramai juga malaysian yang makan sini..Sy andaikan malaysian lah ya...sbb muka ala ala org melayu kita. Foodnya not bad.  Tp bila saya masuk toilet sini, mmg spoil mood nak makan. Takper lah...ilang selera terus...toilet di restoran ni x seperti toilets awam yg ada di Seoul.

Inilah 4 junction yg saya sebutkan diatas


Selepas dinner, kami meneruskan perjalanan ke Hotel. Seperti biasa, Gina memberikan penerangan...di hotel memang tiada halal food certified by mana mana jabatan agama islam..hehhee... Tetapi bolehlah makan roti, cereal, susu, kimchi, nasi....TETAPI jangan ambil ham dan sosej. Kompem tidak halal. Gina juga berpesan, pada sesiapa yang tidak yakin, bolehlah membeli roti di kedai berhadapan dengan Foreign Restaurant ni. 


Di dalam bas, kami diberitahu awal awal, dibilik mana kami sepatutnya berada. Sampai di hotel, diberikan kunci masing masing....sampai dlm bilik, landing time...kaki dah penat berjalan, so rehat saja. Gambor bilik pun x sempat nak snap. Bilik agak besar. Boleh muat 3 orang. Kami juga difahamkan bahawa kami akan stay selama satu malam sahaja di sini..Keesokan hari, akan pergi ke Nami Islan dan juga Mount Sorak bermalam di sana. Untuk memudahkan, Gina menasihatkan semua supaya mengasingkan baju yang perlu di bawa ke Mount Sorak sahaja. Tidak perlu membawa semua beg. Beg boleh di tinggalkan di hotel, kerana kami akan kembali ke sini semula untuk malam malam yang seterusnya.

Nak ke Yoido Hotel ni kalau menggunakan subway -->Yeouinaru Station (Subway Line 5), Exit 1. Lebih kurang 10 minit berjalan dari subway station.

Selanjutnyer tentang Hotel Yoido, boleh baca SINI

*Teringat ingat kata kata Gina. Dia boleh berbahasa melayu sikit sikit..kekadang lucu bunyi nyer bila dia berbahasa melayu...Balik hotel, tido tido..golek golek..jgn gelek gelek...kami satu bas akan ketawa dengar sebutannya..








1 comment: