Tuesday, 26 November 2013

Korea - Autumn Day 5 - Nami Island

3 November 2013

Rasa mcm panjangnyer nak abiskan entry ni...hahhaa...Hari ke 5, kami semua di kehendaki berada di lobi seawal 8.00 pagi. Pastikan breakfast cepat cepat....angkat semua barang cepat cepat...Bawak mana yang patut sahaja. Yang selebihnyer tinggalkan di lobi hotel, sbb kami akan datang semula ke sini. Hari ni perjalanan di teruskan ke Nami Island. Dari Yoido Hotel ke Nami Island mengambil masa lebih kurang 45 minit. Gina suruh cepat cepat, dikhuatiri berlaku jem yang melampau ketika hendak masuk ke Nami Island, sbb hari ni Ahad..kann.

Sesampai sahaja di Nami Wharf, mmg byk bas bas pelancong disitu. Nasib kami still baik, sbb tour bus dpt parking..klu x dpt, naya kena jalan kaki..hahhaa....Sampai saja di situ, Gina kata...okay...siapa mau kenshing..atau ooo...sila berbuat demikian sebelum naik ferry..hahhaa..

Tak pasal pasal kena pegang bendera..kkkeke


Org dah meremut...

Gayat tgk depa naik zip wire ni..

Pemandangan Nami Island dari dlm feri




Hari sebelumnya hujan, jadi di Nami Island ni juga, keadaan agak becak dan sejuk. Setelah penat penat pusing pusing Nami Island, kami berehat seketika. Sebelum ni Gina dah sajes, sila makan pancake disini di Sonata Cafe.



Inilah pancakenya. 


Meremut orang berbaris untuk membeli pancake ni. Sedap rasanya. Rasa liat liat sedikit, intinya kacang merah. Pekena pancake panas


Sejuk sejuk pekena hot coffee dan hot pancake
Nak amik gambo tunggu clear..jenuhhh



Hhahaa...kekonon nak dok sebelah Jun Sang...x menjadi.....poster kat sini pun dah di tukar ke poster yang baru....tahun lepas, penuh dengan contengan dan tandatangan....





Kenangan Winter Sonata




Cantik sungguh scenery di Nami Island ni. Selesai berpusing pusing dlm Nami Island, kami semua di kehendaki berada di tempat feri berlepas jam 11.00. Tepat jam 11.00 pagi, kami semua mula menaiki free dan meninggalkan Pulau Nami. 1001 macam kenangan di sini.....Didalam bas, kami di beritahu bahawa kita akan makan dulu....dan Gina peringatkan supaya bawa telekung turun bersama.

Kami di bawa ke restoran ni. Dekat sahaja. Berada di sebelah kiri jalan, berhadapan dengan tempat parking. Yang bagusnya restoran ni, ada di sediakan tempat solat. Tak pasti samada tempat solat tu mmg disediakan untuk tourist, ataupun disediakan khas utk group kami. Kebetulan masa kami sampai di restoran ni, ada satu group Malaysia yang lain pun makan di sini. Kalau nak keluar ke stesen gapyeong memang melalui restoran ni.

Tak tau nama sbb dlm bahasa korea..heheh


Nasi di masak dlm batu panas..Lepas korek korek nasi ni, masukkan air kosong...maka jadilah bubur nasi..hehhe....


Ikan goreng..tp susah tekak akak nak terima..haha..

Meriah side dishes nya..

Selesai makan dan solat, kami meneruskan perjalanan menuju ke Mount Sorak. Perjalanan lebih kurang 2 - 3 jam....tak ingat..sbb dlm bas, membuta...hahhaha...






No comments:

Post a Comment