Wednesday, 20 November 2013

Korea - Autumn Day 2 - Garden of Morning Calm

31 October 2013

Perjalanan dari Petite France menuju ke Garden of Morning Calm mengambil masa lebih kurang 40 minit kalau tak silap saya. Saya terasa begitu lamanya duduk di dalam bas. Dengan jalan yang berbelok belok...terasa melambung lambung dalam bus. Walaupun melambung, saya tetap sempat tido lagi tu...hahhaha..Kaki tidor...

Lebih kurang jam 12.30 kami sampai ke Garden of Morning Calm. Apa yang ada di GMC ni ya. Saya tak membaca banyak tentang GMC.  Tetapi memandang tempat ini sudah berada di dalam Gapyeong Tour, jadi saya follow sahaja. Nanti kempunan pulak..dah sampai tapi tak pergi..Ini info pasal Garden of Morning Calm dan juga boleh tengok info lain  kat  VISIT KOREA ni . Apa yang saya faham, dalam GMC mempunyai banyak taman taman...kalau during autumn, mmg cantik. Byk daun daun pokok bertukar kaler warna warni. Agaknyer kalau during Spring lagi cantik kut ekk...Saper yang sukakan nature, sesuai sangat dtg sini..mcm mcm ada..tp kami tak sempat jelajah semua.  Sebelum masuk, kami melihat jadual bas dulu. Bas menuju ke Stesen Gapyeong paling awal adalah jam 1.00 ptg. Kalau terlepas bas jam 1, maka kena mengambil bas jam 3.00 petang..Dek kerana mengejar masa, kami tidak mahu berlama lamaan di dalam GMC ni...Selepas berbincang, kami decided, masuk utk setengah jam sahaja. Since anak buah pun takmo masuk...org bujang...bukan suka pokok pokok kaler kaler ni, so dia tunggu di luar. Bayaran masuk ke GMC ni adalah KRW8,000..huhuuhu...bayar byk gitu, tp nak masuk setengah jam jer..redahhh...


Entrance ticket
Kekonon tidak mahu berlama lamaan sebab nak mengejar masa untuk menaiki Han Cruise River...memandangkan during autumn waktu siang lebih pendek, risau berjalan di waktu gelap boleh membuatkan kami tersesat.....konon jer ler yerk..hahaa... Tak naik pun Han Cruise River  tu...

Kat entrance












Memang cantik di dalam Garden of Morning Calm ini. Banyak tempat tak sempat kami nak jelajah...maybe di lain kali boleh datang lagi.

Kelabu tang muka...tengok yg belakang je le..kekekke







Gapyeong Tour Bus
Cepat cepat amik gambar...5 minit sebelum jam 1.00 kami dah keluar dari GMC. Bus sudah sedia menunggu.



Ahjumaa ni dok membebel bebel dalam bas (memberi penerangan tentang tempat tempat menarik kut...). Satu patah haram tak faham..hahaha..Tepat jam 1.00 bas bergerak menuju ke stesen Gapyeong (punctual sungguhlah). Tp saya membuat keputusan untuk stop di stesen Cheongpyeong sahaja. Sampai di stesen Cheongpyeong, kami tidak menunggu lama untuk mendapatkan train menuju ke Sanbong. Yg sebenarnya masa sampai di stesen ni, saya tak pasti...platform mana yang perlu di ambil. Kemudian kami nampak train lalu di platform sebelah...berlari kami bertiga turun naik tangga..ingatkan itu train yang sebenar ke Sanbong..hahhaa..ada ahjussi kat situ ketawa besar kat kami..buat malu jer..pastu berlari balik ke platform sebelah...adeiii....Utk meyakinkan diri saya tanya ahjussi yang ketawa tu...simple jer ayat tanya..

Ahjussi..Sanbong...

yea...yeaa..Sanbong..

Perjalanan yang mengambil masa selama 1.5 - 2 jam akhirnya kami sampai semula ke Cheongnyangni Train Station. Sampai di sini baru saya perasan, sebenarnya tidak perlu kluar dari train station untuk ke subway station. Jalan jalan punya, dah sampai ke Cheongnyangni subway station..hahaha..seperti biasa, just follow the direction and signboard. Dari Cheongnyangi kami menuju ke Itaewon. 

Cheongnyangni (Line 1) --> Dongmyo --> Transfer ke line oren Line 3 --> Itaewon

Belom lunch lagi waktu ni...kuat tahan lapar weh..hahhaa...dah dekat kul 4.00 petang masa tu. Kekonon nak cari Murree Restoran. Cari cari punya cari dalam paperwork Trip to Korea saya..ahaha..ntah mana kertas tertinggal. Kami berjalan tanpa arah tujuan di Itaewon, kemudian saya teringat satu kedai souvenier yang Mashie bawak kami dulu....huhuhu..mengimbau kembali kenangan tahun lepas..hahhaa...sebenarnya sy mmg ingat ingat luper saja kedai ni...tp tawakal..dengan ingatan yg sedikit, jumpa jugak..hehehe . Masa pergi kesini dulu, memang takde ambil gambar. Kali ni alhamdulillah, sempat ambil gambar..


Kreatif tul kedai ni....semua ucapan org dia tepek..






Senang jer nak cari Rainbow Souvenier ni. Betul betul mengadap jalan...sebaris dengan Hamilton Hotel. Kalau kuar dari subway, exit 3 (lupa exit braper..hahhaha..betul Exit 3)..tp rasanya Exit 3. kalau silap, maafkan saya..haha...Lepas dari exit, pusing ke kiri, kedainya berada di seberang jalan. Dah penat beli barang, kami lunch di Restoran Mr. Kebab.

Ehsan google..


Lupa nama makanan ni..



Takdan nak menerai icecream turkish ni..

Portion makanannya amat besar. Mmg saya tak abis makan. Tinggal semua nasi..makan ayam sahaja. Selesai makan, kami menuju ke Yeuoinado pulak. 

Itaewon Line 3 (Line Oren) --> Gongdeok --> Transfer ke Line 5 (Line Purple) -->Stop at Yeouinaru Station. Exit # 2 atau 3. 

Memang ada signboard Hangang Park. Tp ntah ler..klu baca blog orang lain, Hangang Park ni kena melalui laluan bawah tanah..tp kami x jumpa..so berpuas hati ajer lah dengan apa yang kami jumpa..hhhahaha..










Tak jumpa pun tempat pertunjukan warna warni tu...malas nak cari dah kut..maybe sbb dah penat agaknyer masa ni. Waktu ni dah hampir 5.30 petang. Suasana dah nak beransur gelap.....so layan jer mana yang dapat ek...Han Cruise River pun x merasa..lenakli ler kut..hahhaa....Selesai di sini, kami berangkat pulang ke guesthouse di Myeondong. Mmg x larat nak jalan dah kut..hajat hati nak ke night market pun kensel..haha......Be prepared untuk besok plak ya..Saya berazam, lainkali ke Korea, tetap nak mencuba Han River Cruise



No comments:

Post a Comment