Tuesday, 26 November 2013

Korea - Autumn Day 5 - Mount Sorak

3 November 2013

Kami sampai di Mount Sorak lebih kurang jam 4.00 petang. Sesampai je di situ, cepat cepat Gina turun dari bas dan berlari lari untuk membeli tiket, demi untuk mengelakkan kesesakan..hehe..Bagus tul Gina ni....Alhamdulillah dapat juga tiket untuk menaiki cable car. Tp jam 5.00 petang baru dapat naik..huwaaa....Sementara menunggu jam 5.00 petang, kami berjalan jalan di sekitar bawah Soraksan sambil menikmati keindahan pemandangan. 
Entrance



Rupanya kat bawah ni ada satu kuil Budhha..patungnyer punya lah besar. Dah rasa mcm kat Thailand pulak..hahaha..Menurut kata Gina, itu hasil peninggalan Jepun..erk...betul ker Jepun ekk..haha..saya ingat ingat lupa sejara korea..sian Gina. Penat penat dok stori mori, tp tourist xnak amik tau..kekeke..

Tu dia..besornyer...gambar ehsan google
Temple ni di panggil Sinheugsa Temple. Boleh tengok cerita pasal temple ni kat SINI. Gayat saya..hahahaha...sy mmg ngeri sket klu tengok temple dan patung patung ni....meremang bulu roma...Kat bawah ni juga ada sungai yang xde air..hehhee..dan jambatan....





The tourist, tourist guide & travel agency owner..hhhehe




Aksi kanak kanak riang..bluweeek...hahha
  




Akhirnya jam 5.00 petang...jom semua naik cable car...haishh..manjang luper nak amik gambar kenangan kenangan. Pada waktu ni, hari dah beransur ansur gelap. Meremut orang kat atas ni..huhuhu. Berasak asak, yang nak naik dan yang nak turun. Kami jalan laju laju menuju puncak gunung. Kelihatan ramai yang dah keletihan..x sanggup nak daki..hahhaha....saya gagah juga naik...



Sampai atas, mmg dah malap. Nak amik gambar, angin punyalah kuat, kamera bergoyang, gambar pun bergoyang. Tp sekejap saja kat atas. Sepanjang mendaki bukit, pemandangan dah x lawa. Pokok dah banyak togel..tidak seperti winter season masa saya pergi tahun 2012. Penuh salji memutih. Pada saya pemandangan di bawah lagi cantik..apa apa pun, saya tetap selamat mendaki ke atas untuk dua musim....hehhehe....Masa winter, tangga tangga tu semua di litupi salji. Tak nampak langsung. Hari pun dah beransur gelap....walaupun masa tu blom pukul 6.00 petang lagi. Kami beransur menuruni tangga....satu kelebihan ikut tour ni..hahhaa...boleh jump queue gitu....korean people akan bagi laluan pada tourist especially group tour. 

Sampai bawah, masuk bas, kita pegi makan pula ya.....sejuk sejuk ni, perut lapar sesaja. Malam ni kita makan korean food, kata Gina. Akak okay ajer..tp ai kesian my sister yg sulung tu. Susah nau nak telan korean food, especially yg ada bau bau ikan atau seafood tu...hehehhe..nasib ko ler kak..nak buek camno..
Ni restoran utk dinner kami
Jangan tanya saya camner nak gi ke restoran ni..hahhaha..I follow ajer. Ikut bus..kekkeke....Tp klu gi Sockcho bleh kut cari cari restoran ni. Saya andaikan restoran ni halal, kalau idak, takkan tourist guide bawak sini kan...Semasa masuk sini pun, ada satu lagi group tour dari Malaysia makan sini. 


Ikan bakar...sedap..tp bau..pening sket..
Spicy soft toufu with crabs + prawns

Glass noodle


Namanya Good Restaurant

Dah selesai makan, kami di bawa ke tempat penginapan. Sepanjang perjalanan, kami melalui kampung nelayan (yg mana tak braper nampak, sbb gelap..hahaha)...pastu Gina & Oppa driver tu takmo ler berenti pulak..haishhh....malam masih muda, balik hotel awal awal pun buat apa (itu kata saya). Menurut kata Gina, itulah kawasan perkampungan nealyan di mana penggambaran cerita Autumn In My Heart dijalankan.
Iniler resort tempat kami bermalam
Delpino Resort

Biliknyer luas ada TV juga..
Ada fridge, rice cooker, pot, dapur dan kettle
Tilam ala korean style

Tempat penginapan kami kali ni adalah apartment concept. Dalam satu bilik boleh memuatkan 4 orang. Tp kalau satu keluarga, 10 orang pun bleh buat, cuma tilam dan bantalnyer ada 4 sahaja. Memang luas...suasana di malam hari amat sejuk...berada di sekeliling gunung..angin menderu deru. How to find Delpino boleh masuk  SINI. Dan juga info berkenaan tentang Delpino boleh juga tengok DISINI


Delpino Resort ni betul betul dekat dengan jalanraya yang ada tol di Misiryeong. Itu yang saya ingat semasa keluar dari Delpino Resort. Next entry saya tunjuk waktu siang di Delpino ya...






Korea - Autumn Day 5 - Nami Island

3 November 2013

Rasa mcm panjangnyer nak abiskan entry ni...hahhaa...Hari ke 5, kami semua di kehendaki berada di lobi seawal 8.00 pagi. Pastikan breakfast cepat cepat....angkat semua barang cepat cepat...Bawak mana yang patut sahaja. Yang selebihnyer tinggalkan di lobi hotel, sbb kami akan datang semula ke sini. Hari ni perjalanan di teruskan ke Nami Island. Dari Yoido Hotel ke Nami Island mengambil masa lebih kurang 45 minit. Gina suruh cepat cepat, dikhuatiri berlaku jem yang melampau ketika hendak masuk ke Nami Island, sbb hari ni Ahad..kann.

Sesampai sahaja di Nami Wharf, mmg byk bas bas pelancong disitu. Nasib kami still baik, sbb tour bus dpt parking..klu x dpt, naya kena jalan kaki..hahhaa....Sampai saja di situ, Gina kata...okay...siapa mau kenshing..atau ooo...sila berbuat demikian sebelum naik ferry..hahhaa..

Tak pasal pasal kena pegang bendera..kkkeke


Org dah meremut...

Gayat tgk depa naik zip wire ni..

Pemandangan Nami Island dari dlm feri




Hari sebelumnya hujan, jadi di Nami Island ni juga, keadaan agak becak dan sejuk. Setelah penat penat pusing pusing Nami Island, kami berehat seketika. Sebelum ni Gina dah sajes, sila makan pancake disini di Sonata Cafe.



Inilah pancakenya. 


Meremut orang berbaris untuk membeli pancake ni. Sedap rasanya. Rasa liat liat sedikit, intinya kacang merah. Pekena pancake panas


Sejuk sejuk pekena hot coffee dan hot pancake
Nak amik gambo tunggu clear..jenuhhh



Hhahaa...kekonon nak dok sebelah Jun Sang...x menjadi.....poster kat sini pun dah di tukar ke poster yang baru....tahun lepas, penuh dengan contengan dan tandatangan....





Kenangan Winter Sonata




Cantik sungguh scenery di Nami Island ni. Selesai berpusing pusing dlm Nami Island, kami semua di kehendaki berada di tempat feri berlepas jam 11.00. Tepat jam 11.00 pagi, kami semua mula menaiki free dan meninggalkan Pulau Nami. 1001 macam kenangan di sini.....Didalam bas, kami di beritahu bahawa kita akan makan dulu....dan Gina peringatkan supaya bawa telekung turun bersama.

Kami di bawa ke restoran ni. Dekat sahaja. Berada di sebelah kiri jalan, berhadapan dengan tempat parking. Yang bagusnya restoran ni, ada di sediakan tempat solat. Tak pasti samada tempat solat tu mmg disediakan untuk tourist, ataupun disediakan khas utk group kami. Kebetulan masa kami sampai di restoran ni, ada satu group Malaysia yang lain pun makan di sini. Kalau nak keluar ke stesen gapyeong memang melalui restoran ni.

Tak tau nama sbb dlm bahasa korea..heheh


Nasi di masak dlm batu panas..Lepas korek korek nasi ni, masukkan air kosong...maka jadilah bubur nasi..hehhe....


Ikan goreng..tp susah tekak akak nak terima..haha..

Meriah side dishes nya..

Selesai makan dan solat, kami meneruskan perjalanan menuju ke Mount Sorak. Perjalanan lebih kurang 2 - 3 jam....tak ingat..sbb dlm bas, membuta...hahhaha...