Friday, 22 May 2015

Amazing Perth & Western Australia - Day 4 Part II

Hari ke 4 Part II (sebab banyak sangat gambar, walaupun tak banyak cerita..hehhehe)

Sepanjang perjalanan ke Augusta, kami melalui hutan simpan Australia agaknyer. Kiri kanan pokok pokok, ada yang besar, ada yang kecil. Ada hutan yang terbakar, ada daun warna warna. Walaupun hutan, tp sedap juga mata memandang. Saya sebenarnya cuba hiburkan hati sendiri yang terkuciwa.......heehe. Memandu disini pada saya memang perlukan GPS or maybe ada yang pandai baca peta, boleh juga menggunakan peta. Mujur saya amik GPS. If bergantung pada waze dan google map semata, dengan internet signal yang celum celam, kang ada yang salah masuk simpang lak....



Sunyi sepi





**Notakaki:  Gambar hutan tu tak ikut turutan. Tp itulah pemandangan yang kami nampak sepanajng perjalanan dari Albany ke Augusta. Bayangkan bila hari makin gelap....nampak pokok pokok sedemikian rupa....huhuhuuhu..scary dak..kekkek



Tgh drive, nampak satu signboard, menuju ke National Park...hahhahaa..Pantang nampak perkataaan National Park, sibuklah nak masuk. Masuk kedalam...jauh...ntah kemana mana sampainya. Tak nampak apa yg menarik. Tp stop gak tu...amik gambar...hahha...Ntah National Park mana kitaorang masuk tatau ler. Yang ada kat sini cuma tanah lapang, tanah merah dan sebiji rumah.

Poison risk. Do not touch the trees

Saya ada terbaca di satu blog, (tak ingat blog mana....biasalah saya..lupa manjang...haahha). Jumpa gak blog tu semula. Saya baca dari blog INI.  Dalam blog tu ada mengatakan bahawa pihak berkuasa Australia memang sengaja menanam sejenis pokok yang beracun di tepi tepi jalan. Itu adalah untuk menghalau binatang dari melepasi jalanraya dan dapat menyelamatkan para pemandu dari terlanggar para haiwan ni semua.


Abaikan perut moncit tu...hahha. Muka org frust....





Stop sini semata mata nak amik gambar pokok2 tu....hehhehe


Tadak kojo...hahhahaah...

Sunyi jer kat jalan yang kami stop ni. Ada ler sebiji dua kereta lalu. Mesti depa pun heran, pebende ler budak budak pompuan ni dok buat stop kat tepi jalan...hahahhahha...

Sampai di pekan Denmark, kami lalu sahaja untuk meneruskan perjalanan ke Walpole. Nyesal lak tak turun kat pekan Denmark sambil amik amik gambar. Banyak tempat menarik kat Denmark ni seperti Valley Giant of Tree Top Walk, Elephant Rock, Beaches and coastline. Tp saya tak masukkan dalam itinerary. To explore tempat2  ni, kena tambah hari ler kat Western Australia..hahhaa..

Ehsan pacik gugel..

Lebih kurang 1 jam dari Denmark, kami sampai di Walpole, perlu untuk isi petrol. Nampak jer petrol station saya terus drive masuk. Pastu kami heran apasal la org org tua kat situ dok pandang pandang kami...mula ingatkan kut lah depa pelik, sbb kami pakai tudung. Rupanya sebab kami masuk kat petrol pam yang jual diesel saja.....hahaha....memang haru sungguh lah. Patutlah kat situ kami nampak four wheel drive jer yang benti. Sekali keter comei kami masuk situ, sbb tu orang heran..hahahaha. Bebai semua.  Pastu nampak satu lagi petrol pam...udah terpinga pinga nak masuk ke idak, sbb laluan masuk ke situ mcm agak tinggi binaannyer. Lama gak kami dok dlm kereta berpk pk. Pastu nampak keter lain selamba je naik atas tu. Bila dah nampak keter lain buat gitu, baru kami berani masuk. Risau gakk....udahler keter sewa..kang tersagat ker, apa ker...naya....

Kami stopped kat taman ni

Lepas isi minyak, kami isi perut. Kagum gak, sbb walaupun pekan Walpole ni kecik jer, tp ada visitor centre bagai. Agak2 tersesat, tatau mana hala nak pi, boleh ler pi tanya kat visitor infomation centre tu. Masa ni, abis seluar saya kena stain, period membuak buak. Geli geleman lak masa nak tukarkan pad, sbb takde air..hehhee. Mujur kak zu ada seluar extra, tukar yang baru. Saya bawak ngam ngam jer. Yg lain semua tinggai kat MH.

Sejuk dan lapar.


Takde sapa. Kami je

Kosong......

Selesai makan makan, dari Walpole kami meneruskan perjalanan dan sampai di Pemberton selepas 1 jam lebih memandu. Memandangkan hari masih belum gelap, kami berhenti seketika di Pemberton. Apa lagi....snap snap pica...haahhaa...Waktu ni suasana makin beransur petang. Nyaman sungguh berada di pekan kecil begini, walaupun ada sesetengah kedai yang sudah menutup operasi.

Pekan Pemberton

Jumpala sikit daun kaler kaler


Tanda dah sampai Pemberton๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Beria posing...๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Kereta banyak, tp orang nyer...susah nak nampak

Mcm tugu peringatan gitu....

Dalam perjalanan (saya dah tak ingat sebelum atau sesudah melalui dua pekan ni iaitu Denmark dan Pemberton), tp yang saya ingat, sampai di satu jalan, kami kena tahan. Walawey...cuak weii...Masa tu Lina yang drive, dia tak pasan ada orang tunggu tepi jalan ngan signboard STOP. Kami yang cakap...Lina...stop..stop. Terlajak sikit ke depan, kami angkat tangan tanda sorry. Tp org tu tak kata apa apa...masa tu kereta kami jer tau. Cuak wei..sbb kiri kanan memang utan. Pokok tinggi tinggi. Kendian adalah sebiji keter lain kat belakang. Lama juga kami menunggu, kami nampak satu truck datang dari hadapan dengan beberapa biji kereta. Truck tu pusing membelakangi kami, kemudian org tepi jalan tu bagi isyarat suruh kami ikut truck tu, Drive Slowy, Do Not Overtake. Since ada kereta lain kat belakang, idakler risau sangat. Rupernya depa ni dok baiki jalan. So, truck ni akan amik kereta dari each side, kena follow dia, pastu sampai kat sebelah sana, dia bawak plak keter dari sana sampai tempat kami berhenti tadik. Begitulah berulang kali. Baguih nyer lah. Kalau kat Malaysia....hmmm.. pandai pandai ler korang yer...hehhehe..

Traffic force

Sebelah kiri - orang tu le yg tahan....STOP

Kiri kanan pokok pokok ni jer..
Orang yg jaga jalan


Kena follow truck ni..

Perjalanan dari Albany ke Augusta, membuatkan kami mereka reka pelbagai citer dalam kereta...hahaha. Serasakan macam dalam horror movie yang selalu kita tengok kat TV. Tup tup ada orang tahan tengah jalan la.....ada binatang melintas tengah jalan la...ada nampak bayangan macam mcm....mcm mcm citer mengarut kami. Yang pasti kami kagum, walaupun dikelilingi hutan belantara, boleh dikatakan sepanjang perjalanan, ada jer signboard BED and BREAKFAST (BB) dan juga signboard TOILET. Mulalah kami pk pk..agaknyer sesaper yang melalui perjalanan yang jauh, tak sempat sampai ke destinasi, akan stop di BB ni. Sekali lagi segala imiginasi mengarut kami keluar...hahahha..sekadar nak menghiburkan hati yang bosan dek kerana perjalanan yang panjang. Tp masa tu tak pikir apa. Pk seronok seronok jer. Dah balik Malaysia..mak aaihhh...segala perkataan gayat terkeluar....

Rasa mcm dlm horror movie

Ni pun scary๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

Kami tiba di Augusta, lebih kurang jam 6.00 petang. Walaupun tahu Cape Leeuwin Lighthouse sudah di tutup, kami tetap pergi kesana. Untuk menghayati suasana disini. Angin sangat kuat...tiap kali ambil gambar, jadi cam pocong lak saya..hahahaa.

Pocong hahhahahaha....abis terbang pin  dan tudung..

6 petang tp macam dah senja




Ada yang tiba tiba merasa sedih dan pilu pula memandang seluas luas lautan dengan ombak yang kuat dan angin yang kuat. Ye lah..teringat MH370 le tu. Dan ada yang bertanya, if betullah MH370 jatuh dalam lautan Hindi, how are they going to survice. Mcm miracle je kami rasa if ada yang survice. Tak dapek la ahkak nak jawap yer. Sb ahkak pun tak tau. Takleh nak imajin...x dpt nak imajin. Bayangkan laut seluas luas mata memandang dengan ombak yang kelihatan lembut tp sebenarnya ganas. Melihat laut sahaja dan membuatkan kami meremang bulu roma.

Semakin waktu merangkak ke malam, jam 7.00 hari sudah begitu gelap. Kami beransur meninggalkan Cape Leeuwin Lighthouse. Singgah sebentar di mart, untuk beli pad dan juga mineral water. Kemudian set GPS ke Heppingstone View. Mcm saya katakan sebelum ni, jalanraya di Australia lurus sahaja. Tp serasakan betapa lama nyer nak sampai ke satu satu tempat. Walaupun dalam GPS kata 5 minutes, tp bila drive, rasa mcm 10 minutes.

Sesampai di Augusta Manor Baywatch, kitchen nyer under renovation. Tp ownernyer tersangatlah baik. Dia offer if kami perlukan apa apa. So, kami minta microwave dan juga kettle. Dia menunjukkan bilik kami. Cukup untuk 4 orang, satu bilik, tp bilik air kena berkongsi. Punyalah baiknyer owner ni, dia offer satu bilik lagi -twin room with attached bathroom - untuk kegunaan kami. You can use this room too. So you all don't need to go down to the bathroom. Aduhai...baiknyer laaa. Bila kami sebut Laparrr..Lapar......paham lak dia..hahaha. Hungry, he said. ....then dia kata,..dia tau Malaysia. Ada kenalan di Malaysia katanya....hmm..ye lah..apa apa jer. Kami lapar ni. Cepat sket antor microwave...heehe..


This is our room. Perasan tak pintu depan no 5 tu. That is another room yg owner tu bagi kami gunakan..

Actually boleh muat tuk 6 orang. 

Ni la twin room yg owner tu bagi kami guna, Sbb bilik ni ada attached bathroom.

Masa sampai sini, owner tu ckp, ada 6 orang jer. 2 orang japanese male, dan kami malaysian female.. hehehhe.....maybe sebab tempat ni still under renovation kut. So, x ramai yang memilih tempat ni. Kalau nak bagi review...for me, takat nak tido jer, boleh la. If nak selesa sgt...hmmm...kena carik hotel kut. Keselesaaan pun bergantung pada individu. Pada saya....okay ler untuk guesthouse 2 bintang.

Untuk dinner, kami masak spageti dan juga maggi. Tu lah makanan yang mampu sepanjang di Australia ni...hahhaahhaa. Best kat sini, wifi free ya. Gunalah semahunya.  Masing masing memang penat dan kami mula melabuhkan diri untuk beradu. Saya tidak sedar pukul berapa saya terlena sambil memujuk hati yang terkilan. (To my travel friends, if you read this, jangan amik hati lak yer..ai xde pepe. Cuma terkilan sikit jer.....but still enjoy)

Good Night semua.



Amazing Perth & Western Australia - Day 4 Part I

11 May  2015 - Monday

Hari ke 4 di Western Australia. Awal pagi baru saya perasan, betapa kotornya kereta berwarna putih. Kak Zu kata, semasa dalam perjalanan semalam, ada  road construction sedikit. Mungkin masa tu agaknyer segala kotoran naik ke kereta hingga ke side mirror. Saya ni jenis, risau dengan barang barang yang disewa atau di pinjam. Dek kerana tak mahu kekotoran terus melekat, saya cuci sikit sikit dengan air. Jadi lah...ilang gak itam itam pada kereta. Rajin sungguhlah pepagi hari mencuci kereta..


Jom..ready to go..

Check dulu apa yang patut

Gambo giler semua...hahhaa

Selepas breakfast, kami terus kami menuju ke Lake Sepping dulu. Saya x menjangkakan langsung bahawa Lake Sepping ni berada berhadapan dengan kawasan perumahan. Masa sampai di sini, ada sorang acik minah saleh ni, dok pandang pandang kami amik gambar ngan itik itik tu semua...hahahha. Pastu nampak macam dia panggil panggil seseorang dari dalam rumah. Kami dah mula cuak..hahhaa. Takut kena sergah. Memang ada tulis disitu, di larang memberi makanan kepada itik itik. Biarkan itik2 tu makan secara semula jadi. Bukan kami bagi makanan pun...ambik gambar jer....Copot copot amik gambar. Mengong tul laaa....

On d way ke Lake Seppings - seorang manusia pun tak nampak lagi..

Lake Seppings

Mcmler xde itik kat Malaysia..hahhaa

Itik je pun...hahahha

Amik gambo ngan itik pun jadik....kekkekke

Itiks itiks..

Besar agaknyer Lake Sepping ni. Tp kami cuma jumpa bahagian ni saja. Kecik jer bahagian yang kami jumpa. Ada tasik, ada itik itik, ada pokok pokok....utk photoshot memang cantik. Selesai amik gambar di Lake Sepping, kemudian kami pergi ke pantai. Saya tak pasti apa nama tempat ni. Ni lah Middleton Beach kut...Disini pun kami tak lama. Sekadar ambil ambil gambar dan menikmati pemandangan dan keindahan alam di Albany.

Pokok belakang ter cantas

Benarnyer nak amik gambar pokok dua batang kat blakang tu. Tp minah saleh yang kami mintak tolong tu tak tau kut yg kami nak pokok dua batang tu...hahahha..Nampak jer pokok separuh. Sbb in real, pokok tu amatlah cantik...

Lupa pantai apa

Aksi photographer tak pro...hahhahha..

Kemudian kami set GPS untuk menuju ke Torndirrup National Park. On the way ke National Park, kami melalui satu kawasan mendaki bukit sikit...makin lama, makin tinggi...makin banyak yang dapat kami pandang. ..dari sini memang nampak pemandangan indah laut dan pekan Albany. Semasa berada di Albany, cuaca agak mendung, dan hujan renyai sedikit. Tp sekejap jer..

Kat pantai - pantai apa ntah...hahhaha....
Ada satu lookout kat atas ni if nak tengok keseluruhan Albany

Antara pemandangan dari lookout

Semasa berada disini, kami didatangi oleh seorang mat saleh middle age. Tanya nak kemana. Then dia sajes untuk naik satu mountain...(lupaaa daaaaaa namanya...hahhaa. Lupa sebb mende tu mmg takde dlm itinerary...hehhehe). Saya gugel semula..dan akhirnya jumpa. Nama mountain tu Mount Clarence. Dia kata, dari situ, view memang cantik sangat. Memang kami melalui jalan tu, tp sebab terlepas kedepan, malas nak patah balik ke belakang...kekekkek. Kami meneruskan perjalanan ke Torndirrup National Park dan sekali lagi melalui pekan di Albany - Albany Historic Town. Memang unik binaan binaan disini. Saya ternampak Albany Backpackers. Ooo..disini rupanya. Saya anggapkan ini adalah pekan lama Albany.

Masa ni hujan renyai renyai

Cuaca memang mendung jer...


Albany Backpacker

Gloomy jer cuaca.

Kami terus jalan lagi mengikut arahan GPS....kami nampak signboard ke The Wind Farm. Jom singgah....walaupun tak letak dlm itinerary...hehhehe.. Di Australia ni, jalannyer memang lurus dan elok saja. Tp serasakan betapa lamanya dan betapa panjangnyer jalan untuk sampai ke satu satu tempat. Sepanjang jalan, memang terasa sunyi saja. Akhirnya sampai juga ke The Wind Farm. Cuma kereta kami sahaja. Kami park kereta, ambil ambil gambar cepat cepat, jom blah. Penakut juga kitaorang ni hehehhe.

Parking Wind Farm
Hanya kami

Sunyi dakk....huhuhuhu...

Signboard ke Wind Farm


Kami ber4 jer ada kat sini...

..

Keluar dari The Wind Farm, nampak signboard Albany Regional Prison. Tp cantiknyer la prison. Kawasan sungguh tenang dan damai. Takleh masuk, tengok dari luar jer..hehhee.

Albany Regional Prison

Jom cari Torndirrup National Park....kami terus ikut kata GPS. Melalui Frenchman Bay Rd, ntah kemana mana GPS bawak. Tiba tiba in the middle of road of nowhere....you have reached your destination. Biar betik wehhh. Tengah jalan tu. Kami patah balik kebelakang. Nampak signboard TNP. 30km/s unsurface road. Jalan tanah merah. Masuk gak. Kiri kanan pokok pokok aje. Takde seekor unggas dan seorang manusia pun. Halfway masuk, dah x berani ler pulok. Patah balik. Pergi cari petrol station. Pi tanya org tu kata, betul la jalan yang kami masuk tu. Pegi masuk lagi sekali. Terasa bagai lamanaya nak sampai. Bilalah jalan tanah merah ni nak berakhir. Berselisih dengan hanya sebuah kereta je. Dalam hati mula pikir bukan bukan..if tiba tiba kluar apa apa dari hutan kiri kanan, mana mau lari daaa....dasat punya imigination. Akhirnya sampai ke hujung jalan.....jalan tu berpusing mcm uturn. Meaning itulah jalan mati. If pusing, patah balik ke luar.

Ginilah jalan tanah merah nyer...

Kekawan ai lagi sekali menakut2 kan ai tauuu....hahhahaha. Sabor ja le. Depa xmo jadi orang Moari. Kang kena rampok ka, apa ka. Last last kami decided, jom ler kluar dari kawasan ni. Sebab seingat ingat saya, bila baca kat blog, xde lah orang dok citer kawasan tu sunyi sepi. Kena lalu jalan tanah merah bagai. Adakah saya tersilap jalan. Tidak ketemu jalan yang betui.  Akhirnya terkuburlah harapan untuk melihat The Gap, The Natural Bridge, Blow Holes....etc.


Maka kami pun meneruskan perjalanan ke Augusta. Tapi sebenarnya saya masih tidak berpuas hati. Kenapa saya tidak menemui jalan ke The Gap & The Natural Bridge. Saya rasa saya dah study abis dah pasai Albany. Waktu ni memang saya terdiam seketika, mood pun dah kelaut sikit lah. Terkilan....sambil sambil berpikir, pk dan pk dan pk lagi, kendian baru trigger dalam kepala otak...naper tak google map aje. Naper bergantung pada GPS semata. Sambil ketuk ketuk kepala..sengal.. sengal...bengal.. Nak bertanya orang tu mmg terpk dah dlm kepala, tp x jumpa orang. Bagi saya apalah maknanya turun ke Albany tetapi tidak dapat melihat Natural Bridge dan juga The Gap. Nyumpah nyumpah diri sendiri. Saya terkilan amat amat sangat..tapi pujuk pujuk diri sendiri. Saya tak pasti about kekawan yang lain. Saya tak tahu apa  yang orang lain pikir. Cuma saya  ler, bagai nak pecah kepala pk naper x jumpa...kenapa.. kenapa..why..aduhai...sia sia study bagai nak rak, endup tak jumpa apa yang kita nak.....