3 November 2015 (Selasa)
Dah hari Selasa dah ye. Esok kengkawan yang lain dah nak balik Malaysia. Saya, lina dan nani akan meneruskan perjalanan ke Jeju Island ler pulok.
Jam 7 pagi semua dah kumpul. Plan saya, amik subway ke Gangnam, kemudian amik bas. Tp sbb ada yang dah terer guna subway kan....so dia sajes amik subway terus ker Everland. Saya okay jer. Lagi pun awal lagi. Everland pun bukak jam 10.00 pagi.
Dah tak ingat amik fastest ke fewest transfer. Tp ini ler laluan yang kami ambil hari tu. Dari Myeondong (Line 4 Blue Color) --> Stopped at Chungmuro and transfer to Line 3 Orange Color --> Stopped at Yangjae Station dan transfer ke Shinbundang line Red Color--> Stopped at Jeongja and transfer ke Bundang Line Yellow Color --> Stopped at Giheung and transfer to Yongin Everline, Green Color --> Stopped at the last Station. Take shuttle bus to Everland. Perjalanan lebih kurang 1 hr 37 mins melepasi 37 stations. Fare KRW3,350.00.
Awal pagi x ramai sangat org kat dalam subway. Tp bila masuk Shinbundang Line dan Bundang Line punyalah ramainyer ler. Memang tak dapat seat langsung. Bertabahlah berdiri dalam subway train. Cuma bila dah masuk line ke Everland, barulah orang mula berkurangan.
Sepanjang jalan nak ke Everland, nampak suasana berkabus. Sesampai jer di Everland, memang sejuk giler ko. Saya plak x bawak baju tebal. Sarung tangan pun tinggal.....huhuhu. Sebbnyer hari sebelum tu, suhu dah x sesejuk sebelum ni. Maka saya konpiden jer ari ni x sejuk sangat. Sampai sini, gigil gigil berlari...hahhaha. Saya terus mencari foreigner kaunter untuk membeli tiket masuk. Since ada kupon, dapatlah discount, so kena bayar KRW34,000 jer seorang. Elok jer masuk, sebelum semua terpisah, pakat2 dulu nak jumpa kul baper. Saya kata, kul 3, semua kumpul depan entrance. Nnt diskas balik weder nak teruskan sampai tengok bunga api, or nak terus balik Myeondong.
 |
Kul 8++ dah ramai umat beratur nak masuk Everland
|

Maka terpisah ler kami pada dua group. Yang lain tu nak ngekor akak jer. No hal..jom kita try apa yang patut. Memola kami naik sky cruise. Ala ala cable car gitu. Sekejap jer pun. Tak puas rasanya. Kemudian kami naik Skywalker kut namanyer. Dari bawah kami naik keatas, selepas tu bebaris semula turun kebawah...hahahha. Betui betul mcm budak budak. Kami masuk ke Safari World pula. Bagus nyer sbb ada satu group dari China. Since depa tu ramai, so depa lepaskan kami dulu naik bas. Selesai di Safari World, kami masuk ke Amazon Express. Kelako giler...terjerit jerit semua mak mak budak kat amazon express ni. Mujur ada cover. If not, kena air, lagi laaaa. Ada gak yang basah kena air, tp kami really enjoyed. Berputar putar naik mende alah tu berjalan dalam air. Dah setel kat Amazon Express, zu ngan dani nak naik T Express. Sebenarnyer saya teringin, tp ntah lah. Saya takut...umur dah begini, byk sangat pikirnya. Yang lain pun xmo naik T Express. Sementara menunggu zu ngan dani, kami pusing pusing sekitar dan mengopi dulu. Sian Nani sbb dia nak masuk Haunted House. Tp xde saper nak temankan dia...sbbnyer semer kedeeekkss.. hahhaha. Masuk Haunted House kena bayo lain. Saya lak, x suke, sbb nnt saya takut terbawa bawa dlm tido. Penakut giler saya ni.

 |
Naik ni berulang ulang kali
|
 |
Tadik naik, pastu turun balik
|
Turun jer zu ngan dani dari T Express, kami masuk ke Lost Valley. Kat sini barisan panjang. Boleh ler...enjoyed gak and best merasa pengalaman naik bas atas air...hehhhe...dalam hati risau gak. What if bas tenggelam..hahhahaha...Masa kat sini memang lama. Kemudian tengok jam dah hampir ke jam 3 petang. Janji dengan yang lain nak tunggu kat entrance jam 3. Ada yang nak solat dulu, kami singgah kat surau sebelah mansion mysteries bersebelahan Rotating House. Lina ngan dani masuk dulu. Kemudian Nani lak nak masuk..hahaha...udah jenuh nunggu sorang sorang. Akak dah risau...almaklum dah dekat kul 3 kan... Group lagi satu dah wasap tanya kenapa lambat...terpaksa lah bagitau yg kami stuck kat bawah sebab ada parade. Depa nak balik dulu, since depa pun dah tau camner nak balik naik subway....so silakan. Tinggallah kami ber 7 tersangkut kat bawah.
 |
T Express
|
 |
Jalan masuk ke Amazon Express
|
 |
The Lost Valley. Naik bas yang boleh masuk air
|
 |
Flamingo kat Lost Valley
|
 |
| Zootopia |
 |
Amazon Express
|
 |
Bas ni boleh jalan atas darat dan air
|
 |
Surau
|
 |
| Parade yang menghalang jalan naik..kekkke. |
Dah berkumpul semua, memasing pun xmo tunggu bunga api. Semua nak balik. So, saya cadangkan semua naik bas, then kita stop di Gangnam. Dan boleh ler kita menerai Yang BBQ Korean Lamb kat Yeoksam. Perjalanan dari Everland menuju ke Gangnam lebih kurang 45 minit. Semua terlelap dalam bas. Ada yang pening pening lalat, sbb dah lama x naik bas kannn.......
Sampai Gangnam saya blurr sbbnyer kami ni stop kat Gangnam. Manakala Yang BBQ tu dekat Yeoksam. Pastu nampak signboard nak ke subway Yeoksam. Nampak dekat, tapi risau juga nak berjalan kaki. Kang sesat sesat barat lak. Masa tu pun hari dah mula beransur gelap. Mengikut direction, kena kluar dari subway di Yeoksam. Satu stesen je pun. Saya kata, takper lah..kang lagi sesat, payah juga. Jom ler naik subway. Berpandukan direction dari blog
radinfadli dan juga blog
Muslim Backpackers ni , sampai juga ke kedai BBQ Lamb ni. Alhamdulillah...badan penat, perut lapar. Dapat makanan panas panas..perghh...nikmatun sungguh lah.



Seleasai makan, kami pun naik subway pulang semula ke Myeondong. Mcm biasa, those yang nak menyoping lagi, sila lah ye. Saya nak tido. Pastu saya pening dok memikir, memasing ramai yang xnak pegi kelas Kimchi Making ngan pakai Hanbook ni. Walhal sebelum tu saya dah tanya semua...nak ke xnak. Sapa yang nak, sapa yang xnak. Semua okay jer sebelum sampai Korea, tapi bila tiba Korea, dah berubah pikiran. Macam macam......
Saya guna kuasa veto jer masa ni. (giler koser koo...) sbb saya dah booked untuk kelas ni. Diaorang jugak yang beria ia nak join kelas kimchi ngan pakai hanbook tu sebelum ni kan. Dengan group yang balik awal tadi, saya whatapps jer, bagitau yang esok kena pegi kelas yang saya dah booked tu. If not, saya terpaksa tebal muka memberitahu alasan alasan x dpt hadir ler pulok. Gasak ler....yang lain terpaksa ngikut....sbb takut saya jadi mak ko ijo...hahhahha.
**pd saya orang Korea adalah orang yang menepati janji. Jadi saya tak mau mungkir janji. Booked utk 8 orang, tp 3 sajer yg pegi. Pada saya jgn nnt memberikan impression tak elok. Dah kata dah janji nak join kelas, so, please join. Udahlah kita booked tanpa bayar apa apa. Orang dah allocate siap siap time untuk kita. Tiba tiba jer takmau pi...hoishh laaa.
