Wednesday, 25 November 2015

Autumn in Korea 2015 - Day 3

1 November 2015 (Ahad)

Kalau ikut perancangan, hari ni ke Namsan Tower, Gyeongbukgong, Gwanghamun Square dan SM Town Theme Park. Itu kalau ikut perancangan. Maka memola marilah kita menapak ke Namsan Tower dulu. Penat juga menapak dari Namsan 4 ke Namsan Tower. Tp ada akak kisah.. haahaha...sbb akak dah kabo awal awal kan.... Sian uols, kena dera dengan ai......kekkekekke.

Mentara nunggu geng lain siap nak daki ke Namsan .....hehhehe

Since kami sampai awal, maka tak perlu berbaris panjang. Cepat saja urusan membeli tiket. Dan cepat juga naik keatas dengan cable car. So, bergambar lah sepuas hati nyer yerk.

Dalam cable car


Ahjussi sebelah kanan tu beria nak amikkan gambar kitaorang

Kunci kunci cinta dah bertambah kat bahagian bawah

Dah setel di Namsan Tower, kami menaiki bas 05 menuju ke Gyeongbukgong. Sesampai di Gyeongbukgong lebih kurang jam 1245 tghari, sedang elok jer Changing Guard Ceremony nak bermula nak bermula. Cepat2 saya pergi membeli tiket masuk. Selesai upacara, memasing dah x larat nak jalan masuk ke dalam. Saya, zu dan dani jer masuk rasanya. Dah lupa laaa..haahhaha..almaklum mak rombongan malas nak amik kisah. Cerita semalam sahaja dah cukup membuatkan mak rombongan terkedu huhuhuhu. Nampak jer ai brutal, tp dalam hati ada taman tauuu...

Kat board ni  ada tulih nama tempat untuk berhenti...so pilihler mana mau stop..










Masa ni ntah ada apa kat Gwanghamum Square ni tatau ler. Tp berderet deret polis Korea di tepi tepi jalan....x lama lepas tu nampak sekumpulan kereta lalu. Kereta orang beso beso le kut.


Kami amik gambar cepat cepat jer. Pastu kluar dari Gyeongbukgong menuju ke Gwanghamum Square. Masa kat sini, ada yang dah start lapar. Ye lah..dah pukul 2 petang...perut pun dah berkeroncong. If ikut perancangan saya, saya nak bawak mereka mereka makan kat Restoran Vegetarian kat Insadong. Udah otak blank xleh memikio jalan hala ke sana, walhal dekat jer rasanya. Saya amik keputusan ke Itaewon saja. Jom naik subway, penatkan kaki anda semua. Sampai Itaewon, memasing dah tak mampu dah nak jalan keatas lagi menuju ke Murree Restaurant. Maka terpaksa lah berpuas hati, berhenti makan di Foreigner Restaurant aje. Jemput makan semua.




Dah lapar semua nampak sedap. Kekonon nak mencuba makanan Korea..tak tercapai gak hajat..ekkkke. Memasing memang nampak x larat. Senyap semua menunduk, kosentret makan.

Bila dah makan, perut dah kenyang, semua nampak macam malas dah nak jalan. Acaner gayanyer nak ke SM Town ni. Eh...bukan SM Town Theme Park tapi SM Entertainment. Tiba tiba bertuko haluan lak bila dah tiba ke Koera. Nak pergi hari ni juga. Ada yang taknak pergi sbb SM Entertainment takde dlm list masa diskas huhuhuhu....haru. Masa ni jam pun dah dekat 4 petang. Sebenornyer bukan ler masalah pun if dah kul 4.00 petang. Cuma masalahnyer nak kena split kepada dua group. Ding dong ding dong dok diskas, last2 saya buat keputusan, kalau nak pergi, esok ajelah. Mintak maaf yer dek non. 6 vs 3. Nnt esok akak ajar camner nak gi. Untuk hari ini, kita jalan jalan di Itaewon sahaja. Those yang teringin ke Masjid di Itaewon tu, saya suruh pergi sendiri. Tunjuk arah jer...sbb dah dekat sangat. Yang x larat, semua melepak kat Foreigner Restaurant ni. Org lain bertuko bersilih ganti...kami jer yg terus terusan melepak...agak2 lapar lagi, amik makanan lagi..hahaha....buffet kan.

Selesai makan, saya bawak masuk ke kedai sourvenier Rainbow di Itaewon, Masa jalan jalan sekitar Itaewon ada pula yang dah x larat. Sian ler pulok. Dipendekkan citer...udah udah ler....Jom balik guesthouse. Saya pun dah penat benonyer....Jangan serik ikut travel ngan ai lagi ye......penat kome




No comments:

Post a Comment