Thursday, 26 November 2015

Autumn in Korea 2015 Day 6 - Jeju Island Day 1

4 November 2015 - Rabu

Hari terakhir di Seoul. 7 orang dari dlm kumpulan akan pulang ke Malaysia hari ni. Manakala saya, Nani dan Lina akan meneruskan perjalanan ke Jeju Island pula. Bagaimanapun kami perlu ambil Illa di Airport. Illa tiba di Incheon jam 8.00 pagi tadik. 

Those yang kena pergi buat Kimchi dah siap siap. Erra ngan Jiejah memang takmo dari awal. Lina tarik diri last minit, sbb dah tak larat. Saya kenalah menebalkan muka memberikan alasan yang munasabah nanti. Segan juga. Dah beria booked untuk 8 orang, tup tup ada yang tak jadi. Mujur sorang jer. Tu pun yang lain tu dah aci seram jer ngan akak kann...hahahhaa...if ada saper yang nak kensel lagi, mmg jadi ijo akak tawww. So pergilah kami ke Kimchi Academy. Berpandukan email yang mula mula katanya between Body Shop ngan My Zara. So saya polo ler yang lama. Dah siap naik atas bagai, terjumpa sorang ahjumma ni. Dia tengok kami terpinga pinga..then dia ckp....Kimchi...ande ande...sambil menyilangkan kedua dua belah tangan nyer mcm ni X. Paham ler bahawa takde. Mujur saya bawak email yang terakhir.

Berdasarkan email yang terakhir, kami mula mencari. Senang jer benonyer. Tp sbb blurrr manjangkan..hahahha. Payah dpt mak rombongan mcm saya, gabra bukan bukan. 

Ini alamat yang baru untuk Seoul Kimchi Academy (buat masa ini, hingga saat ini). Lepas ni taktau lah ye. So kena merujuk kepada email yang nnt depa bagi if kita buat booking. 

Seoul Kimchi Academy
Cheong Hwi Building, 7th Floor
Myeon-Dong 2 Ga, Jung-Gu

Direction:
Get out Exit 6, Myeondong Station of Seoul Metro Line
Turn left (Sampai atas je turn left) akan lalu Nature Republic sebelah kiri
When reach 5th Intersection, turn right
Akan nampak Woori Bank --> Samsung Fashion --> J Hill Hotel
Sebenarnya Kimchi Academy tu dalam bangunan J Hill Hotel tu kat tingkat 7.
Kalau x confiden, pandang atas, mesti nampak signboard J Hill Hotel hahaha. Teringat pulak kes sesat kat Myeondong dan nak cari jalan balik ke guest house masa tahun 2012

Sampai situ dah ada 2 tourist dari Jepun dan 2 lagi dari China. So kami ber7 dari Malaysia. Orang tu bagi penerangan in English di selang seli dengan bahasa Jepun. Yang Chinese 2 orang lagi tu, ada translator kat sebelah bagi explain in Chinese. Dah selesai buat Kimchi, packed memasing punya dalam bekas yang di sediakan, sealed dan boleh bawak balik Malaysia. Pastu pakai hanbook pulak. Tapi saya tak pakai pun hanbook ni. Cuma buat kimchi je. Senang benonyer buat kimchi. Antara bahan bahan yang di gunakan

Cili powder, Ginger, Garlic. Sesame seed. Prawn paste (mcm cencalok pun ye), Gula. Daun bawang, lobak putih.  Kobis rendam dengan air garam semalaman. Toskan. Dan gaulkan dengan bahan yang lain tu. Caranya tak banyak bezanya masa saya pergi belajar kat Kimchi School tahun 2013

Nanti bahan bahan dalam bekas tu kena potong potong

***Oh ya..untuk masuk Kelas Kimchi ni kena booking dulu. Dan packagenya adalah Kelas Kimchi dan juga Pakai Hanbook. Kena amik dua dua sekali. Harga tetap sama KRW30,000 per person. Ambil satu pun sama juga. Please see as per email below:


From: 이상미 [mailto:kimchischool@naver.com]
Sent: Friday, 24 April, 2015 9:58 AM
To:
Subject: kimchi making information


Hello!
Thanks for your mail.
you can try( Korean traditional clothes & take photo &making kimchi.
It will take about 1 hour, the cost is 30,000 won per person).
and( Korean traditional clothes & take photo &making kimchi & ttokbokgi .
It will take about 1.5 hour, the cost is 45,000 won per person)
You can pay after  experience
We got a Kimchi class every 2 hours
starting at 10:00 am.12:00.14:00.16:00.18:00
On weekend & holiday, anytime is O.K.
you bring your Kimchi to home.
If you make reservation here
Please choose the time & date and mail to me with your name, phone number,
usable language, number of participants.
Then I will book for you.
Thank you.


 Seoul Kimchi Academy House


Dah siap

Jom pack bawak balik

Cepat jer buat kimchi dan pakai hanbook ni. Dalam jam 11.00 dah selesai. Saya booked airport transfer jam 12.30 tghari. Masa tu dok pk apa nak buat. Saya ajak Zu pegi Namdaemun jap. Sbb dia pun ada brooch nak beli. Sempat lagi. Kami berdua macam lipas kudung, jalan copot copot tinggalkan yang lain kat belakang. Kalaulah mereke mereka yang lain tau...hahha. Mampuih kena hamput kata orang Perak. (Kalau depa baca ni, sure tau...sorri ye kengkawan sekelian...hehehhe)

Laju je kami berdua naik subway. Malas jalan kaki, walaupun dekat. Masuk je bangunan e-lengdang, kami terus cari kedai brooch. Sempat lagi...hahaha. Dah setel, kami balik ke guesthouse. Masa tu baru jam 12.00 tengahari. Tp 5 kawan kami dah berangkat ke airport.

***Sebelum tu Noor ada problem dengan luggage. Terlebih muatan walaupun dah jenuh ejas. Saya try add luggage kat AA, tp bila nak bayar asiklah pending. Tak tau apa jadi kendian, sbb depa dah berangkat. Masa kat epot pun tak sempat nak tanya.

Okay...since yang ber5 dah berlepas, kami ber5 pun siap siap kemaskan barang nak angkut balik. Lagipun macam saya, lina dan nani, kami nak cari tempat simpan barang lak. Takkan nak hangkut semua ke Jeju Island. Setel kemas, ahjussi yang sama amik kami aritu tolong angkatkan barang barang masuk ke kereta. Dalam perjalanan, Jiejah call, sbb nak bayar duit airport transfer ke driver. Saya lupa lak nak bagi duit. Maka kenalah Jiejah dulukan duit dia. Mujur dia ada lagi KRW. Sampai epot, tunggu Illa dan terus cari tempat barang. Kekawan yg ber5 tadik dah berbaris utk check in luggage. Kami simpan barang di Hanjin Express. Satu floor dengan departure hall di belakang kaunter A.


HANJIN Express
- Hours of Operation : 06:00 ~ 22:00
- Location : 3F, Departure, Check-in B/1F, Arrivals, near Exit A
- Tel : 82-32-743-5804

Masa tu kami tak kisah dah braper dia charge. Actually, ikut kebesaran bag. Ada yang kena RKW8,000 ada yang kurang dari itu. (Charge per day)

Apsal Nani tu pandang ke lain ntah...

Selepas ucap bai bai kepada yang lain, kami pun mati kutu kat Incheon Airport tu...hahhaa. Sbb flight ke Jeju jam 19:45. Apa nak buat...risau amik flight awal, takut kelam kabut. Lagipun, 19:45 tu harga paling murah...so redahhh.. Dah pk pk tak tau apa nak buat, kami decided pergi ke Gimpo Airport. Naik bas utk 4 orang kena bayar KR30,000. Kami naik bas dekat 6015 bus stop. Sampai Gimpo Airport, xleh check in lagi. Mampuih..mati kutu. Memola nak jalan ke Lotte Mall, tp tatau nak letak barang kat mana. Gimpo Airpot ni pun tak byk kedai...melepak ler kami, sampai tido lena laa..hahhaa....

From Incheon Airport to Gimpo Airport :  Bus no 6105 (1st Floor) 3B or 10A  
Bus fare - KRW7,500.00 per person

On the way ke Gimpo Airport
Kaunter lom bukak lagi..

Kul 5, kami check in. Masa check in ni, petugas kaunter tu suruh tunggu kejap for 5 minutes. Ikut arahan je lah. Tunggu je lah. Tatau apa dia nak suruh buat. Tak lama tu, datang sorang petugas, ajak masuk luggage room. One only katanya.. Sya blurr tatau apa kena buat. Cuak pun ada. Dia x ckp apa apa. Dia masuk dalam, saya pun ikut. Dia kluar, saya pun kluar. Pastu saya tanya...Why.. Pastu dia bawak msuk sekali lagi...check your bags. Saya check, takde pun bag saya mau pun bag kawan saya. Saya geleng. No bags. Pastu dia pun ckp okay.. Saya pun okay...hahahahha. Tak paham memola.

Lama tu pk pk, agaknyer dia suruh check kut kut ada bag tersangkut kat dalam bilik tu. Kalau tersangkut kena bukak ler kut gamaknyer. Sbb saya tgk ada orang bukak beg kat dalam tu. Saya pun tak pasti, adakah itu procedure atau apa. Tak tau lah kalau orang lain ada alami macam kami ke idak. Alhamdulillah, xde pepe. Kami naik tingkat atas, lepakkkkkk.....sampai jemu. Tobat lenkali kalau pergi Jeju Island, xmolah amik tiket murah sangat. Jemu menunggu. Kekonon nak murah ler tu...haaa padan muka.

Masa ni byk bunga bunga gini kat Gimpo Airport

Bosan giler menanti..

Jam 6 kami masuk dalam. Dah masuk dalam bording area, flight delay pulak. Rasa nak pitam dah hokey. Dok bayang katil ngan tilam jer dah ni. Penat sungguh rasanya. Flight delay x sampai 10 minit pun sebenonyer. Jam 1955, kami masuk kena naik bas, bawak ke flight. Masuk perut kapal terbang, tak tunggu lama, trus take off. Flight take off jer, kami pun dozzed off...hahhaha. Lebih kurang sejam, sampai Jeju International Airport. Masa menunggu luggage...adeiii lah. Rasa macam kat LCCT pulak. Berebut rebut dan berhempit hempit orang menunggu kat conveyer tu.  Setel amik luggage, kami trus kluar dari airport, Raymond Cheon (the taxi driver) dah siap tunggu. Mula saya ingat Raymond ni orang tua. Rupernyer muda lagi u. Baru 37 tahun..kekkee.

Raymond trus hantar kami ke Jeju Gillime Pension. Okay la Raymond ni. BI dia pun jenuh juga kami try nak paham. Takperlah...english kami pun berterabur jugak. Janji sesama paham. Bagus Raymond ni sbb dia ni buatkan semua untuk kami. Tolong angkat tolong panggilkan tuan rumah. And make sure that kami dah settled semua baru dia pergi. Then dia ckp, tomorrow 9.00 am. Kami angguk. Sbb penat terlampau kut. Tuan rumah siap offer if nak beli apa apa food. Dia kata, you want ciken, I can order for you all......semua kami serentak jawap....Nooooooo, we don't want.......hahhaha. Lawak plak masa ni. Kami dpt sebilik  4 orang. Dua atas bunk bed, dua lagi tilam atas lantai. Okay jer. Bilik sedang elok je tuk kami ber4. Tingkat bawah plak tu. Dekat dengan kitchen dan living room. Ada tv dalam bilik. Bilik air pun besar.

Kami tidor lena menanti hari esok.

**travel lama lama ni memang memenatkan ya. Ataupun maybe sebab penat menunggu di airport. Ataupun maybe faktor umur juga kut. Dah tak fit. Udah tue.....kekkeke. Mujur hire taxi driver. If drive sendiri kut...ntah ler...hehehhhe.







No comments:

Post a Comment