Kami siap awal. Sebab selalu pikir orang korea ni punctual. Takmole beri impression yang tak bagus lak. Nanti orang kata, sapa yang suka lewat lewat tu...orang Malaysia. Haishh..wat malu je kan. Tepat jam 0900 pagi, Raymond pun sampai.
Dah siang, baru nampak keadaaan Jeju Gillime Pension ni. Best juga, sbb dekat dengan pantai. If nak jalan ke pantai dengan berjalan kaki, penat juga. If uols pergi drive sendiri, singgahlah tepi pantai ni. Rasa macam dalam korean drama My Spring Day ler pulok bila lalu tepi pantai tu...hahhaha. Hari ni Raymond bawak kami ke East dulu.
Lepas singgah Pantai Hyeobjae, kami ke Hallim Park. Dari Hallim Park, kami ke mana eh...hahahaha. Saya lupa dah turutan perjalanan kami. Takde lak amik gambar guna kamera bagak masa ni. Kebanyakan gambar guna hp camera jer.
Lunch ntah kat mana. Memang tatau. Kami bagitau Raymond, No Pork, Beef or Chicken. Only seafood and vegetarian. Tawakal ajer masa tu. Kut ingredient lain ada yang tak patut di makan, memang tak pikir masa tu.
Lunch ntah kat mana. Memang tatau. Kami bagitau Raymond, No Pork, Beef or Chicken. Only seafood and vegetarian. Tawakal ajer masa tu. Kut ingredient lain ada yang tak patut di makan, memang tak pikir masa tu.
Antara tempat yang kami pergi hari ni Halllim Park, Glass Castle, Alive Museum, Mysterious Road, Yongmoeri Coast, Mount Sabangsan (kat kaki gunung jer).
Masa nak masuk ke semua tempat tempat ni, Raymond yang akan bayarkan dulu. So adalah diskaun sikit. End of the day, nak bayar rege tour, dia akan masukkan sekali. Saya x ingat braper, sbb bukan bayar sendiri kan. Cuma catit braper jumlah kami bayar keseluruhan jer. (Dasar malas nak renyah renyah kepala...kekkekeke)
Kami malas nak turun ke bawah masa kat Yongmoeri Coast ni. Nampak jauh sayup sayup ke bawah kan..jadi kami jalan jalan atas jer....hehhehehe
On the way ke Mysterious Road, kami curi curi masuk ladang tangerine orang haahhaa. Bersepah ladang tangerine. Meriah dan menarik membuatkan kami teringin sangat nak ambil gambar. Tp setakat masuk ambil gambar saja lah. Raymond pun sporting jer bila kami minta dia bawak ke ladang tangerine.
Back to Jeju City dah malam. Rasa seronok dapat kembali ke guest house. Guest house serba complete, dan paling best, wifi sangat laju..hahhaha. Mandi manda, dinner, update apa yang patut, then tidor......
**Notakaki: Untuk pengetahuan, waktu yang tertera di gambar adalah waktu Malaysia ya. Saya lupa nak tukarkan ke waktu Korea. Jadinyer terlewat satu jam ke belakang, walhal di Korea sudah berada satu jam di hadapan.
























No comments:
Post a Comment