Monday, 16 May 2016

Krabi - Day 1

Sebelum ni pernah juga pergi Krabi 2014  dengan travelmates yang lain. Ni adalah kali yang ke 2. Suka sangat pergi tempat yang sama berulang kali..hehhehhehe...

8 May 2016

Flight ke Krabi jam 0710 am. Saya minta asben hantar hingga ke Putrajaya Sentral je. Di sini Sue Along ngan Shieda dah tunggu, maka kami sama sama naik ERL ke KLIA2.  Breakfast dulu di McCafe sambil menunggu Dahlia dan Airin pula. Mulanya Dahlia nak naik ERL sama sama, tp sbb ter lajak tidor...hahahha. 

**my new travel mate - Airin, Dahlia & Sue Along. Saya dah pernah travel ngan Shieda...


Flight on time. Jam 0630 dah boleh masuk dalam perut kapalterbang. Jam 0710 maka berlepas lah kami ke awan biru. Perjalanan yang memakan masa 1 jam 25 minit adalah terasa sangat lah sekejap..hehhehe..sembang sembang,makan makan and pilot announce dah nak landing. 

Sesampai mendarat di Krabi International airport pihak tour dah siap menunggu. Kali ini kami ambil pakej muslim tour. Airin yang tolong carikan. Tq muaaahhhh to you Airin (introduced by one of her friend). So sesaper yang nak amik Muslim Tour di Krabi boleh lah contact  Salma  ni. Salma boleh berbahasa Melayu tp ada loghat Kelantan sikit. Pakej yang kami ambil adalah RM192.00 per pax termasuk:

  • Transfer (Airport - Emerald Pool - Hotel - Airport)
  • Bot aktiviti (4 Island) - naik long tail boat
  • Bayaran masuk ke Taman Negara
  • Insurance
  • 1x makan tengahari semasa di Pulau
  • Peralatan snorkling 
  • Tour Guide
  • Ticket Emerald Pool


Sesampai di sini juga, Airin Dahlia dan Shieda nak beli simcard. Saya tak beli pun. Saya cuma share ngan Dahlia jer. Utk pakej 3 hari unlimited data plan adalah TBH100.00 and calls dlm Thailand (70 minits kut...hahah..sbb tak belikan...so tak fokus). 



Selesai semua urusan, kami meneruskan perjalanan ke Emerald Pool. Terasa sangat jauh perjalanannyer, walhal cuma lebih 30 - 40 minit jer. Driver kami namanya Roshan. Boleh cakap English. Sesampai di Emerald Pool, Roshan membelikan ticket dan menunjukkan arah untuk kami lalui. Until 12.00 o'clock katanya. I will wait here......


Ticket masuk ke Emerald Pool


Baby pineapple...sgt sedap...manisss


Ni pun....unik. 




Untuk ke Emerald Pool ada track di sediakan..


Untuk menuju ke Emerald Pool + Crystal Pool, kami perlu berjalan masuk ke dalam sepanjang 1.4km. Untuk pengetahuan, tak boleh bawak masuk makanan ke dalam ya. Memula kami heran, kenapa byk makanan bergantungan di tepi pintu masuk. Rupanya makanan tidak di benarkan. Patutlah masuk dalam, tak nampak sampah sarap. Yang nampak cuma daun ranting batang kayu je dalam aliran air.
1400 meter / 1.4km yer....


Jernih sungguh lah air kat sini. Hijau kebiruan, clean and clear. Memang semula jadi sungguhlah.. walaupun ramai yang dah berendam dalam air, tp air menten clear. Taklah keruh macam air sungai kita..hehhehe. Cuma tak suka, sbb ada beberapa ekor anjing kat sini. Dari Emerald Pool ni, kami nak masuk ke Blue Pool. Tp malangnyer ditutup....from May until October kalau tak silap. Ianya dibuka hanya dari November hingga April. Terlewat sikit lah kami ni..hehhehe.


Setelah puas berendam, kami beransur meninggalkan Emerald Pool dan singgah makan tengahari di gerai berdekatan. Roshan dah siap menunggu. Sebenarnya tak plan pun nak mandi, so tak bawak baju extra. Cuma seluar jer. Lepas berendam haruslah basah lenjun. Mujur sementara tengah makan, pelan pelan air dibaju mengering sedikit demi sedikit. Walaupun tidak kering sepenuhnya.

Order fried rice omellet......tp dpt mcm ni..hhahahha. 

Ni pun sama.....fried seafood with basil

Saya punya baru betul nasi goreng....hehhhe


Notakaki:  Bukan nasi yang di goreng, tp bahan yang lain. Nasi cuma nasi putih sahaja. Cth fried seafood with basil. Samada menu yang silap tulis, atau kami yang tatau hahahaha..


Van kami setia menunggu...

Selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke Aonang. Sebelum sampai ke hotel, Roshan bawa kami singgah di sini dulu.



Street food.

Untuk hotel, saya booked bersama dengan ticket kapalterbang melalui Airasiago. Kami tawakal jer. Dalam hati berharap, biarlah elok hotelnyer. Hotel yang kami dapat ialah Aonang Terrace. Dari main road, kena berjalan sedikit dlm 5 minit gitu (or maybe less).Bilik yang kami dapat sangatlah besar. Boleh memuatkan  8 orang dewasa. Ada 4 katil queen. Since kami cuma ber5, mmg terasa lapang sesangat, cuma bilik airnya satu. Maka berebut2 lah ber5 tu yer...hehehehe. Tiada lift...tp tak ler tinggi.



Besar dan luas kan...


Jom gi Krabi Town Night Market

Selepas check in, kami lepak lepak sahaja dalam bilik. Sebelum tu kami sempat bertanya kepada Salma, kiranya dia boleh menyediakan transport untuk ke Night Market di Krabi Town. Alhamdulillah...Salma kata boleh. Untuk trip ke Pekan Krabi, kami dikenakan bayaran TBH800.00 untuk pergi dan balik. Dalam perjalanan ke Pekan Krabi, hujan tersangatlah lebatnyer. Mencurah2. Dalam hati memasing mula pikir, camner nak jalan jalan kat Night Market. Salma kata,dinner dulu, sementara menanti hujan reda. Salma & driver menurunkan kami di Restaurant yg direkemennyer.

Kami dinner di sini

Our dinner...meriah

**kami order nasi putih, tomyam, ikan stim, sayur, ayam pandan goreng, kerabu betik, sotong goreng........hmm...apa lagi eh.....sedap dan puas hati. Total:  lebih kurang TBH1135.00 utk 5 orang

Selesai makan, alhamdulillah hujan mula reda. Dan gerai gerai gi Night Market pun sudah mula di buka. Saya jalan jalan tengok tengok jer. Sempat beli fruit juice dan pulut mangga. Sudah berjanji dengan Salma, jam 9 dia dan driver akan tunggu di van.



Unik

Cantik...tp tak berani nak beli

Fruit juice...tingat masa kat Korea..hehhee



Abis pusing night market, kami kembali di tempat pertemuan perjanjian. Dan terus pulang ke hotel. Sesampai di hotel teringin plak nak bermassage. So kami bertiga, saya Sue Along dan Shieda turun semula untuk massage. Bawah hotel tu juga. Semasa kena massage...mak aihhhh ko...rasa mcm kena pijak2....hahhaha. Ingat massage ala ala aromaterapi. Ni massage gila gila punya massage. Nak terkucil di buat nya. Tp semua diam tak berkutik, sampaikan si tukang massage pun pelik. Siap tanya kami ni kerja apa. Aci pelik plak dia punya soklan. Rupanyer dia kata, dia heran, sbb kami diam sepanjang kena massage. Biasa orang lain, mesti akan berbunyi bunyi sakit..hahhaa..kelakar gila plak rasanya. Dia tak tau  kami semua menahan jer.....Memang sakit badan tul di buatnya. Jam 11 abis massage kami masuk bilik....tido. Esok Island Hoping to 4 Island.




Monday, 11 April 2016

Malindo Air

08 April 2016

Ini adalah kali pertama saya menaiki Malindo Air ke Kota Kinabalu. Sepatutnya kami menaiki Rayani Air. Jam 2.48 pagi kami mendapat sms dari Rayani Air mengatakan Flight di batalkan. Haru sungguh. Masa tu kami dah on the way ke airport. Dalam perjalanan ke airport tu baru perasan ada sms dari Rayani Air. Walau dah dpt sms, tak puas hati gak. Tetap singgah di KLIA2 and pergi check, betul ke idak penerbangan di batalkan. Kaunter pun tak bukak u...haru...Mujur flight pergi sahaja, manakala flight balik kami ambil MAS. Kekonon nak try sangat nak Rayani Air kan....meROYAN jadiknyer..

Pikir pikir takde pilihan lain selain dari membeli ticket yang baru ke KK. Check dengan MAS malangnyer fully booked untuk flight pagi. Jam 6 petang baru ada. AA pula tinggal 2 seats sahaja utk flight pagi, walhal kami berlima. Flight petang juga yang ada. Pada mulanya nak catch flight Malindo Air jam 07.45 pagi bersama kekakaks dan abangs sekelian. Tapi x sempat. Jam 6.15 kaunter dah tutup untuk pembelian ticket jam 0745. Maka terpaksalah berpuas hati dengan flight jam 12.55 tghari. Tu pun delay gak..dah masuk flight, boleh kena kluar balik. Kena hangkut segala luggage.....haru sungguh...kematu bontot menunggu di airport. (Kalau tak memikirkan anak anak dah excited nak naik kapal terbang, memang saya kensel jer trip ni....tp hati mak tak lalu nak...kekkekekke. Total damaged jer dah bleh buat mak pitam tau.......hahhaha)




Haru sungguh...rambut kembang....bila anak sy nak makan...kena
pegang tray jauh jauh sket..

Somewhere sebelum masuk ke South China Sea

Before landing

Alhamdulillah saya memilih Malindo Air. Sekurang kurangnyer anak saya taklah bosan dalam kapalterbang. Ada juga flight entertainment yang boleh depa tengok. Main game or tengok movie. Tu pun masa kat bawah dah asik mengaruk kenapa lambat sangat.....Saya cuma pernah naik MAS dan AA jer utk penerbangan dari Malaysia manakala Eastar Jet semasa di Korea. Jadi bila dpt naik Malindo Air...jakun...hahhahha. Sedangkan orang lain dah macam macam airlines dapat di cuba...

Bagus Malindo Air ni. If sesaper nak mencuba ke lain lain destinasi dan mahukan yang lebih selesa, selain dari AA, boleh lah mencuba Malindo Air. Walaupun cuma dapat snack dan jus sahaja, tp kenyang juga. Pramugari pun sangat cermat dan teliti







Sunday, 13 March 2016

Krabi Again


Ni pun suka buat keputusan terburu buru. Ikut suka hati jerk kan....dalam dok sembang sembang pasal beach, tiba tiba jer terkeluar idea....Jom Krabi. Akak dah pegi nok...korang ajak lagi..haish.. tp still akak gedik gedik nak pegi. I do not why, I love to travel with friends. Nak nak kalu friends to kata, dia x penah pegi. Jom ler kak inaz, atleast akak dah tau kat sana camner. I do not know why..hehehe..so kali ni saya menggunakan Airasiago sahaja. Sbbnyer, ticket ke Krabi mahai nok...tu blum masuk hotel lagi. So, kita redah jugak lah yer. Doa banyak banyak moga moga hotel yang kita dapat tu elok dan cantik....tp itinerary, korang pikir lah ye....hehhhe..






Monday, 22 February 2016

Japan - Here I Come

Bila dah mula sekali, ianya jadi addicted. Sedaya upaya kumpul duit untuk menyongket...hahahha. 







Friday, 19 February 2016

Hotel Cititel Express Pulau Pinang

Masa ke Pulau Pinang baru baru kami stay di Hotel Cititel Express. Hotel ni betul betul di tengah tengah bandar. So access nak ke kedai makan, pasaraya, Penang Art Street, Muzium Terbalik etc sangatlah dekat. Hotel ni taklah besar mana. Kami booked 2 family rooms and 2 standard twin rooms. Family Room untuk myself sekeluarga and the other one untuk emak dan anak anak buah. My sisters and hubby masing masing amik standard room. 

Untuk Standard Room saya booked thru booking.com. Manakala family room thru  Hotel Cititel Express Penang website. Pada saya booking melalui website lagi murah hahha.. With breakfast and no extra charges. Melalui booking.com ada breakfast tp kena pilih and pay extra and harganyer lebih mahal. Untuk Standard Room, pada saya amatlah kecil. Nak solat, memang kena ejas. Tp family room nyer quite big gak..selesa lah utk 4 orang adults + 1 child. Family room nyer mcm connecting room gitu. Sebelah menyebelah. Bahagian dalam double bed, bahagian depan two twin beds.




Pemandangan dari dalam bilik
Boleh nampak jambatan Pulau Pinang




Keesokan hari kami breakfast di Enoshima Japanese Restaurant yang berada di lobby. Small restaurant, pilihan pun tak banyak, tp menarik juga.  Kami anak beranak bersembang kat dalam ni sampai orang tu tutup lampu ler..hahhahaha...indirectly nak bagitau gamaknyer, breakfast time dah tamat. 


Nunnn kat hujung tempat ambil makanan. Kecik jer..