Friday, 13 October 2017

Road Trip to South Island, New Zealand - Day 1

15 September 2017 - Jumaat

Flight ke Sydney jam 1140 malam 14 September 2017. Saya sampai awal sangat ke KLIA. Kekonon sebab takut long queue. Then Zu sampai, Kak Zu dan Lina. Kami check in terus. Xde nak tunggu tunggu. Kat dalam baru cari makanan. Cukup masa, flight take off. Kami mintak makanan awal. Lepas makan, isi borang apa yang patut, kendian tidur....lena. Sedar-sedar captain announce dah nak sampai...tapi kami rasa macam tak sampai sampai...hhahahaa. Sambung tidur....bila dah betul betul nak landing, baru kami bangun. Tidur tidur ayam juga benonyer.

Jam 0950 pagi 15 September 2017 (waktu Sydney) kami landed safely kat Kingsford International Airport di Sydney. Masa dalam flight kami dah isi form segala bagai untuk declare segala barangan makanan dan ubatan yang kami bawa. Since kami in a group, maka masa sampai imigresen pun, dia panggil semua sekali. Mula mula tanya where are you staying in Australia. Kami kabo kami transit sahaja. Flight petang nanti ke Christchurch, New Zealand. And dia minta tengok flight ticket ke New Zealand. Everything smooth je. Takda banyak soal sangat. Luggage pun depa tak check or scan. Depa suruh masuk lorong yang ditetapkan, then kami kena berbaris beramai ramai. Lepas tu, depa bawak anjing hidu......hidu..hidu..hidu...... Alhamdulillah takde masalah.


Tunggu luggage

Keluar dari arrival hall, diskas punya diskas, depa kata takmau pegi Sydney Centre. Actually kalau ikut dalam itinerary plan nak ke Circular Quay. Pastu kami macam aci kedekut gitu kan...hahha. Nak simpan luggage, kena duit lagi. Nak amik train ke Circular Quay return AUD32.00. Duit lagi...kedekut tiba tiba. So kami decided nak stay kat airport je. Lepak for 6 hours...huhuhuhu. Teringat pengalaman lepak kat Gimpo airport masa nak ke Jeju Island tahun 2015. Tapi kat Sydney ni takde terasa sangat. Cuma badan jadi agak letih. Kami ronda ronda dalam airport je. Siap pergi cari tempat charging handphone. Memang sedap laaa lepak kat sini.........sbb wifi free...

Harga untuk simpan luggage....kedekut dak..hahhaa

Kami memola mengopi dulu kat Velocee Expresso...memang tertulis Halal. So kami yakin je. Betul betul kat arrival hall.. Masuk waktu zohor, kami gi solat kat prayer room kat tingkat 2. Jamak dan Qasar terus. Kecik jer bilik ni. Tapi okay la. Prayer room ni untuk kegunaan semua. Lelaki dan perempuan. Masa nak jamak maghrib dah isyak, yang lelaki berjemaah kat hadapan. Kami pompuan, idak ikut berjemaah pun..hehhe.

Nampak dak tanda Halal

Prayer room


Sahara Grill

Beli 2 pack kat Sahara Grill, kongsi ber4

Kat airport Sydney juga ada beberapa restoran halal. Antaranya Sahara Grill dan juga Taste of Thai restoren. Memang ada perkataan HALAL. Pukul 5, kami check in luggage. Lepas checked ini, kami dinner dulu kat Sahara Grill. Then kami masuk boarding gate. Masa nak keluar dari Aussie ni, memang ramai orang and imigresen strict sungguh. And depa juga check randomly. Masa taim saya, saya kena masuk bilik lutsinar, kena kangkang sikit kaki, angkat tangan ke atas. Dan macam orang apa dah. Macam pesalah dari mana kena buat gitu. Zu, Lina ngan Kak Zue memang ketawakan saya. Patut amik gambar depa kata. Dah lepas tu, depa ingat saya pakai boots. Actually memang boot, tp pendek. Are you wearing boots. Maka saya angkat sikit seluar saya tunjuk kasut. Mujur tak disuruh bukak. Kluar dari situ, kena search body plak....padahal dah scan seluruh badan dah masa dlm bilik lutsinar tu. Masa nak search badan ni, pegawai lelaki tu tak mau buat. Memang tak boleh pun kan...so kena panggil staff pompuan dan terpaksalah saya menunggu. Masa tu depa ber3 dah lepas dah. Bila saya dah lepas, kena panggil balik. Scan thru badan dan juga hand carry guna peralatan lain plak..huhuhu...haru sungguh. Saya jadi cuak, sebab teringat masa kat Incheon Airport. Hat tu lagi haru...kena bukak baju trus. Actually yang lain pun kena procedur yang sama. cuma mereka lebih cepat dari saya.


And nak ke gate pulak....jauh juga. Saya lupa gate braper. Boarding pass dah buang...hehhee.  Dah rasa macam kat KLIA2 pulak. So, nasihat saya, if masuk berlepas dari airport Sydney, better lah masuk awal. Boarding on time. Dan sekali lagi, kami tidur sahaja dalam flight. Badan agak letih juga sebenarnya. Ke NZ kami memang x amik food pun. Perjalanan dari Sydney, Australia ke Christchurch, New Zealand adalah 3.5 hours. Time difference Aussie dan New Zealand adalah 3 jam. Malaysia ngan New Zealand adalah 4 jam. So berlepas dari Sydney jam 7.40 malam waktu Australia ( 6.40 petang waktu Malaysia). And sampai Christchurch jam 12.50 malam waktu New Zealand (lebih kurang 03.50 pagi waktu Malaysia). Orang kat Malaysia sedap nyenyak tidor. Kami bersengkang mata kat epot.




Tuesday, 3 October 2017

Accommodation in South Island, New Zealand

Kiwis Nest Backpackers And Budget Accommodation (Day 1)

Penginapan pertama saya memilih Kiwis Nest  untuk penginapan kami di Dunedin. Cuma untuk satu malam sahaja. Saya membuat tempahan melalui booking.com. Semasa saya membuat tempahan untuk Kiwis Nest ni, saya memilih 4 Bed Mixed Dormitory Room. Sebabnya bila sampai di Dunedin, orang tu bagi 6 Bed Mixed Dormitory Room...haiyaaa...saya kah yang tersilap...mati mati dok cakap ke dia, siap tunjuk lagi cofirnmation booking masa booked tu saya pilih 4 Bed Mixed Dormitory Room. Dia kata takde 4 Bed Mixed Dormitory Room. Well, knowing me, saya jenis malas nak banyak cerita. So saya tanya, ada bilik lain tak. Dia kata ada satu Family Room kosong, kalau nak, kami kena bayar extra for two beds. Kena bayar extra another NZD50.00. Saya tak kisah, janji tidak perlu bersama-sama lelaki tampan didalam satu bilik...hehehhe


Kiwis Nest senang jer nak cari sebab betul betul sebelah main road. Just set GPS coordinates. Nak parking kereta, di tepi tepi jalan je. Kena tanya owner, kat mana boleh park. Kami aritu, park di bahagian belakang.

Nampak dak...dlm confirmation booking

I have no any other complaint pasal accommodation ni. Cuma yang tu jer lah. Kiwis Nest ni macam sebuah rumah yang mempunyai banyak bilik. Kami dapat bilik bahagian belakang, dekat dengan kitchen. Kitchen dan bathroom ada di bahagian bawah dan juga di tingkat satu.  Kami prefer tingkat satu, sebab yang bahagian bawah tu agak tersorok. Sereeemmm memalam hari hahahaha. Bilik kami kami agak isolated. Nak masuk main building kena lalu satu pintu. Kalau nak ke bahagian atas, senang xyah masuk main building. Ikut tangga bahagian belakang je. Untuk bahagian atas, jam 9.00 malam dah tutup ya.

Dalam bilik yang kami dapat ada 3 bunk bed, sinki, heater, fridge dan tv. Towel juga disediakan di dalam bilik. 

Family Rooom. Exactly the same. Bedsheet je lain. Sebelah dalam ada lagi 2 bunkbed.


Exactly macam room yang kami dapat. Tp arrangement lain sikit. Kami dapat semua bunk bed with TV, Fridge and Sink. Yang ni ada queen bed plak.  Susunan heater dan tv, sama je. Dengan bunk bed, ruang luas sikit. Dalam gambar ni nampak sempit.


Satu lagi shared kitchen

Dari segi kebersihan, memang bersih. Toilet, bilik air, kitchen (yang bahagian atas lah ye). Bahagian bawah saya tak tengok sbb kami tak masuk. Masa kami menginap di sini, maybe tak ramai kut. Sebab kami cuma nampak kami jer yang guna semua facilities dalam ni...hahaha. Wifi superb. Lenjan selagi mahu...heater pun best, baju jadi garing ler letak kat heater. 

**Notakaki: Gambar ceduk semua dari Kiwis Website. Saya ada mmbil gambar, tapi jenuh cari tak ingat letak dlm memory card mana satu ntah...

Te Anau LakeView Holiday Park & Motels (Day 2)

Penginapan kedua, saya membuat tempahan melalui booking.com juga. Agak terkilan sedikit, sebab saya terlupa nak baca hotel policies. Tiga hari selepas saya membuat tempahan (kalau tak silap), pihak property telah menolak harga bilik dari credit card saya. Masa tu masih ada 9 months sebelum tarikh travel. And saya sebenarnya masih lagi berpikir pikir untuk menukar bilik kepada harga yang lebih murah. Well, macam biasa, saya redha sahaja. Actually boleh je saya kensel the room and cari  yang lain. Tapi kena bayar cancellation cost. Tu yang xnak tu. Saya memikirkan, kekonon nanti nak murah, sebaliknya kena penalti charges pula...baik xyah. Ralat sebab kami cuma sampai untuk tidur sahaja. Bilik cantik sudah. Tak sempat nak menghayati dengan lebih lama kerana sampai sudah malam dan kluar di awal pagi.

Untuk bilik ni, saya menempah Two-Bedroom Bungalow with Private Bathroom. Satu bilik with Queen Size Bed. Manakala yang satu lagi 2 single bed. Masuk je trus nampak katil. Di tengah tengah adalah bilik air. Consider kecil jugalah bilik ini. Untuk facilities yang lain, masih kena berkongsi seperti kitchen dan juga laundary.

Gambar dari google

Kami mendapat bilik mengadap tasik. Sesungguhnya tidak dapat menghayati kerana hari sudah gelap di sulami hujan renyai renyai. Free parking. Betul betul park depan cabin. Internet tidak mengecewakan. Dari segi kebersihan, sangat bersih. Kemas dan selesa.  





Absoloot Value Accommodation (Day 3 - 5)

Penginapan yang ketiga adalah di Queenstown. Untuk penginapan di Queenstown, saya memilih Absoloot Value Accommodation. Banyak kali juga saya booked, cancelled, booked, cancelled...hahaha. Budget travellers. Nak murah tapi dan selesa...haru sungguh.

Di Absoloot Value Accommodation, saya memilih Single Bed in 4-Bed Dormitory untuk dua malam. Bilik kami di tingkat 3. Tawakal juga masa memilih tempat ini. Walau bagaimanapun, berbaloi memilih Absoloot Accommodation ni. Lokasinya betul betul dalam pekan Queenstown. Dan bersebelahan dengan Tasik Wakatipu. Dari bilik juga kami dapat melihat Tasik Wakatipu. Dari kitchen, view memang awesome. Sambil breakfast or lunch, sambil menghayati keindahan tasik dan The Remarkables. Untuk ke Skyline Queenstown, kami hanya berjalan kaki.

Bilik yang kami dapat - gambar dari booking.com

Dapur yang harus di kongsi berada di tingkat 2. Agak kecil jika terdapat 15 orang didalamnya. Biasa kami turun awal pagi, so memang tiada sesiapa. Aman saja menggunakan segala facilities yang ada. Dapurnya kemas. Setiap barangan makanan, harus diletakan didalam bekas yang disediakan. Kami mengelakan dari menggunakan dapur pada waktu malam. Penuh sesak. Laundry pula di tingkat bawah sekali. Kena bayar NZD2.00 untuk mencuci, dan NZD4.00 untuk dryer. Lift boleh memuatkan seramai 4 orang with luggage. If lebih dah jadi sempit. Jadilah...dari takde lift. Jenuh plak nak mengangkut naik ke tingkat 3...hahahha. Wifi superb. Lenjan selagi mahu. And best juga, sebab plug charging betul betul dekat katil. Setiap orang ada plug sendiri. Tak perlu berkongsi kongsi.

Kitchen

Breakfast sambil layan view Lake Wakatipu

Omarama Top 10 Holiday Park (Day 6)

Disini pada mulanya kami menempah Deluxe Standard Cabin with shared facilities. Segala galanya kenalah berkongsi. Kekonon nak jimat kan. Tetapi sesampai di sini, bila ditawarkan bilik motel with 1 bedroom complete with kitchenette dan private bathroom, maka kami tidak menolak lagi..hahha. Tiba tiba malas plak nak sharing sharing ni kan..hahhaa. Sungguh melegakan dan menggembirakan. Bilik sangat cantik. Katil sangat empuk dan keadaan motel sangat bersih. Heater juga sangat bagus. Terasa berada di hotel 4 bintang. Haruslah membayar harga lebih sedikit ya. Since masih dalam budget, kami terima.

Katil kat ruang depan

Katil dlm bilik. Sebelah ada bunk bed

Sebenarnya bilik motel ini boleh memuatkan serama 6 orang kerana terdapat 2 queen size bed dan 1 bunk bed. Kiranya datang ber6, bolehlah memilih bilik ini. Complete dengan dapur, peralatan memasak, pinggan mangkuk dan utensil. Hair dryer dan iron pun ada.

Lake Tekapo Motels and Holiday Park (Day 7)

Penginapan seterusnya adalah di Lake Tekapo Motels & Holiday Park. Disini juga saya menempah 4 bed cabin with shared facilities. Berangan juga nak meng upgrade bilik, tapi malangnya tiada kekosongan. Cabin ni ada 1 bed queen size dan 1 bunkbed. Terdapat sebuah sofa, sebuah meja yang memuatkan peralatan memasak, pinggan mangkuk dan utensil. Juga sebuah heater dan satu plug sahaja....huhuhuhu. Heater tak terasa kepanasanya. Bilik sangat kecil. Bilik air dan dapur berkongsi. Dah kata shared facilities kan....Dapur agak kecil walaupun mempunya beberapa stove, microwave dan sinki.

**takde amik gambar, sbb bila masuk sini memasing macam...krikk...krikk...tempat ni cantik. Bilik pun okay....cuma kami je...hahaha..

Standard cabin with shared facilities
Untuk memasuki dapur dan juga memasuki kawasan ini, satu password diberikan. Yang menjadi masalah kitaorang, untuk ke bilik air...hahaha. Bilik air dan tandas pula atas unisex. Berjemaahlah lelaki dan perempuan menggunakan kemudahan didalam ni.

Shared kitchen and unisex bathroom

Kawasan besar, tapi tak banyak lampu jalan. Maka meraba rabalah kami dalam kegelapan sekiranya mahu ke bilik air dan  kami bergantung kepada cahaya dari motor home dan campervan yang berada di camp site disitu. Mujur juga ada handphone yang bertorchlight. Pada backpackers tegar dan kental, tiada masalah rasanya. Cuma pada orang seperti saya....jadi satu masalah. Berlainan dengan keadaan berkongsi di Kiwis Backpackers kerana segalanya di bawah satu bumbung.

Wifi pula, hanya 100MB per pax. Tak sempat malam berlabuh, internet data dah habis...hahaha. Yang best, parking hanya di sebelah cabin. Memang untuk kita yang menghuni di cabin tu. Tidak perlu berjalan jauh. 

**Nota:  Gambar google 

219 John Motels And Holiday Park (Day 8)

Penginapan terakhir di New Zealand adalah di 219 John Motels & Holiday Park, Christchurch. Penginapan di sini juga sangat memuaskan hati kami. Kami menempah 2 bedroom Chalet. Chalet ni boleh memuatkan 7 orang sebab ada 1 queen, dua bunkbed. I bunkbed tu bahagian bawah boleh tidor dua orang. Complete semua ada. Bagaimanapun, kami masih boleh menggunakan shared facilities dan password diberikan. 
  

Parking kereta sebelah chalet je. Tak perlu berebut rebut parking. Di masa masa sejuk begini, heater yang baik amat diperlukan. Dan heaternya adalah superb. 

Katil diruang depan

Dalam bilik


Diantara kesemua penginapan penginapan di atas, saya amat menyukai 219 Johns Motel & Holiday Park, Christchurch dan juga Omarama Top 10 Holiday, Omarama. Sangat sangat puas hati dengan bilik yang kami tempah di kedua dua tempat ini. 

Gambar gambar juga bleh tengok kat website 219 Johns


Big Hostel (Day 8 - 10)

Untuk penginapan di Sydney pula, saya memilih Big Hostel setelah membuat banyak comparison. Ikutkan takde banyak bezanya pun. Memola memilih Pod Sydney, Bounce Sydney, Macleay Hotel yang mana akhirnya saya memilih Big Hoste. Bilik yang di pilih, 4 bed dormitory with private bathroom. Ada dua bunkbed, 4 locker dan bilik air. Shower room agak kecil untuk orang yang berbadan besar. Saya beberapa kali berlaga dinding...hahhaha. Best disini kerana semasa booked, saya memilih room with breakfast. Meriah breakfast. Macam macam ada. Roti, susu, jem, cereal pelbagai jenis. So makan lah sepuasnya. Ketika disini, setiap orang akan mendapat satu card. Deposit AUD20.00 if tak silap. Klu ilang, deposit pun hilang. 

Bilik kami di tingkat 3. And kena naik beberapa anak tangga. Jenuh gak ngangkut trolley bagi. Wifi cuma ada di bahagian bawah sahaja diantar kitchen dan ruang rehat. Kat bilik, maka mengangalah  kami tanpa internet ye...kekekke. 

Gambar gambar leh tengok kat Big Hostel Website




Sunday, 1 October 2017

Road Trip South Island, New Zealand - Preparation

Persedian awal ke South Island:-

Travel Partner
Travel secara road trip, saya menetapkan bahawa kesemuanya mempunyai lesen memandu.  Selain daripada itu mereka juga mestilah kental, boleh bekerjasama tanpa perlu di suruh dan di arah juga tidak bergantung semuanya kepada saya (penting pada saya). Saya mengajak 2 orang travel partner yang pernah bersama sama ke Perth dahulu (Kak Zue & Lina) dan kemudiannya seorang kawan yang pernah mengikut saya ke Korea (Zu).  Alhamdulillah mereka mahu mengikut saya, memandangkan harga tiket agak mahal juga pada masa itu. Pada saya, walaupun saya pernah travel bersama sama dengan yang lain, bukan bermakna saya akan memilih orang yang sama. Saya memilih atau mengajak seseorang mengikut kesesuaian tempat. Ini adalah untuk mengelakkan perkara perkara yang saya tidak gemari dan boleh menimbulkan konflik bila bermusafir (berdasarkan pengalaman travel sebelum2 ni bersama kawan kawan). Terutamanya apabila perancangan itu banyak datang dari saya. Banyak dugaan bermusafir dengan kawan-kawan rapat ni. Kadang-kadang di Malaysia relationship sangat bagus. Tiba di tempat orang, lain jadinya. Dan bila balik dari travel, lain pula juga jadiknya. True colors keluar semua. Saya tak kata orang lah...sayapun mungkin sama juga. Ntah ntah siapa yang pernah travel bersama pun rimas ngan saya. Sebab tu ada yang di ajak takmau ikut hahahha. Tapi, itu tak jadi hal lah pada saya. Kadangkala, bermusafir dengan orang yang tidak dikenali atau tidak rapat, lebih mudah. Jadi, untuk road trip, saya perlu mengajak yang betul betul saya rasakan sesuai dengan tempat yang saya mahu pergi. Sebab itu saya tidak mempunyai travel partner yang spesifik. Saya akan bawa/ajak siapa yang saya rasakan sesuai mengikut tempat yang saya hendak pergi. Bukan hanya sekadar boleh masuk dengan kepala saya dan jiwa saya, banyak juga faktor lain yang saya ambil kira. (Itu kalau perancangannyer datang daripada saya lah). Tambahan pula, hanya berempat sahaja. Hari hari nak hadap muka 4 orang ni kan...kekkekke. If travel ramai ramai, mungkin lain keadaannya. Lagipun travel solo is  not an option for me.  Memang konpem saya takkan dapat pelepasan. Kerana itu saya perlu mempunyai teman untuk travel. 


Flight ticket
Dari Kuala Lumpur kami beli tiket  KUL - SYD - KUL (Air Asia)
Dari Sydney pula SYD - CHC - SYD (Jetstar).

Visa
Since kami memasuki Australia, maka visa adalah satu kemestian. Macam biasa, kami beli melalui travel agent syarikat tempat saya bekerja iaitu Mayflower Corporate Travel Services Sdn Bhd dengan harga RM23.00. Saya minta Lina untuk uruskan visa.

Insurance
Kami memilih insurance AIG Malaysia Insurance Berhad. Insurance ini kami beli melalui travel agent Sedunia Travel. Lina juga saya minta untuk uruskan tentang insurance.

Makanan
Saya menetapkan bahawa makanan juga akan dibeli bersama sama. Dan jumlah perbelanjaan untuk makanan di bahagi sama rata. Antara makanan yang kami bawa: Beras, Nasi Impit, Serunding Daging, Sambal Ikan Bilis, Biskut, Mayonis, Maggi, Mushroom Soup, Kiub Tomyam, Kiub Ayam, Spageti, Instant Fried Noodles, Sardin, Tuna. Tugasan: Kak Zue dan Lina

Pakaian
Memandangkan kami berkunjung ke South Island, New Zealand ni pada hujung musim sejuk juga awal musim bunga, tentulah suhu masih lagi sejuk. Sesetengah tempat seperti di pertengahan jalan ke Milford Sound, masih terdapat salji yang belum mencair. Jadi jacket tebal adalah diperlukan selain dari keperluan keperluan yang lain. Kami membawa juga sarung tangan dan muffler juga untuk persediaan ketika kesejukan. 

Luggage
Dengan AA, kami membeli 20 kg luggage termasuk makanan. Untuk Jetsar kami cuma membeli 20 kg luggage tanpa makanan. Yang mana sebenarnya, bagi pihak saya, 20kg tidak mencukupi..hahhaha. Maka untuk penerbangan AA dari Sydney - Kuala Lumpur, saya membeli another 5 kg untuk luggage. Tp kawan-kawan lain cukup je.

Pocket Wifi
Pada mulanya tidak bercadang untuk menyewa pocket wifi. Tapi bimbang pula tidak kemudahan internet di NZ, maka kami bersetuju untuk menyewa pocket wifi. Saya mencadangkan POCWIFI. Urusan penyewaan secara online. Bayaran menerusi credit card. Tugasan: Zu

**Notakaki:  Sebenarnya kemudahan internet mudah didapati terutama di tempat tempat penginapan di New Zealand. Ada yang unlimited, ada yang terhad dan ada juga yang berbayar. Dan pocket wifi juga adakala tidak dapat digunakan kerana ketiadaan servis perkhidmatan.

Penginapan
Saya lebih suka memilih booking.com sebagai medium pengantara untuk mencari tempat-tempat penginapan. Banyak pilihan lain, tetapi booking.com tetap pilihan saya. Sesuka hati nak pilih tempat, and sesuka hati juga lah kalau nak kensel and tukar yang lain...hehhehe. 

Penginapan kami 
Dunedin - Kiwis Nest Backpackers and Budget Accommodation (Dormitory Room - Shared Facilities) **but later change to Family Room

Te Anau - Te Anau Lakeview Kiwi Holiday Park & Motels (Two Bedroom Bungalow With Private Bathroom)

Queenstown - Absoloot Value Accommodation (Single Bed in 4 Bed Dormitory Room - Private Bathroom)

Omarama - Omarama Top 10 Holiday Park (Deluxe Standard Cabin - Shard Facilities)
**later change to Motel 1 Bedroom

Lake Tekapo - Lake Tekapo Motels & Holiday Park (Cabin with Shared Facilities)

Christchurch - 219 Johns Motels & Holiday Park (Two Bedroom Chalet)


Transportation
Saya memilih jalan senang, menyewa kereta dengan Shoestring Car Rental. Baca review, paling senang. Paperwork pun senang. Nak pulangkannya pun senang. Dekat ngan airport.

Itinerary
Untuk perkara perkara begini, biasanya saya yang uruskan kerana saya yang mengajak. Perancangan, tempat tinggal, hala tujuan saya yang tentukan. Travel mates ikut sahaja. But still, saya tanyakan if mereka ada tempat tempat lain  yang mahu dilihat. Untuk road trip South Island ni, saya hanya menetapkan route yang kami harus lalui. Dan saya juga meletakkan tempat tempat yang menarik yang harus di lawati tatkala melalui laluan ini. Route yang saya pilih:  Christchurch - Oamaru - Duntroon - Moeraki Boulders - Dunedin - Invercargill - Te Anau - Milford Sound - Queenstown - Glenorchy - Arrowtown - Cromwell - Wanaka - Omarama - Twizel - Mount Cook National Park - Lake Tekapo - Christchurh

Lain lain
Pesanan kepada kawan kawan yang bermusafir bersama sama....apa yang penting kerjasama ya. Tapi alhamdulillah mereka memahaminya semua. Ada yang jadik tukang masak, ada yang bersedia jadi driver, tukang cari jalan, tukang jadi tempat, tukang bagi idea nak masak apa. Tolong basuhkan baju pun ada...ehhehhe.. Thank you to all my travelmates.




Friday, 29 September 2017

Road Trip South Island, New Zealand - Expenses




AFlight (RM)EEntrance Fees
KUL - SYD - KUL 4172.00Luge & Gondola @Queenstown          236.00
SYD - CHC - SYD4352.00Milford Sound Cruise          180.00
8524.00         416.00
BBekalan makanan (RM)140.00FAccommodation (NZD)
Pocket wifi (RM)382.65Kiwi Nest Backpackers  @ Dunedin - 1 night         162.00
522.65Te Anau Lakeview Kiwi Holiday Park @ 1 night         162.00
Absoloot Value @ Queenstown - 2 nights         288.00
CExpenses @ New Zealand Omarama Top 10 Holiday Park @ 1 night         215.00
Coffee at airport19.60Lake Tekapo Motels & Holiday Park @ 1 night         150.00
Car rental @ Shoestring520.00219 on Johns Motel & Holiday Park @ 1 night         123.45
Coffee ORB Café4.50     1,100.45
Tissue @ Dunedin4.90
Mineral water @ Dunedin4.00GExpenses in Sydney, Aus
Bread @ Te Anau8.00Big Hostel (2 nights)360.00
Groceries @ Te Anau24.50Coffee Veloce23.00
Coffee & Chips Skyline26.40Sahara Mixed Grill25.80
Eggs & Milk11.40Dinner45.00
Groceries @ Omarama14.00Airport transfer140.00
Jones Fruits Stall15.00Opal Card40.00
Kiwi Fruits5.00633.80
Salmon5.00
Groceries @ Twizel10.60Total A + B (RM)     9,046.65
Lamb @ Maihan13.60Total C + D + E + F  - rate 3.15     8,096.60
Park & Save16.25Total G  - rate 3.43     2,173.93
Car wash 12.00   19,317.19
714.75Divided by 4 (per pax)     4,829.30
DPetrol  (NZD)
Dunedin        38.10
Te Anau to  Milford Sound        45.50
Milford Sound to Te Anau        54.80
Millton        31.05
Queenstown        30.00
Omarama        51.80
Lake Tekapo        35.90
Christchurch         52.00
     339.15




Tuesday, 5 September 2017

Larian Sukan Sea 2017

12 Ogos 2017

Larian Sukan Sea 2017 sempena Sukan Sea 2017. Berjaya gak berlari walaupun banyak berlari lari anak...hahahaha. 

Masa register, dapat no bip lain. Di hari kejadian, saya tertinggal no bip kat rumah...hahhaa. Mujur abang ipar adalah salah sorang yang involved dengan sukan sea ni. Kelam kabut dia tolong carikan no. Kebetulan ada yang register tak show up. Maka dapat lah saya minum air milo, dapat lah goody bag dan juga medal. Klu idak..sia sia berlari...hahahha. 


Ngan officemate

Jom balik...




August Activities

Bulan Ogos paling banyak aktiviti. Dah tua baru teringin nak buat semua aktiviti aktiviti ni. Tak apalah. Its better late than never. 

5 Ogos 2017 - Putrajaya Komuniti Ride 

Ride ni ada 4 series. Yang ini adalah Community Ride yang ke2. So kena completekan 4 rides, then nanti ada biggggggg lucky draw. Series 1 -3, ada juga lucky draw...tp kecik kecik je. Dalam kecik kecik pun...ada gak yang dapat hp samsung dan basikal. Well...saya adalah orang yang jarang bertuah. But enjoy.....kali ini start dari Precint 18. Untuk siri 1 kayuhan bermula dari Precint 9. 




6 Ogos 2017 - Dpulze Friendship Ride

Kayuhan bermula dari Dpulze Shopping Centre, Cyberjaya. Dan kayuhan adalah sepanjang 30km...hahaha. Fitam mak nak. Dengan jalan yang berbukit bukit. Surrender sungguh and juga mengelat untuk beberapa kilometer...hahahha.

KMC Friends

Sorong beskal dah...x daya kayuh naik bukit





Notakaki:  Most pictures Credit tu Dpulze Friendship Ride 2017




Monday, 24 July 2017

Selamat Pengantin Baru Izzul & Ainul

Pada tanggal 21 Julai 2017, selamatlah sudah anak saudara saya diijabkabulkan bersama pasangannya di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Majlis pihak perempuan di adakan di Dewan Institute Kemajuan Desa (Infra), Bangi pada 22 Julai 2017. Manakala majlis di sebelah pihak lelaki diadakan pada 23 Julai 2017 di Dewan Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya. Tahniah kepada kedua mempelai. 

Hasil keras tangan saya dalam satu malam

The Family walaupun tak semua ada

The boys in the family. Ada gak yg tak dpt hadir sbb bekerja

The girls in the family. Cucu dan cicit Hajjah Maiselamah

Gambar gambar hasil dari hanphone sahaja....hehhehe. Seorang lagi sudah berpunya. And many more to come. Bila melihat kemeriahan begini, terpikir pikir didalam hati. Bagaimanakah majlis anak anak saya nanti. Another 5 more years to come untuk pikirkan. Itupun kalau jodoh mereka singgah lebih awal. If not, tunggulah another 10 years kut and of course will have to wait  another 20 years untuk si bongsu tu...huhuhu. Mohon dipanjangkan umur, sihat tubuh badan dan cerdas akal fikiran. Mudah-mudahan saya mampu melihat kebahagian anak anak saya dan dapat merasai kemeriahan yang sebegini.