Sunday, 15 October 2017

Road Trip to South Island, New Zealand - Day 4

18  September 2017 - Isnin

Awal pagi kami dah check out. Subuh subuh sepiee tu. Masa ni hujan masih lagi renyai renyai. Sebelum kluar, kami sempat prepared food untuk bekalan.  Some of the food tu kami prepared masa kat Dunedin still elok, tak basi pun. Nasi pun masih elok…so bawak je. Lagipun ada serunding daging dan juga sambal gila Zu. Sambal memang giler betui. Pedas ya amat.

Di Te Anau kami memang tak dapat nak menikmati keindahan sekeliling. Sebab semalam sampai pun dah gelap. Keluar pun dah gelap.  Kami just drop motel key kat box yang disediakan dan teruskan perjalanan ke Milford Sound. Kami punya cruise jam 09.40 pagi.  Masa kluar tu memang gelap lagi, so just follow je GPS. Ada beberapa kali GPS bagi direction belok kanan, yang mana kami rasa mcm scary je nak ikut jalan tu. Masa tu pun saya tak perati sangat GPS lalu jalan mana. Estimated time arrival tulih kat GPS jam 0820 pagi. Tiba satu tempat, tiba tiba ETA kat GPS berubah jadi 1000++ pagi. Saya aci panic jap..ehhh..dah kenapa. And kami stop kat tepi, try guna pocket wifi untuk cari arah. Pocket wifi takdak line pulak…cesssss. Kami decided untuk patah balik. Bila patah balik, terasa jauh nauuu le pulak. GPS bagi direction, kami ikut jer. Pastu still kat GPS tulis ETA jam 1000++ (tak ingat exactly kul braper). Memasing cuak, sbb Milford Sound Cruise dah beli woo..kang naya. Bila patah balik terasa jauh, check balik route. Masa ni dpt line…tengok kat google maps, macam berpusing pusing jer arah.  Pastu baru saya perasan, nak ke Milford Sound ni kena ikut State Highway 94. Jalan yang kami lalu tadik dah betul dah. Tatau kenapa GPS tiba tiba berubah ETA. Mongok tul rasanya….driver dah bengang je masa ni….…hahhaa. Allloooo...masa ke Kaka Point aritu sesat gak. Ai dan yang lain okay je walaupun masa tu dah sesat kemana mana. Takde nak salahkan sapa sapa pun….

Maka kami teruskan perjalanan melalui State Highway 94. Sepanjang perjalanan, view sangat cantic walaupun cuaca gloomy. Kadang sampai satu tempat, ada sedikit matahari, sampai satu tempat yang lain hujan renyai renyai. Adakalah nampak gunung ganang dan sungai. Adakala nampak hutan, pokok kiri kanan. Ada kala tanah lapang dikelilingi gunung ganang dan hutan. Semasa melalui Avalanche Area, subhanallah….lawa sangat pada saya. Gunung diseliputi salji kiri dan kanan. Tapi kami tak singgah….sbb mengejar masa. Driver pun dah drive ala ala F1 jer kami rasa…hahha. Takut ter miss Milford Sound Cruise. Semasa sampai d Homer Tunnel, perasan lampu hijau, so kami terus jer masuk. Keluar dari Homer Tunnel…masya allah….udahlah jalannya curam berliku liku….hujan renyai renyai lak tu. Rasa macam nak berhenti, tapi tak boleh…hhhahahha.



Macam icing sugar


Homer tunnel dari jauh

Homer tunnel

Dalam homer tunnel

Sebaik kluar dari tunnel

Lebih kurang jam 0800++ kami sampai di Terminal Milford Sound. Masa ni tatau…kami terus je ke terminal. Rupanya kena park kereta di tempat yang disediakan. Parking yang ada di Terminal hanya untuk tour bus sahaja. So depa dropkan saya kat Terminal, yang lain patah ke belakang untuk park kereta. Saya nak masuk…laaa..rupanya lom bukak…hahaha. Bila pintu di buka je, saya terus ke kaunter Juicy Cruise untuk redeem ticket. Dia bagitau nanti pergi ke wharft no 5. Dah dapat ticket, tatau nak buat apa, sbb cruise start jam 0940 pagi. Saya ingat nak berpatah balik ke tempat parking kereta. Atleast boleh breakfast dulu. Tapi bertemu depa di pertengahan…hehe. Kami melepak je lah kat terminal ni. Sambil bawak bekal buah buahan seperti pisang dan epal. Juga air kopi dalam termos. Tengah lepak, tiba tiba kecoh…hahaha. Hmm… no komen la. Orang orang mainland…sabar jer lah. Kami dok berckp ckp…janganlah satu cruise. Tapi hampa….satu cruise gak rupanya..huhhuhuh.

Menurut voucher di ticket, check in 20 minutes prior to departure. Saya tertidur masa ni. Sedar sedar jam 0920 pagi…huhuhu. Cepat cepat kluar ke wharf no 5. Masa ni dah ramai le orang orang mainland tu dok kecoh kecoh. Siap nak bukak gate nak masuk. Sekali staff situ cakap..a bit delay. Please wait…haahaha. Saya tak kuasa nak berebut..sungguh. And saya pikir, akan ada je tempat duduk dalam tu..so why worry. Bagi je la mereka mereka tu semua naik dulu. Dekat dekat jam 0940 pagi baru bukak gate untuk masuk. Kami pilih bahagian luar. Sejuk giler….tp gigih xmau masuk dalam konon…hahhaha.  So the journey started, maka memasing semua snap snap snap…..sambil tour guide dok membebel menceritakan tentang cruise ni. Sepatah haram kami tak dengar. Udahler riuh rendah ngan kaum kerabat tadik….


Collect ticket kat sini

Tunggu kat dock ini

Group hat tadik yang bising bising tu..hehehhe







Layan gambar je lah ye. Cruise sampai ke hujung hampir-hampir ke Tasman Sea. Tapi patah balik ke belakang. Cruise mengambil masa lebih kurang 1.5 jam. Sebelum sampai terminal, cruise singgah kat Starling Waterfall and lalu dekat dekat situ. Merecik recik u...hahha. Those yang ready to get wet, sila lah ya. Saya idak. Masuk ke dalam. Tak kuasa nak bersejuk sejuk di luar. Then kami dapatler tengok sea lion dok melepak atas sea rock. Itu je lah kut. Pusing pusing kat tasik and patah balik ke terminal.

Sebenarnya untuk cruise ni, banyak syarikat yang boleh anda pilih. Dan bermacam macam option yang ada. Boleh pilih Real JourneysJuicy CruiseSouthern DiscoveriesGo OrangeMitre Peak and ada lagi kut....kena carilah ya.






Sampai je di terminal, kami terus ke parking kereta. Masa ni pun dah tengahari. Kami decided bukak bekalan dulu. Cari tempat untuk lepak, and bukak bekal. Angin kuat hampir terbang makanan kami. Dapat makan..perghhh…..kenyang.

Melalui jalan ni ke parking

Bukak bekal

Dah kenyang, kami teruskan perjalanan untuk ke Queenstown. On day way tu, kami singgah lah kat Avalanche area tu. And singgah merata la yang tatau nama apa sepanjang State Highway 94 tu hehhe..hinggalah ke Te Anau.



Mencari toilet

Mirror lake yang tak berapa nak mirror

hmmm paham paham je lah ye....


Muka sendiri kena ada..hahahaha



Kami singgah di Te Anau untuk menyopping apa yang patut dan juga isi petrol sekali lagi. Ada satu kedai souvenier ni kepunyaan Chinse Malaysia. Luxmore Souvenier. Harga not bad. Xde le mahal sangat. Kat sini gak kami isi petrol bagi penuh dulu sebelum meneruskan perjalanan.


Ko Hwai Gifts and souveniers

Luxmore sebelah kanan. Melepasi Fiordland, then ada satu stesen minyak, lepas stesen minyak tu Luxmore. Gambar dari google maps


Depan lagi..

Yang bumbung merah tu

Dalam jam 0400 petang kut, kami meneruskan perjalanan Queenstown Mossburn - Mid Dome - Athol - The Devils Staircase. Tapi tak stop pun. Sebab apa eh...hahahha. Sbb cuaca tak berapa nak bagus. Kelabu je. Macam dah nak malam. Hujan renyai renyai on and off.


The Devil Staircase


Kami sampai di Queenstown dah gelap. Berpandukan gps, terus ke Absoloot Value Accommodation. Betul betul dalam town. Dan belakangnya adalah Lake Wakatipu. Sampai disini kami dapat bilik di tingkat 3. 4 bedded room with private bathroom. Ada peti ais dan locker juga tempat menggantung pakaian. Lift kecik, muat muat je 4 orang dengan luggage. Kitchen kat 2nd Floor. Kami park kereta kat depan hostel ni dan keluarkan barang barang semua. Pastu tanya orang kat kaunter tu kat mana nak park kereta sebab ruang depan tu memang ada dua parking je. Dia tunjuk area mana nak parking. Ada yang berbayar, ada yang pree. So kami opt for pree le..heehe. Dah antar barang naik atas, saya ngan Zu pergi carik parking. Jauh gak nak park tempat pree. Parking pree ni tepi tepi jalan je, tapi jangan park kat tempat yang bertanda biru dan kuning. Boleh park kat tempat garisan putih yang xde petak. Garisan putih tu memanjang jer. Pusing punya pusing..last last kami park kat atas bukit...45 degrees punya bukit hahahha. Jenuh mencanak naik. Masa nak turun macam mengelongsor lak. Dah park, kami jalan kaki about 5 minit kut nak ke hostel.

Dah settle punggah barang semua, saya ngan kak zu turun ke kitchen nak tengok apa yang boleh kami buat. Tapi punyalah ramai nya kat dlm kitchen tu. Jadi crowded dengan bau masakan masing masing..huhuhu. Pening jap. Tiba tiba ada orang sapa kitaorang. Cakap melayu plak tu..hahahha. Chinese Malaysia rupanya. Mereka 4 sekawan...dalam middle 40s - 50s kut. Geng geng pak cik kiah. Kami pompuan geng mak kiah...hahaha. Seronok sembang sembang, tp saya ngan kak zu tak lama dalam tu. Sebab pening bau macam macam masakan. Kami ambil air panas je. Masak maggi ngan sup je lah jawapnye. Pastu makan roti yang ada.

Best bilik ini, sebab kat katil masing masing ada plug untuk charge handphone dan segala bagai menda nak di charge. Masa kami tengah sembang sembang, sekali dengar bunyi orang ketuk bilik sebelah...hahaha. Kami cepat2 diam. Bilik tak kalis bunyi kut. Lepas tu dah semua bercakap berbisik bisik..hahaha. Risau juga...nanti orang komplen kan. Teringat masa di Western Australia, kami terjaga jam 0400 pagi. Pastu bersembang tak hengat. Kena tegur ngan orang bilik sebelah...haruuu.

Dah makan dah selesai apa patut, kami tidor je lah. Apa lagi nak buat. Tak ingat weder kami kluar ke idak malam tu. Rasa macam idak jer.  Plan esok, nak explore Queenstown jer. Takde kemana-mana.




Saturday, 14 October 2017

Hwa Ga Restoran, Empire Damansara

22 Oktober 2017

Mencari Restoran Korea Muslim Friendly. Berikut saya cadangkan silalah ke Restoran Hwa Ga yang terletak di Tingkat 1, Empire Damansara, Petaling Jaya. Restoran ini menawarkan pelbagai jenis makanan Korea asli secara buffet dan juga ala carte. 

Ini lah yang kami pilih semasa saya bersama sama #guj #gengukurjalan bersuka ria menikmati makanan Korea disini. Makan sekenyang dan sepuas hatinya. 




Apa yang menarik tentang restoran ini ialah mereka juga menawarkan 'Ala Carte Buffet, berkonsepkan ' Eat All You Can' dimana anda perlu memesan hidangan ala carte ayam pada menu mereka dalam 3 perisa. Waktu makan tengahari:  11 pagi hingga 3.00 petang, untuk Makan Malam: 5.00 petang - 11.00 malam. Harga adalah berbeza bagi setiap sesi. 


Kami pergi seramai 8 orang. Pada mulanya hanya mahu memesan 'Ala Carte Buffet' untuk 4 orang manakala yang lain memesan secara ala carte. Tetapi tidak boleh ye...hahhaha. Macam tau tau je nanti yang 4 orang ni akan menumpang makanan another 4 orang tu. Kekonon nak buat konsep sharing is caring la tu...hahaha. Bijakkk...bijakk sangatlah...








Road Trip to South Island, New Zealand - Day 3

17 September 2017 - Ahad

Ikut perancangan sepatutnya ke Kaka Point -- The Nugget Light House Point -- Purakaunui Waterfalls -- Invercargil -- Te Anau

Prepare bekalan

Hahhaa...hari ke3. Tu dia punya bag...

Kami bertolak agak lewat sedikit. Mulanya bercadang hendak pergi ke Tunnel Beach sebab semalam tak sempat. Memandangkan timing sudah lari sedikit, kami decided ke Kaka Point dan Nugget Light House sahaja. Malahan, Purakaunui Waterfalls pun kami skip. Sebelum bertolak, kami sediakan breakfast dan juga bekalan untuk makan tengahari. Maggi goreng, nasi putih, kari ayam, mushroom sup dan juga porridge. Kami mengangkat luggage dan juga barang makanan...huuhuhuh...tengok lah. Baru hari ke tiga..hahahha.

Jom jalan....

Giliran saya memandu hari ini sebab semalam Kak Zu, Lina dan Zu dah drive. Masing masing dah segar kan..so okay le tu. Sebelum meneruskan perjalanan, petrol haruslah di isi penuh. Perjalanan dari Dunedin ke Kaka Point lebih kurang 1 jam. Kami melalui Balclutha, nampak pokok bunga sakura lagi...hahaha. Mabuk bunga betul.

Balclutha Bridge


Cuaca hari agak mendung. Matahari tak berapa nak kluar. And sejuk takyah citer. Kami tawakal aje. Sampai sesetengah tempat, hari hujan. Dalam perjalanan kami nampak lembu lembu berkeliaran di atas bukit....begitulah pemandanganyang kami dapat sepanjang di New Zealand ni. Samada lembu or biri biri. Kalau biri biri. nampak macam cendawan tumbuh diatas bukit. Kalau lembu, kami kata macam batu batu kecik warna hitam...hahahha. Stop kat tepi jalan, nak ambil gambar bersama lembu. Tgh set kan tripod, tiba tiba patah....huhuhuhu......maka sempat ambil sekeping jer bersama sama guna tripod. Pengetat tripod patah - salah satu lagi kejadian yang tak diingin berlaku...hahahha. Maka, berselfie sahajalah kami. Beria bawak tripod sbb nak ambil gambo ber4....apa punya nasib. Takpalah...perjalanan harus diteruskan jua. Bergambarlah dengan apa cara yang ada...hehehhe.

Last sebelum tripod patah. Ganas gile...

Lepas bergambar ngan lembu kami set GPS ke Kaka Point and pilih jer mana mana jalan....hahahha. Pastu GPS bawa ntah masuk kemana, tatau ler. Yang saya ingat Kaka Point ni tepi pantai. Sepatutnya melalui jalan di tepi tepi pantai. Tapi GPS bawak kami masuk ntah hutan ladang mana...hahaha. Jalan pulak jalan batu kerikil Seriau giler bawak keter. Saya drive slowly jer. Saya kata kita dah salah jalan ni. Moh ler keluar balik...and you know apa.....keluar jer ke main road, nampak signboard Kaka Point...cesss. Patutnya jalan terus, tayah nak belok kekanan ikut kata GPS. Kami memang melalui jalan sepanjang tepi pantai. Singgah di tepi jalan, ada scenic lookout. Ombak laut memang kuat. Jalan sini bengkang bengkok sket and bukit bukit. Adakala membukit kami nampak laut ...rasa macam nak masuk kelaut jer....tapi pemandangan sangat cantik. Burung burung berterbangan..waduhai. Cuma hari sedikit renyai renyai. Nak bergambar sakan takut basah. Kalau cuaca lebih cerah, mesti lagi cantik. Pokok pokok tepi jalan pun cantik. And kami nampak satu kawasan dimana pokok pokok di tanam tp in between ada ruang. Macam camp site gitu. Siap ada pangkin dan meja. Terus kami kata...nnt singgah lunch kat sini..hehehe.







Kami meneruskan perjalanan ke Nugget Light House. Jalan agak mendaki. And agak sempit. Bila di selekoh bawak pelan jer...bimbang juga kereta dari hadapan.  Sampai satu scenic lookout, kami stop kejap nak ambik gambar bunga seakan akan bunga lupin. Masa kat sini, tengah setting kamera, ada satu group Chinese dari China. Dia offer ambilkan gambar. Kami redha jer....and kami teruskan lagi perjalanan. Banyak kali asik stop je. Walau pun dah nampak lembu lembu sepanjang perjalanan, bila nampak lagi ladang lembu, still nak berhenti..hahhaa. Tu yang perjalanan jadi panjang.  Sampai di atas, kami parking kereta untuk menuju ke Nugget Light House. Dari parking lot ke lighthouse lebih kurang 1000m. Kami dah masuk ke kawasan 600m, tiba tiba hujan agak lebat...huhuhu. Mula ingat nak teruskan juga, tapi takut kebasahan. Berlari balik semula ke kereta. Masuk dalam kereta....terpikir pikir...nak teruskan perjalanan or tunggu. Lama memikir...kekawan pun macam tak tau nak buat keputusan apa. Saya decided tunggu sekejap hingga hujan reda. Jeles juga tengok orang yang meneruskan perjalanan ke lighthouse dengan memakai baju hujan. Sampaikan bila kami nampak group chinese china tadik pakai baju ujan, kami kata...bila depa balik, kami nak pinjam ponco..haha. Gigih dak. 

Gigih..jalan pelan pelan



Mentara menanti, hujan mula beransur redah. Matahari nampak sikit jer keluar malu malu. Bila hujan reda, kami pun apa lagi. Alhamdulillah, sampai juga ke Nugget Light House ni. Lina dan Kak Zu jalan pelan pelan di belakang. Depa kata, pergi le dulu....sbb masing masing punya ketahanan kaki tak sama. Lama juga dok melepak lepak kat sini. Dalam jam 0100 juga kut baru kami meninggalkan Nugget Point untuk terus ke Te Anau.





Sebelum tu kami singgah di kawasan yang macam camping site tu untuk lunch dan solat. Kami cari tempat agak tersorok sedikit. Masing masing kelaparan dah sebenarnya. Dengan sejuk perut lapar..dapat makanan...pergghh.....nikmat.

Kelilingnya pokok pokok rimbun. Cantik. 

Bekalan yang dibawa

Lepas makan, kami tukar driver. Memang agreed gitu. Every 2 or 3 hours, tukar driver. So masing masing boleh rehat. Sebab itu road trip ke New Zealand ni, saya ajak kawan kawan yang boleh drive. So yang tak kena ajak tu, minta maaf lah...hehehe. Jangan kecik hati dengan mak nak....

Masa nak keluar dari Kaka Point menuju ke Te Anau, hujan berselang seli. Kejap hujan, kejap renyai, kejap elok. Tapi cahaya matahari tak berapa nak ada. Terang sebab hari siang je. Bila agak agak penat, kami stop je kat memana jalan. Ambil gambar...hahaha. Tu je lah kerja kami. Santai santai suka hati. Janji happy. Sampai Te Anau, kami stop jap sbb nak set gps ke Te Anau Kiwi Lakeview Holiday Park. Sebab sebelum tu kami cuma set Te Anau je....dah mula gelap dah masa ni. Terus gi kaunter ambik kunci. Cabin dekat jer ngan kaunter. Park kerete pun depan cabin je.

Bilik kat Te Anau ni cantik, ada private bathroom, tp kitchen ngan laundry kena share. Dah gelap gini, nak basuh baju pun malas. So malam ni, kami makan je apa yang ada. Takde nak masak masak bagai. Masak maggi je. Makan roti minum coffee. Masa kat sini, bakar roti guna toaster, sekali tu penggera asap berbunyi. Punya lah kuat...hahahha. Cuak weols. Padahal bukannyer roti terbakar pun..hadoii...sabar je lah. Saya ngan zu ambik queen bed, lina ngan kak zu amik single bed.




Gambar dari google

Sempat snap sebelum bertambah gelap

Dah gelap, apa pun tak nampak sangat. Ada tasik kat depan...tp sbb hujan. Kelam je lah...berhuhuhu sajerlah kami....memandang masih baru jam 0700 lebih kurang gitu, kami decided keluar sekejap. Kut kut la ada kedai yang masih buka. Malangnyer tiada...hahha. Kami nampak kedai terang benderang, kami ingatkan kedai tu bukak le. Rupanya dah tutup walaupun lampu masih  menyala kat dalam. Memang rare.  Pastu pusing pusing pekan Te Anau, kami nampak supermarket. Closed at 0800. Laju je kami masuk cari telur, cari sayur, bawang, buah bagai. Dalam ni jumpa Malaysian beli barang gak. Depa ni sewa motorhome dua buah. Dah setel menyoping apa yang patut, kami balik ke motel. Kemas kemas apa yang patut, makan minum....and tidor la. Apa lagi....tidur nyenyak sebab heater best. Katil pun best. Mandi pun best. Segar je sebelum tidor.

Sambung esok. 




Road Trip to South Island, New Zealand - Day 2

16 September 2017 - Sabtu

Maka kami pun selamat mendarat di Christchurch International Airport jam 1250 pagi (lebih kurang 0350 pagi waktu Malaysia). Flight kami adalah last flight. So, tak ramai orang. Kami dah isi borang declaration semua bagai. So, just follow the crowd and depa tanya bawak apa. Kami bagitau le apa kami bawak. Semua makanan memang kena bukak ya, untuk pengetahuan. Bawak lah apa pun kecuali Honey, Pisang, Cheese dan any type or burger or hamburger. Yang tu memang tak boleh. Yang lain nak bawak, silakan, tapi pastikan declare ya. Depa memang check satu persatu. Kami bagi juga senarai barangan makanan yang kami bawa. Pegawai tu baca and nampak White Rice dan Beef Floss..hahhaa. Pegawai tu suruh saya tunjuk and what is this. So kami pun explain le ke dia. Beria dia belek serunding daging saya. Belek belek...picit picit. And tanya...raw??. Bukan kami cakap. Dah siap masak dan keringkan. Okay..serunding lepas. Yang lain lain lepas. Tapi beras, dia kata kena ambil and nak check dulu. Maka kami pun tunggu laaa. Then dia bawak beras keluar dah siap bubuh dalam plastik lain. Beras okay....lepas.

Muka baru bangun tidor

Bagus sistem kat sini. Dah bukak, depa akan masukkan dalam transparent plastic bag. So, kalau ada pegawai lain yang tanya, just tunjuk je. Dah check semua barang makanan, bag kena scan sekali lagi. Masa ni Zu terlupa langsung langsung pasal sambal ikan bilis dia yang masih ada dalam bag, so masa scan beg nampak ler mende tu. Cuak uols. Takut depa kata kami sorok lak. Beria minta maaf. Bawak keluar bag, siap tunjuk dan siap bukak lagi. And tak berenti renti ler minta maaf. We are sorry...we are sorry. Depa check sambil senyum jer ..walaupun strict. Alhamdulillah lepas....agaknya dah tengah malam...wallahualam. Tapi lega. Terpandang couple kat kaunter sebelah. Sport shoes ke or boots, not sure, kena ambil. Depa siap cakap....still new...haahah. Baru beli kut. Nasib tak menyebelahi.

Keluar dari arrival hall, kami cari tempat lepak. Berkenalan dengan couple ni bersama sorang anaknya.  Sapa namanye eh....lupa sudah. Zaha ke..Naza ke....Raha...ntah tak ingat. Dia ngan asben sewa Campervan Juicy. Mula mula lepak sama sama mentara menunggu siang, lepas tu kami berpisah, sbb jumpa tempat lepak lain di sebelah kanan dekat dengan conveyer juga dekat dengan surau. Kami bersih bersihkan diri. Actually kat CHC airport ni ada tempat mandi. Tapi tempat orang OKU ye. Punyalah kami tak tau camner nak bukak bilik air tu....hahaha. Sekali asben couple yang kami jumpa tu tolong bukakkan. Tp kami decided takmau mandi. So lepas solat subuh and refresh apa yang patut kami lepak je lah. Sementara tu Zu pegi amik pocket wifi yang kami sewa. Actually airport CHC ni takde besar mana. Senang je nak cari. And kami kena tunggu Cameron dari Shoestring kat Exit 2. Nak ke Exit 2 ni, kami kena jalan ke kanan airport. Pastu nampak plak kedai coffee. Kedai coffee bukak je, kami order coffee and tanya dia, boleh beli air panas dak...hahaha. Nak masak maggi. Sabar jer lah kan.....

Sementara menunggu...gambar kurang memuaskan..gasakk..

Jam 0600 pagi, kami cari payphone (free sahaja) untuk call Cameroon. Dia suruh tunggu jam 0630 pagi. Okaylah kami sempat kami mengopi sambil makan maggi. Jam 0630 pagi, kami pun kluar dari Exit 2, dah nampak Mr. Cameroon menunggu dengan kereta Wagon Nissan Wingroad yang kami sewa.

Door 2

Dia tunggu sini dekat ngan Door 2

Dia bawak kami ke pejabat dia, sambil terangkan jalan bagaimana nak kembali ke airport nanti masa nak pulangkan kereta. Sampai kat opis, dia explain bagaimana nak pulangkan kereta, pembayaran dan sebagainya. Masa sewa ni, kami dapat harga NZD440.00 untuk 8 hari termasuk GPS. And dikenakan bond NZD2000.00. Sampai kat sini, Mr. Cameroon explain, if taknak kena bond tu, kami boleh pilih bayar extra NZD10.00 sehari. Kami agreed je. So total kena bayar untuk kereta sewa NZD520.00. Settled sign everthing, maka we started our journey. Memola Kak Zue drive. Terkial kial kami cari handbrake hahaha. Rupanya handbrake kat bahagian kaki sebelah brake. Sabor je le. Kami set GPS ke Oamaru Penguin Colony.

Melalui Rollestone -- Asbhurton - Geraldine - Temuka - Timaru - Glenavy and kami stopped ntah kat mana mana sebab nampak pokok bunga sakura berkembangan. Sebenarnya saat ini, kami amat keletihan. Mujur Lina nampak masih segar, maka bertukar driver dengan Kak Zue. Zu memang flat abis, sampaikan kami singgah ambil gambar bunga pun dia takleh bukak mata. Saya pun sama, cuma bila kereta stopped, barulah mata pun terbuka.


Comel anak kambing

Kemudian Zu pula ambil alih. Saya pun takleh nak recall, sbb saya banyak tidur dari jaga. Sampai satu tempat, singgah cafe untuk mengopi. Cafe ni diantara jalan untuk terus ke Oamaru dan juga boleh ke Duntroon. Pada mula saya nak tidur. Tapi lepas tu mcm tak best plak dok sorang sorang dalam kereta. Saya tumpang mengopi sekali. Kat cafe ni, driver will get free coffee. Yang lain kena bayo.

Coffee cafe ini - gambar dari google. Tu pun sbb tengok resit, baru teringat nama kedai

Settled mengopi nampak signboard ke Duntroon. Lebih kurang sejam untuk pergi dah balik. Dah masuk jalan nak ke Duntroon, tapi kensel....sebab kami dah macam tak sabar nak sampai ke Dunedin. Kami meneruskan perjalanan ke Oamaru. Singgah sekejap sahaja..kekonon nak tengok penguin. Bila kata kena bayar...hmm..kensel juga..hahaha. Walhal memang dah tau. Tapi saja singgah. And tiba tiba kedekut lagi...kekkekke. Kami ambil ambil gambar sikit...cuaca alhamdulillah cerah dan kami terus ke Moeraki Boulders.

Kat Oamaru

Nota kaki:  Nasihat saya, if sampai ke CHC waktu pagi, sewalah memana hotel and restlah dulu di CHC. Janganlah jadi macam kami. Dua hari x mandi, dua hari tidur tak sempurna. Badan jadi amat letih sesangat. Tapi if uols gagah perkasa, silalah ye. Saya mcm aci nyesal buat route terus untuk road trip. Boleh aje spend time kat CHC dulu. Ikut memasing punya kudrat la ye.

Sampai di Moeraki Boulders, angin kuat dan cuasa sangat sejuk. Tapi cuaca agak gloomy sikit di Moeraki Boulders ni. Nak turun ke bawah, kami tengok kena bayar NZD2.00. Punya kedekut, 2 dollar je pun...tp xmau bayar. Hahhaha tak abis abis kedekut. Kami ikut belakang sebelah kedai tu turun kebawah.


Ombak kuat. Jadi x dpt nak ambik gambar batu yg macam sphere tu

Dapat sikit. Tak jelas sangat



Turun kut ni, bayar ler NZD2.00

Sempat saya merembat sehelai sweater kat sini dengan harga NZD19.90. Sejuk sangat.  Dah puas hati, kami meneruskan perjalanan ke Dunedin. Kami tiba di Dunedin dalam jam 3.00 petang. Tapi cuaca dah mula suram. Abaikan waktu tertera di kamera. Saya lupa nak setting. (Asik lupa manjang)

Somewhere dalam perjalanan ke Dunedin

Approcahing Dunedin

Berpandukan GPS, kami set kan terus ke Kiwis Nest Backpackers Accommodation. Masa sampai Kiwis ni, owner takde. Ngelabah juga dok tekan tekan bell, xde sapa datang. Pastu baru perasaan, ada notice kat situ, if sampai takde orang, please ring this number. Guna telephone yang disediakan. Saya pun called le. Datang one lady (lupa nama....hahahah). Dia bagi kami mixed room 6 bedded and ada sorang jejaka tampan dalam tu, terus kami menolak. Padahal kami booked mixed room 4 bedded. Malas nak banyak cerita. Kami dah penat.. Boleh baca cerita ni kat LINK INI tentang accommodation. Kami meminta bilik lain sebab tak mampu berkongsi bilik ngan jejaka tampan itu...hehehe. Alhamdulillah ada.

Masuk bilik, kami pun merehatkan diri. Mandi manda juga dulu, sebab dah dua hari tak mandi.  Kemudian kami isi perut juga. Waktu siang cepat beransur gelap. Dalam jam 6.00 petang kami cepat cepat ke Baldwin Street untuk merasai The Steepest Street in the World. Tapi idaklah naik sampai atas pun. Dari Baldwin Street kami ke The Dunedin Railway Station. Memalam hari sejuk gedi je rasanya. Jam 0800 malam kami balik hostel. Sampai hostel, kemas balik beg sebab esok akan bergerak semula.

Railway Station Dunedin


Steepest street

Kekonon nak gi Tunnel Beach. Dah tak sempat. And dah gelap. Cepat gelap....so kami tidaklah mahu memberanikan diri walaupun baru kul 0800 malam. On the way balik GH, singgah mart dulu, beli few things untuk masak esok. Malam tidur nyenyak dan lena. Tetapi sangat dukacita, kami guna multi usb untuk charge power bank. Malang sungguh, ntah apa yang tak kena, multi usb tu terbakar, dan powerbank juga terjejas tidak boleh digunakan..berhuhuhu lah saya, sbb saya cuma bawak satu powerbank sahaja. Batteri hp pula cepat habis.  Disini juga saya baru perasaan, gelang emas yang saya pakai di kaki hilang...berhuhuhuhu lah lagi. Saya suspek, gelang emas ni terjatuh masa di Sydney. Maybe sebab asik buka stokin dua tiga kali untuk bersolat, saya tidak perasan bila kala gelang kaki ni jatuh. Itu salah satu perkara yang berlaku di New Zealand.

Dunedin ni sunyi jer pada saya.....banyak rumah rumah, tapi susah juga nak cari orang. Adalah nampak...since masa kami sampai tu Sabtu malam Ahad, jadi nampak beberapa anak gadis berjalan jalan. Nak pergi happy sunday night kut. Dressing abis....style mereka le. But kita pun tau, mereka ni young girls.

Continue.....