Friday, 29 March 2024

Summer Scent - South Korea Day 4

20 August 2023 (Ahad)

Hari ke 4 di South Korea - Summer.  Ada perubahan di itinerary, maka di pagi Ahad, kami bergerak ke Gyeongbukgong. Banyak kali dah pergi, tapi seperti biasa, kami tetap sesat. Sepatutnya ambil subway paling dekat dengan Istana. Tapi kami turun di stesen yang salah. Maka jenuhlah berjalan menaiki dan menurun tangga untuk sampai ke Gyeongbukgong. Sesampai di sini, bahagian hadapan di tutup, ada construction. Maka terpaksa lah berpusing pusing sebab nak cari kedai yang sewa hanbok. 

Kami menyewa di sebuah kedai berhadapan dengan Presidential Area - Blue House.  Banyak kedai kedai menyewa hanbok disini. Murah, mahal, yang biasa, yang extraordinary pun ada. Sekarang nak sewa hanbok memang mudah sangat. Tak macam dulul dulu. If sewa hanbok, masuk dalam Istana free je. 

Kali ni, saya sewa yang biasa je. Saya rasa dah makin mahal la harga sewaan sekarang. Ye lah, musim berubah, harga pun berubah. Kami sewa untuk 2 jam sahaja. Cukup lah tu. Panas pun. Tak lalu nak berlama lamaan dengan baju yang berlapis lapis tu. Masing masing memilih warna, hijau, biru, kuning, maron dan saya memilih warna pink. Sebab nak sesuaikan dengan warna tudung yang saya pakai. 

Kami jalan jalan je, sambil tunggu Changing Guard Ceremony. Changing Guard skarang pun tak macam dulu. Sekejap je. Selesai di dalam kawasan istana, kami pulangkan hanbok di kedainya. Berpeluh peluh. Tapi bagus ya kedai kedai Korea ni. Selepas kita buka, memang terus ambil dan mereka terus bawa ke belakang untuk bersihkan. 

Setelah pulangkan hanbok, kami cari lunch pula. Maka kami decided untuk ke Itaewon. Solat di Masjid Itaewon dan lunch di Yello-Chicken. Pengalaman kurang menarik disini. Kami di minta order asing asing. Bila makan dah siap, tak ikut aturan kami order. Dah caca marba, masing masing lupa. Ni sapa punya, ni sapa punya. Udahle kena amik sendiri kat kaunter. Bila kami tegur, eh marah pulak orang kedai ni. Paling tak bleh blah, dia punya nak tunjukkan marah dia, berdentung dengan pintu kat kaunter tu. Well, kita pahamle orang marah kan. Tapi bukan salah kami. Ko panggil le ikut order. Tengok depa buat perangai macam tu, kami pun mengutuk dalam Bahasa Melayu. Masa tu ada dua orang pekerja je. Dissappointed sangat. And makanan pun takde le sedap mana. Boleh le...janji isi perut. 

Dari Itaewon, kami menuju ke Starfield Library, Coex Mall. Pada masa ni, anak Mashie nak jumpa kawan dia, Korean Guy. So plan jumpa di sini je lah. Sempat la mengopi dalam mall besar ni. Tapi orang meremut gila...takde beli apa pun dalam ni. Nak duduk membaca pun, tak semua buku kita paham and org mmg ramai melepak je. Takde ruang nak duduk. 

Kemudian kami balik ke Myeondong dan dinner di Restoren Kampungku. Pada saya, boleh le....tp tak cukup Korean. Macam makan Korean Food di Malaysia je. Busanjib juga yang sedap. Pure Korean Food. Dan makan, balik Hotel. Malam jalan jalan pusing Myeondong Night Market. 

Sempat beli drink kat kedai depan Kampungku. The Bus Stop nama kedai. Saya beli Latte kut. Lupa dah. Ada yang beli coklat.  Kedai ni ada tanda HALAL ya..

Dan akhirnya kami pulang ke hotel. Sebelum tu pusing pusing lagi kat Myeondong Night Market. Sampai bilik. bersihkan and tido lena. Esok last day .....




Wednesday, 17 January 2024

Summer Scent - South Korea Day 3

19 August 2023 (Saturday)

Hari ke 3. Janji jam 0830 pagi mesti berada di Stesen Myeodong Exit 2. Lebih kurang jam 0900 pagi bas sampai. Saya memang tidur je sepanjang perjalanan. Jadi tak melihat langsung view dari dalam bas. Lebih kurang jam 11.30 kami sampai di Naminara. Ticket semua dah booked siap siap dekat Klook. Takde masalah, jalan jer terus. Tak lama sangat menunggu feri. Tapi cuaca panas tu, memang takleh bawak bincang le..haaahha....tapi okay je. Macam panas kat Malaysia je....DaWelam 11.45 feri sampai....berebut semua nak masuk ke dalam yang ada ekon...hahhaha....mujur orang tak ramai...

Macam biasa, jalan dalam sekitar Nami Island. Nak cari kedai nasi goncang, tapi malangnya kedai tutup. Kami sempat beli hoteok dan ice cream. Konon nak try naik basikal...semua aci malas sebab dah berpeluh. Padahal kat Nami Island tu taklah direct kena cahaya matahari sebab banyak pokok pokok. Tapi sebab masing masing dah melengas....nak cari tempat sejuk je...hahhaha

Akhirnya kat lunch di Asian Restoren. Pada saya yang dah banyak kali datang ke Korea,  di Nami Island ni takde apa sangat lah. Overrated. Sekadar nak rasa di setiap musim. Winter pernah, Autumn pun pernah. Spring je takde. Masa Spring, saya tak datang ke Nami Island. Saya turun di area ni untuk pergi ke Garden of Morning Calm sahaja. Pada first timer, mungkin satu bonus dapat ke Nami Island. Pada yang dah berkali kali ni, kena tengok musim. Kalau waktu Autumn, memang cantik le tengok daun daun beraneka warna. Waktu winter, if ada salji waktu tu, mungkin menarik. Tapi kalau sekadar sejuk sahaja...biasa biasa je lah. 

Masuk Asian Restoran pun orang tak ramai sangat. Order di kaunter, nanti dapat satu butang buzzer. Tunggu le sampai berbunyi. Pastu amik makanan kat kitchen. Semua self service. Tak macam dulu.....depa datang amik order. Saya tak sure if cuma waktu summer je macam tu. Tapi dulu, memang depa datang amik order and hantar ke meja. 

Makan di Korea, jangan lah convert. Semua jadi serba serbi mahal...hahhaha. Redah ajelah. Makan bagi perut kenyang. Yang pasti, mencuba makanan Korea adalah satu kemestian. 

Lebih kurang jam 3.45 petang, feri sampai.Kami pun kembali ke daratan. Lama juga nak tunggu bas, sebab driver dok tunggu passengers yang lain. Memang dahaga memanjang. Tak putus putus dok togok air kosong.....walaupun banyak air masuk tapi takde rasa nak membuang air kecil pun...semua jadi peluh. Lebih kurang jam 0600 petang, kami tiba di Myeondong. Kami serbu Daiso 12 tingkat lak. Saya jamu mata je lah. Kemudian kami kembali ke hotel. Sempat singgah di Convenient Store, beli air ni. Sedap juga. Sampai di hotel, bersihkan diri...dan kami diiner dalam bilik sahaja. Kemudian, saya dan Tika turun sekejap ke bawah. Jalan jalan di Myeondong Night Market. Jalan jalan cuci mata. Tak banyak dah gerai gerai yang ada letak tanda Halal. Sempat juga beli Honey Butter Almond....allah...saya lupa nama kedai. Kedai tu jual murah sikit dari lain lain kedai. Saya beli Dragon Beard Candy/Kkultarae.

Then kami balik semula ke hotel. Hotel ni memang dekat sangat dengan Myeondong Night Market. Hari hari boleh pergi.....hehee.  Sampai hotel, apa lagi. Tido le. Esok nak ke Gyeongbukgong. 


Enak dan lena di buai mimpi.



Tuesday, 12 September 2023

Summer Scent - South Korea Day 2 Part II

18 August 2023 (Friday)

Kami mula berjalan perlahan menuju ke tempat menunggu bas. Actually masa ni hujan dah mula renyai renyai. Kami tak pikir hujan lebat. Tapi sedang berjalan tiba tiba hujan menderu turun. Berlari lari patah semula ke Namsan Tower mencari tempat teduh. Saya sempat juga buka baju hujan, tapi still basah. Walaupun basah, tapi cepat juga kering semula. Bila renyai semula, kami redah jer pergi ke bus stop. Sampai di bus stop, mula pikir nak pergi ke Dongdaemun. Pada asalnya saya cadangkan naik je bas no 05. Turun di Myeondong then kita ambil subway. Tapi mereka kata, jom la naik terus bas ke Dongdaemun..

Maka bermula la episode tawaf sekitar Dongdaemun....hahhahha. Secara jujurnya, saya memang blurr sikit kalau naik bas ni. So, kita ikut ajelah. Berpinau juga nak turun kat mana. Tercari cari mana arah tujuan. Maka kami pun terus berjalan dan berjalan dan berjalan dan berjalan yang mana akhirnya terjumpalah Cheonggyecheon Stream. Dah nampak Mariot hotel di sebelah kanan dan sungai sebelah kiri. Bila dah malam, pandangan sekeliling pun dah tak berapa nak cam sangat. Berdasarkan arahan dalam google, kami pun mencari Dongdaemun Ikan Bakar. Tapi kami gagal kerana tak jumpa patung manusia besar di sebelah kiri (padahal dah byk kali pergi pun, masih failed dengan direction). 

Masing masing dah penat berjalan. Dan suasana di sekitar Dongdaemun juga agak suram. Banyak kedai yang sudah di tutup. Dengan berita yang kita baca di internet tentang stabbing case randomly juga membuatkan kami semakin risau. Doota Mall pun tak jumpa. Dongdaemun Design Plaza pun tak jumpa....maka jomlah balik.

Bila masing masing dah tak larat nak jalan, kami ambil keputusan berpatah balik ke Myeondong. Dan bermulalah episode mencari subway station pula. Akhirnya dapat naik subway dan balik terus ke hotel. Masing masing juga dah lapar. Kami beli nasi instant di family mart dan makan di hotel sahaja. Semua berkumpul di bilik saya dan tika untuk makan malam. 

Agak ralat juga tak jumpa apa yang di cari. Tapi suasana Dongdaemun yang suram dan agak gelap juga kerana banyak kedai sudah di tutup membuatkan kami terbantut untuk meneruskan pencarian. 

Kami bersihkan diri, dan be prepared untuk esok hari. Esok pagi akan ke Nami Island dengan menaiki bas. Bas di jadualkan pada jam 0900 pagi. Jadi kami perlu bersedia pada jam 0830 pagi. 





Summer Scent - South Korea Day 2 Part 1

18 August 2023 (Friday)

Lebih kurang jam 0700 pagi, safely landed di Incheon Airport. Dari Terminal 2, kami menaiki aerotrain untuk ke Terminal 1. Segalanya berjalan lancar, walaupun agak cuak juga. Ye lah, sekarang macam macam kita baca dan dengar. Kebetulan pula, di hadapan kami ada dua orang wanita, kena masuk bilik. Bertambah cuak juga. Tapi yakin, bahawa kita datang for leisure/holiday. Jadi, tidak ada apa yang perlu dirisaukan. 

Alhamdulillah, kami selamat melepasi imigresen. Ada yang bawa makanan, tapi tak declare pun. Malahan, cuma handcarry sahaja yang kena scan. Luggage takde scan dah. Bila dah landed, biasa lah masing masing nak terkucil. Agak sedikit lama di ruangan mengambil bag, sampai kena sound le...hahahha. 

Sebaik keluar dari arrival, perkara pertama yang kami buat, topup T-Money dan cari susu pisang. Memandangkan waktu ni summer season, cuaca biasa biasa sahaja. Sambil sambil tu, Mashie pi usha tengok tengok airport transfer dan juga bas. Kami akan menginap di Ekonomy Hotel, Myeongdong. Sambil sambil tengah berkira, kami di datangi oleh seorang warga Korea. Timmy namanya. Actually, dia tengah tunggu customer dia dari Vietnam. Flight sepatut landed pagi tu. Tapi flight delay, and dia kata, dia takmo tunggu sampai pukul 3.00 ptg. If kami nak transport, dia willing untuk hantar kami. Selepas negotiate (kami request harga sama dengan bas iaitu KR17,000), dia agreed. Alhamdullillah, dapat naik Starex dengan harga berpatutan. Mashie siap ambil no hp dia utk reference. 

Kelakar, sebab dia beria convince kan kami bahawa dia bukan scammer. Dia pun paham kut akan kerisauan kami. And kami pun takde le risau sangat sebenarnya, sebab bukan first time ke Korea and kami pulak ber6. Timmy sangat fasih berbahasa Inggeris sebab dia pernah tinggal di Florida, USA.

Lebih kurang jam 10.00 pagi, kami tiba di Ekonomy Hotel. Since tak boleh lagi check in, kami letak kan dulu barang barang di lobby Hotel. Kami cuba juga tanya if ada bilik kosong kalau kalau boleh kami masuk dulu. Malangnya tiada. Agak strict juga hotel di South Korea ni ya. Sebab biasa, kami duduk Guest House. Kiranya inilah first time stay hotel di Seoul (saya lah). Tapi saya pernah stay hotel masa di Jeju Island

Lebih kurang jam 11.00 kami kami menaiki Subway menuju ke Namdaemun. Macam biasa, bila masuk Namdaemun, semua rambang mata. Pastu dengan panasnya, dengan lapar dan dahaganya...ahhaha...first time datang Korea waktu summer. Mandi peluh semua. Bila dapat masuk bangunan, gembira tak terkata. 

Selesai di Namdaemun, kami cuma jalan kaki je balik ke  Myeondong. Dekat sangat sebenarnya. Kalau dah faham area situ, sangat mudah. Masing masing dah lapar, kami singgah di Busan Jib berpandukan arah yang diberikan oleh tourist guide berbaju merah. 

Selesai makan di Busan Jib, kami relaks sekejap. Lepas tu mencari kedai Bingsu pula....hahaa. Masa mula mula masuk kedai, mentamak masing masing. Pastu ada yang suggest, takyah amik byk byk. Cukup lah 2 sahaja. So kami ambil mango dan strawberry. Sekali sampai...tu dia kau...mujur beli dua je. Kalau tidak, harus nak habiskan. Sebab baru lepas makan heavy. 

Kami really enjoyed bingsu masa musim panas ni. Nikmat tak terkata. Selesai makan bingsu, kami ke hotel untuk check in. Saya dan tika, mashie dan nana, Mala dan Maznah.

Bilik hotel ni sangat kecil. Luckily, saya dan Tika dapat bilik twin. Jadi ada sedikit ruang utk kami solat. Mashi & Nana, Mala & Maznah punya bilik, nak solat pun kena atas katil.  Maznah dngan Mala mmg tak selesa dengan bilik kecil. Minta tukar bilik, kalau ada bilik kosong. Tapi memang tak dapat. Walaupun nampak mcm ada je bilik kosong, tp pekerja situ cakap all fully booked. Apa apa ajelah..,,sampai sudah tak dapat tukar bilik. 

Kami bersihkan diri, solat dan rehat sekejap. Kemudian kami bergerak menuju ke Namsan Tower. Kali ni, kami bertanya sekali lagi kepada tourist guide berbaju merah cara cara nak ke Namsan Tower. Sebabnya takmo berjalan kaki macam dulu dulu. Tapi agak jauh juga berjalan ke arah elevator menuju ke Cable Car untuk ke Namsan Tower. Saya first time lalu jalan ni. Sebelum ni, saya ikut jalan belakang melalui Hotel Pacific terus ke atas ikut Namsan Guest House. 

Dari sini, kami menaiki Elevator. Dan terus membeli ticket utk menaiki Cable Car. Sesampai diatas, hujan mula renyai renyai. Takde buat apa sangat. Sekadar tengok sunset. Ye lah....sebab macam saya dah berapa kali naik ke Namsan Tower ni, so takde apa sangat nak di tengok. Jalan jalan sahaja pssuing pusing. Kami plan nak balik naik bas sahaja. 




Sunday, 3 September 2023

Summer Scent - South Korea Day 1

Day 1 (17 August 2023 - Khamis)


Selepas 3 tahun PKP berlalu, ini kali pertama ke Korea semula. Sebelum ni saya sempat ke Hatyai, Thailand. Tapi belum sempat buat cerita. Sejak anak bongsu duduk asrama, saya rasa life saya makin busy. 

First ajakan, saya masih timbang tara. Mengenangkan perjalanan trip pada bulan Ogos, dengan nak pindah rumah, nak selesaikan perihal rumah dan macam macam la. Saya menolak padahal waktu tu tambang pergi balik ke South Korea (all in) cuma RM890.00

Dek kerana rindukankan Korea, setelah berpikir banyak kali, akhirnya saya redah beli juga ticket dengan menggunakan Travel Voucher yang diberikan oleh Air Asia sebagai ganti pada ticket ticket lama yang tidak dapat digunakan semasa PKP. 

Harini saya ambil cuti, walaupun penerbangan pada jam 1025 malam. Kali ini saya tidak membeli luggage, hanya ticket semata. Maka saya menumpang luggage dari ahli group yang lain (Tika dan Mala). Saya agak lambat sampai airport sebab pergi makan dulu (Saya juga tak ambil inflight meals).

Seperti biasa, check in sendiri, check in luggage juga self service ya. Mujur berat tidak melebihi 80kg. Selesai check in luggage, kami solat maghrib dan Isyak. Lepas solat, ada yang nak makan then kami masuk boarding area. Everything smooth sahaja.

Agak kelam kabut sikit kat dalam, sebab ada yang ke toilet bagai. Sampai dua tiga staff AA buat annoucement. Last call flight to Incheon.....******.....hahhaa. Dah masuk dalam, kelam kabut juga sebab takde ekon. Perghh.. berkicap kat dalam. Dah okay, flight bergerak, sekali kena sidai lagi. Sabar je lah. Sudahnya hampir 1 jam delay, baru lah flight take off dengan jayanya. And suprisingly, walaupun take off lambat, tapi touched down Incheon, almost on time. Kat atas pun boleh pecut ye. Tapi pengalaman kena pecut kat atas, saya dah alami beberapa kali. Bukan hanya ke Korea, pernah ke tempat lain juga, flight delay, tapi touched down almost on time. 








Thursday, 23 February 2023

Pulau Perhentian - Day 3

2 September 2022 (Jumaat)

Last day kat Kg. Nelayan. Harini takde activity apa. Konon nak naik kayak le...apa le. Semua tak jadi. Janji naik boat jam 12.00 tengahari. So kami ni pun siap siap la....breakfast macam biasa. Dah hari akhir, makan pun biasa je. Tapi kenyang juga. 

Sebelum kul 12.00 kami tak terpacak kat Jeti. Tapi apalah punya nasib. Kena sidai lagi...jenuh menunggu dari kul 12.00 ke 12.30 ke 01.00.....bila called, dok ckp on the way nak datang ni. Sampai orang yang ada kat jeti pun tu pun dah habis naik boat. Ada dua orang polis ni dok tanya, naik boat sapa. Kami pun cerita lah. Ada lah local people ni, try call boatman, dia pun cakap....haaa..kejap lagi ye. Sbb depa ni saling mengenali rasanya. 

Lupa dah kul berapa baru boat sampai. Kematu menunggu. Tak rekemen lah saya dah ngan agent ni. Dulu baca review, macam okay je. Nasib baik kami tak ambil bas balik ke Kuala Lumpur jam 0100 petang. Kalau tidak...naya.....haruuu....

Sampai kat tanah besar, kami cuba dapatkan grab untuk ke hotel. Kami balik jam 0830 malam. So kami booked hotel sekadar untuk berehat sementara menanti waktu pelepasan. 

Memandangkan hari ini, hari jumaat. Lambat lak nak dapat grab. Ada teksi, tapi takmo ambil. Maybe dekat sangat kut. So kami lunch dulu kat kedai berdekatan. Lepas 0230 petang baru dapat grab. 

Abang grab ni bagus lak. Dia kata, nak gi mana mana ke. Boleh je hire dia utk jalan jalan. Ikut jam. Tapi kami dah malas. Ada le beberapa tempat yang di sebutnya. 

Kami check in guest house. Sempat lah mandi manda, solat bagai. Malam tu kami just jalan kaki je ke stesen bas. Dekat je. Sebelum subuh sampai di TBS. 





Tuesday, 20 September 2022

Pulau Perhentian Kecil - Kg Nelayan Day 2

01 September 2022 (Khamis)

Breakfast pagi ni jam 0830 pagi. Snorkeling tour jam 10.00 pagi. Sesudah siap, kami turun terus untuk breakfast. Pagi ni dapat sandwich dan kueteow goreng. Alhamdulillah kenyang. Kemudian naik semula ke chalet untuk tukar baru snorkeling. Sementara tunggu boat datang, kami pusing pusing sekali lagi Kg Nelayan ni. Actually Kg Nelayan ni hanya bahagian depan sahaja. Bahagian belakang adalah bukit bukau. Ada juga chalet dan rumah penduduk tempatan di area bukit bukit tu. Mujur kami tak dapat area bukit. If not, jenuh juga nak menapak. Perhentian Kiara ni walaupun sedikit tersorok, tapi masih lagi dekat dengan area are kedai. Apa apa hal senang nak cari. 

Lebih kurang jam 1000 boat sampai, dan kami di bawa ke Pulau Perhentian Besar. Sedikit tak berpuas hati, boat ni tak sediakan tangga.Bila nak turun dari boat, masalah sikit terutama untuk warga 50an macam kami ni......Noey langsung takmo turun snorkeling. Biarlah dia....rela duduk atas boat. Saya turun juga, tp ikan dan coral takde kat sini. Jenuh pusing carik. Sekadar untuk mandi manda okay le.


Boat tanda tangga. Nak turun, sila terjun....
 

Kemudian kami di bawa ke satu kawasan lain, masih lagi di Pulau Perhentian Besar. Sampai disini, kami turun juga tapi malas pulak nak snorkeling. Last last kami cari kedai keropok dan goreng pisang. Orang ber snorkeling, kami sedap je makan makan....lagipun terlalu ramai orang dan byk boat di tepi pantai. Tak lama disini, kami di bawah ke area turtle point dan shark point. Sama juga, turtle tak nampak, shark pun takde....



Jam 1200, kami patah balik ke Kg Nelayan untuk lunch. Memandangkan lunch jam 0100, kami singgah dulu di foodcourt di Kg Nelayan ni. Kawan saya kata, terai satu kuih di panggil kuih kacang sepat. Sedap katanya.Maka kami pun menerai le kuih kacang sepat sambil order ABC. Sedap pada saya. Pastry nya seperti donut/roti/pau. Intinya seruding ikan ala ala macam sata pun ada. Masa tu dia baru goreng panas panas. Perghh....memang sedap le




Hampir jam 0100 kami menuju ke ZZ Kitchen untuk lunch. Kali ini kami disajikan dengan nasi putih, tomyam ayam, sayur kailan ikan masin, telur dadar, buah tembikai dan sirap bandung. Kenyang makan. Kemudian kami ke jetty semula untuk snorkeling. 

Our lunch

Kali ini masih di bawa ke Pulau Perhentian Besar juga. Semasa disini, adalah sedikit coral. Tapi saya tak lama dalam air. Fobia pulak rasanya bila mengenang kejadian semasa di Mabul. Kemudian kami di bawa ke Pulau Lata Air Berani.





**Notakaki:  Di Lata Air Berani ni kami tak mandi pun. Cuma di sini ada aliran air tawar dari atas, dan di takungkan. Maka boleh le kita membilas diri menggunakan air ini. 

Kami lebih banyak santai santai atas boat sahaja. Kemudian kami pulang ke chalet. Rehat rehat dahulu. Dan kata agent, nanti selepas makan malam, kami akan ke Long Beach untuk menyaksikan fire show. Selepas maghrib kami bergerak ke ZZ kitchen untuk dinner. Meriah malam ni. Nasi goreng, ikan bakar, ayam bakar, sotong bakar. Selesai dinner, orang yang arrange boat dah tunggu dah dia minta kami menunggu di jeti kedua di Kg Nelayan.  Cuma kami ber4 dalam satu boat. Bergerak dalam kegelapan, risau juga. Boat hanya menurukan kami di jeti Long Beach. Katanya, fire show habis jam  12.00. Kalau nak balik awal, call dulu. 

Dinner. Tak mengecewakan. 


Kami menyusuri sepanjang pantai di Long Beach. Agak jauh juga tempat fire show. Disini kami membayar harga RM20.00 untuk sebuah meja dah sehelai tikar. Fire show bermula agak lambat. Kami dah penat. Sebelum jam 1000 kami dah mula beredar. Air semakin pasang, hari juga kelihatan gelap nak hujan. Maz cepat cepat menalipon boatman untuk ambil kami di jeti. Sesampai di jeti, hujan mula turun. Kami menunggu terlalu lama. Boatman tak boleh datang kerana hari hujan, laut bergelora. Katanya, tunggu sekejap. Kami terus menunggu, hingga jam 1200 malam tiada tanda hujan berhenti. Agak kecewa juga masa ni. Seakan tiada tanggungjawap disini. Waktu ini, datang boat terakhir dan hanya tinggal kami ber4 di jeti. Kami kebingungan dan juga agak kerisauan. Yelah, tinggal kami sahaja....camner nak balik ke Kg Nelayan. Kami menebalkan muka bertanya, kalau kalau mereka boleh tumpangkan kami ke Kg. Nelayan. Boatman tu minta kami call org yg arrange boat, and dia berckp dengannya. And dia kata, boleh tumpang. Mujur dia kata boleh. Kalau tak boleh...haru...mau pulak kena tido di Long Beach. Alhamdulillah.....lega juga walau terpaksa menaiki boat dalam kebasahan.  Akhirnya sampai juga ke Kg Nelayan. Tapi akak kecewa kerana seolah olah mereka yang buat arrangement ni tiada tanggungjawap. 

** gambar fire show banyak dalam bentuk video.